Pernahkah korang berjaya dapat tangkap lalat? Susah bukan? Walau bagaimanapun ada kawan aku yang memang handal tangkap lalat. Mula-mula aku tgk macam kotor juga tapi setelah aku terbaca satu artikel mat saleh yang membuat kajian terhadap lalat aku mula respek dengan kawan aku ni.
Biasanya bab buat eksperimen-eksperimen ni mmg orang barat yang suka buat. Org Melayu tak suka mengkaji ciptaan Allah? sebab jarang sekali kita mendengar saintis melayu yang membuat kajian2 saintifik camni. Yang paling latest aku dengar ialah kajian solat dapat memberi ketenangan yang dihasilkan oleh orang Malaysia dan juga kajian semasa Dr SYed Muzaffar naik ke angkasa lepas 3 tahun lepas.
Mungkin ada sebab tertentu orang kita kurang membuat kajian, terutama sekali dlm segi dana. Mungkin juga alasan kita tidak mengkaji ciptaan Allah kerana saya mendapat komen dari pembaca isuhangat, yang mengatakan artikel-artikel sebegini ibarat tidak mempercayai kekuasaan Allah dan boleh membawa tergelincir iman? Isk..isk..kita kaji dan kemudian kita perjelaskan dalam kaedah sains supaya kita boleh tunjuk dengan orang bukan Islam tentang kebenaran Islam dan kebesaran Allah.
Bukannya mengkaji kenapa artis toot bercerai, artis toot kena tangkap basah, artis tooot bergaduh malah status artis di twitter pun boleh dijadikan bahan gossip dan isu hangat.
Berbalik kepada cerita lalat tadi. Pasal susah nak tangkap lalat, tahukan rahsia di sebalik itu kenapa lalat susah nak ditangkap.
Selama 20 tahun mengkaji biomekanikal sayap lalat, Michael Dickinson dari Institut Teknologi California (Caltech) baru memecahkan rahsia tersebut sekarang.
“Sekarang saya ada jawapannya,” ujar Dickinson yang melakukan kajian tersebut bersama Esther M dan Abe M Zarem. Ia menemui rahsia tersebut setelah merakam reaksi sejumlah lalat yang hendak dipukul menggunakan kamera digital yang dapat merakam dengan kecepatan dan resolusi tinggi.Mereka menemui bahawa lalat dapat mengenali ancaman berdasarkan lokasi. Otanya akan mengira seberapa jauh ancaman terhadapnya sebelum memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang.
Setelah meramal arah ancaman, kakinya bertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan. Semua persiapan meloloskan diri dapat dilakukannya dengan sangat pantas, hanya 100 milisaat setelah ia mengesan ada bahaya.
“Ini menunjukkan begitu cepatnya otak lalat memproses maklumat dari alat pengesan (sensor) menjadi respons gerakan yang sesuai,” ujar Dickinson. Bahkan, lalat mengatur perawakan tubuhnya sesuai dengan ancaman.
Ertinya, lalat telah mengintegrasikan dengan baik antara maklumat visual dari mata dan maklumat metasensor di kakinya.Penemuan ini memberikan maklumat mengenai sistem saraf lalat dan menunjukkan bahawa di otaknya terdapat sistem pemetaan posisi ancaman.
“Ini sebuah transformasi rangsangan menjadi gerakan yang sedikit kompleks dan penelitian berikutnya mencari bahagian otak yang mengaturnya,” ujarnya.
Dari sistem tersebut, Dickinson juga dapat menyarankan cara paling efektif memukul lalat. Menurutnya, waktu terbaik memukul lalat bukan semasa lalat sedang bersedia untuk terbang sehingga waktu yang diperlukannya untuk mengesan ancaman tersebut relatif lebih lama. Tentu tak mudah melakukan gerakan tepat kurang dari 100 milisaat.
Subhanallah, Allah Maha Berkuasa yang menciptakan teknologi-teknologi yang tidak tercapai dek akal manusia. Apa yang mungkin dihasilkan dari kajian-kajian saintis tak sampai 1% daripada ilmu Allah.
No comments:
Post a Comment