KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

26 July 2010

Taman Tema Hezbullah Ala Disneyland



Selamat datang ke taman tema Hezbullah. Anda boleh mengenal mengapa mereka berani melawan zionis sambil membandingkan diri (atau membandingkan wahabi) mengapa kecut menentang zionis.



Hezbullahland terletak di atas bukit menghadap ke kawasan yang pernah ditakluk Israel di Selatan Lubnan. Kawasan itu bernama Mleeta, terletak 44 km dari Beirut. Kos pembinaannya adalah 4 juta dan Mleeta telah menarik 130,000 pengunjung untuk 10 hari pertama pembukaannya sejak 25 Mei lalu, iaitu pada hari ulangtahun ke-10 kalahnya Israel dan terusirnya dari Lubnan.

Hezbullahland siap dengan pemandu pelancong. Jadi anda boleh melihat bagaimana kubu Zionis boleh dirabak senang-senang oleh tentera Hezbullah. Terdapat benteng Zionis yang dipenuhi helmet, but, serta bom yang telah dimatikan. Ini termasuklah kereta kebal Merkava-4 milik Israel yang konon canggih itu menjadi leper macam roti pau Tanjung Malim (lihat foto paling atas).



Taman tema di Mleeta ini adalah ilham as-syahid Imad Mughniyah, pejuang Hezbullah yang menurut Amerika Syarikat merupakan mastermind terhadap pengeboman kedutaan Amerika pada tahun 1983 di Beirut. Pengeboman itu mengorbankan 241 tentera Anmerika dan merupakan korban tertinggi dalam sehari buat tentera Amerika sejak pertempuran Iwo Jima.

Di sini terdapat memorial Mughniyah dan jemputlah menghadiahkan al-Fatihah untuk assyahid di sini.


Terdapat juga alat-alat beribadah milik as-syahid Abbas Moussawi, yang dibunuh Israel secara pengecut menerusi serangan udara.

Di Mleeta, anda juga boleh belajar dan bermain perang-perang. Di tangan mereka - Hezbullah - Israel pernah dimalukan. Dan di tangan Nasrallah, pembantu Allah ini akan mengajar kebongkakan Zionis.

Terima kasih tentera syiah kerana berjaya memalukan Zionis. Tabik kepada Hezbullah. Kami sunni, nak bersatu pun payah.

No comments: