Miss Universe dalam Islam
* Gambar hiasan
Rentetan dari entri Rima Fakih, muslimat pertama menjadi Miss USA http://www.isuhangat.net/2010/11/rima-fakihmembantah-pembinaan-masjid/
Sebenarnya dunia Islam sendiri tidak memerlukan pertandingan ratu cantik untuk memperlihatkan siapa sebenarnya Miss Universe itu. Dari Al Quran kita dapat mengetahui bahawa Siti Maryam, ibunda nabi Isa AS merupakan Miss Universe sebenarnya.
Ibunda Nabi Isa As, iaitu Siti Maryam, disebutkan dalam Al-Quran dengan sebutan Nisa’il ‘Alami. Apa yang dimaksud dengan Nisa’il ’Alami? Nisa dalam pengertian bahasa Arab adalah wanita, dan ‘alami adalah alam (dunia). Jadi jika diterjemahkan bebas, Siti Maryam adalah seorang Miss Universe.
Tidakkah suatu yang membanggakan bila pengakuan Miss Universe ini tidak datang dari manusia melainkan dari Allah, pencipta bumi, langit dan seluruh isinya. Mari kita bahas lebih lanjut tentang kelayakan gelar Miss Universe untuk Siti Maryam. Pada Al Quran Surat Maryam, ayat 16 sampai 22:
Dan ceritakanlah (kisah) Maryam didalam Al-Quran, iaitu ketika dia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur, maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka; lalu Kami mengutus roh Kami (jibril) kepadanya, maka ia menjelma dihadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna. Maryam berkata, ”Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa.” Ia (jibril) berkata, ”Sesungguhnya, aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu untuk memberimu seorang anak laki- laki yang suci.” Maryam berkata, ”Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki- laki, sedang tidak pernah seorang manusiapun menyentuhku, dan aku bukan pula seorang pezina!” Jibril berkata, “Demikianlah, Tuhanmu berfirman ’hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan’ ” Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.
Sungguh mulia sikap Siti Maryam, kita boleh melihat dari ayat tersebut, bahawa Siti Maryam adalah wanita sholehah yang menjaga kehormatannya, tidak berzina. Tidak pernah lelaki selain muhrimnya menyentuh dirinya.
Begitulah hendaknya kisah Siti Maryam menjadi contoh teladan yang baik bagi wanita. Untuk menjadi wanita yang di sayang Allah, caranya adalah dengan rajin beribadah, menjaga sikap dan kelakuannya dan tidak mendedahkan aurat.
No comments:
Post a Comment