KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

31 March 2010

Kajian Saintis Belanda Filter Rokok Mengandungi bahan daripada Babi

http://i.okezone.com/content/2010/03/30/18/317711/VUyxRSLEFc.jpg-pve0a247f1ac5ce287

SYDNEY - Sebuah kajian menghasilkan kesimpulan yang cukup mengejutkan. Kajian sekitar 185 batang rokok menggunakan darah babi, sebagai bahan campuran pada bahagian filter rokok.

Keputusan ini diambil dari para pengkaji Belanda yang telah melakukan kajian terhadap sebahagian besar rokok. Hasilnya hemoglobin babi ditemui pada filter rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universitas Sydney mengatakan, penelitian ini menbuka seribu rahsia disebalik rahsia rokok yang selama ini amat dirahsiakanoleh pihak pengeluar rokok.

Prof Chapman juga berpendapat, hasil kajian ini telah mengukuhkan kepentingan agama yang secara khusus melarang penggunaan daging babi pada umat Muslim dan Yahudi.

“Saya fikir, beberapa kumpulan yang sangat taat kepada agama akan mengemukakan pendapat bahawa kandungan babi dalam rokok akan menyentuh perasaan mereka,” kata Prof Chapman, seperti difahamkan news.com.au, Selasa (30/3/2010). “Tentu masyarakat Yahudi akan mengambil tindakan yang lebih serius. Begitu juga umat Islam”.

Penelitian tersebut membongkar, hemoglobin babi digunakan untuk membuat filter rokok lebih efektif menahan bahan kimia berbahaya, sebelum perokok menghisap dan masuk ke dalam paru-paru.

Hemoglobin adalah protein yang mengandung zat besi di dalam sel darah merah. Fungsi unsur tersebut sebagai pengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh haiwan mamalia dan lain-lain haiwan. Hemoglobin juga adalah agen penggerak karbon dioksida semula ke paru-paru untuk dihembuskan keluar dari tubuh.

Setidaknya satu batang rokok yang dijual di Yunani telah disahkan menggunakan hemoglobin babi dalam proses pembuatannya tanpa diketahui para pengguna. Sayangnya tidak disebutkan nama jenama rokok tersebut.

“Jika Anda seorang perokok dan beragama Islam atau Yahudi, maka Anda mungkin ingin tahu bagiamana cara mengetahui apakah rokok yang anda hisap mengandung hemoglobin babi atau tidak?” kata Prof Chapman.

No comments: