KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

30 June 2011

4 Makanan paling bahaya di asia

Menurut satu kajian di barat,negara asia banyak mempunyai makanan yang merbahaya untuk di makan.Dan menurut mereka lagi tukang masak asia mempunyai kepakaran maut,Dan benar-benar berani.Inilah antara ribuan makanan maut menurut kajian mereka.Jangan terperanjat ! tempat pertama buah kebangaan kita,raja segala buah...

DURIAN

LAZAT...Tapi mudarat
Jika anda memakan buah durian kemudian minum arak ianya boleh mendatangkan maut serta merta.Oleh sebab itu buah durian sangat di takuti oleh mat atau mek salleh (orang putih).

kandungan kalori dan gula dalam ulas-ulas durian itu antara aspek yang harus diberi pertimbangan sebelum kita menelan semua ulas yang ada di hadapan mata.Terutamanya jika anda penghidap kencing manis,semput,stroke dan lemah jantung.


OTAK MONYET


ZALIM...Otak monyet di makan hidup-hidup

Ini hidangan orang-orang Cina, bukan sahaja akan menjadikan perut anda mual, tetapi juga boleh berpotensi berbahaya untuk kesihatan anda. Jika anda makan otak monyet anda boleh dijangkiti dengan penyakit yang sama dengan penyakit lembu gila.

Kenikmatan yang ada sangat berbahaya, karena ada resiko spongiform encephalopathy, penyakit otak yang terbukti sangat merbahaya buat manusia.

Tikus panggang dan sup kelawar

TIKUS PANGGANG...Geli dan jijik




















Jika tidak betul masak, anda boleh akhirnya mati. Daging kelawar dan tikus boleh mengandungi parasit atau patogen yang boleh membuat anda sakit tenat.

Akhirnya anda akan sentiasa menyalahkan tukang masak atas penderitaan anda.

SUP KELAWAR...dikatakan mujarab untuk lemah syahwat

29 June 2011

MOTOSIKAL TERBANG

Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya. Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.

Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.

Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu. Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.

Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi.


28 June 2011

Kisah Mayat Yang Tidak Amanah

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.
Elok lah kita mengambil ikhtibar akan riwayat ini.

Adakah kita pernah mengambil barang-barang dari pejabat, samada dari sekecil-kecilnya seperti klip kertas, pemadam dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk kegunaan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita?

Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar.
Azab neraka itu adalah benar.
Dan syurga itu adalah benar.

27 June 2011

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


*Oleh sebab itulah kita digalakkan untuk mendirikan solat sunat Tarawih sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengembalikan cas-cas tenaga yang hilang setelah seharian penat berpuasa.. MasyaAllah.. begitu besar hikmah setiap apa yang diperintah oleh Allah swt serta apa yang disyariatkan di dalam Islam.. Subhanallah.. Renung-renungkanlah..
AllahuAkbar!!!

Syaitan Mengajar Manusia Untuk Beribadah

Sahabat Abu Hurairah RA pernah diberi amanah Nabi Muhammad SAW untuk menjaga gandum hasil zakat. Tiba-tiba di satu malam, ada seorang lelaki yang mencuri gandum itu. Dia lalu ditangkap oleh Abu Hurairah RA. “Kamu akan kubawa kepada Rasulullah SAW”, kata Abu Hurairah kepada pencuri itu. Namun, pencuri itu merayunya, dia mengatakan, sudah seminggu anak dan isterinya belum makan. Abu Hurairah akhirnya melepaskan pencuri itu, dan memintanya agar tidak mencuri lagi.

Esoknya selepas solat Subuh, Abu Hurairah ditanya oleh Rasulullah SAW. “Apa yang kamu lakukan terhadap orang yang kamu tangkap tadi malam?” Abu Hurairah kemudian menjelaskan apa yang terjadi. “Ingat, malam nanti. dia akan datang lagi”, kata Rasulullah SAW. Benar, malam kedua pencuri tadi datang lagi. Dan, setelah mengambil gandum, ia ditangkap oleh Abu Hurairah. Ia juga merayu lagi dan Abu Hurairah pun tidak tahan sehingga pencuri itu dilepaskan lagi.


Esoknya, Rasulullah SAW bertanya lagi kepada Abu Hurairah, seperti kemarin. Abu Hurairah juga menjawab seperti itu. Rasulullah SAW mengingatkan lagi, pencuri itu malam nanti akan datang lagi. Dalam hati, Abu Hurairah RA berkata, “Malam nanti, dia tidak akan aku lepaskan lagi”. Benar sahaja, pencuri itu datang untuk yang ketiga kalinya dan kembali mencuri gandum. Abu Hurairah kembali menangkapnya. “Sekarang, tidak mungkin aku lepaskan kamu. Kamu harus saya bawa kepada Rasulullah SAW”.

Pencuri tadi sangat cerdik. Kepada Abu Hurairah, dia mengatakan, “Saya bersedia dibawa kepada Rasulullah SAW, tapi bolehkah saya berbicara, wahai Abu Hurairah?” Abu Hurairah berkata, “Silakan, mahu bicara apa?” Pencuri tadi berucap, “Wahai Abu Hurairah, mahukah kamu saya beri satu pengajaran?” “Tentu mahu, apakah itu?” jawab Abu Hurairah . Para sahabat sememangnya dengan wirid dan ilmu. Pencuri itu berkata, “Bacalah ayat kursi sebelum kamu tidur, Allah akan menjaga kamu dari godaan syaitan.”

Mendengar kata-kata pencuri itu, Abu Hurairah terkesima, “Rupanya pencuri ini seorang ustaz.” Akhirnya tanpa ragu-ragu lagi, Abu Hurairah melepaskan pencuri itu.

Esoknya, Rasulullah SAW bertanya seperti pertanyaan yang kemarin. Abu Hurairah pun menjawab, “Pencuri malam tadi memberi ilmu kepada saya. Saya disuruh membaca ayat kursi sebelum tidur malam. Insyaallah, Allah akan menjaga saya dari gangguan syaitan,” jawab Abu Hurairah.

Rasulullah SAW berkata, “Apa yang dia katakan itu adalah benar, tetapi dia itu pembohong.” “Tahukah kamu, wahai Abu Hurairah, siapa pencuri itu? Dia adalah syaitan,” kata Rasulullah SAW.

Kisah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari itu memberikan pelajaran bagi kita.

Pertama, syaitan dari jenis jin dapat menjelma menjadi manusia.

Kedua, syaitan boleh menyuruh manusia untuk beribadah, membaca Al-Quran, solat, puasa, haji, dan sebagainya. Abu Hurairah telah diluruskan oleh Rasulullah SAW sehingga ia tidak membaca ayat kursi kerana mengikuti perintah syaitan, tetapi mengikut perintah Rasulullah SAW. Sekiranya seseorang menjalankan ibadah tetapi dia mengikuti perintah syaitan dan bukan perintah Allah, maka dia telah beribadah kepada syaitan. Wallahualam.

Pemuda Miskin Menjadi Terkenal

Pemuda ini dilahirkan dari keluarga miskin di New York. Ibunya terpaksa melahirkannya ditangga pintu sebuah sekolah. Akibatnya dia lahir yang tidak sempurna, dia menderita kelainan saraf di bahagian mukaya, sebelah kanan wajahnya menjadi seperti tidak normal.

Dia juga gagap dan hujung bibirnya selalu tertarik ke bawah. Dia kerap diejek sebagai watak kartun kucing di Looney Tunes yang kebetulan mirip dengan namanya.

Namun begitu , dia mempunyai impian untuk menjadi pelakon terkenal.

Untuk mengejar mimpinya menjadi pelakon terkenal, pemuda ini mengikuti audition di mana-mana. Retapi wajahnya yang “seperti cacat mental” dan gagap, serta lakonannya yang kelihatan kaku, dia selalu ditolak untuk berlakon walau apa watak pun.


Tetapi dia tidak berputus asa walaupun dia di tolak sebanyak 1500 kali, bahkan jumlah keseluruhan agen filem di New York tidak sebanyak itu. Ini bermakna, beberapa agen sudah menolaknya berkali-kali.

Setelah gagal audition dimana-mana, akhirnya dia bernekad.

Untuk mendapatkan watak pertamanya dia tidak mengalah. Dia datang kesebuah agensi pada pukul 04.00 petang tetapi agen filem yang didatangi menolak untuk bertemu dengannya. Keesokan paginya ketika agen tersebut datang ke pejabat dia mendapati pemuda tersebut tetap menunggu. Dia menunggu semalaman.

Akhirnya agen tersebut tidak tahan dan memberinya peluang. Walaupun dia hanya muncul selama beberapa minit sebagai pelakon tambahan, ini sudah merupakan kebanggaan bagi dirinya. Setidaknya memberi nilai tambah bahawa dia pernah main filem. Dia pikir jalannya akan lebih mudah.

Tapi ternyata kariernya tidak berganjak. Dia menemui kegagalan demi kegagalan untuk mendapatkan peranan lain. Dia .Malah dia pernah berlakon dalam filem semi-porno dengan bayaran yang serendah US$200 untuk 2 hari shooting.

Setelah itu pun kariernya pun tidak bertambah maju.

Dia tidak mampu membeli alat pemanas bilik ketika suhu sangat sejuk di New York. Dia terpaksa ke perpustakaan membaca, sekadar untuk mendapat suhu yang hangat. Dari buku yang dibaca di perpustakaan dia akhirnya mendapat idea untuk menulis skrip. Dia berjaya menjual satu skrip berharga US$ 100.

Hidupnya tidak bertambah baik. Isterinya mula tidak tahan dengan sikapnya. Isterinya selalu menyuruhnya mencari pekerjaan yang tidak ada hubugannya dengan lakonan, tapi dia tetap berkeras tidak ingin mengubur impiannya di dunia lakonan. Hidupnya semakin sukar, dia terpaksa menjual perhiasan isterinya.

Pada titik terendah dalam hidupnya dia terpaksa menjual anjing kesayangan bernama Timmy. Dia berkerja keras selama berbulan-bulan sehingga dia dia sama sekali tidak punya wang. Timmy sangat rapat dengannya, seperti sahabat, dengan terpaksa menjual anjingnya hanya dengan harga US$ 25 untuk boleh menyambung hidupnya, kerana sudah betul-betul terdesak, sehingga dia tiada wang langsung untuk makan. Semasa itu dia menangis.

Dalam kepayahan itu, dia menonton sebuah pertandingan tinju antara Mohammad Ali dan Chuck Webner, seorang peninju lemah yang menurut ramalan orang ramai akan dapat ditumbangkan selama 3 round, ternyata Webner mempunyai kemantapan dan kekerasan hati. Dia berjaya menyelesaikan keseluruhan 15 round melawan Ali kerana tidak mahu menyerah.

Pemuda itu sangat terinspirasi pada perlawanan tersebut dan muncul sebuah visi untuk menulis skrip filem mengenai perlawanan itu. Pada malam hari itu juga dia menulis dan menulis selama 3 hari tanpa berhenti, hingga skripnya selesai. Dia sangat gembira dengan skrip tersebut, kerana dalam fikirannya dia tahu bahawa skrip cerita tersebut akan menjadi sebuah filem yang mengubah hidup dan nasibnya. Tangannya sampai bergetar semasa memegang skrip itu.

Kemudian dia mengajukan skripnya kepada produser filem. Namun tidak ada yang memandang serius kepada skrip cerita tersebut.

Tetapi Dia tidak pernah berhenti berusaha. Dia menawarkan skrip ceritanya dan ditolak berarus kali kepada semua produser dan studio filem. Sehingga suatu hari, ada sebuah studio yang berani membeli skripnya dengan nilai US$20,000 dengan syarat heronya dibitangi oleh Ryan O’Neal dan Brut Reynolds.

Dia senang sekali mendapat penawaran itu, akan tetapi tetap ingin membintangi sendiri filem tersebut. Dia menawarkan diri berlakon. Pengarah itu menolak. Walaupun sesungguhnya sangat memperlukan wang, dia berkeras menolak menjual skrip tersebut kecuali jika dia boleh menjadi bintangnya. Pengarah tersebut terus menaikkan tawarannya $80,000, $125,000, $250,000 sehingga $325,000, tetapi pemuda berkeras tidak mahu menjual skripnya kecuali dia menjadi heronya. Dia berjanji akan berlakon dengan baik.

Akhirnya produser tersebut setuju dan menjadikan dia hero dalam filem tersebut, namun hanya dengan bayaran $20,000 untuk skrip cerita dan ditambah $340 seminggu iaitu upah minima seorang pelakon. Setelah dipotong kos-kos komisyen agen, dan sewa, dia hanya mendapat pendapatan bersih $6,000 bukannya $325,000

Siapakah pemuda tersebut?

Ini adalah kisah benar Sylvester Stallone atau nama singkatan “Sly”.

Sly sedar, setelah 1500 kali ditolak, skrip Rocky yang dibuatnya mungkin satu-satunya pintu gerbang untuk menjadi hero, kerana itu dia tidak mahu melepaskan watak Rocky kepada orang lain.

Sekalipun berbudget rendah US$1,000.000 dan dibintangi aktor tidak terkenal pada masa itu, iaitu Stallone sendiri, filem ini meledak di pasaran dan menghasilkan wang US$ 200,000,000 atau 200 kali lipat ganda.

Dari filem Rocky yang dibintanginya dia meraih Academy Award sebagai pelakon terbaik. Filem tersebut memenangi tiga Oscar untuk filem terbaik, pengarah terbaik dan skenario filem terbaik.

Setelah Rocky, kejayaan terus mengiringinya selama beberapa tahun selepas itu. Dia kembali berjaya menjadi ikon action movie dalam watak Rambo. Pemuda keturunan itali ini menjadi ikon lelaki macho dalam filem-filem action di Holywood.

Dia menjadi pelakon pencetak box office terbesar didunia sepanjang tahun 1970 hingga 1990. Filem Rocky (Rocky 1-5) dan Rambo (1-4) meraih hampir US$1 billion, dan menjadikan Stallone seorang bintang filem internasional termahal.

Apa yang dicapainya kini merupakan buah keteguhannya mempertahankan mimpi untuk menjadi bintang filem.

Seandainya dia merelakan skrip Rocky dibintangi oleh orang lain mungkin dia mendapat US$325,000 untuk skripnya tapi dia kehilangan peluang, yang mungkin satu-satunya, untuk menjadi bintang utama.

Tentang penolakan yang dilaminya, dia berkata

“i take rejection as someone blowing a bugle in my ear to wake up and get going, rather than retreat”.
“saya anggap penolakan seperti orang ditiupkan terompet di telinga untuk membangunkan kita bukan untuk mengundur”.

22 June 2011

Bz Giler…

Sebagai peringatan kepada diri sendiri

Dalam suatu mesyuarat antara iblis, syaitan dan jin :

“Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid, Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Quran dan mencari kebenaran, Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan nabi mereka Muhammad, semasa mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh.”

“Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid. TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi ada masa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Inilah yang akan kita lakukan,” kata iblis.

”Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan mendekatkan dirinya kepada Allah dan terus perhatikan kegiatannya sepanjang hari!.

“Bagaimana kami melakukannya?” tanya syaitan dan jin.


“Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka”. Jawab sang iblis

“Goda mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG”.

“Pujuk isteri-isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan suami-suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 – 12 jam sehari, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong.
Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka.”

“Jika keluarga mereka mula tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan penat pulang dari bekerja”. “Berterusan mendorong berfikir begitu sehingga mereka tidak merasa ada ketenangan di dalam rumah mereka sendiri.”

“Pikat mereka untuk membunyikan radio atau CD semasa mereka memandu”.

“Goda mereka untuk menyintai TV, VCD, CD, DVD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik berterusan di semua restoran, kedai dan pasaraya di dunia ini.”

“Perkara ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosakkan hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya”

“Penuhkan meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid”. “Isikan pendengaran mereka dengan berbagai berita dan gosip serta hiburan selama 24 jam sehari agar mereka terlupa akan Al-Quran”

“Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan”. “Banjiri kotak surat mereka dengan maklumat tidak berguna, katalog-katalog, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

“Muatkan gambar wanita yang cantik dan yang langsing dan berkulit gebu di majalah dan TV, untuk menggoda suami-suami berfikir bahawa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat suami-suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka”

“Buatlah isteri-isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala”.

“Jika isteri-isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan suaminya, maka suami akan mula mencari di luar”. “perkara inilah yang akan mempercepat retaknya sebuah keluarga”

“Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka Al-Quran.”

“Sibukkan mereka sehingga tidak lagi ada masa untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, sukan, fitness, pasaraya, pertandingan-pertandingan, konsert musik dan sebagainya.”

“Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK.” “Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang sehaluan, bisikkan gosip-gosip dan perbualan yang tidak bererti, sehingga percakapan mereka tidak nampak apa-apa.

Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan dunia yang akan membuat mereka tidak ada masa untuk mengkaji kebesaran Allah.” “Dan Dengan segera mereka akan merasa bahawa keberhasilan, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan dengan izin Allah).”

“PASTI BERJAYA, PASTI BERJAYA..” “PERANCANGAN YANG BAGUS.”

Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN HURA-HURA”.

“Dan hanya meluangkan sedikit sahaja masa buat Allah Taala.”

“Tidak lagi ada masa untuk bersilaturahim dan saling mengingatkan sesama sendiri akan Allah dan RasulNya”.

19 June 2011

MINUM BERDIRI:ANTARA HUKUM DAN KESANNYA

Hadith

Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.

Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu: Terjemahan: dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771

Kajian Dari Sudut Sains

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.

Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Central nervous system (2) adalah gabungan otak (1) dan saraf tunjang (3)

Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan minum berdiri ditempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Persoalannya di sini, mengapa rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri.

Air zam-zam mengandungi khasiat yang tinggi

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.
( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

JANGAN KAHWINI PEREMPUAN YANG ADA 6 SIFAT INI


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

PERMOHONAN MURTAD DI MALAYSIA

Nauzubilllah.. Ya Allah.. apa sudah jadi kan?… kenapa sudah jadi dengan agama islam kini?.. dimana pengangan akidah mereka?… di mana tauhid di dalam diri mereka?.. yang meminta untuk murtad atau tukar agama..huhu.. Jom baca Berita Yang CJ Jumpa..

Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

NONEBeliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

azlanMengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah – 238, Negeri Sembilan – 172, Selangor – 99 dan Perak – 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

“Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

“Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal,” kata Jamil.

Anda Nampak Ranking nya?..Sabah Paling Banyak Dan Negeri Sembilan tempat ke dua..emmm..adakah mereka kekurangan ilmu agama atau apa?…Marilah Sama2 kita berharap semoga akidah dah tauhid kita sentiasa ada sehingga hembusan nafas terakhir dan kepada mereka ini.. semoga Dilimpahi Hidayah Dari Allah S.W.T…

Sumber : Malaysia Kini

16 June 2011

MISTERI PENEMUAN BAHTERA NABI NOH A.S.

Gambaran bahtera Nabi Nuh as mengikut kajian


Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan. (36)Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan). (37) Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. (38) Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak. (39)(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (40) Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (41) (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir. (42) Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. (43) Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim. (44) Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya. (45) Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil. (46) Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi. (47)Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya. (48) (Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (49)
( Surah Hud : ayat 36-49 )

Lebih kurang 12000 tahun yang lalu, peradaban manusia sebelum peradaban kita sekarang pernah mengalami suatu bencana banjir yang sangat dasyat. Dan banjir itu juga mengakibatkan tenggelamnya daratan yang luas.


Secara berturut-turut pakar arkeologi menjumpai beberapa bukti yang secara langsung atau pun tidak mengenai banjir dasyat yang terjadi waktu itu.


Kisah dalam Alkitab yang berkaitan dengan banjir dasyat telah menyebutkan, “Banjir meluap dan melimpah selama 40 malam, air pasang menuju ke atas, perahu mengambang dari atas permukaan bumi” : “Arus air meluap dahsyat di atas permukaan bumi, seluruh pegunungan tenggelam oleh air pasang”: “5 bulan kemudian, perahu berhenti di atas gunung Ararat; dan setelah 4 bulan berlalu, ketika daratan sudah kering, Nabi Nuh meninggalkan perahunya.


Sejumlah besar bekas peninggalan prasejarah telah dijumpai oleh pakar arkeologi. Contohnya seperti, daratan Atlantis, budaya Yunani, bangunan di dasar laut dan banyak lagi, kemungkinan besar tenggelam disebabkan banjir dasyat waktu itu. Ada yang menganggarkan banjir dasyat itu terjadi 5000 tahun yang lalu, mengikuti perkiraan ahli astronomi, perahu Nabi Nuh mula dibuat pada 2465 SM dan hujan mulai turun pada 2345 SM.

Lokasi gunung Ararat


Setelah perahu Nabi Nuh mendarat di gunung Ararat, bermulalah kehidupan baru manusia. Mereka yang selamat menjalankan hidup baru diserata dunia. Begitu juga dengan binatang-binatang. Biji-biji tanaman kembali disemai.


Kerana dianggap melahirkan generasi manusia yang baru setelah Nabi Adam, Nabi Nuh mendapat gelar The Second Father of Human Being (Bapa Manusia Kedua). Dari generasi inilah, kebudayaan dan peradaban manusia dikembangkan. Selain di kawasan Ararat, Mesopotamia yang ribuan tahun kemudiannya menjadi pusat kejayaan Babylon.

Dr. Robert Ballard


Sekumpulan pengkaji underwater surveyors yang diketuai oleh Dr. Robert Ballard, yang juga telah menjumpai Titanic, telah menjumpai sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7500 tahun di dasar Laut Hitam, berhampiran pantai Turki. Mereka telah menjumpai struktur bangunan dari batu dan kayu pada kedalaman beberapa ratus kaki. Penemuan mereka menjadi bukti dari kejadian banjir besar di zaman Nabi Nuh seperti yang diceritakan di dalam Alkitab dan Al-Qur”an.


Menurut teori mereka, banjir besar tersebut berlaku disebabkan oleh pencairan gletser dari tanah tinggi di Eropah. “Ini merupakan satu penemuan yang sangat menakjubkan,” kata Dr. Ballard di dalam rancangan National Geographic Society bertajuk “Research Ship Northern Horizon”.


Ballard menerangkan, “Banyak kes yang terjadi apabila air tawar dari sebuah telaga berubah menjadi air masin dan kesan banjir besar tersebut menyebabkan kawasan daratan yang sangat luas berubah menjadi dasar laut”.

Gunung Ararat di Turki

Kesan tapak bahtera Nabi Nuh as


Kerja pengukuran yang dijalankan


Misteri Bahtera Nabi Nuh as


Sebuah pasukan yang melibatkan ilmuwan dari Amerika dan Turki telah membuat penyelidikan terhadap misteri gunung Ararat. Mereka mahu mencari sisa peninggalan perahu Nabi Nuh.


Apakah kisah kapal besar Nabi Nuh yang tercatat dalam kitab suci merupakan peristiwa yang nyata ataupun mitos semata-mata? Selama ini para ahli sarjana selalu berdebat, tidak ada seorangpun yang beranggapan bahawa sehingga kini sisa-sisa peninggalan perahu Nabi Nuh masih tersimpan di puncak gunung Ararat Turki.


Menurut laporan media cetak Amerika pada 26 April 2004, sebuah pasukan pengkaji yang seramai 10 orang telah dibentuk oleh pengembara Amerika dan Turki akan mendekati puncak gunung yang misteri itu, untuk mencari jejak “kapal besar Nabi Nuh” (The Great Noah Ark).


McGivern (Ketua The Trinity Corporation of Honolulu, Hawaii) mengatakan, bahawa sebelum mereka memasuki pegunungan Ararat, para anggota kumpulan perlu melakukan persiapan kerja yang rapi. Contohnya seperti, mempelajari data-data yang berkaitan dengan ciri geografi dan bentuk permukaan bumi serta adat istiadat masyarakat di daerah sekitar gunung Ararat.


Menurutnya, masalah terbesar yang dihadapi mereka waktu itu adalah bagaimana untuk melakukan komunikasi dengan penduduk asli setempat. Kerana gunung-gunung yang tinggi itu dianggap suci oleh para penduduk asli setempat, dan mereka yakin akan kewujudan “Perahu Nabi Nuh”, oleh sebab itulah selama berabad-abad, mereka tidak pernah bersedia menceritakan tentang misteri yang berkaitan dengan gunung-gunung itu kepada orang luar.


Sebagian besar anggota kumpulan penyelidik mengatakan, bahawa bagi mereka yang memahami kitab Injil, jika kewujudan “Perahu Nabi Nuh” benar-benar terbukti, maka itu akan menjadi simbol teragung sepanjang sejarah manusia, dan menjadi sebuah rekod perkembangan evolusi manusia. Seperti kisah Nabi Nuh dan perahunya yang selamat dalam banjir besar yang tercantum di dalam Alkitab dan Al-Qur’an.

Penemuan Awal


Sebenarnya, pencarian terhadap perahu Nabi Nuh sudah cukup lama dilakukan. Setahun setelah terjadi gempa bumi dan letusan gunung berapi dasyat pada 2 Mei 1883 yang telah memorak-porandakan kampung di kaki gunung Ararat, kerajaan Turki menghantar kumpulan ekspedisi untuk melihat kesan gemba tersebut. Kapten Gayscoyne, duta Britain di Istanbul, turut dalam ekspedisi itu. Ketika itulah mereka menjumpai “Perahu Nabi Nuh”.


lanjutan dari penemuan itu, pada 1917, Pemimpin Rusia Tsar Nicholas II telah mengirim 150 orang pakar dari pelbagai bidang dan juga tentara untuk mencari dan menyelidiki perahu Nabi Nuh. Selepas sebulan, kumpulan ekspedisi itu baru boleh mencapai ke puncak Ararat.


Dalam keadaan yang kagum, mereka mengambil gambar sebanyak mungkin. Mereka mengukur panjang perahu Nuh dan didapati berukuran panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki, sebahagian lainnya tenggelam di dalam salji.


Hasil dari kajian itu mahu dibawa pulang dan diserahkan kepada Tsar, malangnya sebelum sempat melaporkan kajian itu ke tangan Tsar, Revolusi Bolshevik Komunis (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan Jeneral Leon Trotsky. Sehingga sampai sekarang masih belum diketahui, adakah laporan itu masih disimpan atau dimusnahkan.


Pada tahun 1957, beberapa juruterbang Angkatan Udara Turki sempat menyelidik puncak gunung Ararat, dan menjumpai objek yang berbentuk sebuah perahu.


Disebabkan perang dingin Soviet Union dengan AS, penemuan itu tidak dikaji dengan lanjut dengan alasan “mencegah mata-mata AS mendekati Soviet. Soviet melarang setiap pesawat memasuki sekitar pegunungan Ararat. Larangan itu baru dihapuskan pada 1982, dan sejak itu berbagai kumpulan ekspedisi mula datang ke pergunungan Ararat, namun tidak ada yang mampu membuktikan.


Pada 1995, penganalisis gambar satelit Amerika, Bolsey Taylor melihat satu objek misteri yang disebut “keajaiban gunung Ararat” itu. Beliau menghabiskan beberapa tahun dalam kajiannya, mengumpulkan sejumlah besar gambar dari satelit, dan mengklasifikasi foto satelit tersebut, akhirnya didapati bahawa itu adalah sebuah objek raksasa yang panjangnya 180 meter.


Namun, mereka juga tidak tahu objek apa sebenarnya itu. Menurutnya mungkin itu merupakan benteng kuno Turki atau kemungkinan juga itu adalah “Perahu Nabi Nuh”.


Sekitar tiga tahun lalu, seperti yang dituliskan oleh G. Joseph, arkeolog Ron Wyatt dan David Fasold telah menyatakan mereka telah menemui tapak “Perahu Nabi Nuh”. Penemuan ini mengesan jejak kapal itu tidak berada di puncak Ararat tetapi sekitar 20 batu dari puncak Ararat, berdekatan dengan sempadan Iran. Tetapi mereka percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Alkitab bahawa bahtera Nuh mendarat di puncak Ararat.


Pergeseran tanah selama ribuan tahun, gempa bumi, adanya gunung baru, dapat mengakibatkan berubahnya lokasi pendaratan tersebut dari puncak gunung Ararat ke posisi sekarang.


Pengukuran objek yang mempunyai altitude 7.546 kaki. Panjangnya, 558 kaki, dan lebarnya 148 kaki. Di sekitar objek tersebut, Ron Wyatt telah menjumpai sebuah batu besar dengan lubang pahatan.


Mereka percaya bahawa batu tersebut adalah “drogue-stones”, di mana pada zaman dahulu biasanya dipakai pada bahagian belakang perahu besar untuk menstabilkan perahu. Radar dan peralatan mereka telah menjumpai sesuatu yang tidak lazim pada level “iron oxide” atau seperti molekul baja. Struktur baja tersebut setelah dilakukan kajian, bahawa jenis “vessel” ini telah berumur lebih dari 100000 tahun, dan terbukti bahawa struktur ini dibuat oleh tangan manusia. Mereka percaya bahawa itu adalah jejak pendaratan perahu Nuh.


Pegawai Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh ( Gambar dari Kosmo Online )


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.
( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Gerhana Bulan Bukti Kekuasaan Allah

Photobucket

ISUHANGAT.NET. Marilah kita sama-sama merenung kejadian gerhana penuh Bulan pada malam 16 Jun 2011 (bersamaan 14 Rejab 1432) dengan akal dan mata hati yang telah Allah kurniakan.

Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan Bulan bercahaya dan ditetapkanNya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan Bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Yunus :5)


Sebenarnya segala kejadian di alam ini baik di Bumi mahupun di langit adalah ciptaan yang Maha Pencipta. Di sebalik kejadian alam seperti kejadian pasang-surut, siang-malam, gerhana, komet dan lain-lain mengandungi satu hakikat kebenaran yang tidak dapat disembunyikan dan ditolak iaitu tentang kekuasaan yang Maha Pencipta bagi orang-orang yang berakal dan mahu berfikir.

Semua yang wujud di alam ini ada Pemilik dan Penciptanya iaitu Allah. Dia yang menjadikan segala sesuatu dari sekecil-kecil jasad yang bersaiz mungkin lebih kecil dari elektron hingga ke galaksi atau yang lebih besar dari itu tanpa bantuan sesiapa pun dan tidak merasa letih atau penat.

” Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan Bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan” Qaaf:30)

Kejadian gerhana merupakan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah.

Diriwayatkan oleh Abu Musa Al Asy ‘ary bahawa Rasulullah S.A.w bersabda:

“Bahawasanya tanda-tanda ini (gerhana) Yang Allah kirimkan, dijadikan sesuatu darinya bukanlah kerana mati seseorang atau kerana lahirnya. Tetapi Allah Aza wa Jalla mengirimkan buat mempertakutkan hamba-hambaNya dengan tanda-tanda itu. Maka apabila kamu melihat sesuatu darinya bersegeralah menyebut Allah, berdoa dan beristigfar.” ( Bukhari dan Muslim)

Ketika gerhana bulan, Bumi berada betul-betul di antara Matahari dan Bulan. Oleh kerana Bumi terletak di tengah antara Matahari dan Bulan menyebabkan cahaya dari Matahari akan dilindung oleh Bumi. Ini menyebabkan bayang terbentuk di sebelah belakang Bumi. Apabila Bulan beredar di dalam orbitnya dan memasukki kawasan bayang tersebut maka Bulan mengalami gerhana. Bulan tidak kelihatan bercahaya. Sebaliknya Bulan kelihatan gelap sedikit demi sedikit sehingga penuh apabila seluruh Bulan memasukki kawasan bayang.

Pergerakan Bulan, Bumi dan Matahari mempengaruhi terjadinya gerhana. Di antara kekuasaan Allah, Dialah yang menggerakkan dan menetapkan laluan Matahari, Bulan dan Bumi sejak dari mula ia diciptakan hingga ke hari ini sehinggalah kiamat.

” Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan Bulan, masing-
masing dari keduanya beredar di dalam garis orbitnya.” Al Anbiya :33

Sekarang mari kita renungkan betapa hebat perjalanan Matahari dan Bulan. Dari sudut astronomi detik berlakunya gerhana menunjukkan betapa tepatnya hitungan pergerakan Bulan dan Matahari. Betapa rumit , teliti dan halus pergerakan ketiga-tiga jasad Bumi, Bulan dan Matahari berdasarkan kepada perkiraan matematik.

“Matahari dan Bulan beredar mengikut perhitungan” ArRahman :5

Oleh kerana Allah telah menyebutkan di dalam Al-Quran bahawa Matahari dan Bulan itu bergerak mengikut perhitungan ( matematik ) maka manusia dapat menghitung bila gerhana akan berlaku dan kejadian lain yang berkaitan.

Jika kira renungkan bagaimana Matahari, Bumi dan Bulan masing-masing bergerak dengan kelajuan masing-masing yang sangat laju boleh tiba saat yang tepat berlakunya gerhana. Mengikut hitungan matematik gerhana malam ini Bulan mengalami gerhana penuh iaitu seluruh permukaan Bulan menjadi gelap. Gerhana penuh Bulan pada malam 16 Jun 2011, akan dapat diperhatikan apabila Bulan mula memasuki kawasan bayang gelap bumi (umbra) tepat jam 2.23 pagi.

Bulan akan sedikit demi sedikit akan menjadi gelap akibat memasuki kawasan bayang Bumi sehingga ia akan gelap seluruhnya pada jam 3.22 pagi. Selepas itu Bulan sedikit demi sedikit akan mula bercahaya semula dan bercahaya semula pada 05:05 pagi

Demikianlah hebatnya persembahan di langit pada malam ini. Sebenarnya kejadian gerhana ini memperlihatkan akan kekuasaan Allah bagi orang yang mahu berfikir. Jika mata hati seseorang itu tidak tertutup, ia dapat melihat perjalanan sistem Allah yang menggambarkan keharmonian, ketertiban dan kebijaksaan.

Bagi orang yang berakal dan berrfikir tentang kejadian di sekelilingnya dan diri mereka sendiri dapat melihat dalam setiap kejadian itu mengandungi kerumitan, kehalusan, kebijaksanaan dan keharmonian. Bagi orang yang waras tidak mengatakan semua ini terjadi dengan sendirinya.

Tetapi ia akan meyakini disebalik penyusunan sistem ini terdapat Pencipta yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, Maha Sempurna lagi Maha Perkasa.

Pengajaran yang boleh kita ambil ialah jika Allah boleh memperhitung dengan begitu teliti, halus dan tepat perjalanan alam cakerawala yang lebih besar dan rumit keadaannya sudah tentu lebih mudah bagi Allah untuk menghitung amal-amal dan pekara-pekara yang dilakukan oleh manusia samada zahir atau tersembunyi.

Semoga kejadian gerhana ini mengingatkan kita betapa kerdil dan lemahnya manusia dan betapa Maha Berkuasa dan Maha Agong Allah yang mencipta dan mentadbir sekelian alam. Oleh itu kepada Allah kita memperbanyakkan memohon keampunan dan taubat di atas kealpaan dan kesilapan yang kita lakukan di samping memperbanyakkan amal kebaikan dengan berdoa dan beramal soleh serta lakukan solat sunat gerhana.

Semoga Allah menerima taubat dan doa kita. Amin.

14 June 2011

Masjid Babri yang kini terbiar selepas serangan


Mereka sentiasa berusaha untuk memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya.Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

(Al-Saff ayat 8 dan 9)

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Lokasi Masjid Babri di Ayodhya, India

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.

Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.


Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.




Suasana tegang ketika Masjid Babri diserang

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Kuasa Allah

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

“Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.

“Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu.