KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

08 March 2010

CARA SEBAT ISLAM VS SIVIL

Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

“YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?”

Kredit: http://ohislam.com/

04 March 2010

7 AYAT PERISAI DIRI

بسم الله الرحمن الرحيم
(( قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ )) سورة التوبة ( آية:51

Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.
بسم الله الرحمن الرحيم

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ )) يونس (آية:107)
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
بسم لله الرحمن الرحيم

(( وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ )) هود (آية:6)

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

بسم الله الرحمن الرحيم

(( إنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ )) هود (آية:56)

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

بسم الله الرحمن الرحيم

(( وَكَأَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ )) العنكبوت (آية:60)

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

بسم الله الرحمن الرحيم

(( مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ )) فاطر (آية:2)

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

بسم الله الرحمن الرحيم
(( وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ )) الزمر (آية:38

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.

4 PERKARA TUNGGU KITA PADA HARI JUMAAT

http://platform.ak.fbcdn.net/www/app_full_proxy.php?app=3447538274&v=1&size=p&cksum=f38e74196a2df5a5e4623bc7041a43df&src=http%3A%2F%2Fimage.blingee.com%2Fimages17%2Fcontent%2Foutput%2F000%2F000%2F000%2F669%2F571958761_791374.gif

لجمعة فلا تنس 4 أمور

الأول : هناك حبيب لك ولربك ينتظر صلاتك عليه فأكثر من الصلاة على الحبيب المصطفى

Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah SWT sentiasa menunggu Selawat dan Salam dari umatnya.

الثاني : هناك قبر مظلم ينتظر نورك بسورة الكهف فاقرأها

Semua kubur dalam kegelapan akan merindui bacaan surah Al-kahfi dari bibir anak yang soleh untuk menyinari taman-taman Syurga yang mereka diami di alam kubur.

الثالث : هناك ساعة استجابة تنتظرك فاحرص ألا تضيعها وادعو لكل المسلمين

Waktu Mustajab telah Allah SWT wujudkan sentiasa merindui doa-doa dari insan yang soleh untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

:الرابع …: هناك مرسل لك
ينتظر دعائك له في ظهر الغيب فلا تنسانا..اللهم اعتق رقابنا و المسلمين والمسلمات من النار

Umat Islam yang dizalimi seperti di Palestin , Iraq, Afghanistan dan lain-laian negara yang diceroboh oleh tentera ahzab amerika sentiasa dahagakan doa dari insan di negara yang aman agar mereka terlepas dari dugaan Allah SWT dan azab neraka di Akhirat kelak.

02 March 2010

IZINKAN AKU BERZINA...

Diterima dari seorang kawan untuk renungan…cerita menarik tetapi tidak pernah
didengar sebelum ini..harap sesiapa yang tau@mahir tentang kisah nabi boleh
sahkan sama ada ini kisah benar atau tidak..

Izinkan Aku Berzina

Pergaulan generasi muda sekarang ini sangat membimbangkan. Bagaimana tidak, cuba
kita lihat di jalan-jalan, di pusat-pusat membeli belah dan di berbagai tempat
selalu kita temui pasangan generasi muda kita yang berjalan dengan mesra sambil
berpegangan tangan, berpelukan, bahkan ada yang berani berciuman ditempat umum.

Terkadang hati kita merasa kasihan terhadap mereka, namun apa yang mampu kita
lakukan sedangkan mereka sendiri tidak mahu mengasihani diri mereka sendiri dan
tentunya sebagai ibubapa kita akan menanggung rasa malu kerana perilaku si anak.

Namun tak dapat dinafikan ada juga di kalangan orang tua yang merasa bangga
melihat anaknya berbuat seperti ini. Mereka bangga melihat anak mereka berjalan
dengan pasangannya sambil berpelukan atau bergandingan padahal perbuatan
tersebut sudah tentu mengundang murka Allah SWT.

Allah SWT telah memerintahkan kepada kita semua di dalam Al Quran supaya tidak
mendekati zina. Jangankan melakukan zina, mendekatinya juga dilarang. Kalau
menurut saya, berkasih itu termasuk ke dalam hal-hal yang mendekati zina.
Mengapa saya katakan demikian, seperti yang sudah saya tuliskan di atas, kita
semua tentu sering melihat banyak sekali generasi muda yang berjalan dengan
orang yang tidak halal baginya.

Mengapa perkara ini terjadi? Mungkinkah pemahaman agama yang tidak diajarkan
sejak kecil kepada si anak, sehingga mereka kalah dengan kemajuan zaman?
Mungkin.

Sekarang timbul persoalan, mengapa mereka berani melawan Allah SWT? Padahal
Allah SWT sudah melarang kita untuk melakukan zina, tentunya larangan tersebut
mempunyai manfaat bagi kita.

Pernah suatu ketika pada masa Nabi Muhammad SAW masih hidup, ada seorang pemuda
yang mendatangi baginda. Pemuda tersebut meminta izin kepada Nabi Muhammad SAW
agar diberikan izin untuk melakukan perzinaan. “Wahai Rasulullah bolehkah aku
melakukan zina”?

Maka Rasulullah SAW pun berkata kepada si pemuda,
“Wahai engkau pemuda, aku ingin bertanya terlebih dahulu kepadamu, jika ada
seseorang datang kepada mu kemudian ia bicara kepadamu “bolehkah aku menzinai
ibumu?”

Si pemuda itu pun lantas menjawab dengan lantang TIDAK.

Rasulullah Muhammad SAW kemudian berkata lagi kepada si pemuda,
“jika datang seorang laki-laki kepadamu dan bertanya kepadamu “bolehkah aku
menzinai saudara perempuanmu?

Pemuda tersebut dengan geram dan emosi menjawab `tidak’.

Rasulullah meneruskan pembicaraannya kepada si pemuda tadi,
“jika datang seorang laki-laki kepadamu dan bertanya kepadamu bolehkah aku
menzinai anak perempuanmu?Si pemuda tadi terdiam dan kemudian ia menangis sujud di hadapan Rasulullah.
Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada si pemuda,
“setelah engkau mendengarkan ceritaku tadi apakah aku akan mengizinkanmu untuk
melakukan zina?

Si pemuda tadi terkulai, menangis, dan berkata maafkan aku ya Rasulullah.

Rasulullah SAW menyuruh pemuda itu berdiri,
“Mohonlah ampun kepada Allah SWT dan jangan pernah terlintas lagi dalam
fikiranmu apalagi sampai melakukan perbuatan zina. Sesungguhnya telah
disampaikan kepada kita melalui Al Quran bahawa kita harus menjauhi zina kerana
kesemuanya itu akan membuat kita jauh dari Rahmat Allah SWT.

01 March 2010

Bukti Kekuasaan Allah SWT - Air Masin Dan Air Tawar Tidak bercampur

مرج البحرين يلتقيان … رغم امتزاج مياه النيلين سبحان الله‏

هذه اللقطة من منطقة المقرن بالعاصمة السودانية الخرطوم وهي مكان التقاء النيلين
حيث يتميز كل واحد بلون يختلف عن الآخر
وتشاهد رغم امتزاج مياه النيلين إلا أن كل نهر محتفظ بلونه

فسبحان القائل في محكم كتابه :

Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.

طبعاً النيل الأزرق في اليمين والأبيض في اليسار و يجتمعان ليصبان في الدلتا بمصر

قال تعالى : (مرج البحرين يلتقيان* بينهما برزخ لا يبغيان* فبأي آلاء ربكما تكذبان

BELALANG JUTA

Allah mampu mengarah belalang merah ini menghapus mana-mana tanaman yang ditanam oleh tangan-tangan yang takabbur kepada Allah SWT dalam sekelip mata.

زحف الجراد الأحمر في المغرب .. اللهم لاتسلط علينا ..!!

سبحان الله منظر مخيييف

28 February 2010

TIPS MENCARI JUZUK AL-QURAN

Ingin berkongsi dengan anda formula untuk mencari/menghafal halaman Al-Quran (saiz standard Pada Al-Quran – Madinah Al-Munawwarah).

Perhatikan caranya; yang sangat mudah: —

Al-Quran mempunyai 30 Juzuk (bahagian)

Contoh 1

Jika anda ingin tahu- Juzuk 5 daripada Quran muka surat berapa?
5 (lima juzuu) 5-1 = 4, jawapannya 4 x 2 = 8 kemudian letakkan 2 selepas 8 yang menunjukkan 82
Sekarang lihat pada Al-Quran dan anda akan melihat Juzuk ke 5 bermula pada halaman 82.

Contoh 2
Juzuk 10 , 10-1 = 9, jawabannya 9 x 2 = 18 kemudian masukkan 2 selepas 18
yang menunjukkan 182
Sekarang lihat pada Quran, anda akan melihat Juzuk 10 bermula pada halaman 182.

Contoh 3
Juzuk 23, 23-1 = 22, jawapan 22 x 2 = 44 kemudian masukkan 2 selepas 44
yang menunjukkan 442
Sekarang lihat pada Quran, anda akan melihat juzuk 23 bermula pada halaman 442.
Selain itu, Juzuk bermula daripada bahagian atas laman & berakhir pada bahagian bawah laman

Subhana Allah!

Artikel ini ditranslate dari blog Untuk Sesama Insan

CARA MUDAH TANGGALKAN KARAT

Nak jimat tenaga menyental cerek/barangan tembaga yang berkarat? Ujian ni dibuat di negara Arab sebab tu cerek dia lain macam sikit. Kalau korang rajin nak test pun boleh juga kemudian share resultnya.


Rendam cerek berkarat dalam periuk bersama air berkabonat dan biarkan sehari dua.


Hasilnya mudah sahaja menanggal karat yang ada sehingga menciutkan…

Bayangkan kalau dalam perut anda!

BIODATA RASULULLAH

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Isu hangat tahun ni pasal perarakan di maulidur Rasul. Saya tak berani nak komen pasal bukan ustaz pasal bidaah ni dibolehkan atau tidak. Ulama pun tidak bersependapat apa lagi kita.

Tapi kenapa majlis ni yang nak dibalahkan? Apa yang penting ialah penghayatan dan sejauh mana kita mencintai Rasulullullah SAW dan mengamalkan ajaran Baginda. Sebagai orang Islam sepatutnya mencintai Allah dan Rasulullah SAW lebih dari mencintai suami/isteri kita sendiri.

Apa ada pada majlis Maulid? Biasanya hanya ada perarakan berkumpulan mewakili organisasi dan badan NGO masing-masing sambil berselawat. Ada juga yang berkompang malah di zaman 70an 80 an di Johor popular dengan pertandingan kompang semasa acara Maulidur Rasul. Di sini ada unsur-unsur maksiat juga jika ada percampuran lelaki dan perempuan. Pulak tu kaum wanita ni biasalah kalau dah majlis beramai-ramai ni mestilah bersolek dan pakai wangi-wangi walaupun bertudung.

Lepas tu diadakan acara selingan seperti membaca Al-Quran,berzanji,nasyid dan sebagainya. Kemudian diikuti dengan ceramah agama dan akhirnya acara makan-makan. Biasanya dibuat mengikut sunnah Rasul dengan makan dalam dulang.

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW

* Nama: Muhammad bin ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim

* Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ‘ abah)

* Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

* Nama bapa: ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim

* Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘ Abdul Manaf

* Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

* Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

* Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘ Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, ‘ Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ‘ abah.

· Pembinaan semula Ka ‘ abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

- Khadijah Binti Khuwailid
- Saudah Binti Zam ‘ ah
- ‘ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
- Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
- Zainab Binti Jahsy
- Maimunah Binti Harith
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza

3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza

4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ‘ Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘ Abdul ‘ Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ‘ Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ‘ Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama ‘ berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas

SALASILAH RASULULLAH SAW.

23 February 2010

POKOK PAYUNG

Lihat keindahan pokok payung ni. Pokok payung ni berada di Pulau Socotra. Pulau ni memang sungguh unik dan indah sekali. Tiada pencemaran langsung. Kalau dapat bercuti di Pulau ni memang lega kepala yang berserabut melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT. Subhanallah.

Kalau kita melawat tempat orang kita akan lihat bentuk mukabumi, tumbuhan yang berbeza dari negeri kita sendiri. Melihat pemandangan dapat menginsafkan kita betapa agungnya ciptaan Allah, yang tidak terfikir dek minda kita yang memangnya serba kekurangan ni.

Pulau Socotra dari negara Yaman berada di Lautan Hindi bersempadan dengan benua Afrika dan Benua Arab. penduduknya berkomunikasi dalam bahasa Arab dan agama majoriti penduduknya ialah beragama Islam. Allahuakbar!


Pokok yang diberi nama “dragon blood tree”

Pokok ni paling pelik, macam orang terbalik pulak.

Hmm lobster..nyum..nyum..

BEZA MENTEGA DAN MAJERIN


Dari inbox admin, saya tidak pasti kebenaran fakta ni, fakta atau auta?

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA … perbezaan antara marjerin dan mentega?

Bacalah sehingga ke akhirnya?anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan ? INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) *ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

22 February 2010

CARA MENADAH TANGAN / BERDOA YANG BETUL

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.



Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Sumber:Majalah Anis

Mencari keberkatan doa…
Doa senjata orang mukmin…. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

Wallahu’alam…….. Ustaz abdullah mahmud….

CAHAYAMATAKU YG KE-3..SYUKUR YA ALLAH


Maaf kepada semua pengunjung blog ni sbb dah lama tak update..Saya bercuti panjang sbb isteri bersalin anak yang ke- 3.

Alhamdulillah... Allah telah kurniakan kepadaku seorang cahayamata lelaki pada hari sabtu yang lalu 13 Februari jam 1.05 minit petang. Bermakna sekarang ini aku mempunyai 2 orang putera dan seorang puteri. Terima kasih isteriku, kerana melahirkan anakku... Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu ini. Ketika aku laungkan Azan di telinga kanannya dan Iqomah di telinga kirinya, aku melihat matanya yang jernih memandangku seolah2 dia memahami dan mengiyakan lafaz Azan dan Iqomah tersebut dan itulah sebenarnya perjanjian setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ketika di alam rahim lagi bahawa mereka tidak akan menyengutukan Allah dengan sesuatu pun.

Aku namakan dia MUHAMMAD ATIF RAYYAN. Ku berdoa kepada MU Ya Allah supaya menjadikan anakku ini seorang anak yang Soleh. ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WA`ALLIMHU TA`WIL.

10 February 2010

Zoom Dalam Badan Kita

vilus pada usus kecil

telur/ovum dengan sel korona

sperma di atas telur/ovum

sel kanser paru-paru

sel darah merah

neuron purkinje (lapisan pada otak)

hujung rambut yang pecah

embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)