Hari Raya Haji tahun ini memang banyak isu hangat yang menggemparkan di Malaysia. Bukan gempar apa tapi banyak yang mencemarkan kesucian Islam di hari yang mulia lalu seperti isu Inul Raja Gerudi , pelancaran filem Jalang dan kisah pondan Melayu Mohammed Fadzil Min Bahari atau nama glamournya Fatine yang ‘bernikah’ dengan pasangan jantannya di London.
Dah ‘kahwin’ tu senyap-senyap jer la tapi diberi liputan meluas pula di media antarabangsa. Kerana ketaksuban kepada nafsunya Fatine sanggup memalukan keluarga,bangsa, negara dan agama membuat benda yang memang dilarang.
Semoga Mohammed Fadzil di beri hidayah dan bertaubat. Bukan untuk memalukan dia tapi semoga memberi sempadan kepada lelaki Melayu Islam yang berjiwa lembut supaya bertaubat dan janganlah mengikut nafsu songsang Kaum Lut dan terpedaya dengan hasutan Syaitan.
Jika kita lihat disekeliling, kaum gay dan lesbian semakin berani menonjol dan bangga pula di Malaysia . Lihatlah operasi di kelab gay beberapa bulan yang lalu, berapa ramai Melayu Islam yang terlibat. Manakala perempuan lesbian pula semakin ramai yang menunjukkan ‘hero’ nya di khalayak ramai.
Jika tidak disekat ditakuti perkara songsang ini menjadi budaya yang diterima pula di Malaysia masa akan datang. Astaghfirullah… minta dijauhkan.
No comments:
Post a Comment