KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

23 September 2010

Supermarket At China


Pig Faces

You guess!

Mixed Meat for the choosing

Assorted Dried Reptiles


Bulk Rice

Orange Juice And Cooking Oil

Turtles and other stuff

Walmart Brand Spirits

Rib Cages

Beautiful Boxes Of Liquor

Frogs

A Large Selection Of Chopsticks

Ducks on a rack

Great Value Brand Beef Granules


Antibacterial Bikini Underwear For Men

Keep scrolling..there's more!

Diet Water

Meat Water

Specialty Pickles

21 September 2010

Rakyat Russia memerlukan poligami

isuhangat

Russia sedang menghadapi bahaya demografi. Jumlah penduduk perempuannya jauh melebihi lelaki. Bahkan, dari 145 juta penduduk Rusia, sekitar 10 juta penduduk wanitanya tidak menikah.

Melihat ketidak seimbangan komposisi penduduk itu, tak hairan apabila di negara itu kemudian muncul mengusulkan agar mengamalkan poligami dibuat secara rasmi di negara itu. Vladimir Zhirinovsky, anggota parlimen Russia yang membuat usul tersebut. Dia sudah menyampaikan ideanya itu kepada Presiden Rusia Dmitry Medvedev.

”Di Russia, 30 percent bayi dilahirkan adalah luar nikah. Jika seorang pemuda mendapatkan hak untuk mendaftarkan pernikahannya dengan wanita kedua yang telah melahirkan anak luar nikahnya, tanpa bercerai dengan isteri pertamanya, dengan alasan pemuda tersebut menghormati isteri pertamanya dan tidak ingin rumah tangganya runtuh, maka kami akan turut bertanggung jawab atas keluarga isteri kedua,” cetus Zhirinovsky seperti dikutip oleh berita . ”Kita harus merealitikan status hubungan perkawinan ini.”.

Melalui poligami, Ketua Parti Demokrasi Liberal Russia (LDPR) ini sebenarnya juga berharap agar kelahiran di negaranya boleh ditingkatkan. Sejak beberapa tahun terakhir, Russia dihantui oleh minimumnya angka kelahiran bayi. Keluarga di sana lebih memilih untuk hanya memiliki satu anak dengan alasan biaya hidup yang tinggi.

Kerana itu pula, Zhirinovsky mengusulkan pula agar pemerintah memberikan insentif khas (bonus) sebesar 100 ribu rubel ($3.3 ribu dolar AS) kepada keluarga atau wanita yang mempunyai anak pertama. Saat ini, Russia telah memberikan insentif sebesar 300 ribu rubel untuk setiap kelahiran anak kedua.

Kini, Russia kekurangan lelaki dan lebih ramai perempuan. Usul Zhirinovsky ini sama dengan Perdana Menteri Chechnya, Ramzan Kadirov, yang juga telah mengajukan proposal di’legal’kan poligami di negaranya. Dikatakan bahawa dalam beberapa kali perang, lelaki Chechnya telah berkurang lebih kurang 10 persen. Akibatnya, kini lebih ramai wanita di Chechnya.

Ayat Penggerak (Doa)



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Elektrik sudah ada 2,000 tahun lalu

Baghdad Battery merupakan salah satu artifak kuno yang paling memeningkan para cendekiawan dan pakar arkeologi. Pada tahun 1930, pada makam kuno di luar Baghdad (Khujut Rabula), beberapa arkeologi yang melakukan penggalian disana menemui sebuah artifak yang dikatakan merupakan satu set bateri kimia yang usianya telah mencapai 2000 tahun lebih.

Isu hangat


Artifak aneh tersebut terdiri atas sebuah silinder tembaga, batang besi serta karbon yang disusun dalam sebuah jambangan kecil (tinggi 14 cm, diameter 8 cm) yang terbuat dari tanah liat. Setelah para pakar membuat kajian didapati bahawa artifak tersebut merupakan sebuah bateri elektrik kuno.

Isu hangat

Para pengkaji berjaya memperolehi 1.5 volt dari artifak batu bateri elektrik tersebut , yang bekerja nonstop selama 18 hari dengan cara memasukkan cairan asam kedalam jambangannya, misalnya: air jeruk (sunkist & lemon lebih bagus), h2so4, semua larutan golongan elektrolit….Komponen bateri terdiri dari batang karbon sebagai anod (kutub positif), zink (Zn) sebagai katod (kutub negatif).

Usia artifak bateri kuno ini dianggarkan 2,000 – 5,000 tahun, lama sebelum Alessandro Volta (Itali) membuat bateri pertama kali pada tahun 1800 serta Michael Faraday (Inggeris) menemukan induksi elektromagnetik dan hukum elektrolit pada 1831 yang jarak penemuannya hingga kini mencapai sekitar 200 tahun lebih.

Penemuan ini tentunya dapat mengubah pandangan manusia masa kini akan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh peradaban manusia masa lalu. Nampaknya, aktifitak elektrik telah dikenali oleh manusia pada masa itu.

Tidak hanya Baghdad Battery saja yang menarik perhatian para ilmuan maupun arkeolog di seluruh dunia, namun terdapat beberapa artifak serupa yang diduga juga sebagai peralatan elektrik masa silam, seperti Dendeera Lamps, Assyrian Seal dan The coffin of Henettawy.

Sebenarnya lampu Dendeera ini merupakan ukiran disebuah kuil di Mesir yang menggambarkan seorang Pharaoh sedang menggenggam sebuah benda yang seakan bola lampu lengkap dengan penggambaran kabel beserta plugnya!

Isu hangat

19 September 2010

KERAJAAN SEMUT- SUBHANALLAH

Muhammad Ali bersyahadat atas gelanggang

Biodata:

Nama sebelum Islam: Cassius Marcellus Clay Junior (Jr)
Lahir : 17 Januari 1942 di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
Ayah : Cassius Marcellus Clay Senior (Sr)
Ibu : Odessa Grady Clay

Siapa tidak kenal Muhammad Ali, bekas juara tinju dunia heavyweight tiga kali. Semasa, Muhammad Ali terkenal sebagai seorang peninju yang sangat ditakuti oleh lawan-lawannya dia digelar The Greatest (terbesar).


Ini kerana dia mampu menewaskan peninju-peninju terhebat di zamannya, seperti George Foreman, Sony Liston, Joe Frazier, dan lainnya. Bahkan, pertarungannya melawan Foreman serta Joe Frazier menjadi pertarungan terbaik sepanjang abad ke-20.

Ali juga dikenal sebagai peninju terbaik pada masanya. Ia pernah menjadi sebuah mesin pemukul yang sangat hebat hingga menimbulkan rasa takut pada lawannya. Sebelum berganti nama menjadi Muhammad Ali, ia bernama Cassius Marcellus Clay Junior. Hingga kini, namanya dianggap sebagai peninju terbaik yang pernah dimiliki rakyat Amerika Syarikat dan orang kulit hitam.

Bahkan, gelaran itu mengubah status pandangan masyarakat AS terhadap orang dan atlet kulit hitam yang akhirnya mengangkat martabat para atlet kulit hitam ke tempat yang tinggi dengan penghormatan dan penerimaan yang baik dari masyarakat kulit putih dan hitam.

Pada usia 22 tahun, ia merasa dilahirkan kembali ke dunia (masuk Islam). Sebab, saat itulah, ia menukar nama dari Cassius Marcellus Clay Junior kepada Muhammad Ali. Nama ini merupakan pemberian seorang tokoh Muslim dari Nation of Islam (NOI), Elijah Muhammad, tahun 1964.

Selama tiga tahun sebelum pertarungannya untuk memperebutkan gelar juara dunia kelas berat dengan Sonny Liston, Clay telah menghadiri pertemuan-pertemuan yang diadakan oleh NOI. Kehadiran Ali diberitakan oleh akhbar Daily Nezus di Philadelphia pada September 1963. Pada Januari 1964, dia membuat sensasi besar dengan berbicara di sebuah rpat umum Muslim di New York.Muhammad Ali belajar agama Islam di bawah bimbingan Kapten Sam Saxon (sekarang Abdul Rahman) yang dijumpai Clay di Miami pada 1961.

Di samping itu, ia juga mencari bimbingan dan saran dari Malcolm X–tokoh NOI lainnya–yang dijumpainya di Detroit pada awal 1962.

Sebelum pertandingan Clay melawan Liston, Malcolm mengunjungi Clay sebagai peribadi, bukan sebagai wakil Elijah. Malcolm menganggap Clay sebagai adiknya dan menasihati dia. Nasihat Malcolm ini menjadikan penambah semangatnya untuk bertekad mengalahkan Liston.

Walaupun merasa sangat takut menghadapi Liston, akhirnya Clay menang dalam pertandingan. Pertandingan tersebut berakhir sebelum loceng pusingan ketujuh berbunyi. Dengan kemenangan tersebut, dunia memiliki seorang juara baru di arena tinju.


Di antara riuh tepukan dan sorakan para penonton dan silauan lampu kamera, Clay berdiri di depan jutaan penonton yang mengelilingi gelanggang dan kamera TV. Ia mengucapkan dua kalimat syahadat dan mengumumkan pergantian namanya menjadi Muhammad Ali Clay. ”Aku yakin bahawa aku sedang berada di depan sebuah kebenaran yang tak mungkin berasal dari manusia,” ujarnya.

Ali mengungkapkan, perpindahannya ke agama Islam adalah hal yang wajar dan selaras dengan fitrah yang Allah ciptakan untuk manusia. Ia meyakini bahwa Islam membawa kebahagiaan untuk semua orang. Menurutnya, Islam tidak membeza-bezakan warna kulit, etnik, dan bangsa. ”Semuanya sama di hadapan Allah SWT. Yang paling utama di sisi Tuhan mereka adalah yang paling bertakwa.”

Ia membandingkan ajaran Kristian dengan ajaran Tauhid dalam Islam. Menurutnya, Islam lebih rasional. Kerana, tidak mungkin tiga Tuhan mengatur satu alam dengan rapi seperti ini. Hal tersebut dinilainya sebagai suatu hal yang mustahil terjadi dan tidak akan memuaskan orang yang berakal dan mau berfikir.

Keyakinannya terhadap Islam makin bertambah manakala Ali membaca terjemahan Alquran. ”Aku bertambah yakin bahwa Islam adalah agama yang hak, yang tidak mungkin dibuat oleh manusia. Aku mencuba rapat dengan komuniti Muslim dan aku mendapati mereka dengan perangai yang baik, toleransi, dan saling membimbing. Hal ini tidak aku dapatkan selama bergaul dengan orang-orang Nasrani yang hanya melihat warna kulitku dan bukan keperibadianku,” paparnya.

Sejak saat itu, ia membelanjakan wangnya beberapa ratus ribu dolar untuk buku-buku dan pamplet-pamplet Islam supaya dapat memperkenalkan agama barunya.

Ketika para doktor di AS mengesahkan dia menghidap dengan penyakit Sindrom Parkinson, Ali mengatakan bahawa dia telah mendapatkan hidup yang baik sebelumnya dan sekarang. Dia tidak memerlukan simpati dan belas kasihan. Dia hanya ingin menerima kehendak Allah SWT. Penyakitnya ini, menurut dia, merupakan cara Allah SWT merendahkannya untuk mengingatkannya pada kenyataan bahwa tak ada seorang pun yang lebih hebat dari Allah.

Menguasai dunia tidak membawanya kepada kebahagiaan yang sejati. Kebahagiaan sejati, katanya, hanya didapati dengan menyembah Allah. Kini, dia termasuk orang-orang yang giat berdakwah di Amerika.

06 September 2010

CARA KOPI MUSANG DIHASILKAN

Ada kopi yang laaaaaagiiii Mahal tau!!!!!!!!!!!! Dipanggil KOPI LUWAK atau kopi TAHI MUSANG.. Eiiiii TARHIIKKK...... Ye masa kat Jakarta kopi tahi musang harganya RM 39.50 bagi 1 CAWAN KECIK AJER.... I pek kecik berharga RM 2600 Ye DUA RIBU ENAM RATUS SAHAJA bagi Kopi Musang GRED A++. Tapi banyak olang tak tau macamana kopi musang dihasilkan.... Hanya W2U ajer yang mempunyai cukup maklumat untuk dipersembahkan kepada kalian. Aku tau kat KL ni ade direct selling yang jual kopi musang. Ceriter ajelah tapi haram tak tau camana kopi musang dihasilkan......

1 BUAH KOPI yang masak dipilih dan dipetik. Yang warna merah rasanya manis macam buah kedondong.

2. Buah kopi yang terbaik dipilih untuk proses selanjutnya.

3. Tengok macam pagar. Pekerja sedang menyusun buah kopi dalam dulang untuk hidangan musang nanti. Nampak tak tahi dia kat luar dulang tu? Ini untuk kopi luwak GRED A ++
4. Tu dia, musang sudah mari...

5. Musang tengah makan. Untuk pengetahuan anda pada 20 Julai Yang Lalu, Majlis Fatwa Indonesia memutuskan untuk tidak mengeluarkan SEBARANG FATWA TENTANG KOPI TAHI INI SAMADA IA HALAL ATAU TIDAK

6 Yang ni Musang yang kilang Kopi TAHI GRED B. Ni murah SIKIT CUMA RM 26.50 SECAWAN KECIK....

7. Musang tengah makan kopi luwak gred B..
8. Tengah kutip TARHIK MUSANG untuk Kopi Luwak Gred B....

9 Macam Nilah RUPANYA Tarhik Musang. Cam ada Gam kan yang lekatkan Kopi tu? Biasanya kopi kena peram sampai busuk dulu baru la sedap..... Ni dengan bantuan ENZIM dalam Perut musang tu yang memberikan rasa dan aroma yang harum lepas BASUH DULU kalau tak.....aroma Tarhikkkkkkkk......NESCAFE PUN KALAH SIUUUUUUTTTTTT..

10. Kena LAh basuh tarhikk tuu.. dulu.....


11. Lepas basuh Jemur sampai keringgggg.
12. Lepas tu digoreng perlahan-lahan sampai colour dia coklat..

13. Lepas goreng di bungkus. Hanya 1000 paun kopi luwak yang sampai ke pasaran Dunia. Harganya cukup untuk MEMBELI Motosikal RXZ Second HAnd. untuk 1 bungkus Kecik Di gambar atas sekali.

14. Ni Kopi Luwak GRED A++ HARGA dia RM 56++ SECAWAN.

Siapa yang akan menghancurkan ISRAEL?

Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan Israel? Rasulullah SAW menjelaskan: “Akan muncul dari Khurasan bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipacakkan di Eliya (al-Quds)“. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad). Kehancuran Israel berarti kiamat telah dekat, sehingga banyak orang mempertahankan kekuatan Negara Israel tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana.

Dimanakah Negara Khurasan itu?

hancurkan israel

hancurkan israel

Khurasan adalah satu kawasan/wilayah yang sudah tidak wujud lagi dalam peta dunia. Wilayah Khurasan yang dimaksudkan di dalam hadis itu meliputi kawasan Kabul, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian kecil Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang sampai ke Yunnan. Wallahualam.


Antara negara yang lantang menentang Israel yang termasuk negara Khurasan ialah Iran. Siapa tak kenal Perdana Menterinya yang serba zuhud Mahmoud-Ahmadinejad.

Aku kongsikan gambar yang diterima melalui email, gambar betapa hebatnya sambutan Majlis Tadarus yang di Iran. Aku yakin mereka yang hadir ke majlis mulia ini adalah ikhlas kerana Allah bukan kerana politik dan wang.

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

hancurkan israel

Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sampai-sampai orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan berbicara; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi”. (HR. Ahmad)

Benarkah mereka adalah calon Ashhabu Rayati Suud yang dijanjikan? Tidak hairanlah Yahudi dan Barat seboleh-boleh hendak menghapuskan Taliban, Al Qaeda dan sedang melancarkan kempen anti nuklear di Iran. Wallahualam.

05 September 2010

Madu membunuh bakteria yang berbahaya.

http://kaheel7.com/ar/images/stories/stern_honey_bee.jpg
Setiap hari ada bukti saintifik baru pada kekuatan penyembuhan madu, terkini bahawa madu mengandungi antibiotik yang sangat kuat ….

Dalam satu kajian baru oleh University of Sydney mengkaji madu yang mempunyai kuasa aneh untuk membunuh virus dan bakteria perlawanan sengit terhadap antibiotik. Perkataan penyelidik “De Carter,” seorang profesor di College of Biological Sciences dan kuman mikrob di Universiti Sydney: antara kami penyelidikan kami, madu yang dapat menggantikan pelbagai antibiotik digunakan untuk merawat luka krim Kalmriham dan berbeza, dan bahawa penggunaan madu sebagai bantuan untuk rawatan tambahan akan meningkatkan usia antibiotik.

http://kaheel7.com/ar/images/stories/78678687.jpg
Madu adalah makanan terbaik bagi anak-anak, remaja dan dewasa yang mengandungi ratusan gizi: Vitamin sangat penting bagi pertumbuhan, logam , garam, anti-virus dan bakteria yang menambahkan pengetahuan semua kajian saintifik bahawa madu adalah cara rawatan terbaik dari jenis-jenis makanan yang dapat menyembuhkan secara terbaik.

Jenis bakteria umum yang menyebabkan jangkitan di hospital terdapat berbagai jenis dan sekurang-kurangnya satu daripada antibiotik dan hal ini memerlukan pengeluaran jenis antibiotik baru untuk dapat menghilangkan bakteria yang menyebabkan penyakit tersebut.

Menurut seorang penyelidik: Saya tidak tahu sejauh mana saintis mengetahui kemampuan madu bertindak terhadap bakteria, tetapi sebatian yang paling mungkin dalam madu bernama “methylglyoxal” berinteraksi dengan bahan-bahan lain yang belum mampu dikaji sampai masa sekarang, anda boleh mengetahui kemampuan bakteria untuk menghasilkan strain baru yang bertahan terhadap antibiotik.

Madu dianggap sebagai salah satu bahan yang paling kompleks dalam komposisinya, mengandungi hampir 800 sebatian dan kompleksitas ini menyulitkan bagi para saintis untuk memahami mekanisme yang digunakan untuk melawan bakteria dan membunuhnya. Dan katakanlah: Allah SWT telah menyimpan di dalam artikel ini penyembuh dari makanan yang hebat kita harus menggunakannya.

http://kaheel7.com/ar/images/stories/2143234.jpg

Al-Quran memberitahu kita sifat penyembuhan besar madu, Yang Maha Kuasa berkata: (Dari perut mereka datang minum bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada penyembuhan bagi orang-orang dalam tanda bagi kaum yang berfikir) [Nahl: 69]. Bagi mereka yang berfikir dengan kejadian madu dan Keajaiban yang kompleks dan luar biasa yang telah berlaku berkaitan proses pengeluaran madu.

Lebah telah merantau puluhan kilometer dan hinggap pada beribu-ribu bunga untuk menghasilkan madu satu sudu teh sahaja.

Oleh kerana itu, Wahai mereka yang mencintai makanan Rasulullah SAW berhati-hati untuk makan madu setiap hari, walaupun dalam jumlah yang sedikit, terutama ketika sarapan dan para saintis berkata Madu adalah makan yang paling penting buat masa ini. Telah terbukti secara perubatan bahawa makan madu secara teratur dapat merawat berbagai penyakit, termasuk peradangan dan rasa sakit saraf tulang belakang dan meningkatkan kekebalan tubuh dan perlawanan terhadap penyakit.

Kami menyarankan juga agar kita sentiasa bergantung kepada madu dari semua jenis untuk mengurangkan bahan kimia menggunakan antibiotik, tetapi madu tidak merawat kita secara mendadak, malah rawatan madu beberapa minggu atau bulan, tetapi pemulihanya adalah telah dijanjikan Oleh Allah SWT , Insya Allah,

Sama-samalah kita memuji Allah SWT yang telah memberikan berbagai nikmat dan hikmah yang tidak terhingga jumlahnya: (Jika kamu menghitung-hitung kasih karuniaan nikmat Allah SWT kepada kamu, tidak terhitung banyaknya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani) [lebah: 18].

BUAT RENUNGAN BERSAMA

Salam Ramadhan…..

”Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus..


” Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…

” Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….
Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..

” Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga….

01 September 2010

Rahsia Surah ٌAl-Fatihah

http://th01.deviantart.com/fs9/300W/i/2006/040/8/f/islamic_Background_by_el3sl.jpg

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”

  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”

Nota : Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.Maaf , saya tidak berkesempatan mengirim artikel buat beberapa hari kerana ada urusan penting.