KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

15 March 2011

PERKOSAAN VISUAL?


Hmm, jumpa lagi dengan isu-isu menarik. Nak cerita apa pulak kali ni ya, emm. Hari ni banyak juga orang hantar email kat Togi, dalam banyak-banyak tu togi tertarik kat satu emel ni. Macam best je nak baca, lepas baca tu Togi termenung panjang memikirkan isi kandungan emel tu.

Mana tak nya, selama ni langsung tak terfikirkan benda ni. Bila fikir balik ada benarnya email ni. Kita selalu pegi pusat beli belah, bila berkenan satu baju tu atau seluar ke kita selalu nak test muat ke tak. Kalau bercuti tido kat hotel ke, kita pun tak terfikir kot perkara ni. Jom baca isi email yang Togi nak kongsi dengan korang semua untuk peringatan kita bersama.

PERKOSAAN VISUAL (Penting untuk wanita)

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Dah saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :


LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah “TEST KUKU JARI”. Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari “PERKOSAAN VISUAL” !

Para wanita : Bagitau kat teman-teman korang yang lain.

Para lelaki: Bagitau kat isteri, anak perempuan, adik perempuan atau tunang korang.

No comments: