KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

04 May 2011

Sejarah Hari Ibu Yang Kita Agungkan

Rhea, "the mother of gods"


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.

Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang fakir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Julia Ward Howe

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Anna Jarvis

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sepuluh Wasiat Dari Imam Syafie Untuk Kita.

10 Wasiat Imam Syafie...

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat

kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah
kandungan wasiat
tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka

hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."



PERTAMA
: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.



KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.



KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.



KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.



KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.



KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI

AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.



KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.



KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.



KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.



KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.



Terima kasih kerana sudi luangkan masa...Renung-renungkan dan selamat Beramal!!

03 May 2011

HOMEMADE PIZZA

Cedok dari blog zarinabilah


Hello fwens...!!!!hai

kita bertemu kembali di pagi Selasa yang indah ni.....

ha...nak tau tak...semalam kan.....I try buat pizza sendiri tau....hasilnya....ermm...nanti la I cite lepas I share cara-cara membuat pizza ni dulu yupp...



I ambil resepi ni dari Ana Ayesha..

emo21BAHAN-BAHAN UNTUK DOH PIZZA



Bahan A



Bahan B


Bahan C


woopss......pembetulan...2 sudu besar butter/mentega yupp..
sebab ikut sukatan tepung..

emo21CARA PENYEDIAAN DOH



satukan Bahan A dalam 1 bekas


satukan pula Bahan B..kacau campuran air+gula+yeast hingga sebati..

kemudian...masukkan sedikit demi sedikit campuran Bahan B ke dalam Bahan A...gaulkan sehingga menjadi doh..

setelah menjadi doh...masukkan pula Bahan C sedikit demi sedikit...ulikan doh tersebut..sehingga Bahan C sebati bersama-sama Bahan A dan Bahan B tadi..



rehatkan doh buat seketika...biarkan doh mengembang sekali ganda..

lepas dah rehatkan...letakkan doh atas tudung periuk..canaikan doh tersebut...



ambil garfu...cucuk-cucuk kan doh tersebut...

biarkan kejap....

emo21PIZZA TOPPING



Topping tuk Pizza ni....I guna sos cili biasa jer...nak pakai sos tomato pun boleh..

sapukan rata-rata sos atas doh..



terpulang pada you all la nak letak apa atas pizza tu..

macam I...I godek-godek fridge...cari apa yang ada jer..

seperti dalam gambar..itu lah hasil godek kan I..
DD punya sausage...crab stick...lebihan nenas dan bawang..

and..bahan yang sangat penting untuk Pizza adalah...........



cheese........!!!

tapi untuk permulaan...I gunakan slice cheese tu jer....



tadaaa.........sebelum di bakar.....



banyak kan I letak cheese...hehehe....

bakar pada suhu 190 C selama 25 minit...

peringatan..!!

kena pandai adjust suhu pembakaran dan masa...sebab kepanasan oven kita berbeza..

emo21HASIL..

errr...malu la nak tunjuk..tak berapa cantik....sebab terhagus sikit.....

lepas dah masuk oven...I luruskan pinggang jap kat depan tv...tapi bukan kejap...lama..hehehe...bila oven dah berbunyi 'tink!!' baru I teringat.....

cepat-cepat lah bergegas ke dapur....dan ini la hasilnya.......



hehehe....hangus sikit bahagian atas.....

emo21RASA..??

meh baca status DD kat facebook dia.....

Penemuan Saintis Islam


Selama ini kita sering di dedahkan dengan penemuan- penemuan Saintis Barat.Sebenarnya sumbangan penemuan Saintis Islam juga banyak cuma kita tidak di dedahkan sahaja.Saintis saintis Islam banyak memberi sumbangan penemuan pada Zaman Kegemilangan Islam .

Pada saat itu dunia barat sangat mundur sehingga zaman itu di kenali Zaman Kegelapan Barat.Banyak ilmu ilmu dari barat sebenarnya di ambil dari ilmu tamadun Zaman Kegemilangan Islam.

Zaman Kegemilangan Islam = Zaman Kegelapan Barat

Berikut adalah penemuan penemuan Saintis Islam

1.Sabun di cipta oleh Saleh .


2.Jambatan di cipta oleh Yusuf


3.Bot di cipta oleh Noh


4.Cermin di cipta oleh Sulaiman

5.Jarum di cipta oleh Idrees

6.Sikat di cipta oleh Ibrahim

7.Algebra di cipta oleh Al Khawarizmi

8.Hospital pertama di dunia di bina oleh orang Islam

9.Universiti pertama di dunia di bina oleh orang Islam

10. Banyak lagi..

Iran adalah antara negara Islam yang menguasai teknologi baru dan mampu bersaing dengan kemajuan teknologi barat.
Majoriti negara Islam lain hanyalah sebagai pengguna teknologi sahaja.

Apakah Nama Sebenar ‘Buah Lemak Manis’ Ni?

Dari email sahabat

Tadi out-station ke Kota Belud. Di sana ke Kampung Timbang Dayang. Nama kampung pun agak unik.. Memang pun ada kaitan nama kampung tu dengan dayang-dayang dari kayangan.

Selepas ke Kota Belud, aku memandu melalui Jalan Bypass Kota Belud – Ranau kerana mahu ke Kg. Kilimu Ranau. Kat sana ada projek yang perlu buat pemantauan.

Masa balik dari sana, singgah sebentar di gerai tepi jalan di Kundasang. Pesat membangun Kundasang sekarang. Tapi aku lebih suka Kundasang yang dulu. Tadi aku check suhu, paling rendah pun cuma 22darjah celcius. Dengar cerita dulu-dulu lagi sejuk dari tu. Mungkin kerana pembangunan, suhu semakin meningkat.

Masa singgah di gerai tu, ternampak beberapa tompokkan buah yang agak pelik. Pertama kali melihatnya.. memang tak tahu nama.

149897 465001468230 568948230 5790529 1062844 n Apakah Nama Sebenar Buah Lemak Manis Ni?

157086 465001553230 568948230 5790530 6104820 n Apakah Nama Sebenar Buah Lemak Manis Ni?

Jadi aku tanyalah adik manis yang jual buah tu..

Aku: Apa nama buah ni dik?

Adik Manis: Buah Lemak manis bang..

Aku: Tak pernah tengok buah ni. Tanam kat mana?

Adik Manis: Cuma ditanam di oleh Jabatan Pertanian Ranau, bang!

Aku: OOO… Namanya? (sengaja tanya lagi.. nak dapatkan kepastian)

Adik Manis: Buah Lemak Manis. Buah ni orang semenanjung suka dan akan bawa balik semenanjung!!

Aku: Berapa sekilo?

Adik Manis: RM7.00 sekilo..

Jadi, aku nak cuba jugak rasa. Aku belilah yang dah siap potong dan dipek. RM2.00/pek

162823 465001423230 568948230 5790528 4321222 n Apakah Nama Sebenar Buah Lemak Manis Ni?

Korang tekalah.. mana satu buah lemak manis tu?

Ok.. ni gambar close up buah tu.

155791 465001638230 568948230 5790533 7666645 n Apakah Nama Sebenar Buah Lemak Manis Ni?

Tak dapat nak aku gambarkan rasanya.

Sepadan dengan nama Buah Lemak Manis.. Memang lemak dan manis!!

Kalau makan tu, siapkan air disebelah.. boleh tercekik kerana kesedapannya..