KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

05 December 2010

Selamat Menyambut 1 Muharam 1432H

Sempena tahun baru hijriyyah iaitu 1 Muharam pada esok hari, saya menyusun 10 jari memohon maaf jika ada setiap artikel yang dipost di blog ini dan sebarang kekhilafan tanpa disedari yang menyinggung perasaan saudara-saudari. Yang baik itu semuanya adalah dari Allah S.W.T. dan yang buruk adalah disebabkan kelalaian dan kesilapan yang dilakukan oleh diri ini sendiri.

Selamat Menyambut Awwal Muharram 1432H, semoga buku catatan baru kita nanti akan dicatat segala kebaikan.

Doa akhir tahun dan doa awal tahun

Jgn lupa baca Doa akhir tahun ini selepas Asar (beberapa minit sebelum azan maghrib) petang ini (Isnin, 6 Disember 2010), Doa awal tahun selepas azan Maghrib.

Insyaallah! Semoga diteguhkan iman, dipanjangkan usia dan dirahmati sepanjang masa.AMIN.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini,
Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas azan maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Wallahualam..

No comments: