KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

07 July 2010

Mengempiskan perut tanpa modal

Perut boroi? Biasanya orang terutama para wanita sanggup mengeluarkan wang beratus ringgit untuk mengempiskan perut . Tetapi dengan teknik ini dapat mengempiskan perut dengan tanpa modal. Dinasihatkan berjumpa dengan doktor sebelum mengamalkannya. Ini adalah dari rancangan TV Jepun http://www.ntv.co.jp/ito-ke/

1.Siapkan straw.

cara mengempiskan perut

Potong 5 cm.

cara mengempiskan perut

Ratakan salah satu hujung straw.

cara mengempiskan perut

Tutup separuh lubang straw dengan selophan tape.

cara mengempiskan perut

Tarik nafas dalam-dalam, lalu tiup straw dengan kuat selama 5 saat.

cara mengempiskan perut

Lakukan selama 3 minit sehari.

cara mengempiskan perut

Yang pentingnya di sini, meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat.

cara mengempiskan perut

Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.

cara mengempiskan perut

Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas.

Tak percaya!? Cubalah!

Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut menjadi berlipat kali ganda.

06 July 2010

10 Rahsia Isra’ Dan Mikraj

http://www.ikhwanonline.com/Data/2006/8/20/55550.jpg

1-3 Tahun Rasulullah SAW dipulau daripada masyarakat Quraisy Mekah. Rasulullah SAW tidak dapat berniaga, tidak dapat membeli-belah, tidak dapat berbicara dengan masyarakat dan tidak mendapat bekalan makanan.

2-Tiada lagi tempat pergantungan seperti Khadijah dan bapa saudaranya.

3-Tiada lagi mereka yang mempertahankan dan melindungi Rasulullah SAW.

4-Rasulullah SAW dihina dengan pelbagai hinaan.

5-Rasulullah SAW telah merasai bagaikan zaman penghujung hidupnya. Baginda telah menerima penderitaan sehingga tubuh Baginda berdarah kerana terkena batu lontaran kanak-kanak di Taif.

6-Langit terbuka dan Rasulullah SAW telah mendapat tawaran Allah SWT.

7-Rasulullah telah mendapat tawaran Rabbani bukan tawaran yang dipohon oleh Rasulullah SAW tetapi Allah SWT sendiri yang telah membuat tawaran tersebut.

8-Allah SWT melayani kehendak Rasulullah SAW sebagaimana Tuan memenuhi segala permintaan hambaNya.

9-Rasulullah SAW telah menerima penghormatan pada waktu malam, segala keberkatan dari langit kebanyakkannya dianugerahkan pada waktu malam kepada semua nabi-nabi Allah SWT.

10-Penghormatan yang paling suci kerana perjalanan dari satu masjid yang mulia dan suci ke satu masjid yang mulia dan suci serta berkat yang berakhir dengan Baitul Makmur.

Mike Tyson Menangis di Mekah

Mike Tyson menangis di Mekah
Mike Tyson (tengah) (arab news)

Bekas juara tinju heavyweight dunia , Mike Tyson menangis ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi di Madinah, Arab Saudi. Tyson juga melakukan umrah di Mekah, pada Julai 2010.

Tyson memijakkan kakinya ke Tanah Suci untuk kali pertama pada Jumat 2 Julai 2010. Mike Tyson yang berusia 44 tahun ini melakukan ibadah di Masjid Al-Nabawi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh online news Saudi Gazette, Tyson menginap di hotel berhampiran Masjid Al-Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya.


Bekas peninju yang kontroversi kerana menggigit telinga semasa pertandingan ini mendapat pengawalan ketat semasa melakukan solat Zuhur. Tyson mengaku mendapat pengalaman spiritual luar biasa selama di Arab Saudi.

“Saya senang punya peminat yang mencintai saya di sini (Arab Saudi). Tapi, saya berharap mereka meninggalkan saya sendiri untuk menikmati saat spiritual di Tanah Suci. Saya menitikkan air mata ketika saya mengetahui bahawa saya berada di salah satu taman surga,” ujar Tyson ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi.

Tyson yang memeluk Islam ketika masih dipenjara pada pertengahan 1990an, kemudian mengganti pakaian dengan mengenakan ihram untuk melakukan umrah di Mekah.Selesai melakukan umrah di Mekah, Mike Tyson nama Islamnya, Malik Abdul Aziz ini merancang akan mengunjungi Jeddah, Abha dan Riyadh.

05 July 2010

9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan

Kita selalu didoktrinkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan henat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan

Dr Al Zahrawi @ isuhangat

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.


2. Kopi

kopi yemen @ isuhangat

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas @ isuhangat

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti

Fatima al-Firhi @ isuhangat

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar

aljabar @ isuhangat
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.

6. Optik

kejayaan Islam @ isuhangat

“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

kejayaan besar muslim@ isuhangat

7. Muzik

muzik Islam @ isuhangat
Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

lute @ isuhangat

8. Berus Gigi

berus gigi@isuhangat

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Takal/ Crank

takal @ isuhangat

Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

Sebarkan artikel ini untuk menunjukkan kehebatan Islam, semoga ada dari anak cucu kita berjaya mencipta sesuatu yang baru dan tidak terlalu tunduk dengan momokan orang Barat.

30 June 2010

Sains mengungkap kebenaran Al-Quran

Pembungkusan Tulang oleh Daging

Antara lagi informasi penting yang disebutkan dalam ayat-ayat Al Qur’an adalah tahap-tahap pembentukan manusia dalam rahim ibu. Disebutkan dalam ayat tersebut bahwa dalam rahim ibu, mula-mula tulang-tulang terbentuk, dan selanjutnya terbentuklah otot yang membungkus tulang-tulang ini.

“Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik” (Al Qur’an, 23:14)

kebenaran Al-Quran @ isuhangat

Embriologi adalah cabang ilmu yang mempelajari perkembangan embrio dalam rahim ibu. Pada mulanya, para ahli embriologi beranggapan bahawa tulang dan daging dalam embrio terbentuk secara serentak. Kerananya, ramai orang yang menyatakan bahawa ayat ini bertentangan dengan ilmu pengetahuan. Namun, penelitian canggih dengan mikroskop yang dilakukan dengan menggunakan perkembangan teknologi baru telah mengungkap bahawa pernyataan Al Qur’an adalah benar satu demi satu!
kebenaran Al-Quran @ isuhangat
Penelitian di tingkat mikroskop ini menunjukkan bahawa perkembangan dalam rahim ibu terjadi dengan cara sama dengan yang digambarkan dalam ayat tersebut. Pertama, jaringan tulang rawan embrio mulai mengeras. Kemudian sel-sel daging yang terpilih dari jaringan di sekitar tulang-tulang bergabung dan membungkus tulang-tulang ini.

kebenaran Al-Quran @ isuhangat

Peristiwa ini digambarkan dalam sebuah terbitan ilmiah dengan kalimat berikut:

Dalam minggu ketujuh, rangka mulai tersebar ke seluruh tubuh dan tulang-tulang mencapai bentuknya yang kita kenal. Pada akhir minggu ketujuh dan selama minggu kelapan, daging meletakkan posisinya di sekeliling pembentukan tulang. (Moore, Developing Human, 6. edition,1998.)

Kesimpulannya, tahap-tahap pembentukan manusia sebagaimana digambarkan dalam Al Qur’an, benar-benar sesuai dengan penemuan embriologi moden. Subhanallah!

29 June 2010

Bangun wahai anakku…..


http://www.awda-dawa.com/photos/image/01200240208.jpg

Seorang ibu yang tidak boleh menerima kenyataan tentang kematian anaknya… menggerakkan anaknya yang telah syahid agar bangun untuk meneruskan kehidupan…

Betapa pilunya melihat nasib umat Islam yang menjadi permainan amerika dan yahudi, yang diberi kemewahan akan leka dan dibuai mimpi indah dalam istana…

yang disembelih sebagai habuan kepada Nabi Isa …(aqidah yahudi) akan merana jiwa dan jasad.

yang dilaga dan di batu apikan akan terus berbunuhan sesama sendiri..

Begitulah hebatnya permainan yahudi dan syaitan dalam merosakkan manusia dan isi bumi.

Tetapi kita masih leka dan lalai dengan World Cup ciptaan Yahudi dan Nasrani

23 June 2010

Tanda rumah anda akan dirompak!

rumah kena rompak @ isu hangat

Peringatan dari profesional untuk mengenalpasti target rumah yang hendak dirompak.Salah satu teknik perompak ialah meninggalkan tanda atau menanda rumah yang hendak mereka rompak. Macam cerita Alibaba Bujang Lapok pulak

Jadi , sentiasa periksa dinding / pintu di pintu masuk depan rumah anda / gerbang / pagar dll.

Hati-hati dengan tanda-tanda “pelik” tertulis di dinding / pintu gerbang / pintu masuk depan.

Secara ringkas, berikut adalah logo pelik/tanda/kod yang dibuat oleh perompak:

[ + - ] = NO ONE DURING DAYTIME

[ O 'BULLEYE' ] = STAY ALONE / RENT
[ ... ] = 3 FAMILY MEMBER ONLY
[ √ ] = PERNAH MASUK
[ * ] = TARGET
[ X ] = NOT OUR TARGET

Jadi, mencatat setiap [logo STAR *] di pintu masuk depan.

Itu bererti anda telah disasarkan!

Dari akhbar cina.

tanda rumah nak kena rompak @ isuhangat

5 Rahsia Untuk Orang Beriman


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs053.ash2/36014_400060084162_325817889162_4299999_7636485_n.jpg

Pesanan Imam Al-Ghazali:

  1. Yang jauh itu masa.

  2. Yang dekat itu mati

  3. Yang besar itu nafsu.

  4. Yang berat itu amanah.

  5. Yang indah itu solat.

22 June 2010

3 Nasihat Penting Abdul Rahman Ar-Razi

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs491.snc3/26816_104852212886778_100000860002120_49265_2500479_n.jpg

Senyuman manis seorang Syuhada’ Palestin, walaupun telah Syahid tetapi senyumannya lebih manis dari manusia yang masih hidup dan memperhambakan diri kepada kebendaan.

Abdul Rahman Ar-Razi:

  1. Ramai orang meninggal dunia sebelum dia meninggal.
  2. Binalah kubur sebelum kamu masuk kubur.
  3. Carilah keredhaan Allah SWT sebelum kamu menemuiNya.

21 June 2010

Pekeliling Allah SWT dalam Al-Quran dalam Etika Berpakaian Ahli Syurga

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs109.snc3/15712_100769599961908_100000866058878_18479_7621091_n.jpg

59.Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[1232]. Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.

Rahsia 7 Huruf yang tidak terdapat pada surah Al-Fatihah

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs137.snc1/5856_136262966074_136254396074_3660685_2445125_n.jpg

سورة خالية من سبعة أحرف !!!

كتب قيصر الروم كتابا إلى خلفاء بني العباس وجاء فيه

(( جاء في كتاب الإنجيل أنه من قرأ سورة خالية من سبعة أحرف ، حرم الله جسده من نار جهنم ، وهذه الأحرف عبارة عن :

ث ، ج ، خ ، ز ، ش ، ظ ، ف

Inilah huruf-huruf yang tidak terdapat dalam surah Al-Fatihah.

وفحصنا كثيرا فلم نعثر على هكذا سورة في كتب التوراة والزبور والإنجيل ، فهل يوجد في كتابكم السماوي تلك السورة ؟

فجمع الخليفة العباسي جميع العلماء وعرض عليهم السؤال فعجزوا عن الجواب

وأخيرا طرحوا هذا السؤال على الإمام الهادي فأجاب عليه السلام قائلا : هذه السورة هي سورة الحمد التي تكون خالية من الأحرف السبعة .

فسألوا الإمام ما فلسفة خلو هذه السورة من الأحرف السبعة ؟ فأجاب الإمام عليه السلام:

إن حرف ( ث) إشارة إلى الثبور1 ،

membawa makna kerugian dan kebinasaan.

وحرف ( ج ) إشارة إلى الجحيم ،2

membawa makna neraka jahim atau api menyala-nyala.
وحرف ( خ ) إشارة إلى الخبث3 ،

membawa makna busuk adn mendatangkan kejahatan.
وحرف ( ز ) إشارة إلى الزقوم4 ،

membawa makna pohon kayu yang mengeluarkan buah sebagai makanan kepada ahli neraka.

وحرف ( ش ) إشارة إلى الشقاوة5 ،

membawa makna kecelakaan dan kesengsaraan dalam kehidupan.
وحرف ( ظ ) إشارة إلى الظلمة6 ،

membawa makna kezaliman.
وحرف ( ف ) إشارة إلى الآفة7 .

membawa makna bebanan atau berat pada timbangan

Nota:

Penerangan tentang rahsia surah Al-Fatihah ini diambil dari Kitab Injil semasa pemerintahan Rom, ini menunjukkan Islam adalah bersifat terbuka dan Islam telah wujud dalam kitab-kitab terdahulu.

إن حرف ( ث) إشارة إلى الثبور ،
وحرف ( ج ) إشارة إلى الجحيم ،
وحرف ( خ ) إشارة إلى الخبث ،
وحرف ( ز ) إشارة إلى الزقوم ،
وحرف ( ش ) إشارة إلى الشقاوة ،
وحرف ( ظ ) إشارة إلى الظلمة ،
وحرف ( ف ) إشارة إلى الآفة .

Kelebihan air kelapa

kelebihan air kelapa

1. Air kelapa ternyata lebih berkhasiat dari susu kerana tidak mengandung kolesterol & rendah lemak.

2. Air kelapa dapat memperbaiki saluran darah dan dikenalpasti mampu membersihkan saluran pencernaan.

3. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit.

4. Jika anda menghidap penyakit batu karang, biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu karang & memudahkan mereka keluar dari tubuh.

5. Air kelapa juga dikenalpasti sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing ? Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.

6. Jika anda masih merasa pening, tak ada yang boleh memulihkannya dengan cepat selain meminum air kelapa.

7. Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit & potassium. Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah & fungsi organ jantung.

8. Air kelapa dapat menurunkan demam.

16 June 2010

Jambatan Daripada Akar kayu


1. Jambatan akar di India. Mereka menunggu sehingga 10 -15 tahun sebelum jambatan ini boleh digunakan sepenuhnya dan akar ini sentiasa hidup membuatkan ia semakin kuat



2. Jambatan dari akar di Japan

3. Jambatan dari akar di Indonesia