Seorang wartawan menemuramah seorang CEO sebuah bank luar negara
“Tuan, apa rahsia kejayaan anda?”
“Tiga perkataan sahaja” jawabnya.
“Apa itu tuan?”
“Keputusan yang tepat!”
“Bagaimana anda membuat keputusan yang tepat?”
“Satu perkataan sahaja”
“Apa itu tuan?”
“Pengalaman”
“Dan bagaimana anda mendapatkan pengalaman?”
“Tiga perkataan sahaja juga”
“Apa itu tuan?”
“Keputusan yang salah…”
Kesimpulan isuhangat: Jangan terlalu kecewa jika tersilap langkah, anggaplah itu adalah pengalaman yang mematangkan anda untuk kejayaan cemerlang di masa hadapan.
1 comment:
mohon dikongi di blog saya boleh?
Post a Comment