KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

31 March 2010

Kajian Saintis Belanda Filter Rokok Mengandungi bahan daripada Babi

http://i.okezone.com/content/2010/03/30/18/317711/VUyxRSLEFc.jpg-pve0a247f1ac5ce287

SYDNEY - Sebuah kajian menghasilkan kesimpulan yang cukup mengejutkan. Kajian sekitar 185 batang rokok menggunakan darah babi, sebagai bahan campuran pada bahagian filter rokok.

Keputusan ini diambil dari para pengkaji Belanda yang telah melakukan kajian terhadap sebahagian besar rokok. Hasilnya hemoglobin babi ditemui pada filter rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universitas Sydney mengatakan, penelitian ini menbuka seribu rahsia disebalik rahsia rokok yang selama ini amat dirahsiakanoleh pihak pengeluar rokok.

Prof Chapman juga berpendapat, hasil kajian ini telah mengukuhkan kepentingan agama yang secara khusus melarang penggunaan daging babi pada umat Muslim dan Yahudi.

“Saya fikir, beberapa kumpulan yang sangat taat kepada agama akan mengemukakan pendapat bahawa kandungan babi dalam rokok akan menyentuh perasaan mereka,” kata Prof Chapman, seperti difahamkan news.com.au, Selasa (30/3/2010). “Tentu masyarakat Yahudi akan mengambil tindakan yang lebih serius. Begitu juga umat Islam”.

Penelitian tersebut membongkar, hemoglobin babi digunakan untuk membuat filter rokok lebih efektif menahan bahan kimia berbahaya, sebelum perokok menghisap dan masuk ke dalam paru-paru.

Hemoglobin adalah protein yang mengandung zat besi di dalam sel darah merah. Fungsi unsur tersebut sebagai pengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh haiwan mamalia dan lain-lain haiwan. Hemoglobin juga adalah agen penggerak karbon dioksida semula ke paru-paru untuk dihembuskan keluar dari tubuh.

Setidaknya satu batang rokok yang dijual di Yunani telah disahkan menggunakan hemoglobin babi dalam proses pembuatannya tanpa diketahui para pengguna. Sayangnya tidak disebutkan nama jenama rokok tersebut.

“Jika Anda seorang perokok dan beragama Islam atau Yahudi, maka Anda mungkin ingin tahu bagiamana cara mengetahui apakah rokok yang anda hisap mengandung hemoglobin babi atau tidak?” kata Prof Chapman.

SUBHANALLAH..14 JARI TANGAN 16 JARI KAKI


30 March 2010

TIPS DR SEORANG SAHABAT..ANAK CERDIK

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas… yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practisesikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu

semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff
melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb. Sbb during
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur , ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah
supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat. . macam..a..b. .c…d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card
1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi
cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau
kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai ….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence
by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak
payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas , and merendah diri sikitlah bila dah terror
ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku
pun tengah try lagi ni…

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan. _

29 March 2010

5 Kunci Ghaib Di Sisi Allah SWT

http://photos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs424.ash1/23512_400416342517_104884907517_5026690_3225809_s.jpg

Nabi SAW bersabda, “5 Kunci-kunci ghaib yang tidak ada yg mengetahuinya selain Allah SWT:

1. Tidak ada yg mengetahui apa yg ada dalam rahim, kecuali Allah SWT.

2. Tidak ada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari, kecuali Allah SWT.

3. Tidak seorang pun tahu bila hujan akan turun, kecuali Allah SWT.

4. Tidak ada yang mengetahui di mana ia akan mati, kecuali Allah SWT.

5. dan tidak ada yang tahu bila kiamat akan terjadi, selain Allah SWT . (HR Bukhari)

KELUARKANLAH AKU DR ALMARI...

Andai Al-Quran bisa bicara,

Waktu engkau kanak-kanak, kau laksana kawanku sejati.. dengan wudhu’ aku disentuh dengan keadaan suci aku dipegang, dijunjung..di atas rehal aku dipelajari aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari…
sekarang engkau dewasa..kau tak berminat lagi apakah aku… hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji

Sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan atau dibuat tangkal untuk menakutkan syaitan aku tersingkir..dibiarkan bersendirian dalam kesepian di atas almari..di dalam laci… aku dpendamkan

Dulu pagi-pagi..surah-surahku engkau baca beberapa halaman sekarang sambil minum kopi..engkau baca akhbar dan di masa lapang engkau baca novel karangan manusia sedangkan ayat-ayatku datang dari Tuhan yang Maha Perkasa

Waktu malam engkau baring di depan TV menonton pertandingan bola dan lakonan manusia di depan komputer berjam-jam engkau duduk masa berlalu… aku menjadi buruk dalam gerobok mengumpul debu diselaputi habuk

Apakah suratkhabar, TV, komputer memberimu hikmat.. bila engkau dikubur..bersendirian menanti kiamat engkau didatangi para malaikat untuk pemeriksaan hanya dengan ayat2 Tuhanmu engkau akan terselamat
sekarang engkau begitu leka membuang peluang setiap saat berlalu..kuranglah baki usiamu dan kubur sentiasa menunggumu engkau bisa kembali kepada Tuhanmu..bila2 waktu apabila malaikat maut mengetuk pintu

Kalau aku dibaca selalu dan dihayati di kubur kelak.. aku datang sebagai seorang pemuda tampan membantu engkau membela diri peganglah aku lagi..bacalah aku setiap hari kerana ayat2ku adalah dari Tuhan Yang
Maha Mengetahui yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi saw keluarkanlah aku dari almari… sentuhlah aku lagii.. jangan biarkan aku sendiri sebab aku sentiasa menanti.

Admin: Saya menyeru kepada diri saya dan pengunjung isuhangat , marilah sama-sama kita keluarkan Al-Quran dari almari atau dari atas almari. Bersihkan habuk dan mari kita sama-sama membacanya. Buat permulaan satu halaman satu hari.

Kepada yang sentiasa membaca Al-Quran tahniah dan teruskan.

25 March 2010

SENI YG BIADAP

Pameran seni yang kurang ajar di Sepanyol

isuhangat

UNTUK TETAMU TAK DIUNDANG

Memuliakan tetamu adalah dituntut dalam Islam, tapi ada juga tetamu anda jenis suka melepak dan tak reti-reti nak balik. Ingatlah kalau kita berkunjung ke rumah orang pun ada adab-adabnya yang tertentu supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang kepada tuan rumah.

Satu alternatif supaya tetamu yang tidak reti bahasa tu gerenti cepat balik punya..

isu hangat gambar panas

isu hangat gambar panas

isu hangat gambar panas

isu hangat gambar panas

23 March 2010

PEMBOHONGAN TERBESAR DALAM SEJARAH

1. Penipuan skim cepat kaya (ponzi)

Bernard Madoff adalah pengusaha dan bekas ketua dari bursa saham NASDAQ. Ia mulai membangun firma Wall Street, Bernard L. Madoff Investment Securities LLC dan merupakan pengarahnya sampai 11 Desember 2008, ketika ia ditahan dan didakwa dalam penipuan sekuriti melalui skim ponzi, yang kerugian sebesar 50 million dolar.

Nama Ponzi diambil dari seorang penipu bernama Charles Ponzi yang terkenal dengan penipuannya kerana menawarkan pelaburan berupa transaksi spekulasi pelabura AS terhadap pelabur asing di era 1919-1920. Pada pertengahan Ogos 1920, audit oleh pemerintah terhadap usaha Ponzi menemukan bahwa Ponzi sudah bangkrap. Total aset yang dimilikinya sekitar US$ 1,6 juta, jauh di bawah nilai hutangnya kepada pelabur.

2. Skandal Bill Clinton

Reputasi Bill Clinton yang cemerlang akhirnya jatuh juga oleh perempuan. Semua pasti ingat isu hangat itu yang nyaris membuat Clinton tumbang dari kerusi Presiden. Pada tahun 1995, Monica Lewinsky, lulusan dari Lewis & Clark College, mula membuat skandal dengan Bill Clinton . Hubungan itu terus berlanjutan sampat Lewinsky pindah bekerja di Pentagon. Skandal ini terbongkar teman sekerja di Pentagon, Linda Tripp, yang diam-diam merakam perbualan telefon mereka.

3. Pembohongan Charles Darwin

Charles Darwin merupakan aktor di balik layar dari penipuan ini. Menggunakan teori yg tentang evolusi , ia berhasil membentuk sekumpulan pengikutnya untuk meneruskan kebohongan teori bahawa manusia berevolusi dari spesies kera. Dr.Alvan T. Marston melakukan analisa kepada fosil manusia piltdown yg diajukan oleh pengikut Darwin untuk diteliti, hasilnya sangat memeranjatkan. Fosil tsb bukan fosil manusia purba, akan tetapi fosil buatan yg ada bahagian yg sudah dimodifikasi dari potongan rahang kera, dsb.

4. Pembohongan kuda kayu Trojan

Pengunjung isuhangat mesti ingat kisah Trojan kan?

Ini antara pembohongan yang paling besar, Yunani membangun sebuah kuda kayu (“Kuda Trojan”) yang sangat besar dengan perut kosong sehingga orang dapat bersembunyi. Yunani meyakinkan bahwa itu merupakan penawaran damai sebagai hadiah untuk musuh. “Kuda Trojan” kemudian diterima dengan senang hati dan dibawa pada kota pertahanan musuh. Pada malam hari, tentara Yunani yang sedang bersembunyi di dalam menyelinap pada rumah-rumah. Kemudian, mereka melakukan menghancurkan Trojan tanpa ragu-ragu.

DUBAI NAK BINA BERHALA?

Terkejut mengenai proposal syarikat Visondivision dari Barat mengenai pembinaan tugu raksasa di Dubai. Patung raksasa yang digelar Storyteller ni dicadangakn di buat di taman Zaabel Park sebuah taman di tengah-tengah Dubai.

Patung ni dibuat untuk berfungsi sebagai pencerita cerita-cerita zaman silam seperti hikayat 1001 malam kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang melepak di sana.

Patung yang canggih ni boleh digerakkan tangan , kepala, mata berkelip dan mulut yang terbuka yang dikawal dengan komputer. Proposal ini telah siap pada May 2009 tapi saya tak pasti samada projek ni berjalan atau tidak. Di harap orang Dubai tidak gila sangat dengan membuat bangunan yang paling canggih manggih sehingga melanggar syariat Islam.


KAHWIN 3

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga”
isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS
tambah “s” je, kan?
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…

22 March 2010

PESAN NABI SEBELUM TIDUR

Assalamualaikum… Untuk manfa’at bersama……..

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh….
“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad’ Alloohushshomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii ‘alaa syaidinaa Muhammad wa’alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh”
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

AYOR CAP BADAK AIR PAIP?

Pernah minum air cap badak? Saya pernah juga masa kecil-kecil dulu tapi jarang sangat pasal arwah bapa saya pun bukan pemgamal air cap badak ni. Air cap badak dipercayai turun temurun oleh org kita boleh menyejukkan badan masa demam.

Sedikit antara kita yang mengambil tahu apa kandungan air cap badak ni, cuma dipercayai mengandungi ubat-ubatan dari China. Status halal haram tu, saya tak pasti pula samada air cap badak ni mempunyai logo halal JAKIM atau tidak.

Serbuan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kubang Pasu ke sebuah kilang memproses air penyejuk badan di Jerlum mendapati air yang didakwa boleh menyejukkan badan tersebut adalah 100% air paip dan sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu. Ceh berapa ramai orang kita yang beli dan kemudian minum air paip.



Oleh kerana gambar jenama air tersebut diblurkan saya pun tak pasti jenama apa air penyejuk badan ni, sekali pandang macam air cap badak jer. Sekarang banyak produk yang mengeluarkan air penyejuk badan ni yang botolnya pun seakan-akan sama antara satu sama lain.

Saya faham kalau sesuatu kes itu belum dijatuhkan bersalah oleh mahkamah pihak media cetak tidak berani nak menunjukkan jenama sesuatu barang tu, mana tau tup-tup kes mahkamah diaorang menang tak pasal-pasal kena saman.

Namun begitu sepatutnya mereka berkongsi dengan orang ramai terutama produk yang berkaitan dengan ubat-ubatan dan status halal haram supaya masyarakat boleh berwaspada. Kalau produk tu dah haram tetapi pihak tertentu melambat-lambatkan, tidak berkongsi atau menyorok maklumat kepada orang Islam yang lain dan orang Islam lain memakannya sapa nak tanggung? Lu tanggung la yerk!

Tahniah kepada penguatkuasa dan badan NGO seperti PPIM yang semakin rajin membuat serbuan-serbuan ke kilang yang disyaki. Sampai ada yang kena kurung pun ada, hanya Allah saja yang membalas budi korang.

Kita sebagai pengguna pula mestilah prihatan berkaitan isu halal haram ni. Jadi darah daging kita dan anak-anak. Jangan lupa membuat laporan kepada pihak tertentu seperti PPIM apa yang tengah hot di sana ialah kisah kaki katak dalam mee groreng di kopitiam. yekk

21 March 2010

BILA HATI TELAH BERKARAT

Formula besi jadi berkarat ialah Fe + H20 + 02= Fe203, ceh macam betul jer, dulu subjek kimia aku dapat C jer.

Kalau besi berkarat boleh dikilatkan dengan autosol, kalau skru ketat berkarat boleh sembur dengan WD40, bagaimana hati boleh menjadi berkarat dan bagaimana nak mengilatkannya semula?

Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.” Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.

Rasulullah bersabda :
“Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat(Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong. ” Riwayat At Tirmizi.

PETUNJUK RASULULLAH APABILA MERASA SUSAH DALAM URUSAN

Dalam kitab Jami’ At Turmudzi disebut hadis dari Anas ia berkata:
“Sesungguhnya apabila Rasulullah merasa susah kerana sesuatu urusan maka baginda mengucapkan: Yaa hayyu yaa qoyyum, birahmatika astaghisu..”

Ibn Abbas berkata Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa membiasakan membaca istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya keringanan dari kesusahannya dan jalan keluar dari kesulitannya serta diberiNya rezeki dari jalan yang tak terduga. ” Riwayat Abu Daud.

Disebutkan juga bahawa Rasulullah segera mendirikan sembahyang apabila baginda mengalami kesusahan.

BAGAIMANAKAH CARA MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENINGKATKAN DARJAT?

Rasulullah bersabda:
“Mahukah aku tunjukkan kepadamu hal-hal di mana Allah menghapuskan dosa-dosamu serta mengangkat darjatmu? Para sahabat menjawab: Baiklah ya Rasulullah: Sabda Rasulullah: Menyempurnakan wuduk, menghadapi segala kesusahan, memperbanyak langkah menuju ke masjid serta menantikan solat setelah solat; itulah perjuangan. Itulah perjuangan!

17 March 2010

Allah SWT Menyayangi Wanita

Pada zaman sekarang, kerap kali kita dengar kaum2 hawa ni kononnya nak mempertahankan hak asasi manusia yg mana dianggap kuno atau kejam. Ramai yg kata sistem Islam tidak adil. Namun tahukah mereka mengapa Allah buat begitu? Ideologi ni turut disebarkan dalam Sister in Islam.. ish3.. knp mereka nak sangat? Ok, tanpa cakap banyak, ana letakkan apa yang mereka tak puas hati sangat serta benda-benda yg dianggap tidak releven berdasarkan hak-hak asasi manusia.

1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

- Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

- Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

- Menjadi saksi juga merupakan satu kerja yang menyusahkan. Nak kena turun naik mahkamah, kena bagi keterangan, macam-macam kena buat. Nak ke jadi saksi? Bukan itu sahaja, Allah dah tahu emosi wanita ni mudah sangat terganggu. Kalau contohnya si pesalah buat muka/cerita sedih, mungkin wanita itu menarik balik saksinya.

- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

- Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika ana tersilap).

- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah,sayangnya Allah terhadap wanita..

16 March 2010

Kebaikan Menghafaz Al-Quran


Sebaik-baik perbuatan ialah membaca Al-Quran dan mempraktikan dalam kehidupan sehari. Dengan beristiqamah selama 20 tahun akan menjadikan seseorang itu mempunyai Akhlak Al-Quran.

(لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ) [فصلت: 42].

Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

(وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ) [البقرة: 216].

Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

Nasihat Kepada Pembaca Al-Quran

- اختر المكان والزمان المناسب للحفظ لأن الذاكرة ترتبط بالمكان والزمان.

Pilihlah tempat dan masa sesuai kerana akal amat memerlukan masa dan tempat yang sesuai.

- اختر الصديق المناسب والصالح الذي تحفظ معه القرآن.

Carilah kawan yang sama-sama menghafaz Al-Quran supaya sama-sama dapat membantu kearah menghafaz aAl-Quran,

- اختر الوقت المناسب للحفظ وحاول أن تختار أفضل الأوقات ولا تجعل القرآن على هامش حياتك!

Pilihlah waktu yang dapat membantu pertumbuhan minda kita.

- إذا فشلت في الحفظ فكرر المحاولة مرات عديدة حتى تستمر في الحفظ وإياك أن تنقطع عن القرآن.

Jika ianya gagal menghafaz Al-Quran cubalah kali kedua.

- علم نفسك كيف تحب القرآن! وتخيل الفوائد التي ستجنيها من حفظ كتاب الله تعالى.

Didiklah diri anda supaya supaya menyintai Al-Quran.

(وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآَنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ) [القمر: 17].

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

التفكر في خلق الله يزيد طاقة الإبداع

التأمل والتفكر في معجزات الخالق هو طريقة رائعة لزيادة الإبداع لدى الإنسان، وقد وجد العلماء أن التفكر في الطبيعة والكون والخلق يؤدي إلى زيادة في حجم الدماغ وقدرته على معالجة المعلومات بسرعة أكبر وكفاءة أعلى.

فإذا أردت أن تطور وتوسع مداركك عليك أن تقرأ في معجزات القرآن العلمية وأن تتفكر في الكون وتنظر في السماء وتتأمل في النجوم، وتنظر في عالم النبات وتنظر في المخلوقات من حولك، وسوف ترى الفرق سريعاً، سوف تلاحظ أنك سترتاح نفسياً وتشعر بالسعادة والاطمئنان أكثر من قبل.

لقد كان النبي الأعظم صلى الله عليه وسلم ينفق جزءاً من وقته في التأمل وكان يقول:

(رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) [آل عمران: 191].

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

(قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ * الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ) [المؤمنون: 1-2].

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.


(وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ) [الأعراف: 180].

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan medapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Faedah Membaca Al-Quran.

1- صفاء الذهن.

Akal fikiran menjadi tenang.

2- قوة الذاكرة.

Memberi kekuatan ingat pada minda.

3- الطمأنينة والاستقرار النفسي.

Hati sentiasa menjadi tenang.

4- الفرح والسعادة الغامرة التي لا توصف.

Kegembiraan yang tidak dapat dibayangkan.

5- التخلص من الخوف والحزن والقلق…

Bebas daripada takut, duka-cita dan kerisauan.

6- قوة اللغة العربية والمنطق والتمكن من الخطابة.

Memberi kekuatan bahasa arab, dapat membimbing ke arah penukisan bahasa arab.

7- القدرة على بناء علاقات اجتماعية أفضل وكسب ثقة الناس.

Mampu membina ikatan dan masyarakat sehingga masyarakat memberi kepercayaan kepada penghafaz Al-Quran.

8- التخلص من الأمراض المزمنة التي يعاني منها الإنسان.

Terpelihara daripada penyakit.

9- تطوير المدارك والقدرة على الاستيعاب والفهم.

Dapat menilai kemampuan akal dan kefahaman.

10- الإحساس بالقوة والهدوء النفسي والثبات.

Merasai ketenangan jiwa dan beristiqamah dalam sesuatu perkara.

ولذلك قال تعالى:

(بَلْ هُوَ آَيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَمَا يَجْحَدُ بِآَيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ) [العنكبوت: 49].

(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.

(فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ) [آل عمران: 159].

15 March 2010

MENYESAL TAK JUAL ANAK

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm.

Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid… ?

Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid: Hmmmm… .Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu: Hah Engkau biar betul Majid!

Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu… .Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Moral: Lawak -lawak juga, peringatan kepada yang mempunyai emak/ayah di pusat jagaan orang-orang tua atau mengabaikan mereka tu bertaubatlah , ambil balik dan peliharalah mereka semasa mereka masih hidup. Nasib baik anda tidak dijual atau dibuang masa bayi dulu. Apa guna wang ringgit jika ibu/bapa nan seorang tidak terjaga.

11 March 2010

Syiekh Mohamad Tantowi Telah Meninggal Dunia

وفاة سيد طنطاوي شيخ الأزهر

http://a.cdn.tendaweb.com/fckfiles/image/internasional/0tantowi12.jpg
Beliau telah meninggal dunia pada hari ini di Riyadh, arab saudi secara mengejut, beliau meninggal pada usia 81 tahun, terjatuh ditangga kapal terbang kemudian di rawat di hospital amir sultan di riyadh. Pihak Hospital telah beliau mati kerana serangan jantung.
Beliau akan dikebumikan di Baqi’ Al-Madinah Al-Munawwarah.
توفي اليوم محمد سيد طنطاوي (81 عاما) شيخ الأزهر متأثرا بأزمة قلبية مفاجئة في العاصمة السعودية الرياض.

وقال مسؤولون مصريون ووسائل إعلام رسمية في مصر إن طنطاوي أصيب بنوبة قلبية مفاجئة وشعر بآلام حادة وهو يستقل الطائرة فجرا في الرياض، وسقط على سلمها.

ونقل طنطاوي إلى مستشفى الأمير سلطان في الرياض حيث أعلن الأطباء وفاته، ولم يتأكد مما إذا كان سينقل جثمانه إلى مصر، إذ تحدثت أنباء عن رغبة عائلته في دفنه بمقبرة البقيع المجاورة للمسجد النبوي الشريف.

وقالت وكالة أنباء الشرق الأوسط إن طنطاوي كان يعاني مرضا في القلب وتعرض لأزمة صحية نهاية 2008.

مفاجأة
لكن مستشاره عبد الله النجار قال إن وفاة طنطاوي كانت مفاجأة لأنه بدا في صحة ممتازة قبل سفره إلى الرياض حيث شارك في حفل توزيع جوائز الملك فيصل لتطوير اللغة العربية، وهو حفل يرعاه الملك عبد الله بن عبد العزيز.

-1928 ولد بسوهاج.

-1966 دكتوراه الحديث والتفسير.

-1968 مدرس تفسير وحديث بالأزهر.

-1976 عميد كلية أصول الدين بأسيوط.

-1986 مفتي مصر .

-1996 شيخ الأزهر.

-2010 توفي بالرياض.

وقال للجزيرة نت الصحفيُ السعودي عمر الزبيدي الذي كان آخر إعلامي يجري مقابلة معه “تبادلنا الحديث الودي مع الشيخ طنطاوي مساء أمس الثلاثاء بالمصعد قبل توجه الشيخ طنطاوي لقاعة احتفالات توزيع جوائز الفيصل العالمية.. كان بصحة جيدة، ولم تبد عليه علامات تعب أو مرض”.

وحسب أشرف حسن أحد العاملين في مكتب طنطاوي، سيتولى محمد واصل وكيل شيخ الأزهر إدارة شؤون المؤسسة مؤقتا حتى تعيين شيخ جديد.

وولد طنطاوي في سوهاج في صعيد مصر في 1928، وحصل وعمره 38 عاما على دكتوراه في الحديث والتفسير، ثم عمل مدرسا بكلية أصول الدين قبل أن يُنتدب للتدريس في ليبيا لأربع سنوات.

كما عمل عميدا لكلية الدراسات العليا في الجامعة الإسلامية في المدينة المنورة، ثم عين مفتيا للديار المصرية في 1986، وبعدها بعشر سنوات عين بمرسوم رئاسي شيخا للأزهر، وهو مؤسسة تعتبر أعلى مرجعية سنية وتشرف على مدارس وجامعات ومؤسسات تعليمية أخرى، وتمول أساسا من خزانة الدولة.

ومنذ ثورة يوليو/تموز 1952 بات شيخ الأزهر يعين بمرسوم رئاسي، بعد أن كان يُختار من ثلاثة ينتخبهم علماء المؤسسة.

ولطنطاوي مؤلفات بينها التفسير الوسيط للقرآن الكريم في 15 مجلدا وبنو إسرائيل في القرآن والسنة ومعاملات البنوك وأحكامها الشرعية.

مثار جدل
ووجدت أوساط ليبرالية في طنطاوي سندا منذ تعيينه شيخا للأزهر، واستحسنت مواقف له من قضايا كختان الإناث.

كما يرى محللون له دورا بارزا في الحفاظ على الوئام بين المسلمين والأقلية المسيحية في مصر ويتحدثون عن علاقة وطيدة جمعته بالبابا شنودة الثالث بابا الأقباط الأرثوذكس الذين يشكلون أغلبية المسيحيين في البلاد.

لكن طنطاوي أثار منذ 1996 جدلا واسعا بين السياسيين والإعلاميين ورجال الدين في مصر وخارجها بالعديد من مواقفه وبينها مصافحته الرئيس الإسرائيلي شمعون بيريز ولقاؤه حاخامات يهودا يحملون الجنسية الإسرائيلية، ورأيه في العمليات الفدائية والجدار الفولاذي الذي تبنيه مصر على حدود غزة، وتأييده منع الحجاب في مدارس فرنسا.

10 March 2010

MAAFKAN ABANG BU ...

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:
Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumahitu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.
“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.”
Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan
leteran danbahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yg bakal dtg.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

“Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku … Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah
darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini … Ya Allah selamatkanlah anakku ini.”

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.
“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar …tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

“… Abang janji tak akan buat lagi.”
Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat
hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku …”

“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …”
Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.
“Puan, maafkan … Kami telah cuba melakukan yang terbaik.”
Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

“Anak puan … Telah meninggal dunia.”
Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat,
kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini …”

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.
Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamurumahnyapenuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari disepanjang hidup ini.”

“Ibu rindu kepadamu … Ibu rindu kepada nakalmu … Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

Kredit kepada penulis sebenar.

FACE BOOK

Facebook atau nama singkatannya FB menjadi kegilaan di Malaysia. Dulu ada isu hangat facebook ni haram sebab kepunyaan Yahudi tetapi Ustaz Zaharuddin pula mengatakan tidak haram malah boleh mendapat pahala jika berkongsi info mengenai Islam, kira macam berdakwah la tu.

Pongkok pangkalnya ialah iman, kalau ownernya orang Islam pun kalau disalahgunakan boleh jadi haram jugakan.

Saya bercerita pasal facebook ni bukan apa saja nak kongsi gambar yang paling relevan dengan facebook, gambar real facebook, bukan penciptanya yang Yahudi tu tapi memang real facebook!


facebook
Kan..kan..kan?

09 March 2010

SURAH AL-KAHFI

Surah Kahfi Penerang hati Sepanjang Minggu




Sesiapa membaca surah al-Kahfi dia akan diterangi cahaya Ilahi diantara dua jumaat.