Tiga tahun lalu, dia pernah terbuai dengan keseronokan duniawi. Bergelar pengunjung tegar pusat hiburan, meneguk minuman beralkohol serta menjadikan najis dadah sebagai peneman, penyanyi dan produser yang berhasil menghipnos pengikut dari seluruh dunia, Maher Zain, 29, secara terbuka berkongsi kekhilafan dirinya.
Berterus-terang, tidak pernah terlintas di ruang fikirnya ingin berdampingan dengan gelaran anak seni. Jejaka kacak berketurunan Lebanon dan dibesarkan di Sweden itu, sebaliknya punya alasan sendiri untuk tegak berdiri dalam belantika hiburan lantas mengalunkan kelunakan vokalnya yang dibalut puji-pujian kepada Sang Pencipta.
Apabila Allah masih menyayangi kita, Dia akan berikan laluan untuk kita mendekatiNya. Itulah yang dilalui oleh Maher Zain apabila beliau terasa dirinya amat kekosongan. Ketika bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan album, RedOne, Maher Zain sering ke masjid dan berjumpa dengan rakan-rakan baru yang banyak menasihati beliau untuk kembali ke pangkal jalan. Akhirnya timbul kesedaran dalam diri Maher Zain untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah dan mula berkarya dalam lagu-lagu bersalut keTuhanan. Menariknya, setiap lagunya mempunyai kisah yang pernah dialaminya sendiri. Tak mustahillah setiap lagunya kedengaran seperti ikhlas dinyanyikan dari hati.
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment