KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

27 September 2010

Khasiat Kayu Manis

Khasiat Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi beberapa jenis penyakit disamping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi. Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.
Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas
dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.
Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
Banyak di kalangan pakar pemakanan membicarakan tentang kulit kayu manis yang dikatakan boleh membantu mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol bagi pengidap diabetes. Beberapa penemuan di Pakistan menunjukkan tahap rendah glukos, triglyceride, kolestrol LDL dan jumlah keseluruhan kolestrol menurun selepas pengambilan selama 40 hari dan terus menurun selepas 20 hari tambahan kemudian. Kajian tersebut membabitkan 60 orang pesakit diabetes jenis 2 dibahagikan dalam 6 kumpulan dengan 10 orang setiap kumpulan. 3 kumpulan mengambil kulit kayu manis jenis cassia dalam bentuk kapsul 1, 3 atau 6 gm sehari. 3 kumpulan lain mengambil kapsul placebo. Kapsul berkenaan diambil 3 kali sehari selepas makan. Kumpulan yang mengambil kulit kayu manis menunjukkan hasil dan disimpulkan pengambilan 1gm kulit kayu manis sehari akan membantu pengidap diabetes jenis 2.

Saya sendiri mencuba dengan merendam kulit kayu manis dan minum air rendaman dengan dicampur madu iran ternyata gula dalam darah saya menurun .Tidak lagi ditemui lagi terdapatkah kesan sampingan. Walau bagaimanapun bahan ini telah lama digunakan oleh kita dalam masakan.
Kulit kayu manis in terbahagi kepada dua iaitu kulit kayu manis jenis zeylanicum dan jenis cassia (yang banyak dijual di Negara kita ialah jenis cassia).

Mengikut pakar komponen aktif terdapat dalam kulit kayu manis bahagian yang larut air tetapi tidak dalam minyak kayu manis yang larut lemak.

Sebab itulah abuyya lebih suka gunakan kulit kayu manis dalam bentuk cecair bukan yang dikisar kerana bimbang jenis kisaran bukan semuanya larut air yang dalam jangka masa panjang boleh memudaratkan buah pinggang. Sebenarnya kulit kayu manis gemar digunakan dalam tea arab malah boleh dicampurkan dalam juice epal, oren dll bagi menyedapkan rasanya.

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Ingin menghilangkan parut dikulit. Cubalah kaedah orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat diwajah.

Para saintis telah mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan paras glukosa darah dan juga triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada pesakit kencing manis diabetes type II.

Dengan hanya setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari diambil dalam pemakanan harian , pesakit kencing manis boleh mengurangkan paras glukosa darah. Kesan yang sama juga boleh diperolehi dengan merendamkan batang kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi yang boleh membantu menghalang dan melawan kencing manis.

Para saintis mendapati bahawa kesan ala-insulin dari kulit kayu manis dan bahan aktifnya, poliphenol boleh melonjakkan paras tiga protin utama. Protin berkenaan sangat penting mengalukan proses isyarat-insulin normal, gerakbalas radangan yang sihat dan pengangkutan glukosa berkesan ke seluruh anggota badan.

Keluran akhbar dari University of California at Santa Barbara pada April, 2004 menyatakan kulit kayu manis boleh digunakan dalam perubatan untuk melawan diabetes. Kulit kayu manis boleh memainkan peranan pengganti insulin dalam diabetes type 2, dari kajian selular dan molekular di universiti berkenaan. Kulit kayu manis mempunyai komponen aktif-bio yang berpotensi menghalang dan mengubati kencing manis.

Kajian klinikal telah dijalankan di Pakistan di mana 60 orang sukarelawan kajian dengan diberi sebuk kulit kayu manis satu sudu teh setiap hari selama40 hari. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa kulit kayu manis boleh mengurangkan paras glukosa darah dengan bekesan.

Dalam Medical News 09 Apr 2006 dua kajian yang dibentangkan dalam persidangan Experimental Biology 2006 menerangkan lagi kesan manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti-radangan dan menyokong kajian awal mengenai kuasa agen anti-oksida dan agen yang boleh mengurangkan kolesterol, triglyceride, dan glukosa dan meningkatkan fungsi insulin.

23 September 2010

Supermarket At China


Pig Faces

You guess!

Mixed Meat for the choosing

Assorted Dried Reptiles


Bulk Rice

Orange Juice And Cooking Oil

Turtles and other stuff

Walmart Brand Spirits

Rib Cages

Beautiful Boxes Of Liquor

Frogs

A Large Selection Of Chopsticks

Ducks on a rack

Great Value Brand Beef Granules


Antibacterial Bikini Underwear For Men

Keep scrolling..there's more!

Diet Water

Meat Water

Specialty Pickles

21 September 2010

Rakyat Russia memerlukan poligami

isuhangat

Russia sedang menghadapi bahaya demografi. Jumlah penduduk perempuannya jauh melebihi lelaki. Bahkan, dari 145 juta penduduk Rusia, sekitar 10 juta penduduk wanitanya tidak menikah.

Melihat ketidak seimbangan komposisi penduduk itu, tak hairan apabila di negara itu kemudian muncul mengusulkan agar mengamalkan poligami dibuat secara rasmi di negara itu. Vladimir Zhirinovsky, anggota parlimen Russia yang membuat usul tersebut. Dia sudah menyampaikan ideanya itu kepada Presiden Rusia Dmitry Medvedev.

”Di Russia, 30 percent bayi dilahirkan adalah luar nikah. Jika seorang pemuda mendapatkan hak untuk mendaftarkan pernikahannya dengan wanita kedua yang telah melahirkan anak luar nikahnya, tanpa bercerai dengan isteri pertamanya, dengan alasan pemuda tersebut menghormati isteri pertamanya dan tidak ingin rumah tangganya runtuh, maka kami akan turut bertanggung jawab atas keluarga isteri kedua,” cetus Zhirinovsky seperti dikutip oleh berita . ”Kita harus merealitikan status hubungan perkawinan ini.”.

Melalui poligami, Ketua Parti Demokrasi Liberal Russia (LDPR) ini sebenarnya juga berharap agar kelahiran di negaranya boleh ditingkatkan. Sejak beberapa tahun terakhir, Russia dihantui oleh minimumnya angka kelahiran bayi. Keluarga di sana lebih memilih untuk hanya memiliki satu anak dengan alasan biaya hidup yang tinggi.

Kerana itu pula, Zhirinovsky mengusulkan pula agar pemerintah memberikan insentif khas (bonus) sebesar 100 ribu rubel ($3.3 ribu dolar AS) kepada keluarga atau wanita yang mempunyai anak pertama. Saat ini, Russia telah memberikan insentif sebesar 300 ribu rubel untuk setiap kelahiran anak kedua.

Kini, Russia kekurangan lelaki dan lebih ramai perempuan. Usul Zhirinovsky ini sama dengan Perdana Menteri Chechnya, Ramzan Kadirov, yang juga telah mengajukan proposal di’legal’kan poligami di negaranya. Dikatakan bahawa dalam beberapa kali perang, lelaki Chechnya telah berkurang lebih kurang 10 persen. Akibatnya, kini lebih ramai wanita di Chechnya.

Ayat Penggerak (Doa)



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Elektrik sudah ada 2,000 tahun lalu

Baghdad Battery merupakan salah satu artifak kuno yang paling memeningkan para cendekiawan dan pakar arkeologi. Pada tahun 1930, pada makam kuno di luar Baghdad (Khujut Rabula), beberapa arkeologi yang melakukan penggalian disana menemui sebuah artifak yang dikatakan merupakan satu set bateri kimia yang usianya telah mencapai 2000 tahun lebih.

Isu hangat


Artifak aneh tersebut terdiri atas sebuah silinder tembaga, batang besi serta karbon yang disusun dalam sebuah jambangan kecil (tinggi 14 cm, diameter 8 cm) yang terbuat dari tanah liat. Setelah para pakar membuat kajian didapati bahawa artifak tersebut merupakan sebuah bateri elektrik kuno.

Isu hangat

Para pengkaji berjaya memperolehi 1.5 volt dari artifak batu bateri elektrik tersebut , yang bekerja nonstop selama 18 hari dengan cara memasukkan cairan asam kedalam jambangannya, misalnya: air jeruk (sunkist & lemon lebih bagus), h2so4, semua larutan golongan elektrolit….Komponen bateri terdiri dari batang karbon sebagai anod (kutub positif), zink (Zn) sebagai katod (kutub negatif).

Usia artifak bateri kuno ini dianggarkan 2,000 – 5,000 tahun, lama sebelum Alessandro Volta (Itali) membuat bateri pertama kali pada tahun 1800 serta Michael Faraday (Inggeris) menemukan induksi elektromagnetik dan hukum elektrolit pada 1831 yang jarak penemuannya hingga kini mencapai sekitar 200 tahun lebih.

Penemuan ini tentunya dapat mengubah pandangan manusia masa kini akan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh peradaban manusia masa lalu. Nampaknya, aktifitak elektrik telah dikenali oleh manusia pada masa itu.

Tidak hanya Baghdad Battery saja yang menarik perhatian para ilmuan maupun arkeolog di seluruh dunia, namun terdapat beberapa artifak serupa yang diduga juga sebagai peralatan elektrik masa silam, seperti Dendeera Lamps, Assyrian Seal dan The coffin of Henettawy.

Sebenarnya lampu Dendeera ini merupakan ukiran disebuah kuil di Mesir yang menggambarkan seorang Pharaoh sedang menggenggam sebuah benda yang seakan bola lampu lengkap dengan penggambaran kabel beserta plugnya!

Isu hangat

19 September 2010

KERAJAAN SEMUT- SUBHANALLAH

Muhammad Ali bersyahadat atas gelanggang

Biodata:

Nama sebelum Islam: Cassius Marcellus Clay Junior (Jr)
Lahir : 17 Januari 1942 di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
Ayah : Cassius Marcellus Clay Senior (Sr)
Ibu : Odessa Grady Clay

Siapa tidak kenal Muhammad Ali, bekas juara tinju dunia heavyweight tiga kali. Semasa, Muhammad Ali terkenal sebagai seorang peninju yang sangat ditakuti oleh lawan-lawannya dia digelar The Greatest (terbesar).


Ini kerana dia mampu menewaskan peninju-peninju terhebat di zamannya, seperti George Foreman, Sony Liston, Joe Frazier, dan lainnya. Bahkan, pertarungannya melawan Foreman serta Joe Frazier menjadi pertarungan terbaik sepanjang abad ke-20.

Ali juga dikenal sebagai peninju terbaik pada masanya. Ia pernah menjadi sebuah mesin pemukul yang sangat hebat hingga menimbulkan rasa takut pada lawannya. Sebelum berganti nama menjadi Muhammad Ali, ia bernama Cassius Marcellus Clay Junior. Hingga kini, namanya dianggap sebagai peninju terbaik yang pernah dimiliki rakyat Amerika Syarikat dan orang kulit hitam.

Bahkan, gelaran itu mengubah status pandangan masyarakat AS terhadap orang dan atlet kulit hitam yang akhirnya mengangkat martabat para atlet kulit hitam ke tempat yang tinggi dengan penghormatan dan penerimaan yang baik dari masyarakat kulit putih dan hitam.

Pada usia 22 tahun, ia merasa dilahirkan kembali ke dunia (masuk Islam). Sebab, saat itulah, ia menukar nama dari Cassius Marcellus Clay Junior kepada Muhammad Ali. Nama ini merupakan pemberian seorang tokoh Muslim dari Nation of Islam (NOI), Elijah Muhammad, tahun 1964.

Selama tiga tahun sebelum pertarungannya untuk memperebutkan gelar juara dunia kelas berat dengan Sonny Liston, Clay telah menghadiri pertemuan-pertemuan yang diadakan oleh NOI. Kehadiran Ali diberitakan oleh akhbar Daily Nezus di Philadelphia pada September 1963. Pada Januari 1964, dia membuat sensasi besar dengan berbicara di sebuah rpat umum Muslim di New York.Muhammad Ali belajar agama Islam di bawah bimbingan Kapten Sam Saxon (sekarang Abdul Rahman) yang dijumpai Clay di Miami pada 1961.

Di samping itu, ia juga mencari bimbingan dan saran dari Malcolm X–tokoh NOI lainnya–yang dijumpainya di Detroit pada awal 1962.

Sebelum pertandingan Clay melawan Liston, Malcolm mengunjungi Clay sebagai peribadi, bukan sebagai wakil Elijah. Malcolm menganggap Clay sebagai adiknya dan menasihati dia. Nasihat Malcolm ini menjadikan penambah semangatnya untuk bertekad mengalahkan Liston.

Walaupun merasa sangat takut menghadapi Liston, akhirnya Clay menang dalam pertandingan. Pertandingan tersebut berakhir sebelum loceng pusingan ketujuh berbunyi. Dengan kemenangan tersebut, dunia memiliki seorang juara baru di arena tinju.


Di antara riuh tepukan dan sorakan para penonton dan silauan lampu kamera, Clay berdiri di depan jutaan penonton yang mengelilingi gelanggang dan kamera TV. Ia mengucapkan dua kalimat syahadat dan mengumumkan pergantian namanya menjadi Muhammad Ali Clay. ”Aku yakin bahawa aku sedang berada di depan sebuah kebenaran yang tak mungkin berasal dari manusia,” ujarnya.

Ali mengungkapkan, perpindahannya ke agama Islam adalah hal yang wajar dan selaras dengan fitrah yang Allah ciptakan untuk manusia. Ia meyakini bahwa Islam membawa kebahagiaan untuk semua orang. Menurutnya, Islam tidak membeza-bezakan warna kulit, etnik, dan bangsa. ”Semuanya sama di hadapan Allah SWT. Yang paling utama di sisi Tuhan mereka adalah yang paling bertakwa.”

Ia membandingkan ajaran Kristian dengan ajaran Tauhid dalam Islam. Menurutnya, Islam lebih rasional. Kerana, tidak mungkin tiga Tuhan mengatur satu alam dengan rapi seperti ini. Hal tersebut dinilainya sebagai suatu hal yang mustahil terjadi dan tidak akan memuaskan orang yang berakal dan mau berfikir.

Keyakinannya terhadap Islam makin bertambah manakala Ali membaca terjemahan Alquran. ”Aku bertambah yakin bahwa Islam adalah agama yang hak, yang tidak mungkin dibuat oleh manusia. Aku mencuba rapat dengan komuniti Muslim dan aku mendapati mereka dengan perangai yang baik, toleransi, dan saling membimbing. Hal ini tidak aku dapatkan selama bergaul dengan orang-orang Nasrani yang hanya melihat warna kulitku dan bukan keperibadianku,” paparnya.

Sejak saat itu, ia membelanjakan wangnya beberapa ratus ribu dolar untuk buku-buku dan pamplet-pamplet Islam supaya dapat memperkenalkan agama barunya.

Ketika para doktor di AS mengesahkan dia menghidap dengan penyakit Sindrom Parkinson, Ali mengatakan bahawa dia telah mendapatkan hidup yang baik sebelumnya dan sekarang. Dia tidak memerlukan simpati dan belas kasihan. Dia hanya ingin menerima kehendak Allah SWT. Penyakitnya ini, menurut dia, merupakan cara Allah SWT merendahkannya untuk mengingatkannya pada kenyataan bahwa tak ada seorang pun yang lebih hebat dari Allah.

Menguasai dunia tidak membawanya kepada kebahagiaan yang sejati. Kebahagiaan sejati, katanya, hanya didapati dengan menyembah Allah. Kini, dia termasuk orang-orang yang giat berdakwah di Amerika.

06 September 2010

CARA KOPI MUSANG DIHASILKAN

Ada kopi yang laaaaaagiiii Mahal tau!!!!!!!!!!!! Dipanggil KOPI LUWAK atau kopi TAHI MUSANG.. Eiiiii TARHIIKKK...... Ye masa kat Jakarta kopi tahi musang harganya RM 39.50 bagi 1 CAWAN KECIK AJER.... I pek kecik berharga RM 2600 Ye DUA RIBU ENAM RATUS SAHAJA bagi Kopi Musang GRED A++. Tapi banyak olang tak tau macamana kopi musang dihasilkan.... Hanya W2U ajer yang mempunyai cukup maklumat untuk dipersembahkan kepada kalian. Aku tau kat KL ni ade direct selling yang jual kopi musang. Ceriter ajelah tapi haram tak tau camana kopi musang dihasilkan......

1 BUAH KOPI yang masak dipilih dan dipetik. Yang warna merah rasanya manis macam buah kedondong.

2. Buah kopi yang terbaik dipilih untuk proses selanjutnya.

3. Tengok macam pagar. Pekerja sedang menyusun buah kopi dalam dulang untuk hidangan musang nanti. Nampak tak tahi dia kat luar dulang tu? Ini untuk kopi luwak GRED A ++
4. Tu dia, musang sudah mari...

5. Musang tengah makan. Untuk pengetahuan anda pada 20 Julai Yang Lalu, Majlis Fatwa Indonesia memutuskan untuk tidak mengeluarkan SEBARANG FATWA TENTANG KOPI TAHI INI SAMADA IA HALAL ATAU TIDAK

6 Yang ni Musang yang kilang Kopi TAHI GRED B. Ni murah SIKIT CUMA RM 26.50 SECAWAN KECIK....

7. Musang tengah makan kopi luwak gred B..
8. Tengah kutip TARHIK MUSANG untuk Kopi Luwak Gred B....

9 Macam Nilah RUPANYA Tarhik Musang. Cam ada Gam kan yang lekatkan Kopi tu? Biasanya kopi kena peram sampai busuk dulu baru la sedap..... Ni dengan bantuan ENZIM dalam Perut musang tu yang memberikan rasa dan aroma yang harum lepas BASUH DULU kalau tak.....aroma Tarhikkkkkkkk......NESCAFE PUN KALAH SIUUUUUUTTTTTT..

10. Kena LAh basuh tarhikk tuu.. dulu.....


11. Lepas basuh Jemur sampai keringgggg.
12. Lepas tu digoreng perlahan-lahan sampai colour dia coklat..

13. Lepas goreng di bungkus. Hanya 1000 paun kopi luwak yang sampai ke pasaran Dunia. Harganya cukup untuk MEMBELI Motosikal RXZ Second HAnd. untuk 1 bungkus Kecik Di gambar atas sekali.

14. Ni Kopi Luwak GRED A++ HARGA dia RM 56++ SECAWAN.

Siapa yang akan menghancurkan ISRAEL?

Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan Israel? Rasulullah SAW menjelaskan: “Akan muncul dari Khurasan bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipacakkan di Eliya (al-Quds)“. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad). Kehancuran Israel berarti kiamat telah dekat, sehingga banyak orang mempertahankan kekuatan Negara Israel tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana.

Dimanakah Negara Khurasan itu?

hancurkan israel

hancurkan israel

Khurasan adalah satu kawasan/wilayah yang sudah tidak wujud lagi dalam peta dunia. Wilayah Khurasan yang dimaksudkan di dalam hadis itu meliputi kawasan Kabul, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian kecil Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang sampai ke Yunnan. Wallahualam.


Antara negara yang lantang menentang Israel yang termasuk negara Khurasan ialah Iran. Siapa tak kenal Perdana Menterinya yang serba zuhud Mahmoud-Ahmadinejad.

Aku kongsikan gambar yang diterima melalui email, gambar betapa hebatnya sambutan Majlis Tadarus yang di Iran. Aku yakin mereka yang hadir ke majlis mulia ini adalah ikhlas kerana Allah bukan kerana politik dan wang.

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sampai-sampai orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan berbicara; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi”. (HR. Ahmad)

Benarkah mereka adalah calon Ashhabu Rayati Suud yang dijanjikan? Tidak hairanlah Yahudi dan Barat seboleh-boleh hendak menghapuskan Taliban, Al Qaeda dan sedang melancarkan kempen anti nuklear di Iran. Wallahualam.