KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

23 February 2010

POKOK PAYUNG

Lihat keindahan pokok payung ni. Pokok payung ni berada di Pulau Socotra. Pulau ni memang sungguh unik dan indah sekali. Tiada pencemaran langsung. Kalau dapat bercuti di Pulau ni memang lega kepala yang berserabut melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT. Subhanallah.

Kalau kita melawat tempat orang kita akan lihat bentuk mukabumi, tumbuhan yang berbeza dari negeri kita sendiri. Melihat pemandangan dapat menginsafkan kita betapa agungnya ciptaan Allah, yang tidak terfikir dek minda kita yang memangnya serba kekurangan ni.

Pulau Socotra dari negara Yaman berada di Lautan Hindi bersempadan dengan benua Afrika dan Benua Arab. penduduknya berkomunikasi dalam bahasa Arab dan agama majoriti penduduknya ialah beragama Islam. Allahuakbar!


Pokok yang diberi nama “dragon blood tree”

Pokok ni paling pelik, macam orang terbalik pulak.

Hmm lobster..nyum..nyum..

BEZA MENTEGA DAN MAJERIN


Dari inbox admin, saya tidak pasti kebenaran fakta ni, fakta atau auta?

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA … perbezaan antara marjerin dan mentega?

Bacalah sehingga ke akhirnya?anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan ? INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) *ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

22 February 2010

CARA MENADAH TANGAN / BERDOA YANG BETUL

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.



Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Sumber:Majalah Anis

Mencari keberkatan doa…
Doa senjata orang mukmin…. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

Wallahu’alam…….. Ustaz abdullah mahmud….

CAHAYAMATAKU YG KE-3..SYUKUR YA ALLAH


Maaf kepada semua pengunjung blog ni sbb dah lama tak update..Saya bercuti panjang sbb isteri bersalin anak yang ke- 3.

Alhamdulillah... Allah telah kurniakan kepadaku seorang cahayamata lelaki pada hari sabtu yang lalu 13 Februari jam 1.05 minit petang. Bermakna sekarang ini aku mempunyai 2 orang putera dan seorang puteri. Terima kasih isteriku, kerana melahirkan anakku... Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu ini. Ketika aku laungkan Azan di telinga kanannya dan Iqomah di telinga kirinya, aku melihat matanya yang jernih memandangku seolah2 dia memahami dan mengiyakan lafaz Azan dan Iqomah tersebut dan itulah sebenarnya perjanjian setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ketika di alam rahim lagi bahawa mereka tidak akan menyengutukan Allah dengan sesuatu pun.

Aku namakan dia MUHAMMAD ATIF RAYYAN. Ku berdoa kepada MU Ya Allah supaya menjadikan anakku ini seorang anak yang Soleh. ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WA`ALLIMHU TA`WIL.

10 February 2010

Zoom Dalam Badan Kita

vilus pada usus kecil

telur/ovum dengan sel korona

sperma di atas telur/ovum

sel kanser paru-paru

sel darah merah

neuron purkinje (lapisan pada otak)

hujung rambut yang pecah

embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)

Salman Al Farisi



Salman Al-Farisi (bahasa Arab: سلمان الفارسي Salman Farisi; bahasa Parsi: Salman e Farsi) adalah salah satu daripada Sahabat Nabi. Sabda Rasulullah S.A.W " Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

Sebagai seorang sahabat akrab, Salman merupakan seorang tokoh yang paling menonjol serta sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w disebabkan kerana keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. Salman Al Farisi juga terkenal sebagai seorang Mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan.

Salman Al-Farisi asalnya seorang beragama Majusi yang kemudian memeluk agama Nasrani . Beliau telah pergi ke negeri Syam dan kemudian ke Yathrib atau Madinah untuk mencari kebenaran. Ketika mula masuk Islam, Salman menjadi hamba. Kemudiannya Rasulullah s.a.w telah menganjurkan sahabat agar membebaskan . Beliau terkenal kerana sifat takwa dan zuhudnya. Beliau pernah hidup serumah dengan Abu Darda' yang terkenal sebagai seorang ahli sufi. Selanjutnya Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan.

Beliau telah memainkan peranan yang penting ketika berlakunya Perang Khandaq. Ketika itu beliau telah mencadangkan supaya kaum Muslimin menggali parit di sekeliling kota Madinah yang sedang diancam oleh tentera Musyrikin Makkah serta kaum Yahudi yang khianat. Atas cadangan Salman, tentera Islam berjaya bertahan dari dalam kota Madinah dan Abu Sufyan Al-Harb selaku ketua pihak Musyrikin ketika itu telah mengepung daerah pertahanan Madinah dengan anak buahnya selama sebulan terpaksa berundur setelah kehabisan bekalan selain daripada angin taufan dan pergolakan dalaman para tentera Musyrikin.

09 February 2010

Sejarah Ayat Qursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT "

Yakjuj dab Makjuj? Berita Gempar Dari NASA


WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.

“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”

“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.

“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

Sumber: Email

Hikmah Allah Mencipta Tulang Sebelum Daging



“dan lihatlah tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali ….

Telah terbukti bahawa janin dalam kandungan berasal dari telur yang dihsilkan daripada sperma lelaki. Beberapa minggu setelah pertumbuhan, tulang mulai terbentuk dan kemudian daging menyelubungi tulang ini secara bertahap. Proses ini sangat rumit di mana daging tidak dapat terbentuk sebelum terbentuknya tulang. Oleh kerana itu Allah Yang Maha Berkuasa berfirman:

وَانْظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا – البقرة 259

“dan lihatlah tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutinya dengan daging.”

Dengan perkata lain, yang pertama kali diciptakan adalah tulang, kemudian dilapisi dengan daging dan otot. Kenyataan ini tidak seorang pun mengetahuinya pada saat Al – Quran diturunkan. Pertanyaannya Yang Allah ajukan adalah untuk kita mencari jawapan yang baru ditemui oleh sanitis sekarang : Bukankah Allah Yang Maha Berkuasa adalah Tuhan yang memberitahu Muhammad SAW tentang fakta biologis ini?

SUNGAI BERWARNA WARNI

Sungguh cantik ciptaan Allah. Sungai di Columbia . Fenomena menarik ini berlaku antara musim panas dan musim sejuk. Apabila terkena tepat masanya dengan keparasan air yang sesuai di dasarnya ternampak pelbagai lumut dan hidupan yang berwarna warni. Subhanallah!

Most Beautiful River In Columbia

Most Beautiful River In Columbia

Most Beautiful River In Columbia

Most Beautiful River In Columbia

Most Beautiful River In Columbia

Most Beautiful River In Columbia

Most Beautiful River In Columbia

Most Beautiful River In Columbia

Most Beautiful River In Columbia

BUKTI Allah SWT Mampu Membunuh Tentera Amerika Sekelip Mata

MENDENGAR RINTIHAN KITA, APA YANG BERLAKU SEKARANG ADALAH PETANDA ALLAH SWT TIDAK SUDI MENDENGAR DOA UMAT ISLAM YANG BERSELINDING DENGAN SERIBU MUSLIHAT DAN KEPENTINGAN PERIBADI TETAPI MENGGUNAKAN ISLAM MENARIK PERHATIAN ALLAH SWT .ALLAH SWT MAMPU MEMBUNUH SEMUA TENTERA AMERIKA SEKELIP MATA TETAPI UMAT ISLAM PERLU BERSATU DAN KUAT IMAN SERTA BERDOA KEPADA ALLAH SWT DENGAN HATI YANG BEGITU MURNI DAN IKHLAS, SEHINGGA ALLAH SWT SUDI

07 February 2010

KONGSI RESIPI & KREATIVITI

Saya nak berkongsi satu resepi penghias makanan iaitu Bunga Ros Kentang. Bukan sahaja cantik, unik dan menarik malah sedap dimakan begitu sahaja..

Selamat mencuba!

BANDUAN NO. 650 SEORANG HAFIZAH

Banduan No. 650

Dr Aafia Siddiqui

Dr Aafia Siddiqui, rakyat Pakistan yang mempunyai 144 Ijazah dalam Neurology dari pelbagai Universiti di dunia. Beliau satu-satunya Pakar Neurologi dalam dunia yang mempunyai PHD dalam bidang Neurologi dari Universiti Harvard.

Dr Aafia Siddiqui adalah seorang yang alim dan hafal Al-Quran. Tiada seorang pun rakyat Amerika yang mampu menandingi kelulusan beliau. Malangnya , dia telah diculik bersama 3 orang anaknya oleh FBI di Karachi yang membantu Pakistan memerangi rangkaian Al-Qaeda.

Sekarang dia berada di penjara USA. Telah hilang ingatan kerana penderaan fizikal, psikologi dan penderaan seksual. Yang sedihnya lagi dia dipenjarakan bersama banduan lelaki.

Inilah akibatnya apabila Islam dan lemah. Sanggup bersekongkol dengan pihak kafir menyeksa saudara sesama agama.