Skim Cepat Kaya adalah satu skim di mana sejumlah wang yang didepositkan atau dilaburkan akan di janjikan pulangan yang tinggi dan lumayan .
Lazimnya ,pulangan yang di janjikan selalunya lebih tinggi daripada apa yang di tawarkan oleh institusi kewangan berlesen.
Skim Cepat Kaya yang terkenal ialah Skim Pak Man Telo dan Swiss Cash.
Skim Cepat Kaya juga di kenali sebagai Skim Piramid.
Ciri Ciri Skim Cepat Kaya
1.Fokus kepada mendapatkan downline atau ahli baru
2.Pembayaran bonus berdasarkan kemasukan ahli baru
3.Kontrak bertulis tidak di berikan kepada ahli
4.Ahli di kehendaki membeli produk dengan harga yang tidak munasabah
5.Polisi bayar balik (refund) tidak di sediakan
6.Penarikan diri sebagai ahli tidak di benarkan
8.Selalu menjadikan Multi Level Marketing sebagai platform untuk merekrutkan ahli dan rangkaian baru
9.Menggunakan pelan pemasaran yang bersifat piramid
10. Orang masuk awal untung, orang yang masuk lewat hangus...
Ayat Power Skim Cepat Kaya
Ayat 1
"Anda tidak perlu menjual barang untuk mendapatkan bonus"
"Cari orang jer"
Ayat 3
"Beli atau labur dulu,barang ambil kemudian"
Ayat 4
"Tiada risiko dan akan pulang modal kalau ada ahli baru masuk"
* Dari sudut Syariah,Skim Cepat Kaya atau Skim Piramid adalah haram sebagaimana haramnya riba.
Maka sebagai umat Islam kita mestilah memilih syarikat Jualan Langsung dan Multi Level Marketing yang ada Panel Syariah yang memantau Pelan Pemasaran syarikat tersebut.
Di antara syarikat MLM yang memiliki Panel Syariah ialah
a. Score A
b.HPA
c.Stormreaders
Majoriti syarikat MLM di Malaysia belum memiliki Panel Syariah untuk memantau pelan pemasaran syarikat mereka.
Lesen AJL belum cukup menjamin pelan pemasaran sesuatu syarikat itu bebas dari pelan pemasaran piramid yang bertentangan dengan Syariah.
No comments:
Post a Comment