Pada  suatu hari Imam Syafie rah datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal.  Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafie masuk ke bilik tidur  yang telah disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga terbit  fajar. Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafie  sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “Ayah  selalu memuji dan mengatakan Imam Syafie itu seorang ulama yang sangat  alim. Sebaliknya apa yang saya perhatikan banyak perkara tidak  mengambarkan ianya seorang yang benar-benar alim. Imam Ahmad amat  terkejut mendengar perkataan anak permpuannya, lalu ianya bertanya, “Ia  seorang alim wahai anakku, mengapa kamu berkata demikian?” Anak  perempuannya menjawab,” Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan  kekurangannya, wahai ayah. Pertama, pada waktu dihidangkan makanan, ia  memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, ia  tidak Solat Malam sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Suboh.  Ketiga, Ia Solat Suboh tanpa berwudhuk.”
Imam  Ahmad bin Hambal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya  supaya jelas persoalan anaknya itu, ianya menyampaikan semua alasan anak  perempuannya itu kepada Imam Syafie. Bila mendengar semua itu, Imam  Syafie tersenyum lalu ia berkata, “ Wahai Ahmad! sebabnya aku makan  dengan lahap dan banyaknya di rumah kamu kerana aku tahu bahawa makanan  di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku tidak ragu dengan makanan itu  sedikit pun, atas sebab itulah aku makan dengan lahap. Lagi pun aku amat  memahami bahawa engkau seorang yang sangat pemurah. Makanan orang yang  pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu penyakit. Aku makan  semalan bukan kerana untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat  dengan makananmu itu.”
Perkara  kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana ketika aku  meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seolah-olah  aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulnya saw dan dengan  izin Allah malam itu, aku dapat menyusun 72 masaalah feqah Islam  sehingga aku tidak sempat Solat Malam. Perkara keempat yang menyebabkan  aku tidak berwudhuk ketika Solat Suboh kerana aku Walahhi ! . . . . pada  malam itu aku tidak dapat tidur sekelip pun, sehingga aku Solat Suboh  dengan wudhuk Solat Insya’.”  -wallahualam




No comments:
Post a Comment