Ditulis oleh seorang sahabat...
Semalam saya pergi kedai buku, bawa anak yang kecil untuk lihat buku yang sebaya dengan dia. Rupanya buku-buku zaman sekarang banyak buku-buku seram. Buku berilustrasi tersebut mempunyai tajuk-tajuk yang agak menyeramkan seperti Pocong di Kampung, Toyol menyerang dan sebagainya. Rosak pemikiran budak-budak kalau membaca buku seperti ini. Sebelum ini komik Doraemon,Dragon Ball dan Naruto menjadi kegilaan kanak-kanak.
Kalau dulu hanya ada satu buku seram isitu Siri Bercakap Dengan Jin. Buku ini ditulis oleh Tamar Jalis. Buku misteri tersebut terus menjadi misteri kerana orang tak kenal siapa Tamar Jalis tersebut sebenarnya. Buku Siri Bercakap Dengan Jin memang meletup zaman dulu di majalah Mastika dan kemudian dijilidkan menjadi buku. Siri bercakap dengan jin bukan hanya mengisahkan kisah seram tetapi penuh dengan petua-petua Melayu.
Saya kongsikan bersama pengunjung isuhangat antara petua-petua Tamar Jalis dalam Siri Bercakap Dengan Jin.
amalan rezki
“Aku nak pesan pada kamu supaya mengamalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali, di antara sembahyang sunat Subuh dengan fardhu Subuh,” beritahu datuk pada Malik Cina.
“Apa faedahnya mengamalkannya?” Soal Malik Cina tidak sabar.
“Kalau orang itu makan gaji, mudah naik pangkat.”
“Lagi.”
“Kalau ia miskin akan jadi kaya, ada saja rezeki yang halal diberikanAllah untuknya.”
“Lagi?”
“Kalau ia banyak hutang, ada saja jalan diberikan Allah untuknya menyelesaikan hutang.”
Malik Cina renung muka isterinya yang khusyuk mendengar penerangan dan datuk. Saya hanya diam tetapi, apa yang saya dengar tetap saya sematkan dalam hati, Memang tidak mudah datuk mahu memberikan amalan pada seseorang. Entah apa mimpinya ia mahu memberikan pada Malik Cina.
“Lagi apa faedahnya amalan itu,” Malik Cina mencungkil rahsia.
“Kalau seseorang itu sakit dan amalkan membaca, dengan izin Allah sakitnya akan sembuh,” jelas datuk.
“Lagi?”
“Jika ia lemah, akan dikuatkan oieh Allah.”
“Lagi.”
“Jika orang itu berdagang atau merantau di negeri orang. Ia tetap dihormati dan dimuliakan, cita-citanya sampai dan orang itu tidak akan dimusuhi oleh sesiapa,” datuk terbatuk.
“Banyak faedahnya,” kata isteri Malik Cina.
“Ya, dengan syarat diamalkan, tidak meninggalkan sembahyang lima waktu, nampaknya mudah tetapi jarang orang dapat mengamalkannya dengan sempurna,” datuk meraba angkal dagu. Ia renung muka saya, memberi
isyarat untuk memulakan perjalanan.
————————————————————–
petua makan minum
“Begini Tamar, orang tua-tua kita dulu, banyak mengamalkan petua terutama bila berdepan dengan minuman dan makanan,” Alang Abdul Rauf memulakan,” petua tu digunakan untuk menjaga diri, mungkin makanan atau
minuman yang diberi atau dihidangkan oleh orang lain pada kita, ada benda-benda bisa yang termasuk secara tidak sengaja,” tambahnya dengan nada suara yang lembut.
Wajahnya nampak tenang sekali. Saya anggukkan kepala beberapa kali sambil merenung tangkai cawan.
“Apa dia petuanya pak cik?”
“Selalunya, orang menaruh guna-guna dalam minuman, juga makanan dengan tujuan untuk menjadikan seseorang tu bodoh, ada juga yang cuba menaruh racun,” Alang Abdul Rauf membetulkan duduknya, supaya selesa.
“Cara pertama gunakan lidah untuk menjolok lelangit, kalau terasa geli, bolehlah minum dan makan benda yang dihidangkan, kalau tidak terasa apa-apa semacam kebas jangan makan atau minum, itu merbahaya,” Alang Abdul Rauf meluahkan petua pertama. Saya mendengar dengan penuh minat.
“Lagi petua yang kedua macam mana pula?”
“Sebelum makan atau minum, gosok rambut dengan telapak tangan, biasanya, jika rambut digosok terasa kesat dan mengeluarkan bunyi, jika tak dengan bunyi, jangan minum dan makan barang yang dihidangkan di depan kamu,”
Alang Abdul Rauf meluahkan semua petua yang diketahuinya pada saya
-siri80
————————————————-
petua ular
“Tak ada ilmu, memang aku tak tahu ilmu ular, cuma setiap kali berhadapan dengan ular aku baca Bismillah, kemudian amalkan petua orang tua-tua bersama dengan rasa yakin dan berani, tidak melupai kebesaran
ALLAH.”
“Apa dia petuanya.”
“Bila kamu jumpa kulit ular mahu bersalin kulit, ambil kulitnya itu, bawa pulang dan bakar, abunya kamu isi dalam buluh kecil, bila kamu masuk hutan yang kamu fikirkan terdapat ular bisa bawalah buluh tu,
dengan izin Allah, ular datang ke kaki kamu menyerah diri. Kamu jangan buat apa-apa, bacalah Bismillah dan tangkap ular itu, letakkan ke tanah sebelah kanan tempat kamu berdiri.” Alang Abdul Rauf berhenti bercakap.
Ia menelan air liur dua tiga kali. Bau peluhnya bertambah hebat.
“Biarkan ular itu pergi, kalau ular tu tak mampu bergerak kerana terkena sumpah kulitnya, kau mesti meletakkan di tempat yang kamu fikirkan ia boleh bergerak. sebaik-baiknya cari pucuk gelenggang letakkan atas kepalanya, kamu dapat tengok ular itu lari macam pelesit,” tokok Alang Abdul Rauf sambil batuk.
“Berani kamu membuatnya Tamar?”
“Tak berapa yakin.”
“Kalau tak yakin, jangan cuba-cuba melakukannya nanti kamu terima padah,lagipun petua ni ada ujiannya, bila kamu bawa kulit ular dalam buluh, macam-macam ular yang tak pernah kamu lihat akan kamu lihat.”
“Ular macam mana tu pak cik?”
“Ular kepala dua, kadang kepala tiga, ada masanya kamu jumpa ular bertanduk, kalau kamu takut, petua tu tak akan menjadi.”
“Kalau saya berjaya macam mana pak cik?”
“Kamu boleh jadi macam aku, bila jumpa ular yang garang macam tadi ambil bisanya dan buat seperti apa yang aku katakan,” Alang Abdul Rauf menoleh ke arah saya bersama senyum sinis.
Saya tahu, ia semacam memperkecilkan kemampuan diri saya. Sesungguhnya, saya tidak minat sama sekali untuk jadi macam dirinya. Tetapi saya seronok melihat kejadian-kejadian yang aneh dalam hidup saya. Saya
bercadang minta kebenaran dari datuk untuk tinggal lebih lama dengan Alang Abdul Rauf, saya mahu berkongsi pengalaman dengannya. Saya yakin tidak ramai orang-orang tua yang ada ilmu dan petua dalam dada seperti Alang Abdul Rauf.
Kalau saya tidak mahu mengambil petua darinya, apa salahnya melihat dirinya mengamalkan petua itu. Setidak-tidaknya akan jadi bahan cerita anan cucu saya, betapa orang-orang tua terdahulu mempunyak keistimewaan yang tersendiri.-siri80
———————————————————-
petua elak sakit/pening kepala
“Tak ingat, saya tak ingat tuk.”
“Jadi, apa yang kamu ingat?” Sergah datuk. Langkahnya mati. Biji matanya terbeliak. Saya terus membatu.
“Bukankah sudah aku katakan pada kamu, bila mandi, tidak kira pagi atau malam, mesti dimulakan dari kaki, ke badan dan akhirnya ke kepala.”
“Saya baru ingat tuk.”
“Lagi apa pesan dan petua dari aku.”
“Dalam sebulan mesti makan pucuk manggis untuk dijadikan ulam, kurangkan makan cili api.”
“Ha tahu pun kamu. ada lagi petuanya, cuba kamu ingati Tamar.”
“Setiap kali bangun pagi, mesti duduk mencangkung memeluk lutut sambil merapatkan kepala ke kepala lutut kemudian tegakkan lima kali berturut-turut, hingga sendawa.”
“Hum tahu, amalkan. InsyaAllah kalau petua itu kamu amalkan setiap hari, kamu tak mudah kena sakit kepala atau pening.”
siri-83
No comments:
Post a Comment