KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

26 December 2011

MISTERI

HANTU DALAM ISLAM

Dalam islam tidak wujudnya hantu, tetapi yang dikelaskan sebagai hantu merupakan jin yang mengganggu manusia. Setan yang juga tergolong dalam kelompok jin, dan jin dikenali sebagai makhluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagaimanapun, kumpulan jin ini juga boleh memasuki alam manusia. Terdapat jin yang membuat hubungan dengan manusia dan berkhidmat dengan manusia dengan matlamat menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah dan sesama manusai. Persahabatan ini dikenali sebagai saka.


KELAHIRAN SEMULA.

Kelahiran semula (Buddha : punabbhava) merujuk kepada kepercayaan bahawa seseorang akan dilahirkan kembali ke dunia ini selepas ianya meninggal dunia. Terdapat dua aliran fikiran utama, iaitu mereka yang mempercayai bahawa kesemua manusia akan dilahirkan kembali, dan mereka mempercayai bahawa sesiapa yang melakukan banyak perbuatan-perbuatan yang baik akan mencapai kesedaran yang agung (nirvana) dan akan berhenti kelahiran semula. Walaubagaimanapun, di alam-alam kehidupan yang lain, kelahiran semula (rebirth) adalah satu proses yang berterusan. Ajaran Buddha merupakan aliran fikiran yang kedua.

JIN.

Jin menurut erti bahasa berasal dari lafatz ijtinan yang berarti istitar (sembunyi) dari lafazh jannahul lail, iaitu jika malam menutupinya sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surat Al An’am ayat 76 tentang kisah Nabi Ibrahim ertinya : “Ketika malam telah menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata : Inilah Tuhanku”. Mereka sembunyi dan tidak terlihat oleh mata manusia maka disebut jin, mereka boleh melihat manusia tetapi mereka tidak boleh dilihat oleh manusia sebagaimana firman Allah, ertinya : “Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” (Al A’raaf 27). Di samping itu ada beberapa kata yang seakan dengan kata jin ini dan semuanya mempunyai makna yang hampir sama. Seperti kata janin yang berarti bayi yang tersembunyi dalam perut ibunya., junan atau majnun (gila) kerana tertutup akalnya, jannah (kebun/surga) kerana banyaknya tanaman dan pepohonan yang tumbuh menutupi tanah dan masih banyak lagi yang lainnya. Jin dicipta oleh Allah dari api sebagaimana yang dijelaskan dalam dalil-dalil dari Al-Quran dan hadits. Allah berfirman, ertinya : “Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. ” (Al Hijr 27).

No comments: