KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

23 December 2010

Cendekiawan Islam Di Bidang Kedoktoran

1.Zakariyya Ar-Razi

Nama penuh beliau adalah Muhammad ibn Zakariyya Ar-Razi. Orang Barat menyebutnya Rhazes. Dia dianggap sebagai salah satu doktor terbesar dalam budaya Islam dan juga salah satu pembangun kimia moden. Prestasinya itu membuatkan dia digelar sebagai “bapa kimia moden”. Sumbangan besarnya dalam kimia ialah ketika dia membahagi bahan-bahan menjadi 4 kategori: logam, tanaman, haiwan, dan bahan-bahan bernilai.


Beliau dilahirkan di Ravy, Teheran, Iran pada 846 M. Beberapa cendekiawan pun mengakui bahwa Ar-Razi merupakan pengasas ilmu kimia moden. Ini dibuktikan dengan hasil karya tulisan dan hasil penemuan eksperimennya. Ar-Razi berjaya memberikan maklumat lengkap dari beberapa tindakbalas kimia serta penerangan lengkap dan design lebih dari dua puluh peralatan untuk analisis kimia serta dapat memberikan description ilmu kimia secara sederhana dan rasional. Dia juga disebut sebagai orang pertama yang mampu menghasilkan asam sulfat serta beberapa asam lainnya serta penggunaan alkohol untuk perubatan zat yang manis.

Karya-karya hebat dari beliau antara lain adalah: AJ-JUDARI WA AL-HASBAH (cacar dan campak) yang telah diterjemahkan oleh J.Ruska dengan judul AR-RAZI’S BUCH:GEHEIMNIS DER GEHEMNISSE. Selain itu, edisi bahasa Inggerisnya sejak tahun 1498-1866 M telah dicetak sebanyak 40 kali. Lalu ada juga AL-HAWI, yang dianggap sebagai intisari ilmu-ilmu Yunani, Syria dan Arab. Selain itu ada juga AL-THIBBUR RUHANI (pengubatan rohani), SIRRUL ASRAR (Rahsia Segala Rahasia), AL-ASRAR FIL KIMIA (Rahsia-rahsia Kimia), NAFIS FI HISBAH WAL JADARI (Pengubatan Campak dan Cacar), serta MAN LA YAHDHURUHUTH (Pengubatan Alternatif Apabila Tiada Doktor)

2. Abu Qasim Az-Zahrawi

Nama lengkapnya Abu Al-Qasim Khalaf Ibnu Abbas az-Zahrawi. Masyarakat Barat menyebutnya Abulcasis. Dia lahir pada 936 M di Cordoba, Sepanyol. Penglibatannya bagi pengembangan dunia kedoktoran, khususnya ilmu bedah sungguh tak ternilai. Dia dikenali sebagai peletak dasar-dasar teknik ilmu bedah moden. Sementara itu, Az-Zahrawi, Bapa Ilmu Bedah Moden juga banyak membahas pembedahan telinga, hidung, dan tenggorok secara perinci dalam kitab AT-TASRIF LIMAN AJIZA AN AT-TA’LIF. Apa yang ditemukan dan dikembangkan oleh para doktor Muslim di era kekhalifahan itu diterap dan diserap doktor di Eropah. Inilah salah satu pengakuan terhadap penglibatan peradaban Islam dalam dunia kedoktoran.

Bahkan, AT-TASRIF LIMAN AJIZA AN AT-TA’LIF ini dianggap sebagai pereka bentuk ensiklopedia kedoktoran. Dia terkenal sebagai pakar bedah yang piawai mengaplikasikan aneka teknik paling tidak untuk 50 jenis pembedahan yang berbeza. Peralatan penting untuk bedah yang ditemuinya antara lain scalpel (pisau bedah), curette, retractor, senduk bedah (surgical spoon), sound, pengait bedah (surgical hook), surgical rod, dan specula. Beliau wafat pada tahun 1013 M.

3. Ibnu Rusyid


Lebih dikenali di Barat dengan nama Averrous. Ibnu Rusyd lahir di Cordoba, Sepanyol, tahun 1198 M. Ibnu Rusyd adalah seorang cendekiawan Muslim yang cerdas yang menguasai banyak disiplin ilmu. Dalam dunia ilmu kedoktoran, Ibnu Rusyd dikenali sebagai seorang perintis ilmu jaringan tubuh. Dia juga berjasa dalam bidang pemerhatian pembuluh-pembuluh darah, serta penyakit cacar.

Selain doktor, beliau juga ahli falsafah, sastera, logik, ilmu pasti, di samping dia sangat menguasai dalam pengetahuan keislaman, khususnya dalam tafsir Al-Qur’an dan Hadis, ataupun dalam bidang hukum dan fiqah. Kitab terkenalnya adalah BIDAYATUL MUJTAHID

Dalam ilmu kedoktoran, Ibnu Rusyd mempunyai lebih dari dua puluh buku. Salah satu buku karangannya, AL-KULLIYYAT FI AL-THIBB yang diterjemahkan ke dalam bahasa latin merupakan ikhtisar kedoktoran yang terlengkap untuk zamannya, dan diterbitkan di Padua pada tahun 1255 M. Salinanya dalam bahasa Inggeris dikenali dengan nama GENERAL RULES OF MEDICINE, dicetak berulangkali di Eropah. Karya-karyanya dalam bahasa Arab kira2 berjumlah 78 buah, yang masih tersimpan rapi di perpustakaan Escurial, Madrid, Sepanyol. Dia meninggal pada tahun 1198 M di kota Maroko.

No comments: