KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

26 December 2011

4 Golongan Yang Didebat Allah


Assalamualaikum..Siapa sini pakar debat? Johan debat ke, naib johan pun oklah, kira hebat berdebat juga la tu. Antara ciri-ciri seorang pendebat yang hebat ialah keteguhan fakta, keyakinan yang tinggi, gaya bahasa serta kelantangan intonasi. Otaknya penuh dengan fakta dan idea untuk meneguh segala hujahnya dan mematahkan setiap kata-kata pihak lawan. Keyakinnya terlihat dengan ketenangan serta keberanian mendepani siapa jua di hadapannya. Gaya bahasanya menampakkan tahap intelektualnya yang tinggi dan kemahiran berbahasa yang mantap. Serta, kelantangannya menyuarakan hujahnya membuatkan pihak lawan berpeluh dan ketakutan.
Siapa contoh pendebat hebat? Lazimnya, para pemimpin terutamanya pemimpin politik terkenal dengan kelantangan debatnya. Hari ini, WS ingin mengutarakan cabaran debat, bukan daripada WS, tetapi daripada Allah. Debat dengan Allah. Jadi, sesiapa ingin? Atau bahasa budak-budak muda sekarang, ada bran?
Perkara ini dipetik daripada sebuah hadith daripada salah satu kuliyyah hadith yang WS hadiri baru-baru ini. Diringkaskan, hadith tersebut berbicara tentang hal 4 golongan manusia yang akan didebat oleh Allah. Mereka ialah:
  1. Golongan Pemerintah: Allah berdebat bahawa Nabi Sulaiman, pemerintah terbesar dunia dengan kerajaan manusia, jin dan haiwan, namun tak pernah meninggalkan solat. Apa jawapan kalian, wahai para pemimpin besar?
  2. Golongan Sibuk: Allah berdebat bahawa Nabi Yusuf yang menjadi Menteri Kewangan negara begitu sibuk menurus hal kewangan negara, namun tak pernah meninggalkan solat, bahkan berpuasa sunat setiap hari. Apa jawapan kalian, wahai orang-orang yang sibuk?
  3. Golongan Sakit: Allah berdebat bahawa Nabi Ayub yang menderita sakit yang amat teruk namun tak pernah meninggalkan solat sekalipun. Apa jawapan kalian, wahai orang-orang sakit?
  4. Golongan Miskin: Allah berdebat bahawa Nabi Isa, orang paling miskin di dunia namun tak pernah meninggalkan solat di sebalik kesusahannya? Apa jawapan anda, wahai orang-orang miskin?
WS tinggalkan anda untuk menilai sendiri kepentingan solat yang diperintahkan. Apa jua alasan anda, anda WAJIB bersolat! Jika tidak, berdebatlah anda dengan Allah kelak. Ada bran? Yok, kita sama-sama tunaikan solat..=)..

No comments: