KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

20 December 2009

TEROWONG PENYELAMAT PEJUANG PALESTIN

Wahai saudara-saudara seagama… kita hidup bahagia, solat dan kerja dengan senyum tawa.. setiap hari mengejar dunia.. ustaz dan ustazah turut gilakan dunia.. setiap hari membicarakan pangkat dan gaji.. inilah realiti umat Islam yang mengaku Islam tetapi sebenarnya bertuhankan hawa nafsu dan wang ringgit..

Lihatlah umat Islam Palestin … sebenarnya merekalah hamba yang paling Allah cintai.. semua kesengsaraan dan kesedihan yang telah Rasulullah SAW lalui .. mereka tetap merasai.. walaupaun Rasulullah telah meninggalkan kita melebihi seribu tahun yang lalu… Mereka memilki Khandak yang lebih ngeri dari khandak Rasulullah SAW… Semua dunia Islam berpesta untuk rukun haji dan makan daging Qurban tetapi… umat Palestin menadah tangan memohon keampunan dan bantuan dengan penuh perasaan…. dalam terowong misteri dan rahsia ini mereka tunaikan solat… Nyawa mereka seperti telur dihujung tanduk.. Bila-bila masa sahaja mereka akan syahid dalam terowong rahsia ini… Tetapi iman dan keyakinan mereka kepada Allah SWT amatlah segar, setiap saat dan detik zikir membasahi bibir mereka… mereka terpaksa berjuang sendirian dalam dunia yang penuh dengan persahabatan dan laungan selogan agama Islam… tetapi pada hakikatnya mereka sendirian dalam menelan dan menerima hukuman israeil laknatuLLAH sedangkan umat Islam dunia setia pada perjanjian dengan Israeil , perdagangan dan teknologi terus akrab dan lebih setia serta sanggup mempertahankan israeil sehingga ke titisan darah terakhir.. itulah hakikat iman kita kepada Allah.. Kita sebenarnya tidak cinta kepada Allah dan Rasul tetapi kita Cinta kepada Kemewahan dan Nafsu yang lebih lazat dan seronok.

Selamat Berjuang saudara-saudaraku…. Allah tetap bersamamu… Kami iringi Selawat dan Salam setiap waktu… Pertolongan Tuhan Rabbul Izzati pasti kita rindui selaluingatlah Firman Ilahi ” Pertolongan Allah telah hampir tiba “…..







No comments: