Sewaktu kecil, kita selalu memegang dan membaca Mukaddam. Selepas tamat, kita beralih pula pada Al-Quran. Kita tak mungkin boleh lupakan ayat "Alif-Lam-Min". Kerana itulah yang selalu kita baca suatu ketika dulu. Selepas baca kita diajar guru yang kadang-kadang ibu atau bapa kita juga untuk mengucup Al-Quran sebelum meletakkanya di tempat asal.
Bila kita meningkat dewasa, kita semakin lupa pada Al-Quran. Sehingga kita lupa menyebut huruf-huruf di dalam kitab mulia itu, apatah lagi untuk membacanya dengan lancar. Malah ada yang terlupa di mana Al-Quran diletakkan di dalam rumah. Lebih dari itu, sudah ada yang berhabuk kulitnya.
Sedangkan Al-Quran itu Kata-Kata Allah, dia bukan makhluk dan diakui oleh imam Hambali dan ramai lagi ulama tersohor. Jadi selayaknya ia dilayan lebih dari makhluk. Kerana Al-Quran itu adalah petunjuk, jalan hidup, penawar kehidupan menuju akhirat.
Sekarang...tidakkah kita RINDU pada Al-Quran...
No comments:
Post a Comment