KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

24 October 2011

Pemuda Ini Adalah Ketua Yakuza di Terengganu

Melayu atau Jepun?

Salam semua sejarawan to be.
Tadi saya ada ceritakan dan dedahkan bahawa gelaran The Harimau Malaya bukan milik Jeneral Yamashita tetapi seorang pemuda di atas. Tak baca lagi? Boleh klik SINI. Siapakah pemuda segak berbaju melayu dan bersongkok kemas ini?
Dia bukan seorang Melayu!
Dialah yang digelar Harimau Malaya sebenar. Dan merupakan ketua Yakuza melayu sekitar tahun 1930-1940an. Dia ditakuti oleh ahli perniagaan cina dan juga inggeris. Dari tahun 1933, dia telah melakukan kekacauan ala gengster atau yakuza dengan kebanyakkan ahlinya adalah pemuda melayu.


Gambar keluarga Tani Yutaka bersama Ibu dan Ayah serta adiknya.

Namanya Tani Yutaka, pemuda Jepun yang dilahirkan di Malaya, dibesarkan di Terengganu. Tiada siapa menyangka pemuda yang sering kelihatan bersongkok dan berbaju melayu ini adalah ketua Yakuza ketika itu. Ini semuanya berlaku kerana satu tragedi yang berlaku kepada adik perempuannya.
Adik Tani, dua dari kanan.
Adik perempuannya telah dirogol dan dibunuh oleh pemberontakan China akibat pendudukan Jepun ke atas Manchuria. Orang-orang yang berasal dari China yang berada di Terengganu telah merogol adiknya dan membuatkan dia, menyimpan dendam kesumat terhadap orang Cina dan juga inggeris yang tidak melakukan apa-apa terhadap jenayah tersebut.
Rumah keluarganya di Hulu Terengganu, utuh sehinggalah ujung 1940an.

Tani Yutaka mati akibat malaria di Johor setelah Jepun menduduki Singapura. Ceritanya yang diDVDkan menarik perhatian kerana ia mengisahkan perjuangannya di Tanah Melayu yang menentang British, dan dianggap wira kerana cuba menegakkan keadilan.

INFO SIHAT: Kandungan Anggur(Molar Pregnant).


APABILA seseorang itu disahkan mengandung pastinya bagi yang amat mengingini kelahiran cahayamata akan menyambut berita itu dengan perasaan gembira. Naluri seorang bakal ibu tentunya mengharapkan agar kandungannya sihat sehingga tiba waktunya bersalin.

Begitupun, ada kalanya kandungan yang diharapkan selamat dilahirkan, tetapi tidak menjadi manusia, sebaliknya menjadi anggur pula. Fenonema sedemikian dinamakan sebagai 'mengandung anggur.'

Anggur? Mungkin terbayang dalam fikiran segugus buah anggur di dalam rahim wanita. Di dalam perubatan perkara ini juga sebenarnya boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang aneh.

Kandungan ini dikatakan sebagai 'anggur' kerana tiada janin di dalam kandungan. Apabila dilihat melalui ultrasound, hanya kelihatan buih-buih sahaja. Buih-buih tersebut sebenarnya hanya mengandungi air.

Jika berbalik kepada sejarah kejadian manusia, Allah menjadikan Nabi Adam dari segumpal tanah dan dimasukkan roh. Kemudian Allah menjadikan Hawa sebagai pasangannya dari rusuk kirinya.

Bermula dari itulah, manusia terus berkembang. Kejadian manusia seterusnya melalui wanita iaitu ibu, daripada nutfah atau air mani, bercantum dalam rahim. Kemudian nutfah akan diproses menjadi segumpal darah.

Apabila kandungan masuk bulan kedua ia bertukar menjadi janin dan kemudian alaqah. Selepas itu ia menjadi mugdah (bentuknya bagai segumpal daging dimamah). Ketika inilah ia melalui proses pembentukan organ-organ.

Kandungan di dalam peringkat alaqah, denyutan jantungnya boleh dikesan melalui proses scanning. Oleh kerana itu, apabila kandungan yang sepatutnya sudah berada di peringkat alaqah tidak dapat dikesan denyutan jantungnya,ia bermakna mengandung anggur.

Kalau dikaji salah satu kelainan yang berlaku ini dari segi perubatan, baka kromosom dan gen daripada pasangan tersebut agak luar biasa. Kemungkinan sewaktu percantuman benih berlaku kerosakan.

Kadang-kadang faktor pasangan yang terdedah kepada bahan kimia atau racun atau gas tanpa disedari boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Begitu juga akibat jangkitan kuman virus yang tidak dikenali.

Ada andaian mengatakan ada makhlus halus mengganggu manusia ketika percantuman benih. Oleh kerana itu sewaktu bersetubuh, digalakkan mengikut sunnah Rasullulah saw dengan membaca doa terlebih dahulu.

Di dalam diri setiap manusia ada syaitan dan jin berkeliaran dalam darah. Bagi wanita, tumpuannya di dalam rahim.

Di kalangan wanita yang mengandung anggur, mereka tetap mengalami loya dan muntah.

Bahkan kadang- kadang pengalamannya loya dan muntah lebih teruk dari biasa.

Oleh kerana itu, apabila mengalami kelewatan haid daripada biasa, digalakkan untuk melakukan ujian air kencing. Kini peralatan mengadakan ujian air kencing boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan 'home-test' yang boleh dibeli di farmasi.

Sekiranya melalui ujian ultrasound mendapati tiada janin di dalam kandungan, ujian air kencing juga perlu dilakukan. Kebiasaannya dalam ujian air kencing mendapati hormon BHCG meningkat dalam darah. Keadaan sedemikian perlu diawasi kerana risiko terdekat ialah pendarahan paling banyak dan melimpah boleh mengancam nyawa.

Bagi wanita yang mengandung anggur, rawatan yang perlu dilakukan ialah melakukan D&C. Proses D&C juga perlu dilakukan sebanyak dua kali. Rawatan D&C kali kedua dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari rawatan pada kali pertama.

Proses D&C ini perlu dilakukan sebanyak dua kali kerana sel-sel kehamilan anggur ini berpotensi menjadi kanser rahim Chorio carcinoma. Bagi mereka yang pernah mengandung anggur, antara 5 hingga 10 peratus daripada mereka boleh mendapat kanser jenis ini.

Selepas melalui proses D&C pada kali kedua, pusingan haidnya perlu diawasi. Sekiranya kedatangan haidnya tiada selepas itu, ia akan membahayakannya, kemungkinannya ditumbuhi kanser tersebut.

Ketika itu ujian air kencing dilakukan, keputusannya akan positif. Ujian darah boleh dibuat untuk memastikan hormon BHCG tiada dan sel-sel kehamilan anggur juga tiada.

Suatu ketika dahulu sekiranya seseorang yang pernah mengandung anggur dan dirawat sebaik-baiknya dua tahun selepas itu baru boleh mengandung semula.

Namun, kini, selepas 6 bulan sudah boleh mengandung semula. Namun sebelum mengandung, pihak doktor perlu memastikan hormon BHCG dan sel-sel kehamilan anggur sudah tiada.

Namun, kanser Chorio carcinoma ini jika berlaku, ia boleh diubat dengan menggunakan ubat methrotrexe berbanding kanser jenis lain yang memerlukan kimoterapi.

Sebenarnya kehamilan anggur boleh berulang semula, namun pencegahan boleh dilakukan. Asid folik antara 5 hingga 10mg perlu diambil dalam tempoh tiga bulan sebelum kehamilan untuk mengelakkan kehamilan anggur.

19 October 2011

Tempayan Emas


Sebuah kisah yang terjadi di masa lalu, sebelum Nabi kita Muhammad SAW dilahirkan..

Kisah yang menggambarkan kepada kita pengertian amanah, kezuhudan, dan kejujuran serta wara’ yang sudah sangat jarang ditemukan dalam kehidupan manusia di abad ini.

Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang ertinya):

Ada seorang lelaki membeli sebidang tanah dari seseorang. Yang ternyata di dalam tanah yang dia beli tersebut itu terdapat sebuah tempayan emas. Lalu berkatalah orang yang membeli tanah itu kepada penjual tanah tersebut:

“Ambillah emasmu, sebenarnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”

Si pemilik tanah berkata kepadanya: “bahawasanya saya menjual tanah kepadamu beserta isinya.”

Oleh kerana masing-masing dari mereka tidak ada yang mahu mengaku tempayan emas tersebut, maka akhirnya keduanya pun menemui seseorang untuk menjadi hakim atas masalah yang mereka hadapi.


Kemudian berkatalah orang yang diangkat menjadi hakim tersebut: “Apakah kamu berdua mempunyai anak?”

Salah satu dari mereka berkata: “Na’am, Saya ada seorang anak lelaki.”

Yang lain berkata: “Saya ada seorang anak perempuan.”

Lalu Sang hakim berkata: “Nikahkanlah mereka berdua dan berilah mereka belanja dari harta ini serta bersedekahlah kalian berdua.”

————————————————————————-
Sahabat..

Sungguh, betapa indah kisah yang dikisahkan oleh Rasulullah SAW ini.

Di zaman yang kehidupan serba dinilai dengan material dan keduniaan. Bahkan hubungan persaudaraan pun dibina di atas kebendaan.

Didalam hadis ini, Rasulullah SAW mengisahkan, transaksi yang mereka lakukan hanya berkaitan sebidang tanah. Si penjual berasa yakin bahawa isi tanah itu sudah termasuk dalam transaksi mereka. Sementara si pembeli berkeyakinan sebaliknya; isinya tidak termasuk dalam akad jual beli tersebut.

Kedua lelaki ini tetap bertahan, mereka lebih memilih sikap wara’ (berhati-hati), tidak mau mengambil dan membelanjakan harta itu, kerana adanya kesamaran, apakah harta tersebut halal baginya ataukah haram?

Mereka juga tidak berebut-rebut mendapatkan harta itu, bahkan berupaya menghindarinya.

Semak apa yang dikatakan si pembeli tanah: “Ambillah emasmu, sebetulnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”

Barangkali kalau kita yang mengalami, masing-masing akan berusaha mencari kebenaran, bukti untuk menunjukkan dirinya lebih berhak terhadap emas tersebut.

Tetapi bukan itu yang hendak di sampaikan melalui kisah ini.

Hadis ini menerangkan ketinggian sikap amanah mereka dan tidak adanya keinginan mereka mengaku sesuatu yang bukan haknya. Juga sikap jujur serta warak mereka terhadap dunia, tidak bercita-cita untuk mengambil hak yang belum jelas siapa pemiliknya.

Kemudian muamalah mereka yang baik, bukan hanya akhirnya menimbulkan kasih sayang sesama mereka, tetapi menumbuhkan ikatan baru berupa berbesan. Bahkan, harta tersebut tidak pula keluar dari keluarga besar mereka. Allahu Akbar.

Bandingkan dengan keadaan sebagian kita di zaman ini, sampai ada kata-kata:

“Mencari yang haram pun sukar, apalagi yang halal?” Subhanallah…

Kemudian, mari perhatikan sabda Rasulullah SAW dalam hadis An-Nu’man bin Basyir R.Ama:

“Siapa yang terjatuh ke dalam syubhat (perkara yang samar) bererti dia jatuh ke dalam perkara yang haram.”

Sementara kebanyakan kita, menganggap ringan perkara syubhat ini.

Padahal Rasulullah SAW menyatakan, bahawa siapa yang jatuh ke dalam perkara yang samar itu, boleh jadi dia jatuh ke dalam perkara yang haram. Orang yang jatuh dalam perkara-perkara yang meragukan, berani dan tidak memperdulikannya, hampir-hampir dia mendekati dan berani pula terhadap perkara yang diharamkan lalu jatuh ke dalamnya.

Rasulullah SAW sudah menjelaskan pula dalam sabdanya yang lain:

“Tinggalkan apa yang meragukanmu, kepada apa yang tidak meragukanmu.”

Iaitu tinggalkanlah apa yang engkau ragu tentangnya, kepada sesuatu yang meyakinkanmu dan kamu tahu bahawa itu tidak mengandung kesamaran.

Sedangkan harta yang haram hanya akan menjadi tidak berkah, mengundang kemurkaan Allah SWT, menghalangi terkabulnya doa dan membawa seseorang menuju neraka jahanam.

Tidak, ini bukan dongeng sebelum tidur…

Inilah kisah nyata yang diceritakan oleh Ash-Shadiqul Mashduq (yang benar lagi dibenarkan) SAW, yang Allah SWT berfirman tentang beliau SAW:

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

Kedua lelaki itu menjauh dari harta tersebut sampai akhirnya mereka datang kepada seseorang untuk menjadi hakim yang memutuskan perkara mereka berdua.

Menurut sebagian ulama, zahirnya lelaki itu bukanlah hakim, tapi mereka berdua memintanya memutuskan persoalan di antara mereka.

Dengan keshalihan kedua lelaki tersebut, keduanya lalu pergi menemui seorang yang berilmu di antara ulama mereka agar memutuskan perkara yang sedang mereka hadapi. Adapun kesalahfahaman si penjual, bahawa dia menjual tanah dan apa yang ada di dalamnya, sehingga emas itu bukan miliknya. Sementara si pembeli beralasan, bahawa dia hanya membeli tanah, bukan emas.

Akan tetapi, rasa takut kepada Allah SWT membuat mereka berdua merasa tidak butuh kepada harta yang meragukan tersebut.

Kemudian, datanglah keputusan yang membuat lega semua pihak, iaitu pernikahan anak lelaki salah seorang dari mereka dengan anak perempuan pihak lainnya, memberi belanja keluarga baru itu dengan harta karun tersebut, sehingga menguatkan persaudaraan imaniah di antara dua keluarga yang soleh ini.

Perhatikan pula kejujuran dan sikap warak sang hakim. Dia memutuskan persoalan keduanya tanpa merugikan pihak yang lain dan tidak mengambil keuntungan apapun. Seandainya hakim itu tidak jujur atau tamak, tentu akan membuat keputusan yang menyebabkan harta itu lepas dari tangan mereka dan jatuh ke tangannya.

Pelajaran yang kita ambil dari kisah ini adalah sekelumit tentang sikap amanah dan kejujuran serta warak yang sudah jarang di zaman kita.

Demikianlah cara pandangan orang-orang soleh terhadap dunia ini. Adakah diantara kita yang mahu mengambil pelajaran?

Semoga cerita ini bermanfaat bagi kita semua dalam berniaga..

16 October 2011

MANA MAK?


MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang....

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Komandan Pengaman Dan 37 Prajurit Masuk Islam


Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq.


Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid. Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut.


Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya.


Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan2 solat tersebut, mereka merasakan perasaan yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.


Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : "Aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam".


Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka - juga untuk memeluk Islam.


Subhanallah..!!
Walhamdulillah..!!
Allahu Akbar...!!

INI BUKAN AYAT AL-QURAN


PENTING! tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti, ini bukan ayat al-Quran.


Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.


Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.


Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject). Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.


Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah. Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

10 October 2011

CERITA LAWAK : PAKCIK KAKI TARUH


Gambar hiasan: Mungkin inilah gambar pakcik yang pandai bertaruh tu dak?

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menympan RM1000 nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya…

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?

Pak Di : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo… ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Di : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak Di : Macam ni… dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe… saya setuju.

Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada..

Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Di.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

Pak Di : Betul ke? Aku tak percaya… Mari sini aku pegang…

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Di pun berkata..

Pak Di : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Di pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror… Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh…

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Di..

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..

Manager : Buat lawak pulak. Tak guna punya orang tua

KISAH NABI DAUD DAN ULAT


Ingatlah, bahawa semua makhluk Allah selain manusia sentiasa berzikir memuji kebesaran Allah

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah agama Islam, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

09 October 2011

CARA NAK TAU HENSET ORI KE TAK !!



Okay ikut langkah langkah seperti di bawah nih :
  1. Taip *#06#
  2. Akan keluar IMEI ( International Mobile Equipment Identity)
  3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
  4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

p/s:sebelum ni memang tercari-cari jugak macam mana nak tahu ori ke tak..akhirnya jumpa jugak...aku check h/p sony aku alhamdulillah 00 bermakna ori..

TAZKIRAH RINGKAS

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu... hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."

Fenomena Pelik Di Tanah Arab

Fenomena geolif atau gambar bumi yang kelihatan dari angkasa sebelum ini menjadi isu hangat di Nazca Lines,Peru. Di Peru pada mulany, ada yang mengatakan gambaran ini dibuat oleh Alien dan ada yang mengatakan hasil jejak pendaratan UFO. Para pengkaji menemui fenomena serupa di Semenanjung Arab, terbentang dari Arab Saudi sehingga Syria.

Hasil teknologi pemetaan satelit dan program fotografi aerial di Jordan, para pengkaji menemui ribuan gambar lingkaran yang berbentuk bulatan. “Roda-roda” ini memiliki corak yang berbeza, namun memiliki satu kesamaan, iaitu lingkaran yang memusat ke tengah. Ukurannya bervariasi, dari selebar 25 meter sehingga 70 meter. Pengkaji-pengkaji yakin gambar ini sekurang-kurangnya telah berusia 2,000 tahun.


“Di Jordan sendiri, kami menemui struktur seperti batu yang lebih banyak daripada Nazca Lines, jauh lebih luas terbentang dan jauh lebih tua,” kata Profesor Sejarah Klasik dan Kuno University Australia Barat, David Kennedy, sebagaimana dikeluarkan di Live Science.

Research Kennedy ini akan disiarkan di Jurnal Ilmu Arkeologi di masa terdekat ini. Kajian ini membentangkan sejumlah keseragaman corak ‘roda’ yang berfungsi bermula sebagai saluran air, perkuburan sehingga sekadar dinding misteri.

Apa fungsinya?

Sejauh ini, belum ada satu pun dari roda ini di buat secara mendalam, yang membuat cara mengetahui tarikh pembuatan dan tujuan pembuatan sukar diketahui. Pengkaji arkeologi yang mempelajarinya sebelum ada aplikasi Google Earth berspekulasi bahawa ini boleh jadi runtuhan rumah atau kuburan. Namun Kennedy menyatakan, tak satu pun penjelasan yang sesuai.

Beberapa roda ditemui hanya sebuah, namun ada yang berkumpulan. Di satu lokasi, berhampiran Oase Azraq, ratusan roda ditemui bersama-sama.

Di Arab Saudi, team Kennedy menemui roda yang memiliki gaya agak berbeza: beberapa tidak beraturan dan sama sekali bukan seperti roda. Ada juga lingkaran yang mempunyai tugu di tengahnya.

Amelia Sparavigna, Profesor Fizik dari Politeknik Turin, Itali , mengatakan kepada Live Science bahawa struktur di Arab ini jelas adalah geolif. Fungsi geolif di Arab ini, kata perempuan peneliti itu, mungkin sama dengan yang ditemui di gurun Nazca yang umumnya sebagai tempat sembahyang atau ritual berkaitan astronomi.

Namun demikian, Kennedy menyatakan roda-roda ini masih merupakan misteri.

Gambaran di Peru

06 October 2011

Kenali Masalah Buah Pinggang Anda Melalui Telinga

Masalah yang dihadapi oleh telinga kita mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku pada buah pinggang. Berikut beberapa petanda yang boleh dikesan:

  • Telinga terasa tersumbat.
    • Ini menandakan buah pinggang anda mempunyai toksin yang berlebihan.
  • Telinga berdengung.
    • Ini menandakan badan anda sedang dalam proses merawat buah pinggang anda yang lemah.
    • Kebiasaanya ia diikuti dengan terasa sakit pada bahagian tapak kaki ketika baru bangun dari tidur dan akan hilang selepas berjalan-jalan.
Jika anda mengalami keadaan berikut di bawah, bermakna buah pinggang anda memang dah teruk. Elok jaga buah pinggang sebelum jadi begini:
  • Bengkak-bengkak pada muka, pergelangan tangan, abdomen, peha dan buku lali
  • Kencing berbuih atau bercampur darah, atau berubah warna jadi pekat dan gelap
  • Jumlah air kencing berkurang, terasa sakit pedih ketika kencing, perubahan pada tabiat atau masa kencing
  • Terasa sakit belakang bahagian tengah di bawah tulang rusuk iaitu kedudukan buah pinggang
  • Darah naik tinggi.
Kalau ada semua itu elok buat pemeriksaan segera pada buah pinggang. Kadang-kadang buah pinggang hanya jem sementara dan akan lega balik dalam tempoh beberapa waktu.

Macammana nak jaga buah pinggang? mudah saja, hanya buat yang berikut di bawah:

  • Banyak minum air
  • Rajin bersenam
  • Jaga diet pemakanan
  • Elakkan semua perkara yang boleh membawa penyakit kencing manis.

02 October 2011

Kisah Cahaya Wajah Nabi Muhammad

Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.