KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

29 April 2011

10 MANUSIA TERPINTAR


Berikut adalah senarai manusia yang mempunya tahap kecerdasan IQ terlampau dan mempunyai kebolehan yang luar biasa. Mereka² ini adalah ibarat satu dalam sejuta.


1. Kim Ung-Yong: Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia

Lahir pada tahun 1962 (bermakna sekarang umur beliau sudah mencecah 45), Kim Ung-Yong yang berasal dari Korea telah dinobatkan sebagai manusia paling genius di seluruh dunia. Bayangkan pada umur 4 tahun, beliau sudah pandai membaca dalam bahasa Jepun, Korea, Jerman dan Inggeris. Pada umur 5 tahun pula beliau mampu menyelesaikan masalah kalkulus. Beliau mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan 'Highest IQ – 210'.


2. Gregory Smith: Menerima Penghargaan Nobel Pada Usia 12

Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian, berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates; Perkumpulan Orang Muda Seluruh Dunia.


3. Akrit Jaswal :Doktor Bedah Pada Usia 7 Tahun

Gelaran 'anak terpandai di dunia' telah melekat pada Akrit Jaswal, seorang anak dari India. Hal ini mengejutkan publik apabila ketika usia Akrit Jaswal 7 tahun, beliau melakukan pembedahan pada seorang gadis tempatan. Gadis itu menderita luka terbakar di tangannya hingga tangannya tidak dapat dibuka dan Jaswal pun melakukan pembedahan hingga jemari gadis itu boleh terbuka dan bergerak seperti sedia kala. Sehingga saat ini, beliau tercatat sebagai doktor paling muda di dunia. Beliau diterima melanjutkan pelajaran di Universiti pada usia 11 tahun.


4. Cleopatra Stratan: Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Bayaran 1000€ Per Lagu

Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia telah pencatat sejarah dalam industri musik sebagai seorang penyanyi termuda dunia. Dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani (pada usia 3). Dia mencatat record seorang artis cilik yang tampil di atas pentas dengan ribuan peminatnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencatat #1 Hit.


5. Aelita Andre: Pelukis Di Usia 2 Tahun

Anak kelahiran Australia ini baru berusia dua tahun tetapi sudah mampu menunjukkan bakatnya sebagai budak genius. Dia telah memiliki sebuah gedung pameran untuk karya-karya abstraknya.

Pada mulanya Mark Jamieson, direktor dari Brunswick Street Gallery di Melbourne's Fitzroy, tertarik melihat sebuah lukisan Aelita Andre dan dia ingin bekerjasama dengan Aelita Andre dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, baru dia menyedari bahawa Aelita adalah seorang bayi yang masih berumur 22 bulan. Namun dia tetap meneruskan pamerannya itu.


6. Saul Aaron Kripke: Pensyarah Harvard Termuda

Menjadi pensyarah ketika masih di sekolah tinggi, lahir di New York dan membesar di Omaha pada tahun 1940. Genius yang satu ini telah menguasai al-jabbar ketika di grad keempat dan ketika akhir sekolah rendah dia sudah menguasai ilmu geometri, kalkulus dan falsafah. Ketika di sekolah tinggi, beliau menerima surat dari Harvard melamarnya sebagai pensyarah, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan persekolahnya dahulu.

Kripke dihadiahi Schock Prize, Nobel Filosofi dan
sekarang, beliau diangkat menjadi ahli falsafah terbesar dalam sejarah perguruan tinggi Keaulus Michael Kevin pada usia 10


7. Michael Kevin Keaulus: Bergelar Siswa Pada Usia 10 Tahun

Kaerny, lahir pada tahun 1984, dia telah menamatkan kuliahnya di usia 10 tahun dan tercatat sebagai sarjana termuda. Dia kemudiannya menjadi pensyarah di Universiti pada usia 17 tahun. Namanya semakin dikenali apabila dia memenangi sebuah kuiz online. Pada 2006, dia berjaya memasuki pusingan final di sign Burnett/aol dalam perebutan Gold Rush, permainan menguji/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta dalam permainan realiti online.


8. Fabiano Luigi Caruana: Grandmaster Pada Usia 14 Tahun

Seorang anak berwarga negara America dan Itali ini sungguh genius. Pada tahun 2007 dia memperoleh ‘Grandmaster’nya; 11 bulan, 20 hari. Sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster Termuda dDan baru-baru ini pada bulan April 2009, dia memperoleh Elo rating 2649; dalam usianya yang di bawah 18 tahun, membuatnya sebagai pemeroleh
ranking terbanyak, dan yang menakjubkan, hal itu dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.


9. Willie Mosconi: Pemain Billiard Professional Pada Usia 6 Tahun

Mendapat jolokan 'Tuan Pocket Billiards', beliau berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat Billiard namun ayahnya tidak mengizinkannya untuk bermain. Beliau sering berangan bermain billiard dengan penyapu milik ibunya. Ayahnya menyedari bakat anaknya apabila melihat anaknya sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya.

Pada tahun antara 1941 dan 1957, dia memenangkan BCA World Championship selama 15 kali berturu-turut tanpa pernah kalah sekalipun. Dia membuat pelbagai jenis trik, mencipta banyak rekod dan membuatkan billiard menjadi olahraga yang terkenal.


10. Elaina Smith: Penyiar Usia 7 Tahun

Dalam usianya baru mencecah 7 tahun, Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan penyelesaian tentang masalah percintaan para pendengarnya seperti bagaimana caranya hendak memiliki pasangan, bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis. She's really crazy, isn't it?

E-MAIL DARI SEORANG ANTI MLM

Anda anti MLM?. Sekarang semakin ramai orang melayu yang telah sedar. Terima kasih juga diucapkan kepada blogger http://aididmuaddib.blogspot.com/ kerana berani menyatakan pendapat beliau yang bernas.

Malaysiasensasi juga merupakan salah seorang yang anti dengan bisnes MLM. Kerana dalam bisnes tersebut terdapat banyak sangat perkara yang tak betul, contohnya si penjual sistem SMS blaster. Boleh pulak sistem yang semurah RM10 tu dijual beratus-ratus ringgit dan orang yang join tu pulak bukan nak sistem SMS tu sebenarnya, tetapi nak pelan pemasaran MLM tersebut. Ini dah tak betul.

Kebanyakan orang MLM tak mengaku MLM dan menafikan mereka terlibat dalam sistem piramid. Kononnya mereka bukan MLM tapi networking. Begini, cuba ambil contoh gambar di bawah. Bukankah ia akan membentuk piramid juga?
Kesian..orang bawah tak dapat apa-apa. Orang atas juga yang kaya
Malaysiasensasi sangat kesian melihat orang melayu yang siang malam table talk, spam email orang, dan habiskan masa berjam-jam di internet untuk mencari downline. Sedangkan mereka sendiri tidak tahu dan mungkin tidak sedar yang hasil dari pekerjaan yang merka lalukan itu tidak berkat, dan duit tersebut diberi makan pada anak-anak. Kesian budak-budak tu tak tahu apa-apa.

Bagi malaysiasensasi, MLM itu adalah skim cepat kaya yang hanya merosakkan bangsa. Bayangkan jika rakyat malaysia ada 28juta dan anda adalah rakyat yang terakhir. Semua rakyat Malaysia lain sudah masuk MLM 'penipu' contohnya, jadi siapa lagi nak jadi downline anda?....

Untuk mendapat info lebih lanjut mengenai MLM anda boleh layari blog
http://aididmuaddib.blogspot.com/

ps: ini adalah pendapat peribadi sahaja. Bukan semua MLM bersifat haram, ada juga yang betul..tetapi bilangannya terlalu sedikit

HARTA KAUM MAYAN


Kira-kira 700 duit syiling perak, batu cermin dan barang kemas penduduk Mayan pada era tahun 1500-an ditemui di dasar laut di luar pantai Republik Dominica.

Ia ditemui oleh satu pasukan dari kumpulan pencari harta karun, Deep Blue Marine selepas mereka melakukan tinjauan 67.59 kilometer dari pantai dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

Semasa membuat tinjauan itu, seorang nelayan tempatan menjual kepada mereka satu syiling lama yang ditemuinya semasa menyelam.

Anggota-anggota pasukan pencari harta karun itu mendapati ia merupakan antara duit syiling yang paling lama pernah ditemui.

"Kami bercakap kepada lelaki itu jika dia menunjukkan lokasi duit syiling tersebut ditemui, anda boleh bekerja dengan saya," kata Naib Presiden Deep Blue Marin, Randy Champion.

Kebanyakan duit syiling itu tidak mempunyai tarikh menyebabkan anggota-anggota kumpulan tersebut membuat rujukan dengan mencari maklumat menerusi sejumlah buku untuk mengetahui tahun duit berkenaan.

Menurut Champion, pasukan itu menyelam pada musim luruh yang lalu dan akan pergi ke lokasi tersebut dalam tempoh dua minggu lagi. Bangkai kapal itu kini dipenuhi pasir dan terumbu karang.

24 April 2011

Cikgu ambil nyawa murid. Apa cerita sebaliknya!!!

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR
Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meninggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

sumber : di sini

10 April 2011

AYAH



--AYAH--------♥ Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

(sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)

Ɩ♥ѵӗ U ayah ({})♥


IMAM AHMAD DAN PEMBUAT ROTI

Pada suatu malam Imam Ahmad pergi ke masjid untuk bermalam di masjid tetapi penjaga masjid tidak mengizinkannya. Dia pun kata “Aku akan tidur tepat di tempat pijakan tapak kakiku”.

Seorang pembuat roti datang dan kasihan melihatnya dan menawarkan Imam Ahmad bermalam di rumahnya. Pembuat roti itu menjamunya. Ketika pembuat roti itu menguli roti, dia sentiasa beristighfar membuatkan Imam Ahmad merasa kagum. Esok subuh, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti “Adakah engkau dapat hasil dengan istighfarmu itu?” (dia memang tahu kelebihan istighfar, sekadar bertanya faedah buat lelaki itu). Pembuat roti kata setakat ini semua yang didoanya tercapai kecuali satu iaitu niat untuk berjumpa Imam Ahmad.

Imam Ahmad kata “Akulah Imam Ahmad. Demi Allah aku benar-benar ditarik ke sini untukmu.”

PRESIDENT IRAN NAIK TRAK DI MEKAH

Terpulang pada anda nak percaya atau tidak, tetapi gambar ini sudah tersebar luas di Internet. Presiden Iran Ahmadinejad kelihatannya pergi ke Mekah hanya sebagai 'orang biasa'. Bayangkan seorang presiden negara naik trak bersama orang ramai

ps: walaupun dia ni Syiah, tetapi corak kepimpinan beliau sangat bagus dan lebih bagus dari pemimpin negara-negara Islam lain

BELALANG EMAS

Diceritakan, ketika Nabi Ayub AS sedang mandi tiba-tiba Allah SWT mendatangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis lengan bajunya agar belalang jatuh.

Lantas Allah SWT berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?”
Nabi Ayub AS menjawab: “Ya benar, wahai Sang Pencipta! Demi keagungan-Mu apalah makna kekayaan tanpa keberkahan-Mu.”

Kisah di atas menegaskan betapa pentingnya keberkatan atau keberkahan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kekayaan tidak akan membawa erti tanpa ada keberkahan. Dengan adanya keberkahan, harta dan rezeki yang sedikit akan bolehterasakan mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkahan rezeki yang meskipun banyak akan terasakan sempit dan menyusahkan.

Agar rezeki yang Allah SWT berikan kepada kita menjadi berkah, Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak sedekah. Sabda Rasulullah SAW:
“Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.”

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan:
“Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, ‘Ya Tuhanku, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerena Allah’. Yang satu lagi menyeru, ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya’.”

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah SWT. Orang yang kedekut dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak ada keberkahan. Jadi, sejatinya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab, menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah, dan sebaliknya menahannya adalah celaka.
Align Left