Tadi out-station ke Kota Belud. Di sana ke Kampung Timbang Dayang. Nama kampung pun agak unik.. Memang pun ada kaitan nama kampung tu dengan dayang-dayang dari kayangan.
Selepas ke Kota Belud, aku memandu melalui Jalan Bypass Kota Belud – Ranau kerana mahu ke Kg. Kilimu Ranau. Kat sana ada projek yang perlu buat pemantauan.
Masa balik dari sana, singgah sebentar di gerai tepi jalan di Kundasang. Pesat membangun Kundasang sekarang. Tapi aku lebih suka Kundasang yang dulu. Tadi aku check suhu, paling rendah pun cuma 22darjah celcius. Dengar cerita dulu-dulu lagi sejuk dari tu. Mungkin kerana pembangunan, suhu semakin meningkat.
Masa singgah di gerai tu, ternampak beberapa tompokkan buah yang agak pelik. Pertama kali melihatnya.. memang tak tahu nama.
Jadi aku tanyalah adik manis yang jual buah tu..
Aku: Apa nama buah ni dik?
Adik Manis: Buah Lemak manis bang..
Aku: Tak pernah tengok buah ni. Tanam kat mana?
Adik Manis: Cuma ditanam di oleh Jabatan Pertanian Ranau, bang!
Aku: OOO… Namanya? (sengaja tanya lagi.. nak dapatkan kepastian)
Adik Manis: Buah Lemak Manis. Buah ni orang semenanjung suka dan akan bawa balik semenanjung!!
Aku: Berapa sekilo?
Adik Manis: RM7.00 sekilo..
Jadi, aku nak cuba jugak rasa. Aku belilah yang dah siap potong dan dipek. RM2.00/pek
Korang tekalah.. mana satu buah lemak manis tu?
Ok.. ni gambar close up buah tu.
Tak dapat nak aku gambarkan rasanya.
Sepadan dengan nama Buah Lemak Manis.. Memang lemak dan manis!!
Kalau makan tu, siapkan air disebelah.. boleh tercekik kerana kesedapannya..
No comments:
Post a Comment