KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

27 October 2010

Telur dadar raksasa


World’s Largest Omelette

Dalam usaha untuk mempromosikan telur sebagai sumber makanan sihat dan murah, dan merayakan Hari Telur Sedunia, chef di Turki berjaya mencipta rekod dunia baru untuk telur dadar terbesar di dunia.

50 orang chef Turki, menggoreng 110,010 telur pada kuali raksasa, yang berdiameter 10 meter. Kerja menggoreng telur menghabiskan masa 2.5 jam untuk siap dimakan.


432 liter minyak diperlukan untuk membuat telur ini. Acara ini diadakan oleh Persatuan Pengeluar Telur Turki sebagai cara untuk mempromosikan telur sebagai makanan lazat dan sihat.

Telur Dadar raksasa ini beratnya 4.4 tan, mengalahkan rekod lama 3,625 tan, iaitu bezanya hampir satu tan. Setelah di timbang,telur dadar ini dibahagi-bahagikan kepada ribuan penonton yang tertarik dengan baunya.

World’s Largest Omelette

World’s Largest Omelette

World’s Largest Omelette

World’s Largest Omelette

Kerana wanita itu

Kisah ini saya kutip dari blog ctsabarina untuk sama-sama kita ambil pengajaran darinya…

***

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila, sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh
dilakukan tapi mengikut wanita tersebut..

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu –adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi.

Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, senantiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.

Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.

“Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, “dan bawakan kuncinya.” Aku akur. “Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu,” kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku.

“Pergilah buangkan,” ujar wanita itu sambil ketawa, “tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?” Tempelak wanita itu lagi. Aku diam. “Waktu maghrib sudah hampir selesai,” kata wanita itu bernada sedikit menyindir . “Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?” Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh.

Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya. “Tiba masanya untuk melihat aku.” kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. “Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi. “Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari. “Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

26 October 2010

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut!!

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi

Sumber : Kosmo!

* Mungkin ahli yang mengkaji benda nie akan takjub dengan kebenaran al-Quran.... Sesungguhnya tiada sesuatu pun dapat mengatasi kuasa Allah SWT.

Petua buang angin

Petua yang dikongsi dapat melalui email,

Salam semua.

Saya nak kongsi 1 petua dengan anda. Petua ni saya dapat hasil daripada pembacaan saya semasa berada di kampung.

Petuanya ialah petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan.

Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.

Saidina Ali berkata ;“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut.

Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”

Epal berkhasiat membuang angin dalam badan. Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan.

Apa yang perlu anda buat ialah,
1. Cium atau hidu lah bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.*

Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah..

Tujuh keajaiban dunia

Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang.

Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal etc

Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….


Murid itu menjawab….
“ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”
Guru berkata, “banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”

Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh Menyayangi
5. Boleh Merasa
6. Boleh ketawa
7. dan boleh Mencintai

Kelas pun sunyi sekejap….

Renungan…..
Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….

Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya.

25 October 2010

Durian RM1000 sebiji!

Tahukah anda bahawa durian yang termahal di dunia berada di Malaysia, dan paling menghangatkan ialah durian ini adalah melalui proses yang agak menjijikkan.

Ini kerana durian yang termahal dan mungkin tersedap tu datangnya dari najis!
Ini makanan kedua iaitu durian yang datang dari tahi gajah.

Masyarakat Jakun di hutan-hutan Malaysia akan mengikuti gajah yang baru lepas menelan banyak durian.

durian termahal di dunia

Mereka mengambil risiko mengikuti binatang mamalia ini sekurang-kurangnya selama empat jam – tempoh yang diperlukan haiwan itu untuk mencerna durian – sebelum buah yang tak tercerna itu keluar bersama kotoran.

Penasihat Malaysia Nature Society cawangan Johor, Vincent Chow yang mendengar kewujudan durian unik ini dari temannya seorang tauke balak dan penduduk orang asli.

Tauke balak ini selalu menempah durian tahi gajah ini pada Orang Asli selama musim durian.

Kerana stoknya yang sedikit dan sukar didapati, taipan ini sanggup membayar RM1,000 demi memenuhi selera mereka.

“Orang Asli semestinya sanggup mengikuti jejak para gajah kerana mereka tahu akan dibayar mahal,” kata Chor, seperti dimuatkan di New Straits Times, Jumaat 22 Oktober 2010.

“Menurut warga tempatan, bau kotoran gajah seperti teh, tidak busuk seperti haiwan lain.”

Durian yang belum tercerna itu juga dikatakan tidak mengandungi kotoran dan bakteria.

Tauke balak itu mendakwa durian itu akan menjadi makanan pembangkit ghairah seksual – setelah melalui proses pencernaan gajah.

Meski tak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaanya itu, permintaan ‘Durian Tahi Gajah’ semakin tinggi dan harganya terus meningkat.

Inilah akibatnya apabila akal manusia dikuasai oleh nafsu..

durian tahi gajah

21 October 2010

Lembu Terbesar Di Dunia Dari Belgium

Pada abad ke 19 penduduk Belgium mengawinkan baka lembu ternak tempatan dengan baka lembu yang berasal dari Inggris, hasil daripada mutasi tersebut adalah lembu Belgian Blue,lembu dengan ukuran bersaiz besar.Saiznya yang luar biasa kadang-kadang digelar dengan nama "double muscling",iaitu merupakan hasil suatu proses mutasi gen natural untuk myostatin,suatu protein yang bertanggung jawab dalam proses pertumbuhan daging haiwan tersebut.Mutasi ini menghasilkan pertumbuhan dengan cepat daging haiwan tersebut tanpa lemak.

PIRANHA GERGASI


Seorang pemancing, Jeremy Wade berumur 52 tahun menangkap seekor ikan mirip piranha sepanjang 1.52 meter dan berat 45.39 kilogram di Sungai Congo, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam. Ikan itu mempunyai 32 batang gigi yang saiznya sama dengan ikan jerung putih. Ia ditangkap dengan joran 90.7 kilogram dan menggunakan umpan seekor ikan air tawar, baru-baru ini.
Ikan itu merupakan spesies ikan harimau Afrika yang terkenal kerana menyerang manusia dan buaya. Pemancing itu yang merupakan hos program River Monsters di stesen televisyen ITV berkata, dia mengambil masa lapan hari sebelum berjaya menangkap ikan itu.
"Ia merupakan seekor ikan yang amat berbahaya untuk dikendalikan. Jika anda tidak berhati-hati, ikan itu dengan mudah akan memutuskan jari anda," katanya.

20 October 2010

Main nombor

Dari email seorang sahabat...

Hari Isnin lalu aku ke car wash, sementara aku menunggu kereta aku siap dibasuh aku didatangi seorang Singh. Nak lari pun tak boleh sebab alih-alih dia dah muncul.

Rupanya Singh ni tukang tilik nasib, dan membuat pelbagai pertanyaan kemudian meramal macam-macam pasal hidup aku. Tapi yang menariknya dia boleh meneka tarikh lahir aku dengan tepat beserta umur aku. Kemudian dia minta aku upah kononnya untuk dia berdoa supaya nasib malang dijauhi dari aku. Satu sen pun aku tak hulur sebab ini boleh bawa kepada syirik.

Ni adalah contoh seorang consultant spt dalam entri sebelum ni teka jumlah lembu.

Ok malam tadi aku menyelam menggunakan google kejap dan jumpa salah satu teknik untuk meneka nombor dari nombor yang kita suka dalam satu forum luar negara, lebih kurang sama macam Singh tu buat pada aku..tapi soalan-soalan yang diberi lain sikitlah.

Camgini,

1. Pilih satu nombor antara 2 sampai 9 yang menjadi favourite anda

2. Darab nombor itu dengan 2

3. Kemudian ditambah dengan 5

4. Kemudian darabkan dengan dengan 50 (pakai kalkulator supaya tak silap)

5. Jika hari jadi anda sudah lepas pada tahun ini tambahkan dengan 1760.
Jika hari jadi anda belum lepas tahun ini tambah dengan 1759

6. Jumlah penuh no.5 tadi, tolak tahun lahir anda.

Setelah mengikuti langkah-langkah di atas, sekarang kamu punya 3 digit nombor kan??

- digit nombor di depan merupakan nombor favourite yang anda pilih tadi.

- 2 digit nombor di belakang merupakan umur anda.

Betulkan? Jadi kisah macam Singh yang macam aku cerita awal-awal tadi sebenarnya tak perlu bantuan jin pun boleh kalau kita tau teknik-teknik nombor ni.

Moralnya : Jangan basuh kereta di kedai Jangan cepat percaya dengan apa yang anda lihat, mungkin ada yang tersirat disebalik yang tersurat.

18 October 2010

Cara mudah dan murah memerangkap nyamuk


Artikel ini pernah di post sebelum ini...

Kalau digigit nyamuk bukan sahaja gatal malah boleh membawa penyakit denggi yang membawa maut. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat, begitu juga dengan nyamuk ni. Sebelum mereka membiak, hapuskan dahulu tempat pembiakan nyamuk.

Kalau rumah kita ada nyamuk, pelbagai cara nak membunuh atau menghalau atau menghalang nyamuk dari mengigit kita. Biasanya orang menggunakan spray nyamuk yang bukan sahaja membunuh nyamuk tapi silap-silap kita yang terkena kesan jangka panjang angkara bahan kimia ni.

Kalau nak menghalau biasanya orang menggunakan lingkaran ubat nyamuk yang baunya macam hampeh tu atau menggunakan cara moden yang menggunakan air atau kepingan yang menggunakan elektrik. Dan kalau nak menghalang nyamuk gunakan cara lama – pasang kelambu.

Ok kali ni isuhangat ingin berkongsi satu cara terbaru iaitu memerangkap nyamuk. Benda ni kita boleh buat sendiri dengan bahan-bahan yang murah.

Bahan-bahan dan tool yang diperlukan.

1. Botol air minuman 1.5 liter
2. Gunting
3. 200 ml air
4. 50 gram gula merah
5. 1 gram ragi
6. Kertas atau kain hitam

Cara pembuatannya:

1. Potong botol di bahagian tengah, simpan di mulut botol dan bahagian bawah botol.

mosquito

2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.

mosquito

3. Tambahkan ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.

mosquito

4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.

mosquito

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali di bahagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.

mosquito

6. Dalam dua minggu, anda akan melihat banyak nyamuk yang terperangkap dan mati di dalam botol.

mosquito

17 October 2010

McD Tahan Selama 6 Bulan

Burger daging dan kentang goreng McDonald's didapati tidak busuk selama enam bulan selepas ia dibiarkan berada di atas pinggan di dalam apartmen seorang wanita, Sally Davies di New York. Wanita itu membeli set Happy Meal McDonald's enam bulan lalu dan dia tidak memakannya.

Apa yang dibuat dengan burger itu ialah dia merakamkan gambar makanan tersebut dengan kamera bagi melihat sama ada ia mengalami perubahan selama enam bulan. Dia membeli burger dan kentang goreng itu pada 10 April lalu. Burger dan kentang goreng yang tidak busuk itu pernah disiarkan dalam beberapa program televisyen dan menjadi perdebatan semasa orang ramai memikirkan bagaimana makanan segera boleh menunjukkan perubahan bentuk selepas enam bulan berada di atas pinggan.

"Ia (merakamkan burger itu selama enam bulan) bermula dengan satu pertaruhan dengan seorang rakan saya," katanya.

"Oleh itu, pada 10 April lalu, saya membeli sebiji burger dan saya mula merakamkan gambarnya tetapi tidak ada apa yang berlaku. Burger itu berbau selama satu hari dan ia kemudian terhenti (tidak ada bau lagi)," kata wanita tersebut.

Roti burger itu mengecut sedikit tetapi ia masih mengekalkan keadaan asal dan kelihatan sama seperti baru dibeli. Seperti yang dikatakan wanita itu, burger itu juga tidak ada bau. Dua ekor anjingnya, Shih Tzu dan Charlie tidak menunjukkan minat untuk memakan buger itu kerana ia tidak mengeluarkan bau.

Ketahanan buger tersebut selama enam bulan mencetuskan kebingungan dan kebimbangan ramai pihak sama ada makanan segera yang bertahan lama itu sihat untuk kesihatan.

Pihak McDonald's enggan memenuhi permintaan ditemu ramah. Bagaimanapun, menurut satu kenyataan rangkaian restoran itu, bahan makanan segar disediakan di restoran McDonald's.

"Adalah tidak munasabah untuk menyediakan satu maklumat terperinci berhubung dakwaan (wanita itu) tanpa mengetahui keadaan makanan itu disimpan. Kami meminta orang ramai tidak membuat sebarang kesimpulan," kata kenyataan daripada rangkaian restoran McDonald's.

Menurut kenyataan itu, bakteria dan kulat membiak berdasarkan keadaan tertentu. Jika makanan kering secukupnya, ia tidak akan membesarkan bakteria atau kulat. Wanita yang merakamkan gambar itu benci dengan dakwaan yang diterimanya menerusi e-mel bahawa dia menipu berhubung burger tersebut.

"Saya tidak tahu kenapa saya mahu menipu. Saya berharap orang ramai akan membeli burger itu dan melakukan beberapa eksperimen," katanya. - AFP

SEJARAH HIDUP P.RAMLEE

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/e/e3/Ramli_pingat1.jpg

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 Februari 1955, seorang kerabat diraja negeri Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

Anak-anak

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:
  1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953)
  2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954)
  3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
  4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
  5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
  6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
  7. Betty : Anak angkat
  8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
  9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966)
  10. Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/d/db/P._Ramlee_%26_Saloma_%28Wedding%29.jpg/170px-P._Ramlee_%26_Saloma_%28Wedding%29.jpg
Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P.Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P.Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor".

Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.

Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk "P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi"

Berikut merupakan senarai anugerah yang terlibat dengan beliau dan karya beliau sepanjang hidup beliau.
1945
  • Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat ke-3" - P. Ramlee
1946
  • Pertandingan Nyanyian Keroncong Pualu Pinang
"Tempat Pertama" - P.Ramlee dan Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia
  • Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat ke-2" - P.Ramlee
1947
  • Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat pertama" - P.Ramlee
1951
  • Majalah Filem Raya Malaya
"Bintang Pujaan Malaya and Indonesia" - P.Ramlee
1952
  • Majalah Filem Raya Malaya
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran" - Juwita
1953
  • Majalah Filem Raya Malaya
"Filem Terbaik" - Hujan Panas
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Kegemaran Malaya" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran Malaya dan Indonesia" - Antara Senyum Dan Tangis
"Pelakon Kegemaran Malaya dan Indonesia" - P.Ramlee
  • Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Artis Tahunan 1953" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Hujan Panas
  • Radio Malaya
"Penyanyi Lelaki Terbaik" - P.Ramlee
1956
  • Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong
"Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee
"Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" - Zaiton bagi Hang Tuah
  • Majalah Bintang Singapura
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Penggubah Terbaik" - P.Ramlee
"Penyanyi Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Semerah Padi
"Filem Kedua Terbaik" - Anakku Sazali
"Pengarah Kedua Terbaik" - Phani Majumdar bagi Anakku Sazali
"Pelakon Wanita Terbaik" - Saadiah Baharom bagi Semerah Padi
  • Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Filem Melayu Terbaik" - Penarik Beca
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Lagu Terbaik" - Inang Baru dari Penarik Beca
1957
  • Festival Filem Antarabangsa Berlin
Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah
  • Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
"Pelakon Lelaki Terbaik" - P.Ramlee
"Pelakon Kanak-kanak Terbaik" - Tony Castillo bagi Anakku Sazali
1958
  • Festival Filem Asia ke-5 Manila
"Fotografi Hitam Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Sumpah Orang Minyak
  • Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Sumpah Orang Minyak
"Lagu Kedua Terbaik" - Tudung Periuk dari Sumpah Orang Minyak
1959
  • Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur
"Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok
1960
  • Majalah Gelanggang Singapura
"Filem Paling Popular" - Pendekar Bujang Lapok
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Nujum Pak Belalang
  • Majalah Bintang Singapura
"Filem Kegemaran" - Pendekar Bujang Lapok
"Pengarah Kegemaran" - P.Ramlee
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Nujum Pak Belalang
"Seniman Teratas" - P.Ramlee
"Lagu Kegemaran" - Jangan Adik Angan-Angan dari Musang Berjanggut
  • Festival Filem Asia ke-7 Tokyo
"Filem Komedi Terbaik" - Nujum Pak Belalang
1962
  • Festival Filem Asia ke-9 Tokyo
Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok
  • Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail
"Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.
1963
  • Festival Filem Asia ke-10 Tokyo
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Ibu Mertuaku
"Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee
1964
  • Festival Filem Asia ke-11 Taipei
"Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga
1965
  • Festival Filem Dunia Paris
"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku

Teknik peminta sedekah buat luka palsu

1. Alat-alat dan material yang diperlukan :

Dakwat merah, pencungkil gigi, cotton buds, span cuci pinggan, gam

2. Buat “area luka” menggunakan gam

3. Tunggu sampai gam kering

4. Gunakan pencungkil gigi untuk menadjust area luka pada gam

money


5. Ratakan gam dan bentukkan kawasan luka dengan span

money

6. Samarkan kawasan luka dengan sedikit dakwat merah

money

7. Ratakan gam dengan pencungkil gigi untuk membentuk “broken skin”
money

8. Sapukan dakwat merah di kawasan luka menggunakan pencungkil gigi

money

9 . Bentukkan dakwat merah menggunakan cotton bud

money

10. Luka palsu dah siap, sedia untuk beraksi!

money

Kisah orang yang baru memeluk agama Islam

Seseorang telah menghantar email kepada saya dan saya dapati ia adalah cerita yang menyentuh hati. Ia adalah kisah tentang seorang lelaki bernama Muhammad Abdullah atau Smith yang telah convert ke Islam daripada Kristian. Cerita ini disampaikan oleh Mohamad A Joban , Imam di Masjid Ar-Rahmah di Washington, USA.

Smith berasal dari Chicago, dan berpindah ke Olympia lebih kurang 17 tahun yang lalu. Dia selalu memakai kopiah putih sejak menjadi seorang Muslim.

Pada tahun 1996 , ibunya telah jatuh sakit di Chicago. Ketika dia tiba di rumah ibunya, ia membuka pintu dan ibunya berkata, “Adakah anda Smith?” Dia berkata, “Ibu, Tidak, Nama saya sekarang adalah Muhammad Abdullah.” “Adakah anda Muslim?” Tanyanya.

Dia berkata, “Ya”.

Ibunya menjadi sangat marah, dan menanyakan mengapa ia mengikuti agama pengganas, kekerasan, dll Ibunya turut mengatakan macam-macam tentang betapa buruknya agama Islam. Muhammad Abdullah memahami bahawa ibunya telah dicuci otak oleh media. Jadi, selama dia tinggal bersama selama dua minggu, ia tidak pernah berbicara tentang Islam. Dia hanya menunjukkan dia Islam melalui tindakannya. Dia memasak, membersihkan rumah, membawa ubat-ubatan, dan menemani ibunya sebelum dia pergi tidur. Ringkasannya, dia memberikan layanan yang baik dan mengambil berat, dengan kebaikan. Ketika tiba waktunya untuk berdoa, dia meminta izin dan berdoa di sisi ibunya.

“Smith, datang ke sini,” kata ibunya selepas dua minggu. “Tahukah anda bahawa ketika anda masih kecil, ayahmu sering membawa anda ke gereja? Tetapi gereja tidak pernah berubah gaya hidup anda. Bila anda menjadi seorang remaja, anda gunakan untuk pulang ke rumah mabuk-mabuk , dan memanggil nama saya dengan kurang ajar .

“Tapi sekarang anda benar-benar berubah. Anda terbang dari Olympia datang ke sini, melintasi ribuan kilometer, sementara kakak anda dan abang anda, yang tinggal di bandar ini, hanya menghantar bunga padaku dan memanggil saya melalui telefon. Selain itu, anda selalu membuat saya senang selama dua minggu. ”

Muhammad Abdullah berkata: “Bu, ini adalah Islam. Adakah anda tahu bahawa setelah Allah SWT meminta saya untuk menyembah Dia, Dia SWT akan meminta saya untuk bersikap baik kepada anda? (17:23). Dan Nabi Muhammad saw (saw) mengatakan bahawa jika saya menyenangkan Allah, dan aku tidak menyenangkan anda, saya tidak akan boleh masuk syurga. Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa syurga berada di bawah kaki ibumu. ”

Lalu ibunya berkata, “Smith! Apa yang harus saya lakukan jika saya ingin menjadi seperti anda?”

“Adakah anda yakin, Bu? Kau kata sebelum ini bahawa ini adalah agama pengganas,” kata Smith.

Ibunya berkata, “Ya, saya yakin, kerana itu mengubah hidup anda. Ini mengubah keperibadian anda dan perilaku anda.”

Ibunya meninggal 3 tahun selepas itu dan Muhammad Abdullah Smith juga telah meninggal dunia pada 12 Mac 2008 . Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun

Ibunya menjadi seorang muslimah kerana perbuatan baik dan perilaku anaknya. Semoga Allah menempatkan mereka bersama-sama sekarang di tempat yang indah, amin.

13 October 2010

Orang Islam tak perlu disusun

Dalam satu program yang bertajuk ONE FAMILY dari channel online Islamik – MAJD. Speakernya ialah Dr.Yahya Alyahya (Ketua CALL to Islam Committee, Amerika Syarikat)

Dia mengatakan bahawa umat Islam tidak pernah perlu diatur, mereka hanya perlu YAKIN.

Dia menceritakan kisah berkenaan seorang bukan Islam Amerika yang sedang berbincang dengannya mengenai Islam, sambil Dr Yahya menonton secara live , broadcast dari Kaabah, di kaca TV.

Orang Amerika sangat kagum tentang bagaimana sebegitu ramai orang di dalam Masjidil Haram, lebih dari 3 juta umat Islam berada di sana pada malam terakhir bulan suci Ramadhan, begitu sesak sehingga tidak teratur.

Dr Yahya bertanyakan Non-Muslim tersebut : Berapa lama anda fikir mereka akan turun untuk menyusun dalam baris dan mula solat?

Dia menjawab: sekurang-kurangnya 2-3 jam

Sheikh mengatakan: tapi masjid (HARAM) dari Kaabah ada mempunyai 4 tingkat

Orang itu berkata: Oh, ini akan memakan masa 12 jam untuk organize.

Sheikh mengatakan: Anda mesti ingat bahawa mereka berasal dari negara-negara di seluruh dunia dengan bahasa yang berbeza.

Orang Amerika berkata: Ini sangat mustahil untuk mereka menyusun barisan DENGAN APA CARA SEKALIPUN!

Kemudian tiba waktu solat , dan Imam berdiri dan berkata ESTAWOO (tetapkan dirimu)

Dan dalam beberapa saat, seluruh pemandangan berubah dan kerumunan 3 juta umat Islam menetapkan diri sendiri dalam baris dengan teratur dengan baik dalam masa BEBERAPA SAAT sahaja!

Orang Amerika menatap kaca TV untuk beberapa saat, dan kemudian berkata:

ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN RASULULLAH.
(Aku bersaksi bahawa tidak ada yang patut disembah melainkan ALLAH, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah)

Selamat menunaikan ibadah haji kepada jemaah haji Malaysia terutama kepada sahabat-sahabat aku. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur.

Handphone pertama pada tahun 1922

Sebuah video yang ditemui oleh peminat filem mengejutkan mereka kerana babak dalam filem tersebut menunjukkan telefon pertama. Filem tersebut diterbitkan pada tahun 1922.

Arkib British Pathe mengatakan mereka terkejut melihat filem bisu – berjudul ‘Eve Wireless’ – dalam arkib mereka, mereka tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Video menunjukkan dua perempuan di New York membawa peranti yang terlihat cukup besar, mereka menyambung ke pili bomba melalui kabel panjang.

Kelihatan sebuah payung, yang muncul untuk bertindak sebagai antena dan dipasangkan yg digunakan untuk membuat panggilan. Mereka kemudian dilihat bercakap kepada pembekal yang kemudian memainkan piring hitam untuk mereka sebagai “Spotify” asas.

Mark Harris of British Pathe berkata: “Menakjubkan bahawa hampir 90 tahun lalu teknologi telefon bimbit dan muzik secara bergerak bukan hanya difikirkan tapi dicuba.” Salah satu pengkaji kami datang melihat klip tersebut dan kami hairan bahawa idea itu begitu lama, kita menggunakan teknologi wireless pada tahun 1950-an dan 60-an tapi itu empat tahun sebelum acara televisyen pertama. ”

“Telefon ini bahkan memiliki penutup seperti telefon flip , walaupun mungkin tidak akan memenangi anugerah rekabentuk.” Filem ini masih meninggalkan misteri untuk British Pathe, kerana tidak ada maklumat berkenaan filem itu dan mereka meminta sesiapa saja yg mempunyai lebih banyak maklumat untuk menghubungi mereka.