KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

29 April 2011

E-MAIL DARI SEORANG ANTI MLM

Anda anti MLM?. Sekarang semakin ramai orang melayu yang telah sedar. Terima kasih juga diucapkan kepada blogger http://aididmuaddib.blogspot.com/ kerana berani menyatakan pendapat beliau yang bernas.

Malaysiasensasi juga merupakan salah seorang yang anti dengan bisnes MLM. Kerana dalam bisnes tersebut terdapat banyak sangat perkara yang tak betul, contohnya si penjual sistem SMS blaster. Boleh pulak sistem yang semurah RM10 tu dijual beratus-ratus ringgit dan orang yang join tu pulak bukan nak sistem SMS tu sebenarnya, tetapi nak pelan pemasaran MLM tersebut. Ini dah tak betul.

Kebanyakan orang MLM tak mengaku MLM dan menafikan mereka terlibat dalam sistem piramid. Kononnya mereka bukan MLM tapi networking. Begini, cuba ambil contoh gambar di bawah. Bukankah ia akan membentuk piramid juga?
Kesian..orang bawah tak dapat apa-apa. Orang atas juga yang kaya
Malaysiasensasi sangat kesian melihat orang melayu yang siang malam table talk, spam email orang, dan habiskan masa berjam-jam di internet untuk mencari downline. Sedangkan mereka sendiri tidak tahu dan mungkin tidak sedar yang hasil dari pekerjaan yang merka lalukan itu tidak berkat, dan duit tersebut diberi makan pada anak-anak. Kesian budak-budak tu tak tahu apa-apa.

Bagi malaysiasensasi, MLM itu adalah skim cepat kaya yang hanya merosakkan bangsa. Bayangkan jika rakyat malaysia ada 28juta dan anda adalah rakyat yang terakhir. Semua rakyat Malaysia lain sudah masuk MLM 'penipu' contohnya, jadi siapa lagi nak jadi downline anda?....

Untuk mendapat info lebih lanjut mengenai MLM anda boleh layari blog
http://aididmuaddib.blogspot.com/

ps: ini adalah pendapat peribadi sahaja. Bukan semua MLM bersifat haram, ada juga yang betul..tetapi bilangannya terlalu sedikit

No comments: