SEJARAH GERIK
__________________
MENURUT sejarah, orang yang mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani sebelum berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.__________________
ASAL USUL NAMA GERIK
__________________________
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai Gerik masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman.
Dalam tahun 1870 beberapa orang datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh Tok Ad (Tok Saad).
Tidak beberapa lama kemudian, Raja Reman yang juga mengguna gelaran Tuan Jagong, datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran Kuala Kenderong. Mereka mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ terdapat sebuah kampung di tengah-tengah hutan
Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.
Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.
*dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.
banyak sumber sebenarnya dari Wiki,Google,blog2,portal kerajaan,FB dan story nya
lebih kurang sama jer.
**********************************************
SEJARAH ULUNG LAIN TENTANG GERIK
Batu Bersurat Jepun 1942
Sebenarnya pihak JKR Gerik telah menjumpai 2 bungkah batu yang terukir tulisan "Cina" semasa melakukan kerja-kerja pembinaan jalan dan mereka terus menyimpannya ke dalam Setor kerana bentuk batu dan tulisan yang terpahat padanya agak pelik.
Sedang kami membelek-belek batu tersebut, salah seorang daripada pekerja JKR yang berbadan sasa bersuara."Sebenarnya ada sebiji lagi di Kroh (panggilan sekarang ialah Pengkalan Hulu), lokasi tempat di mana kami menjumpai kedua-dua batu ini."
Gambar Batu Bersurat Jepun 1942
klik untuk zoom
Tulisan Asal yang terdapat pada batu
Tulisan yang telah ditukar ke dalam Bahasa Jepun Baku
Terjemahan ke dalam Bahasa Melayu
PERTEMPURAN BERDEKATAN BUKIT "SAORUDAN (SERDANG)"
"Pada 8hb. Dis. 1941 selepas pendaratan di suatu kawasan berhampiran dengan Patani, rejimen infantri "Maruya @ Marutani" iaitu unit askar bantuan barisan terkehadapan (front-liner) berjalan kaki pimpinan Leftenan Ando, semasa dalam perjalanan menuju ke "Betung, Thai" dengan semangat yang berkobar-kobar walaupun terpaksa meranduk laluan yang begitu sukar, pada 10hb., telah bertembung dengan askar-askar British-India seramai lebih kurang 1,500 orang yang lengkap dengan kereta perisai (tank) dan trench mortar yang sedang berkubu berdekatan Bukit Serdang setelah mencerobohi sempadan Malaya-Thai dalam misi mereka menuju ke arah Utara. Pertempuran kali pertama selepas pendaratan itu tercetus serta-merta lalu menyaksikan kubu musuh diserang bertalu-talu berbekalkan kekuatan sedia ada, masuk hari yang ketiga, berjaya menakluki satu persatu daripada 3 lapisan (atau barisan) pertahanan lalu menawan keseluruhan musuh. Tawanan-tawanan hidup dihapuskan sama sekali kesemuanya. Dengan ini, kemenangan mutlak yang seharusnya dibanggakan telah diperoleh.
Cuma dengan serangan berani mati secara aktif sejak dari awal pertempuran ini yang dilancarkan oleh rejimen infantri "Maruya" iaitu askar bantuan pimpinan Leftenan Ando terhadap tentera British-India telah menyebabkan hati musuh menjadi gerun. Selepas dari itu arahan dan strategi pertempuran mudah dilaksanakan.
Oleh yang demikian batu ini didirikan di sempadan negara Malaya-Thai ini sebagai tanda peringatan."
Kor (Corps) Matsui
Tahun 1942.
Siapa Matsui dan Ando?
No comments:
Post a Comment