KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

23 May 2011

LAMBAIAN KA`ABAH


Baitullah sedang menggamitku... Insya Allah saya akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah pada 26 mei 2011..

Oleh itu posting di blog ini akan ditangguhkan buat sementara selama 2 minggu..

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menjenguk blog alkurawi ini..

Saya mengharapkan sahabat-sahabat sekalian mendoakan agar Allah permudahkan perjalanan saya dan keluarga seramai 9 orang ke tanah suci, dianugerahkan kesihatan yang baik agar dapat menunaikan rukun-rukun umrah dan mudah-mudahan Allah terima umrah kami sekeluarga.. Amiiiin ya Rabb..

22 May 2011

Asal Usul Saku Kecil Di Seluar Jeans

Pernah tidak terlintas di dalam fikiran anda,kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bagian sebelah kanannya?. Selintas lalu saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya sekadar untuk menambah gaya pemakainya, atau mungkin merupakan ciri khas seluar jeans.

Namun, dari saku kecil comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini,lapan tahun setelah jeans masuk ke Amerika Serikat (AS) tahun 1872.Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an.Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut.

Orang Prancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de GĂ©nes“, yang berarti biru Genoa. Meskipun tekstil ini pertama kali diproduksi dan dipakai di Eropa, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahun yang mengadu nasib ke San Francisco sebagai pedagang pakaian.

Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah kemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa helai seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas.

Dan ternyata para pekerja menyukainya karena seluar buatan Strauss tahan lama dan tidak mudah koyak.Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan stok bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “Blue Jeans“.

Di sinilah para pekerja lombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan sebutan “those pants of Levi`s” atau “seluar Si Levi”.

Sebutan inilah yang mengawali jenama dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.Naluri bisnes Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha berjaya Jacob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk rekaan mereka yang pertama adalah “Levi’s 501“.

Alasannya:

Produk rekaan pertama memang dikhususkan untuk para pelombong emas.seluar ini memiliki 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan.Kerana diperuntukkan untuk para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya saja.

Tetapi saku kecil ini direka untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil. Meski kini jeans diproduksi dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong saja, tetapi saku kecil ini masih tetap ada.Tentu saja sekarang fungsinya sekarang tidak lagi digunakan sebagai tempat menyimpan butiran emas.

PAK PANDIR MENGUJI ANAKNYA




Pak Pandir dan Mak Andeh risau kerana anak mereka,Ondeh,walaupun sudah berumur 18 tahun,tetapi masih tidak bekerja. Sekejap hendak jadi businessman, sekejap hendak jadi guru,sekejap hendak jadi petani,tapi Cuma cakap saja,usahanya tidak.

Jadi,Pak Pandir dan Mak Andeh merancang untuk menguji anak mereka itu.

Suatu pagi,Pak Pandir dan Mak Andeh tinggalkan sekeping nota di atas meja di ruang tamu. Pada nota itu tertulis perkataan,"Ayah dan mak pergi pekan,petang baru balik."

Di tepi nota itu mereka tinggalkan wang kertas RM50,sebuah kitab agama dan sebotol arak. Pak pandir dan Mak Andeh kemudiannya menyorok dalam bilik kecil tidak jauh dari meja tersebut.


Kata Pak Pandir,"Kalau Ondeh ambil duit,maknanya dia akan jadi businessman.

Kalau dia ambil kitab, maknanya dia akan jadi tok guru.Tapi kalau dia pilih arak,dia akan jadi manusia yang paling tidak berguna di dunia ini."

Pak Pandir dan Mak Andeh terus mengintai dari celah pintu.Sejam kemudian mereka ternampak Ondeh balik,lalu mencapai nota di atas meja.Selepas membacanya,Ondeh mengambil not RM50,lalu membelek-beleknya depan belakang,kemudian masukkan kedalam poket.

Setelah itu Pak Pandir dan Mak Andeh lihat Ondeh ambil kitab, kepit di celah ketiaknya.Akhir sekali,Ondeh mencapai botol arak dan menogoknya.Setelah itu,Ondeh keluar semula dengan membawa ketiga-tiga barang tersebut.

Pak Pandir tepuk dahi."Aduuhh….ini lebih teruk daripada apa yang abang bayangkan."

"Kenapa paknya?" Tanya Mak Andeh.

"Ondeh akan jadi ahli politik!"

KISAH IMAM SYAFIE DI RUMAH IMAM AHMAD


Pada suatu hari Imam Syafie rah datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafie masuk ke bilik tidur yang telah disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga terbit fajar. Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafie sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafie itu seorang ulama yang sangat alim. Sebaliknya apa yang saya perhatikan banyak perkara tidak mengambarkan ianya seorang yang benar-benar alim. Imam Ahmad amat terkejut mendengar perkataan anak permpuannya, lalu ianya bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku, mengapa kamu berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab,” Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya, wahai ayah. Pertama, pada waktu dihidangkan makanan, ia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, ia tidak Solat Malam sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Suboh. Ketiga, Ia Solat Suboh tanpa berwudhuk.”

Imam Ahmad bin Hambal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya supaya jelas persoalan anaknya itu, ianya menyampaikan semua alasan anak perempuannya itu kepada Imam Syafie. Bila mendengar semua itu, Imam Syafie tersenyum lalu ia berkata, “ Wahai Ahmad! sebabnya aku makan dengan lahap dan banyaknya di rumah kamu kerana aku tahu bahawa makanan di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku tidak ragu dengan makanan itu sedikit pun, atas sebab itulah aku makan dengan lahap. Lagi pun aku amat memahami bahawa engkau seorang yang sangat pemurah. Makanan orang yang pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu penyakit. Aku makan semalan bukan kerana untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat dengan makananmu itu.”

Perkara kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seolah-olah aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulnya saw dan dengan izin Allah malam itu, aku dapat menyusun 72 masaalah feqah Islam sehingga aku tidak sempat Solat Malam. Perkara keempat yang menyebabkan aku tidak berwudhuk ketika Solat Suboh kerana aku Walahhi ! . . . . pada malam itu aku tidak dapat tidur sekelip pun, sehingga aku Solat Suboh dengan wudhuk Solat Insya’.” -wallahualam

Menara Mencecah Awan

Banyak negara sekarang berlumba-lumba membuat menara paling tinggi untuk menempa nama di medan antarabangsa. Mungkin kita terlupa pada zaman Firaun lagi menara telah dirikan ada yang kekal sehingga kini tetapi apa la sangat berbanding dengan kekuasaan Allah Taala.

“Dan berkata Firaun: “Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat *) kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia termasuk orang-orang pendusta”.


Tower of Babel

Sejarah Para Nabi dan Raja yang diriwayatkan cendekiawan Al-Tabari mengatakan bahawa Raja Namrud memiliki Menara yang dibangunkan di Babil, lalu Tuhan menghancurkannya, kemudian bangsa masyarakat, yang asalnya hanya satu jenis bahasa iaitu Syriac, terpecah menjadi 72 jenis bahasa.

Ahli kajisejarah yang lain,Abu al-Fida mengatakan perkara yang sama. Dengan menambahkan tokoh Eber (nenek moyang Nabi Ibrahim) yang menjadi satu-satunya manusia berbahasa asal Syriac, kerana beliau tidak ada keterlibatan dengan Menara Babil.

Menara Babil (Menurut Keterangan Sejarah)

Sehingga sekarang pun tidak diketahui secara pasti berapakah tinggi sebenarnya menara Babil, namun beberapa sumber sejarah kanonikal mengatakan ketinggian asli dari menara yang hebat ini.

Buku Yobel (The Book of Jubilees) menyebutkan ketinggiannya ialah 2484 meter, tiga kali ganda dari ketinggian Burj Dubai.

Buku The Third Apocalypse of Baruch pula menyebutkan bahawa “hujung teratas menara” mencapai sehingga ketinggian 211.8 meter, tertinggi dalam sejarah sehingga dibangunkan Menara Eiffel yang setinggi 324m.

Giovanni Villani, pakar bangunan di tahun 1300 menjelaskan bahawa “Ukurannya 8 mil pada diameternya, dan memiliki ketinggian 4000 paces, (atau 5920 meter) dan tebalnya 1000 paces, satu pace adalah tiga kali jarak langkah kaki”

Pengembara pada abad ke 14, John Mandeville melaporkan tinggi menara menjulang keatas mencapai awan, setinggi 64 furlongs atau 12807.424 meter, berbeza sdengan Burj Dubai iaitu 880 meter

Pengembara John Mandeville

“………Seperti yang dapat saya diketahui, bahawa Babylon yang saya katakan, dimana sultan tinggal, adalah bukan Babylon yang besar yang mana pelbahai bahasanya diciptakan oleh azab dari keagungan Tuhan. Semasa Menara Raksasa Babel dibangun; dari dinding setinggi 64 furlong; yang berada di gurun Arab, dapat dicapai melalui jalan menuju kerajaan Chaldea. Tapi sudah cukup lama untuk manusia memijakkan kaki di menara; yang perjalannya merentasi gurun pasir penuh naga dan banyak hewan berbisa. Menara itu, dengan kotanya, berjarak 25 mil sepanjang temboknya, Itulah yang mereka terangkan mengenai negaranya.

Menara itu dibangunkan oleh Raja Namrud yang jadi raja negara itu, dan dia adalah raja pertama di dunia. Dan dia membuat dirinya mirip seperti ayahnya, dan memerintah rakyatnya seperti Tuhan, bahkan menyuruh mereka menyembahnya, dialah firaun pertama.”

Ahli sejarah abad ke-17 Verstegan menunjukkan bentuk lain – mengutip pernyataan Isidore, dia berkata bahawa tinggi menara 5164 paces, (atau 7600 meter) dan mengutip Josephus bahawa menara itu lebih lebar daripada tingginya, lebih mirip gunung ketimbang menara. Dia juga mengutip pernyataan penulis tak bernama yang mengatakan jalan spiral ke atas menara itu teramat lebar dan terdapat tempat tinggal bagi pekerja dan haiwan, dan penulis lain yang membenarkan jalan tersebut cukup lebar untuk dijadikan ladang gandum bagi haiwan yang digunakan untuk pertanian.


Awal Kehancuran Menara. Manusia tiba-tiba tak boleh berkomunikasi satu sama lain

Profesor J.E. Gordon mempertimbangkan ketinggian Menara Babel dalam bukunya “Struktur Atau Mengapa Sesuatu Tidak Jatuh ke Bawah” (Pelican 1978–1984). Dia menulis, “Batu dan bata memiliki berat 120 lb per kaki bata (2000 kg per meter bata).

Aritmatik asas menunjukkan bahawa sebuah menara dengan dinding selari sahaja boleh saja dibangun untuk ketinggian 2.1 km sebelum batu bata di bagian bawah hancur. Namun dengan membuat dinding luncup ke arah atas mereka … boleh juga telah dibangun untuk ketinggian di mana kemungkinan orang Shinnar akan kekurangan oksigen di ketinggian tersebut dan mengalami kesukaran bernafas sebelum dinding bata hancur akibat berat struktur itu sendiri”


Teknik Jika Tertinggal Cermin Mata

ISUHANGAT.NET . Tentu amat sukar jika anda yang memakai cermin mata tetapi tidak ada cermin mata kerana pecah,hilang atau lupa membawanya dan sebagainya terutama bagi orang yang sudah berumur 40 ke atas.

Contohnya semasa kita berada disebuah supermarket ingin melihat harga yang tertera pada barang yang akan kita beli. Yang mana hurufnya kecil, kita tidak membawa cermin mata.

Dalam keadaan darurat ini ada satu cara untuk mengatasinya, iaitu dengan menggunakan teknik “Pinhole Effect”. Prinsip efek pinhole adalah pada kelainan refraksi mata (kelainan penurunan penglihatan mata yang dapat diperbaiki dengan cermin mata), penglihatan akan bertambah baik bila melalui suatu celah atau lubang kecil.

Photobucket

Semasa keadaan darurat, kita dapat membuat alat bantu iaitu dibuat dari sebuah kedbod kecil, berukuran 3 x 5 cm, kemudian pada kadbod tipis atau kertas tersebut dibuat satu lubang, dengan cara membuat lubang menggunakan hujung pulpen. Sehingga kita dapat mengintip melalui celah lubang tersebut. Dikatakan huruf yang kecil akan nampak!

Namun ada yang lebih praktikal, agar kita tidak perlu membuat kertas berlubang kecil tadi ialah dengan menggunakan tangan kanan kita.

Objek yang akan kita lihat pegang dengan tangan kiri. Kemudian tangan kanan kita gunakan sebagai pengganti kertas berlubang tadi.

Photobucket

Dengan membuat celah kecil antara ibu jari dan telunjuk. Dari celah tersebut akan terlihat objek yang lebih jelas dan dapat dibaca. Ini berlaku untuk penglihatan jauh atau dekat.

SIFAT-SIFAT WANITA

1. Al -Anaanah:
Banyak keluh kesah, selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami.

2. Al-Manaanah:
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu.

3. Al -Hunaanah:
Ingin pada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al- Hudaaqah:
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqah:
Sibuk bersolek atau tidur atau bersantai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas.

6. As-Salaaqah:
Banyak berbicara, bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, facebook intenet dan lain-lain.

TANDA KITA AKAN MATI


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji

dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM
RINGKASAN
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

17 May 2011

Bahan Haram Dalam Roti Dan Pau

Sebab itu adalah menjadi fardhu kifayah umat Islam membuat perniagaan makanan di Malaysia. Kalau tidak sektor permakanan di kawal oleh orang bukan Islam dan perkara-perkara begini akan berterusan.

Protein rambut dalam roti, pau
Oleh Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cyscine’ yang disahkan haram penggunaannya.

Segelintir penyedia bahan makanan berkenaan juga merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu dengan tujuan melembutkan produk dihasilkan, selain rasanya lebih sedap hingga meningkatkan hasil jualan dan menguntungkan mereka.

Difahamkan bekalan protein rambut itu mudah didapati di China sebelum dipasarkan ke negara ini, manakala bahan berkenaan akan diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.

Perkara berkenaan didedahkan pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad, yang mendakwa kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui bahan meragukan di dalam produk bahan makanan itu.

Beliau berkata, bahan itu boleh didapati dengan mudah di negara ini kerana yang dijual di pasaran sudah diadun bersama tepung untuk membuat kek, roti atau pau.

“Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut pula dikategorikan sebagai organ badan manusia. Jadi ia sudah disahkan haram penggunaannya dalam masakan kepada umat Islam.

“Universiti Al-Azhar di Mesir juga mengesahkan fatwa mengenai pengharaman makan organ badan manusia (merujuk protein rambut), manakala kajian CAP, roti, kek dan pau mengandungi protein rambut untuk menjadikan makanan terbabit lebih menarik,” katanya pada Seminar Usahawan IMP di sebuah hotel di sini, semalam.

Sumber : Harian Metro

11 May 2011

Teksi Pertama Tanpa Pemandu


Photobucket

” Made In Germany Taxi ” atau dipanggil MiG Taxi.
Teksi ini dibuat oleh ” Autonomus Labs” pada tahun 2010

Photobucket

Kenderaan ini dilengkapi dengan Scan Laser, GPS, dan kamera Radar untuk menetapkan berada pada jarak selamat semasa dipandu.

Cara Kerja

- Penumpang hanya menggunakan aplikasi I-PAD untuk memanggil teksi tersebut.
- I-PAD memancarkan signal GPS untuk memberi tahu dimana koordinat penumpang itu berada.
- Semasa teksi akan menjemput penumpang, penumpang boleh melihatnya dengan aplikasi I-PAD tersebut.
- Dan setelah penumpang masuk ke dalam teksi, dan memberi tahu arah tujuan, secara utomatik teksi tersebut akan bergerak menuju arah tujuan yang ditentukan.
- Dan setelah penumpang sampai tempat yang dituju, penumpang boelh membayarnya dengan kad kredit.

09 May 2011

SAMBAL LOBAK ASIN GORENG ~ cuber dulu baru komen..



korang tentu kenal lobak asin kan.. ada yg sebut lobak masin dan ader yg sebut lobak asin...hakikatnya menda yg sama pada akulah...org lain aku tak tahu...huhu klu saloh bgtau lah yer...

aku nak share resepi faberet aku nih... klu ikutkan aku sajek suka2 goreng... pastu dah jadi makanan wajib lak dalam family aku...klu takde tak berseleralah... tapi time aku rajin aku buatlah... heheheehehee

meh aku nak share resepi aku...cukup mudah cukup simple...


bahan2nyer...

lobak asin (ofkoslah...)
cili api (nak pedas bubuhlah banyok)
bawang kecik (10 ulas)
ikan bilis
minyak masak
gula/aji (ikut sukalah nak bnyk mana)

apa perlu kor buat...

1. korg rendam lobak asin dlm air panas, bgi kurang sikit masinnyer... kemudian hiris lobak asin halus2 atau ikut suka korglah nak halus mcmana...
2. potong cili api halus2... lagi bnyk lagi power
3. bawang kecik hiris halus2

cara nak masak..

1. mula2 korg panaskan minyak...jgn banyak...cukuplah 1-2 sudu
2. dah panas minyak masukkan bawang kecik, ikan bilis dan lobak asin yg dah dihiris...
3. goreng sampai kekuningan masukkan cili api yg dah di potong tadi, sedikit gula/aji... garam tak payah dah..dah mmg masin...
4. agak2 dah garing...angkat...makan dgn nasi panas... meletop kebabom...

selamat mencuba........

Haramkah sambutan hari ibu...???

Buat pertama kalinya aku mengetahui sambutan hari ibu diperdebatkan.Sebelum ini tak pernah terfikir pun...haramkah atau halahkah...

setiap kali aku ucapkan selamat hari ibu pada ibuku dia hanya tersenyum hambar..tak gembira sangat pun...mungkin dia terfikir "hari ni je ke hari istimewa untuk ibu...???..kan best kalau hari-hari hari ibu..."

"Kan seronok kalau hari2 buat ucapan sayang kat ibu..." dan akhirnya ibu menjawab "jadilah insan yang soleh dan solehah..itu adalah hadiah terbaik buat ibu"


Petikan ini aku ambil dari dakwah.org yang menyingkap dan menghuraikan tentang hari ibu

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”Align Left
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Sesungguhnya mengamalkan Islam dengan mengikuti contoh Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik jalan dan jalan yang paling selamat di sisi Allah. Bukankah Allah s.w.t telah berfirman:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” Al-Ahzab: 21
Malah, jika kita berbalah tentang sesuatu hal dalam agama, Allah s.w.t menyuruh kita agar menjadikan Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w (As-Sunnah) sebagai hakim:

” Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” An-Nisa:59

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan tersebut” – hadis.


Petikan diatas sekadar ingin berkongsi sahaja...bukan untuk berdebat sebab aku bukanlah seorang yang arif...
Raikanlah ibu bukan kerana ikut-ikutan budaya barat,dan bukan hanya pada tarikh yang ditetapkan kita beria-ria meraikan ibu yang disayangi.

Banyak kecelaruan pendapat dalam dunia akhir zaman.Takut bila memikirkannya.Kadang -kadang terfikir adakah aku berada di jalan yang betul.Walauapapun berpeganglah pada hadis dan al-quran insyaalah selamat dunia akhirat.

Yang paling penting ialah doa buat Ibu/bapa setiap kali selepas solat. Itu adalah antara apa yang perlu kita lakukan jika kita benar-benar sayangkan ibu kita dan ia berlaku sekurang-kurangnya lima kali sehari bukannya sehari setahun. Dan permintaan ibuku berdoalah setiap kali teringatkan ibu dan jangan lakukan sesuatu yang menyebabkan tercalit dosa untuk ibu/bapa akibat dari perbuatanku...

Apa pun, sayang ibu selalu…

Panji-Panji Hitam

Kali ini aku nak berkongsi pengetahuan aku tentang pasukan Panji-Panji Hitam yang akan menjadi pencetus kepada kebangkitan Islam di dunia ini. Terdapat beberapa hadis yang menyatakan akan wujudnya pasukan Panji-Panji Hitam ini pada akhir zaman. Berikut adalah sebahagian antaranya.

Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilahmereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)


Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)



Sabda Nabi :


Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)



Sabda Nabi SAW:

Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)




“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)


Pasukan Panji-Panji Hitam merupakan para tentera kepada Imam Mahdi dalam membanteras kezaliman dan ketadakadilan dalam pelbagai aspek terutama dalam aspek pemerintahan. Mereka akan menegakkan semula syiar Islam yang kini seperti sudah ditinggalkan. diingatkan bahawa kita kini sedang berada di zaman penindasan dan penzaliman (zaman diktator) seperti dalam hadis di atas. Selepas ini akan berlakulah Zaman Kekhalifahan. Ini bermakna kita semakin menghampiran hari penghabisan iaitu hari kiamat.


Panji-Panji Hitam

Ini hanya ilustrasi

Sekian terima kasih..

MLM ; KETAHUI PENIPUANNYA

Sekarang ni dah ramai orang yang sedar mengenai MLM. Hasil carian malaysiasensasi menjumpai satu thread dari forum (lowyat) mengenai MLM. Memang bernas dan layan untuk dibaca. Mari baca, semoga boleh menginsafkan kita jika kita selama ini berharap sangat pada MLM - malaysiasensasi.net


Objektif: Mendidik dan menghalang masyarakat dari menyertai skim MLM dalam apa jua bentuk.


Kenapa MLM adalah skim piramid?
  • Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk
  • Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk
  • Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah 'atas angin'.
  • Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
  • Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.
Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor:
  • Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut
  • selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
  • Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
  • Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak masuk akal.
  • Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu 'sistem', bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai 'nature of business'. Anda sebahagian daripada 'sistem' yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
  • menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar
  • Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
  • Sistem 'pelan pemasaran' yang amat meragukan dari sudut Syariah.
Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam:
  • Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
  • lebih daripada 90% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal, apatah lagi untung.
  • Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia; kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
  • Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda
  • Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah
  • Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat
  • komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.
Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:
  • Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia
  • Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
  • Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM
  • Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil
  • Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
  • Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda
  • pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik
  • "Jika saya boleh, anda tentu boleh". Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal
Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:
  • Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat
  • 'Pelan pemasaran' yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai memudahkan mereka memutar belit fakta
  • Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
  • Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa "jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalakn sistem MLM."Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
  • Mempunyai dana yang besar untuk 'menutup' mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan
Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?
  • Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
  • Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 'mind control' (nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
  • Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu
  • 'In state of denial.' tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba
  • memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
  • Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
  • Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.
Untuk renungan:
  • Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefonboleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.
  • Logikkah harga sebotol minuman 'kesihatan' berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sisapa saja.
  • 8/10 daripada rakan/saudara/keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?
  • Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.
  • Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
  • Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?
  • Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai 'sistem', bukan 'produk'.
  • Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
  • Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
  • Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
  • Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
  • Piramid yang tidak mempunya 'tapak' akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.

08 May 2011

Beras Dari Plastik?

Media Singapura melaporkan bahawa China sedang mengeluarkan beras palsu.

Perusahaan makanan China telah terlibat selama bertahun-tahun pelbagai skandal yang melibatkan barang palsu atau tercemar. Artikel terkini isuhangat Daging Lembu Tiruan link , termasuk skandal susu pada 2008 juga isu hangat susu ditemui mengandungi racun melamin. 290,000 orang mangsa yang jatuh sakit dan 11 kes kematian.

Isu hangat sekarang ada laporan dari media Singapura bahawa China sedang mengeluarkan beras palsu, yang dikatakan sangat berbahaya.

Menurut Bahasa Korea “Hong Kong Weekly” (juga dari rujukan website Vietnam), Media Singapura menyatakan bahawa beras palsu sedang dihasilkan di kota China Taiyuan, di daerah Shaanxi.”Nasi” ini merupakan gabungan dari kentang, ubi dan plastik.

Ia dibentuk dengan mencampur kentang dan ubi kayu ke dalam bentuk biji beras, kemudian menambahkan lagi bahan sintetik industri.

Pejabat Restoran China Association mengatakan bahawa makan tiga mangkuk nasi palsu ini seperti makan satu kantung plastik. Kerana masalah ini sangat serius, ia menambah bahawa akan ada penyelidikan pabrik dijangka mengeluarkan beras. Sementara itu, kos yang rendah beras palsu adalah menyebabkan peniaga untuk membuat keuntungan yang besar.

Di Vietnam, telah berbagai laporan di media dalam negeri tentang makanan tercemar, sehingga ramai orang khuatir tentang jaminan keselamatan makanan.

05 May 2011

Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kain Hitam Tu?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang
Assalamualaikum... Sedang blogwalking, tiba2 terhenti di BLOG INI sikijap dan membaca entri terbarunya yang mengundang saya untuk berkongsi dengan readers saya pulak. Lagipun, ilmu yang baik ni, elok kita panjang-panjangkan... InsyaAllah, pasti ada ganjaran dariNya nanti.
Ni satu lagi contoh yang bagus untuk kita berdialog dengan makhluk-makhluk jenis yang suka mempertikaikan apa yang telah diajarkan kepada kita berkaitan ibadah kita menyembah Allah. Dalam masa yang sama boleh membuatkan kita berfikir dengan lebih rasional sekaligus menguatkan lagi keimanan kita kepada Allah.

Photo Courtesy : DetikDaily.net
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh... Itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah."
"Baitullah tu apa?"
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah."
"Allah ada dalam tu?"
"Tak..."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah SWT."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah. Selalu..."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la!"
"Di mana?"
"Dalam tv la!"
"Cuba bukak tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak."
"Memanglah tak ada... Tapi itukan gambarnya ada."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu."
"Takde. So?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola. Betul tak?"
"Tak. Aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu."
"Peliknya."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa. Yang ada hanya wayar yang berselirat je."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar je, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya."
"Hurm. Jadi tak peliklah ni?"
"Ya. Tak pelik."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah SWT, walaupun dalam Kaabah tak ada Allah."
"Erk... Kau betul."

Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam bila berdepan dengan situasi begini, harus menanganinya dengan akal dan kebijaksanaan. Bukan melenting tak tentu pasal. Barulah nampak kewibawaan kita pada mata orang bukan Islam. Jadi, ilmu itu sangat sangat sangat sangat sangat penting. Rasulullah S.A.W. sendiri menekankan kepada umatnya mengenai kepentingan untuk mencari ilmu. So, penuhkanlah dada tu dengan ilmu yang bermanfaat untuk agama, untuk dunia, untuk akhirat.

04 May 2011

Nabi Ilyas a.s dan Malaikat Maut

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput rohnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.Malaikat maut bertanya, "Mengapa engkau bersedih?" .Ilyas menjawab "Tidak tahulah."
"Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat. "Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah." jawab Ilyas.
Saat itu Allah s.w.t. lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah s.w.t.