KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

31 October 2009

ILMU MEMAGAR DIRI DAN RUMAH

Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah).
Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Wallahualam...

`HARI TERBUKA MASJID NEGERI`

Maaf kepada sahabat2 semua coz dah lama tak update blog ni.. tak sempat nak update sebab sibuk menyiapkan kertas kerja konsep Hari Terbuka Masjid Negeri.

Konsep program ni lebih kurang macam `Sua Rasa` atau `Jom Heboh` cumanya lebih kepada mendekatkan masyarakat kepada masjid dengan pengembangan ilmu serta sosial yang dibenarkan oleh syarak..kiranya macam serampang dua matalah, hehehe. So, dengan adanya program ni dapat mengubah minda dan perspektif masyarakat bahawa masjid bukan hanya tempat untuk solat semata2 tapi peranannya lebih luas daripada itu.

Insya Allah kalau program ni diluluskan nanti, Masjid Negeri akan mempunyai `Identiti` atau `trade mark` yang tersendiri bagi menarik minat masyarakat mengunjungi masjid dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.

Diharapkan kepada sahabat2 semua supaya dapat memberi apa jua bentuk sokongan agar program ini dapat direalisasikan bagi kepentingan ummah.

Saya juga mengharapkan kepada semua pengunjung2 yang melayari blog ni untuk memberi pendapat, pandangan atau pun komen di dalam `chat box` di bawah untuk penambahbaikan program, aktiviti dan prasarana di Masjid Negeri Perak Darul Ridzuan.

26 October 2009

MUKJIZAT DI SEBALIK BASMALAH



BASMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Wallahualam

21 October 2009

Tabiat memanaskan enjin di waktu pagi - Mitos atau realiti ?

Sekadar berkongsi.

Ana hari2 kasi panas enjin without fail

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Kredit kepada penulis.

COKE+AJI-NO-MOTO







Malam tadi tengok rancangan 360 Tv3 yang memaparkan tiada akta untuk penghidu gam. Sedangkan gam bukannya barangan larangan dan mudah sangat didapati.

Saya mendapat email yang mengatakan air coca cola apabila dicampurkan dengan aji-no-moto pun boleh menyebabkan peminumnya senoneng.

Coca cola biasanya dicampur dengan barang-barang terlarang yang lain seperti pil khayal untuk mengenakan wanita kerana airnya yang bergas mudah melarutkan bahan tadi.

So kepada wanita di luar sana berhati-hatilah menerima air dari orang yang anda tidak kenali.

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi





GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.


ALI

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

19 October 2009

ASAL USUL GULA-GULA GETAH


Menurut sejarah Greek purba, orang-orang Greek juga mengunyah resin pokok yang diperolehi dari pokok mastik yang tumbuh di Turki dan Greek. Mereka memanggilnya gula-gula getah mastik. Ia digunakan bagi mencuci gigi dan menyegarkan nafas. Ia juga boleh didapat di Timur Tengah. Menurut catatan, orang-orang Indian di Tengah Amerika juga menguyah cairan daripada pokok spadilla lebih daripada 1000 tahun dahulu.

Pada tahun 1848 bermulalah gula-gula getah ini diperkilangkan secara komesial oleh John B Curtis dan abangnya. Setelah meraih banyak keuntungan mereka telah mengalihkan kilang mereka dari Bangor ke Porland dalam tahun 1850. Antara perasa yang di hasilkan ialah "White Mountain, Biggest and Best, Four-in-Hand, Sugar Cream dan Licorice Lulu". Pada tahun 1871 Thomas Adams dari New York telah mengeluarkan gula-gula getah secara pengilangan menggunakan mesin. Beliau telah menambah perasa pertama di Amerika dengan pangilan Black Jack. Gula-gula getahnya telah mendapat sambutan hangat

AWAS! DUIT PALSU RM50


18 October 2009

KENAL KECELAAN DIRI

Bagaimana hendak kita mengenal kecelaan diri sendiri?

Di sini ketahuilah bahawa allah SWT apabila berkehendak kebaikan pada hamba-hambanya,nescaya diperlihatkannya kekurangan dan kecelaan diri hambanya,iaitu manusia.Siapa yang penglihatan mata hatinya tembus,nescaya tidak tesembunyi segala kecelaan pada dirinya.Maka apabila ia mengetahui kekurangan dan kecelaannya nescaya mudahlah baginya mengubat kecelaan-kecelaan penyakit-penyakit hati.

Akan tetapi kebanyakan manusia jarang sekali dapat melihat kecelaan dan keaiban dirinya sendiri malah kecelaan dan keaiban yang ada pada orang lain itu baginya adalah lebih terang dan nyata.Kalau begitu amatlah sukar untuknya mengubat dan membaiki kecelaan yang melekat pada dirinya.Maka kerana itu Imam Al Ghazali menunjukkan jalan-jalan bagaimana dapat mengenal kecelaan dan keaiban diri iaitu dengan empat cara.

1) BERGURU DENGAN GURU YANG MURSYID
2) BERTEMAN SAHABAT YANG SOLEH
3) MENDENGAR KATA MUSUH
4) BERGAUL DENGAN MASYARAKAT

15 October 2009

TITAH SULTAN BRUNEI



Kenapakah sebahagian remaja dan belia hari ini yang memakai pakaian menjolok mata? Jika dikaji kebanyakannya adalah berpunca dari pengaruh luar. Perkara ini pernah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan pada 1 Ogos 2006, antara titah baginda:"Beta suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin belia khasnya dan juga semua yang hadir, bahawa golongan belia, terutama belia remaja adalah sentiasa terdedah kepada eksploitasi pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Ada belia-belia yang digunakan untuk melariskan pelbagai produk hiburan dan ?costume? yang tidak serasi dengan adat resam bangsa. Mengapakah belia menjadi sasaran? Kerana sifat-sifat mereka yang memang menarik, di samping juga faktor kejiwaan, di mana mereka mudah terpengaruh kepada perkara-perkara hangat dan baru."Kesempatan inilah yang sering diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan itu tanpa mempedulikan, sama ada baik ataupun buruk. Eksploitasi terhadap kelemahan-kelemahan belia seumpama ini wajarlah jangan dibiarkan, tetapi perlu diambil perhatian serius serta ditangani oleh kita semua, khasnya para pemimpin belia sendiri. Program-program menyuntik kesedaran perlulah disusun, termasuk juga untuk para ibu bapa dan masyarakat sebelum ianya menjadi isu sosial yang kronik."Siaran televisyen dari negara jiran yang bersaudara dengan nagara kita juga banyak mempengaruhi siasah serta jati diri anak bangsa kita kerana kebanyakkan siaran yang disiarkan adalah berbentuk hiburan yang amat-amat melalaikan serta merosakan iman kita selaku umat islam,,�Beta juga mengizinkan serta amat mengalakkan para ulama` serta ilmuan islam dalam Negara Brunei DarulSalam ni menegur segala kepincangan yang berlaku ke atas system pemerintahan beta dan juga kepincangan serta masalah sosial di dalam masyarakat umum.. suka juga beta maklumkan di sini bahawa para ulama` mempunyai kuasa penuh untuk menegur apa sahaja kemungkaran yang berlaku di dalam negara Brunei DarulSalam..Dalam menangani masalah ini, semua pihak adalah bertanggungjawab terutamanya ibu bapa dan suami untuk menegur dan membimbing isteri dan anak-anak mereka. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, tafsirnya:"Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik maka dengan itu mereka tidak diganggu."Dalam kita sama-sama menikmati arus kemodenan ini, janganlah kemodenan itu disalahertikan sebagai pergaulan bebas yang melampui batas tatasusila dan hukum agama seperti cara berpakaian yang mendedahkan aurat dan sebagainya terutama di kalangan remaja dan belia. Sebaliknya kemodenan itu hendaklah digunakan untuk kebaikan dan kemudahan dalam urusan seharian kita. Hidup moden tidak semestinya bergaul bebas, hidup moden tidak semestinya mendedahkan aurat.Akhirnya, marilah kita selaku suami atau ibu bapa membimbing isteri dan anak-anak dalam mematuhi segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan yang demikian, kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal?alamin.Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An- Nuur ayat 31, tafsirnya:"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memeperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."�Selaku umat islam kita harus mematuhi segala suruhan serta larangan Allah Subhanahu Wata`ala tanpa sebarang bantahan kerana kita adalah makhluk ciptaannya..

12 October 2009

PERODUA MPV

Ini ke Perodua MPV yang dikatakan akan dilancarkan pada bulan November ni? Bentuk macam Viva jer.







10 October 2009

DURIAN APA NI?






Durian adalah raja buah rakyat Malaysia. Tak taulah kalau orang di seberang sana yang marah saya claim begini huhu.

Durian ni pun ada banyak jenis. Biasanya orang kita panggil durian kampung, durian kahwin (D101, D24 etc) dan durian Siam. Durian Siam baunya kurang, durian kahwin atau klon baunya ada juga tapi rasanya biasanya sedap tetapi mahal manakala durian kampung baunya kuat dan rasanya ada yang sedap ada yang kureng harganya bergantung kepada musim.

Durian ni harganya turun naik. Masa ada musim harganya boleh jatuh mendadak manakala bukan musim durian tiba, biasalah sampai ada yang RM20 sekilo.

Beli durian ni pun kira macam nasib juga. Ada yang harga murah tetapi puas hati dan ada yang beli harga mahal tapi time nak makan kat rumah macam hampeh. Macam anak dara juga tak semestinya harga hantarannya mahal, isinya baek juga. hehe

Kalau diperhatikan penjual durian biasanya akan mengetuk dulu buah durian apabila kita nak demo isi dalamnya. Ada kawan saya cakap apabila durian ni diketuk secara tidak langsung isinya akan jadi lembik tempat yang diketuk tu. Teknik meniaga tu.

Tapi kalau dah pokok durian berbuah macam gambar ni, confirm harga durian akan jatuh gila-gila..jangan tanya di mana pasal aku pun tak tahu.

08 October 2009

WAKTU GEMPA SAMA DGN AYAT & SURAH DLM AL-QURAN


SUBHANALLAH...Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-QurĂ¢n! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

RAHSIA PEMUDA MANDIKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.

Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.

Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.

"Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Wallahualam.

07 October 2009

NAFSU YANG DEGIL

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."



Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."



Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Wallahualam..

06 October 2009

MUKA AKU MASUK PAPER woi!!!


klik pada gambar utk besarkan

Sinar Harian 19 September 2009

Gambor aku masuk paper oii.. gambor ni waktu aku dan kru Bhg. Penyelidikan membuat operasi di Food Court TESCO Pengkalan, Ipoh. Kami menurunkan Logo dan sijil Halal yang digantung oleh pemilik premis di Food Court tersebut sedangkan sijil Halal tersebut bukanlah milik mereka.

Ini boleh mengelirukan ummat islam.. Majoriti peniaga di Food Court tersebut bukanlah orang Islam.. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menarik pelanggan yang terdiri daripada orang-orang melayu yang beragama islam untuk makan di gerai mereka..

Sebenarnya sudah beberapa kali Bhg. penyelidikan memberi amaran kepada mereka supaya tidak mempamerkan sijil Halal yang bukan milik mereka tetapi mereka tetap berdegil. Perbincangan pernah dibuat dengan pihak TESCO berkaitan masalah ini malah Bhg. Penyelidikan sendiri mengedarkan borang permohonan sijil Halal kepada semua peniaga di situ untuk memohon Halal tetapi sehingga ke hari ini mereka masih belum memohon sijil Halal. so, berhati-hatilah kita semua.. kita sebagai pelanggan mempunyai hak untuk bertanya kepada peniaga samada mereka mempunyai sijil Halal atau pun tidak. Customer is always right

05 October 2009

PAYAHNYA MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI


Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan
dikembalikan.

01 October 2009

RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

DOA YASIN TERJEMAHAN B. MELAYU


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-Nya dan sejajar dengan kurnia tambahan-Nya. Wahai Tuhan kami, kepadaMulah segala pujian sesuai dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu. Ya Allah, cucurkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah, dengan keberkatan surah Yassin serta Al-Quran yang penuh hikmah dan dengan berkat orang yang Engkau pilih untuk diutuskan risalah, kenabian, kewalian dan hidayah ke jalan-Mu yang lurus, juga keberkatan atas segala yang dibawa oleh Jibril daripada-Mu, iaitu Al-Quran dari Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang.

Kami pohon keberkatan dengan khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna serta dengan apa yang Engkau zahirkan penciptaan dari ayat-ayat keterangan yang nyata. Dan dengan kehalusan serta kelembutan-Mu yang menenangkan setiap keresahan dan membebaskan setiap yang terpenjara.

Wahai Tuhan yang mengalirkan setiap lautan dan semua mata air. Wahai Tuhan pemilikannya hanya antara huruf kaf dan nun(kun) dan yang mengetahui segala sesuatu yang belum berlaku. Kami pohon pada-Mu Ya Allah agar Engkau kurniakan kepada kami rezeki dengan keredhaan–Mu. Jadikanlah kami dan kurniakanlah tempat kami kebahagiaan dan kekayaan.

Engkau mudahkanlah segala hajat dan permintaan kami. Jadikanlah setiap seorang daripada kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa memperoleh kejayaan dan kemenangan. Janganlah Engkau jadikan kami golongan yang menagih rezeki dari orang lain. Ikatkanlah lidah orang yang memburuk-burukkan kami. Engkau pandulah kami dengan taufik-Mu. Jadikanlah keredhaan-Mu sebagai teman dan sahabat kami.

Anugerahkanlah kami dengan sifat kemulian dan kehebatan serta perkenankanlah doa kami dengan kadar segera. Ya Allah perkenankanlah doa kami. Jadikanlah harapan kami sebagai realiti dan masukkanlah kami ke dalam benteng anugerah-Mu yang kukuh, dengan rahsia firman-Mu: " Sesungguhnya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu hanyalah dengan Dia berfirman kepada perkara itu, jadilah! Maka ia terus jadi. Maka Maha Sucilah Tuhan yang dengan tangan-Nya kekuasaan memiliki dan menguasai segala sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan".

Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terperangkap dalam hutang. Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang ditimpa dukacita. Maha Suci Tuhan yang pemilikan-Nya hanya antara huruk kaf dan nun. Maha Suci Tuhan apabila Dia menghendaki sesuatu memadai hanya dengan Dia mengatakan "jadi!" maka jadilah ia.

Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, lenyapkanlah dari kami kesusahan, dukacita dan segala masalah kami. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri.

Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.