KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

31 January 2012

RAHSIA ORANG CINA KAYA RAYA

Kita sebagai orang melayu kena jadikan 5 Rahsia Orang Cina kaya raya ini sebagai strategi untuk kita maju dalam bidang perniagaan. Mesti ada yang tanya, "Kenapa la orang bangsa Cina ni kaya raya di Malaysia ?!!" Sampaikan mereka tak sekolah pun sampai peringkat Ph.D pun tetap duit poket penuh dengan wang.

buku rahsia kaya

Ini juga jawapan kepada ramai yang tanya kepada diri aku ni.. Camne la nak buat duit online atau sampingan sebagai budak lepasan SPM 2011?? Biar aku jawab dengan bagi 5 Rahsia Orang Cina Kaya Raya, baca elok-elok pastu amalkan dengan ikhlas ye.. wajib ajak kawan sorang lagi..

5 Rahsia Orang Cina Kaya Raya ??


1. Kerja makan gaji itu sementara, untuk pengalaman hidup.
Orang cina perlu berniaga untuk membangun masa depan dan keturunan mereka.

2. Pelanggan lebih penting dari untung

untung jangan letak banyak2, sedikit tapi berterusan,
pelanggan adalah raja, kehilangan pelanggan adalah musibah.
keuntungan boleh dicari , pelanggan setia sukar ditemui.

3. orang cina jarang bangkrup, kecuali 2 perkara:
berjudi dan kaki perempuan/ada perempuan simpanan.

4. modal orang cina 1 mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk,

1 mangkuk untuk keluarga,
1 mangkuk simpanan,
3 mangkuk untuk modal balik.

5. kalau mereka ditawarkan pinjaman untuk modal,
mereka akan tanya, berapa bunganya ?
bukan berapa ansuran tiap-tiap bulan ?

Moga sesiapa yang nak mula buat ape-ape perniagaan bisnes boleh cuba semua petua di atas ye.. Bagi aku, cuma nombor 2 aku nak tekankan sebab kita boleh tengok realiti sebenar.. camne orang cina bila nak jual barang dia, memang dia akan layan kita cam raja. Sebab bagi orang cina, customer tu ade duit dalam poket..itu la keuntungan pertama mereka.

30 January 2012

4 GOLONGAN MANUSIA

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik, Pembimbing kepada agama Allah, Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;

“Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit”.


2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat”.
Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.


3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;
“Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.
Sabda baginda lagi;
“Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”.
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.


4. Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak (Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;

‘Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu “Orang-orang Allah”. Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
Firman Allah

“Wahai orang- orang beriman, hendaklah kamu menjadi menjadi orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kamu sekali- kali kebenciinmu terhadap satu puak, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil.Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Maaidah:8)

26 January 2012

Penggunaan bahasa kesat semakin menjadi-jadi dalam internet

Dikongsi dr unikversiti.blogspot.com

Beberapa isi di bawah ini adalah 'repost' tulisan yang saya pernah tulis dulu dalam sebuah blog lain. Perkara ini perlu saya ungkitkan kembali kerana saya tengok semakin menjadi-jadi lagi komen-komen yang menggunakan bahasa-bahasa KESAT dari tukang-tukang komen blog terutamanya dari tukang komen yang mengaku dirinya ISLAM.

Saya tengok semakin sedap sekarang ini mereka-mereka ini mengutuk dan mencaci maki orang lain. Pantang ada kesilapan yang orang lain lakukan sikit, terus lah komen-komen celupar ini berleluasa. Saya nak tanya, orang-orang yang komen itu baik sangat ke akhlak nya? Nabi ada ajar kita kutuk-mengutuk sesama Islam ke?

Pernah saya titik-beratkan dulu, kalau kita nak dakwah atau nasihat orang lain pun, apa tujuan kita dakwah dan nasihat tu? Untuk melepas geram? Sakit hati tengok orang lain senang? Sekadar nak menunjuk baik?

Saya pernah sebutkan dulu, dakwah para nabi dan sahabat dulu dilakukan adalah kerana tanggungjawab menjalankan amar makruf dan nahi mungkar. Kemudian kerana sayang kan sesama saudara kita dan tidak mahu kita tengok saudara kita yang lain berada dalam dosa yang akan menyusahkan dirinya sendiri kelak.

Saya nak tanya anda, anda kutuk-mengutuk orang lain, cuba nasihat orang lain tu kerana anda sayangkan mereka kah? Tepuk dada tanya iman anda.


Repost

Penggunaan bahasa kesat, mencarut, mencaci maki yang melampau di internet yang dilakukan oleh bangsa asing seperti orang Amerika dan sebagainya adalah perkara biasa sebelum ini. tetapi jika kita perhatikan sekarang, bangsa dan orang-orang agama Islam kita sendiri pun sudah mulai menunjukkan taring dengan berkelakuan sedemikian. Mentang-mentang lah orang tidak nampak dan tahu identiti dia. Ini lah yang dinamakan ‘hero kampung’, lantang suara di belakang tetapi apabila berdepan kecut perut lari hehe.

Ini kerana ada sebilangan yang saya kenal pun, nampak komen-komennya dalam internet punyalah berapi-api, kutuk sana kutuk sini, tetapi apabila berhadapan dengan orang lain di luar, jadi penakut yang amat! Perangai apa gitu?

Biasa yang saya tengok, dalam ruangan komen di blog-blog, laman video seperti Youtube dan forum-forum penuh dengan komen-komen yang tidak sopan dan celupar. Sehingga menuduh orang lain sebagai setan, iblis, sesat, dan mencarut ntah apa-apa adalah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pengomen itu, na’uzubillah.

Kita selalunya lupa, bahawa komen-komen kita ini akan dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat dan pihak. Maka adakah kita merasa tidak malu apabila orang bukan Islam melihat kita mencarut, mencaci maki melampau dan biadab sesama kita? Tidak sedarkah kita bahawa kita sedang menunjukkan contoh kepada mereka dari segi perbuatan dan tingkah laku kita? Mana akhlak kita? Mana sabar kita dalam menempuh segala perkara? Mana sifat tawadhu’ kita kepada Allah S.w.t? Adakah kita sekadar berpuas hati dengan melepaskan kemarahan kita, membuatkan kita merasa selesa? Sedangkan kita sedang menjatuhkan maruah orang-orang Islam sendiri? Itu yang sama-sama kita perlu fikir kembali.

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Hadits riwayat Ahmad & Baihaqi)

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (Hadits riwayat At-Tirmidzi no. 1082. Dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 1232)

"Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia." (Surah Al-Qalam : 4)

Sememangnya Nabi Muhammad S.a.w diutuskan betul-betul untuk mendidik kita agar berakhlak mulia. Bersopan santun tidak kira kepada siapa lebih-lebih lagi sesama Islam. Nabi Muhammad Sa.w dengan orang Yahudi pun baginda berlemah lembut dan bersopan santun, tetapi mengapa kita sesama sendiri bersikap biadap dan mencarut-marut? Tidak kah kita terfikir bahawa itu adalah kehendak Iblis? Dan sememangnya dia dan kuncu-kuncunya mahu melagakan kita semua. Saya sendiri akui, bahawa saya sendiri pun tidak lari dari bersifat marah. Tetapi sekurang-kurangnya saya cuba menapis kemarahan saya di internet ini dengan menjaga adab sopan dalam bahasa agar tidak terlalu celupar. Kerana kita akan bertanggung jawab terhadap apa yang kita perkatakan.

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam…” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya”. Surah Al Isra’ : Ayat 36

Mungkin ada yang bersikap biadap kerana tidak tahan marah kepada satu pihak lagi kerana pihak itu telah membuat kesalahan. Tetapi kita perlu ingat, Islam ada batas-batasnya. Kita tidak layak menghukum seseorang melainkan penguatkuasa undang-undang. Kita hanya berhak menegur dan menghalangnya dari berbuat kesalahan, tetapi bukan sampai kepada boleh mengutuk, mencaci dan memaki hamunnya! Itu sudah betul-betul bercanggah dan bukan ajaran Islam. Oleh itu saya amat berpesan kepada diri saya dan sesiapa sahaja, agar menjaga batas-batas percakapan dan ayat dalam berkata-kata, sama ada melalui lidah kita ataupun melalui penulisan lebih-lebih lagi di internet. Kerana tersilap keduanya itu boleh mengundang kepada lebih banyak keburukan semata.

Dan suka juga untuk saya peringatkan di sini, berhati-hati apabila membaca komen. Kerana bukan semua komen itu ikhlas dan betul-betul dari pihak yang berkata-kata itu. Ada juga mereka yang menyamar, kononnya mereka adalah pihak yang satu ini (pihak A sebagai contoh) dan membantai pihak yang satu lagi. (pihak B) Tujuannya hanyalah untuk menunjukkan kepada pihak B tentang keburukan perangai pihak A. Sedangkan pihak A tidak ada pun yang berkata-kata sebegitu. Maka pesan saya, hati-hatilah dan jangan mudah membuat kesimpulan atau menuduh.

Juga apabila salah seorang dari pihak A itu betul-betul sudah melakukan perkara biadab, maka jangan lah kerana segelintir orang dari pihak A telah membuat kesalahan, maka dihukumi kepada seluruhnya. Itu merupakan satu tindakan yang tidak professional. Penghakiman berdasarkan kepada segelintir manusia yang buat silap dengan menghukumi semua adalah tindakan yang tidak bijak. Alasan-alasan sebegini biasanya dibuat oleh mereka yang tidak mempunyai hujjah yang kuat ataupun mengambil jalan mudah dengan melepaskan kemarahan. Maka tidak perlu lah dipertikaikan tentang perkara ini.

Dan satu lagi saya ingin pesankan di sini, sesuatu tuduhan yang masih tidak pasti dan tidak mempunyai bukti janganlah kita bersekongkol dalam memperbesarkannya. Kerana dibimbangi jatuh ke dalam membuat FITNAH (namimah). Selagi mahkamah belum membuat keputusan, selagi itulah kita jangan menuduh tidak tentu hala. Keputusan mahkamah pun tidak semestinya betul lagi, apa lagi jika keputusan masih belum dibuat. Maka jangan lah kita gadaikan diri kita dengan berkecimpung dalam kerja membuat fitnah. Semoga Allah menjaga kita dan menjauhkan kita dari terlibat dengan perbuatan yang keji ini, amiin.

“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya”. (Hadits Riwayat Tirmidzi)

Dan dalam Syarah Hadith Arba’in oleh Imam Nawawi pada hadith yang ke 15 juga ada menyebut bahawa Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Tiap ucapan anak Adam menjadi tanggung jawabnya, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah kemungkaran”.

Imam Nawawi ada menyebut lagi, sebagian ulama berkata: “Seluruh adab yang baik itu bersumber pada empat Hadits, antara lain adalah Hadits “barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam”. Sebahagian ulama memaknakan Hadits ini dengan pengertian; “Apabila seseorang ingin berkata, maka jika yang dia katakan itu baik lagi benar, dia diberi pahala. Oleh kerana itu, dia mengatakan hal yang baik itu. Jika tidak, hendaklah dia menahan diri, baik perkataan itu hukumnya haram, makruh, atau mubah”. Dalam hal ini maka perkataan yang mubah diperintahkan untuk ditinggalkan atau dianjurkan untuk dijauhi kerana takut terjerumus kepada yang haram atau makruh dan seringkali hal semacam inilah yang banyak terjadi pada manusia.

Adakah kita mahu berikan contoh kepada NON-MUSLIM bahawa umat Islam adalah umat yang bermulut celupar dan suka mengutuk orang lain? Fikir-fikir, renung-renung dan banyakkan sabar dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini .......


Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” (Hadits riwayat Tirmizi, dari Ibnu Mas'ud)

MILIK SIAPAKAH ILMU ITU?

Suatu hari semasa Sayyidina Ali k.w. sedang memberi syarahan dalam suatu majils ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.

“Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata: "Saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” Tanya salah seorang daripada lelaki itu.

“Memang benar……,” jawab Khalifah Ali bin Abi Talib.

Lelaki pertama bertanya: ”Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”. ”Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta,” jawab Sayyidina Ali.

”Apa dalilnya, wahai Ali?” tanya lelaki itu lagi. ”Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun, Syaddad, dan lain-lain,” jawab Sayyidina Ali.

Lelaki kedua pula bertanya: ”Wahai Ali, manakah lebih baik antara ilmu dengan harta?”. ”Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta,” jawab Sayyidina Ali, tanpa menunjukkan rasa marah.

”Apa dalilnya?” tanya lelaki ke-dua itu lagi. ”Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya,” jawab Sayyidina Ali.

Lelaki ke-tiga pula bertanya: ”Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?”. Maka dijawab oleh Sayyidina Ali: ”Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang berilmu mendapat ramai kawan."

Lelaki ke-empat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Sayyidina Ali: ”Wahai saudaraku, harta apabila ia dibelanjakan maka ia akan berkurang, sedangkan ilmu, jika ia diamalkan semakin bertambah."

Lelaki ke-lima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Sayyidina Ali: ”Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati."

Lelaki ke-enam pula bertanya soalan yg sama, lalu dijawab oleh Sayyidina Ali: ”Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”

Sayyidina Ali memandang ke arah lelaki yang ke-tujuh lalu berkata, ”Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati."

Kepada lelaki ke-lapan Sayyidina Ali berkata: ”Harta semakin lama disimpan ia semakin usang; tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.”

Kemudian Sayyidina Ali terus berkata: ”Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.”

Akhirnya 10 orang lelaki yang hendak menduga ilmu Amirul Mukminin Sayyidina Ali bin Abi Talib beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Sayyidina Ali dapat memberikan banyak jawapan untuk hanya satu soalan.

”Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza,” kata Khalifah Ali bin Abi Talib.

25 January 2012

ASAL USUL KASTURI

Dari 'Aisyah r.a, "Seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda: "Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah." Wanita itu bertanya, "Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: "Bersucilah dengan kapas itu!" Wanita itu berkata lagi, "Bagaimana caranya aku bersuci?" Beliau bersabda: "Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!" Wanita itu bertanya lagi, "Bagaimana caranya?" Maka Beliau berkata, "Subhaanallah. Bersucilah kamu!" Lalu aku menarik wanita itu kearahku, lalu aku katakan, "Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu." (HR al-Bukhari)

Ramai yang biasa mendengar atau pernah mendengarnya tetapi tidak pernah tahu apa dan dari mana asal-usulnya. Itulah kasturi. Apa sahaja haruman, wangian dan kebaikan akan dikaitkan dengan kasturi. Di atas adalah antara hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan tentang kasturi.

Inilah rupa bentuk kijang yang menghasilkan kasturi.

Kasturi bila dikeluarkan dari sarungnya

Ini pula rupa bentuk kasturi yang masih dalam sarungnya

Anugerah Kijang Jantan

Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.

'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.

Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.

Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.

Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.

Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama. Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya.

Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya. Bukan tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang besar saiznya.

Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus).

Dalam bidang perubatan tradisional kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan.

Oleh kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.

Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.

Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.

Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih dijalankan tentang dakwaan tersebut.

Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya.

Ada yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang. Kalau hendak mengulas lebih mendalam tentang itu, saya kurang arif.

Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.

Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.

"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.

"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Noh.

Kepelbagaian Minyak Kasturi






Kasturi bukalah hanya semata-mata digunakan sebagai bahan pewangi tetapi penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda ( india ) dan barat .Ia nya mampu meredakan penyakit asma, angin medu, selsema, demam, sakit kepala ,histeria, darah gemuruh , luka luaran , pendarahan dalaman dan ulser.
Di Bangladesh dan Pakistan mengambil isian kasturi untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan yang menyembuhkan penyakit luka dalaman.

Dalam bidang perubatan tradisional, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak ,penggunaan sebagai minyak urut dan meredakan kesakitan.

Menjadi kekeliruan bagi panganut penganut islam dalam pemakaian darah kasturi kerana telah difahami bahawa darah atau daging yang tertanggal dari binatang yang masih hidup adalah tidak suci dimakan atau digunakan, tetapi dalam persoalan darah Kasturi agama Islam membenarkan penggunaannya dengan beberapa syarat.

Antaranya:
1) Hendaklah darah yang berada di dalam bintil tersebut sudah membeku menjadi ketulan yang keras , ianya tidak bersifat cecair.
2) Jika ketika selagimana bintil kasturi itu diambil tidak terkena najis maka ianya suci digunakan.
3) Kasturi yang diambil dari Kijang jantan yang telah mati hukumnya najis.
4) Selagimana darah Kasturi tidak dicampuri oleh benda benda yang diharamkan oleh syariat, ianya suci.

Rujukan : Sabilul Muhtadiin Jilid 1 Bab Najis dan menghilangkanya -m/surat 36-37.

KHASIAT MINYAK KASTURI

Memberi kekuatan pada roh:
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda
Nabi SAW:“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

- Menenangkan Jiwa

- Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak

- Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

- Menghilangkan debaran jantung

- Menghilangkan Sesak Nafas

- Melegakan Lelah (Asma)

- Menyedarkan orang yang pengsan

- Memperkuatkan organ luaran tubuh

- Memperkuatkan organ dalaman tubuh

- Menghilangkan rasa gementar

- Menghilangkan sejuk tubuh

- Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh

- Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang

- Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing

- Menjernihkan mata putih pada mata

- Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan

- Mencegah wabak penyakit

- Menghindarkan dari angin Ahmar

- Menghilangkan sakit kepala

- Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat

- Darah gemuruh

- Sesak nafas

- Selsema

- Hysteria

- Menyejukan badan

- Melembutkan kulit

- Urut sakit sendi

- Rawatan luka luar dan dalam

- Sengatan serangga

Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

Ilmu Itu Milik Siapa?



RENUNGAN BERSAMA DARI AyieBlog.com

Assalamulaikum, segala puji bagi Allah swt yang Maha mengetahui,Maha tinggi, Maha adil serta tidak menyerupai sesuatu , selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Syukur alhamdulillah, akhirnya aku selesai menyertai kursus anjuran adtec kemaman dibawah dana 1malaysia, dimana kursus pembinaan laman sesawang/website menggunakan sumber terbuka, aplikasi joomla.

Kursus dijalankan selama dua hari, bertempat di makmal komputer adtec kemaman, seramai 10 orang menyertai kursus tersebut, aku dan another staff kolej komuniti kemaman mengambil bahagian dalam kursus tersebut.

Banyak perkara baru yang aku belum mengetahwi, selepas mengikuti kursus pembinaan laman sesawang, akhirnya apa yang bermain dalam kotak minda terjawab, dimana walaupun kadang-kadang kita rasa diri kita hebat, ingatlah sehebat mana kita ada lagi hebat dan sepandai mana kita ada lagi pandai, berbalik pada kejadian asal kita dilahirkan dimuka bumi Allah swt.

Ada segelintir manusia yang menghinakan orang lain dengan ilmu dimilikinya, menjadi segelintir manusia sombong kerana tinggi dan hebat ilmunya, ada juga contoh sebaik-baik umat iaitu Nabi Muhammad s.a.w, baginda merupakan manusia pilihan yang amat tinggi ilmunya tetapi baginda tidak menjadikan ilmu yang ada pada dirinya untuk menghinakan orang lain tetapi menjadikan manusia yang hina itu menjadi mulia.

perlu di ingat setiap manusia perlu meletakkan di dalam dirinya bahawa tiap-tiap ilmu yang ada di dalam dada-dada manusia itu sebenarnya adalah milik Allah s.w.t. dan perlu juga yakin bahawa ilmu yang ada di dalam dada kita itu juga adalah milik Allah yang hanya dipinjamkam kepada kita.

Maka apabila akhirat kelak, ilmu yang dulu anda bermegah akan disoal adakah ilmu memberi manafaat buat anda mahupun orang disekeliling anda, perlu di ingatkan suatu hari nanti anda akan disoal Allah swt tiap apa-apa yang dipinjam Allah swt pada anda dimuka bumi??? , masa itu anda jawablah…

Semuga apa dikongsi memberi manafaat buat diri aku,rakan-rakan blogger mahupun silent reader, ingat ilmu itu milik Allah swt… berbalik pada kejadian asal kita, dilahirkan tanpa apa-apa ilmu..

alkurawi : KEPADA SEMUA PENGUNJUNG alkurawi.blogspot.com, KONGSIKANLAH APA-APA ARTIKEL DALAM BLOG INI YG BOLEH MEMBERI MUNAFAAT KEPADA MANUSIA... TAK PERLU MINTA IZIN @ BERI KREDIT KERANA ILMU ITU MILIK ALLAH..

TANGISAN RASULULLAH

“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.

Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”
“Belum,”jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”
“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya,sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

“Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!”kata orang Arab badwi itu.

“Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?” Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan
pula betapa kedermawanannya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!”

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. “

Sumber Sirah Nabawiy

Sumber : Syachranie's Blog

Khasiat Merunggai

  • 1

Daun merunggai boleh mengubati payudara bengkak, terutama di kalangan ibu yang baru bersalin. Sapu daun yang ditumbuk lumat pada bahagian yang bengkak. Bagi memulihkan badan ibu, akarnya ditumbuk dan disapu pada perut ibu yang baru bersalin sebagai bebat. Makanan daripada daun merunggai dan buah merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit sifilis dan busung darah. Manakala daunnya dimakan untuk mengubati penyakit gonorea. Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Daunnya pula dijadikan penawar gigitan anjing, muntah-muntah dan mengurangkan aliran susu ibu.

NAMA HERBA : Merunggai, Ramunggai, Rembugai, Lembugai, Kacang Kelur.
NAMA SAINTIFIK : Moringa Oleifera Lam.

BOTANI :
Ditanam secara biji tetapi lebih kerap ditanam secara keratan dahan yang dicucuk terus di tapak tanaman. Daun majmuk terbahagi 2 atau 3 helai daun kecil dan banyak pada setiap daun. Bunga kecil dalam jambak yang besar, berwarna putih atau kuning muda dan wangi.

KEGUNAAN :
Merunggai juga dikenali sebagai ramunggai, rembugai, lembugai, pemanggai dan kacang kelur. Nama sainsnya ialah Moringa oleifera dan sinonim dengan nama moringa ptergyosperma. Dalam bahasa inggeris ia disebut horse-raddish tree yang bermakna pokok lobak kuda.

Seluruh bahagian pokok terutamanya daun digunakan sebagai herba untuk melawaskan pembuangan air kecil, membantu penghadaman, penawar keracunan darah dan ubat salap. Biji dijadikan minyak untuk gout atau rheumatisme. Daun ditumbuk lumat ditampal atas perut untuk mengeluarkan cacing. Akar direbus dan diminum sebagai tonik, merangsang haid, penawar racun, penawar penyakit kulit, selsema, kurang daya fizikal, skurvi dan tonik paru-paru.

Pokok ini berasal dari India dan ia tumbuh liar di kawasan utara India tetapi ditanam juga sejak dahulu kala. Kini pokok ini banyak ditanam dipelbagai kawasan Tropika dan Subtropika. Buah muda, buah matang yang belum keras dan daun merunggai sering dibuat lauk, biasanya dimasak kari atau digoreng seperti sayur. Buah merunggai biasanya dikaitkan dengan orang India kerana kaum India yang biasa menanam pokok merunggai. Di India, kari merungggai di tin dan dieksport. Biji muda merunggai boleh dimasak seperti kacang pea dan bijinya yang matang juga dipangggang seperti kacang goreng. Orang Filipina juga memakan dan menanam merunggai. Orang Bahamas dan Jamaica meminum air rebusan daun merunggai seperti meminum teh atau kopi.

Akar merunggai mengandungi sejenis glukosit yang menghasilkan rasa pedas seperti biji sawa atau lobak putih. Akar merunggai boleh dibuat sos seperti sos lobak kuda yang tulin. Ranting, daun, bungan dan buah juga boleh digunakan sebagai perisa tetapi tidak kuat seperti akar. Merunggai mempunyai pelbagai kegunaan dalam perubatan tradisional. Daun merunggai dikatakan boleh mengubati buah dada yang bengkak, terutama dikalangan ibu yang baru bersalin. Akarnya ditumbuk dan disapu kepada perut inu yang baru bersalin sebagai bebat memulihkan badan ibu. Makanan dari daun dan buah merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar merunggai dikatakan boleh mengubati sifilis dan busung darah. Sementara daunnya dimakan untuk mengubati penyakit gonorea. Walau bagaimanapun terlalu banyak memakan akar merunggai dikatakan boleh menggugurkan anak dalam kandungan.

Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Sementara daunnya digunakan sebagai penawar gigitan anjing, muntah-muntah dan untuk mengurangkan aliran susu ibu. Di Jawa, akar merunggai digunakan untuk mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri dan pelbagai penyakit kulit. Batang pokok yang luka akan mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan Jawa. Orang India menggunakannya untuk mengubati kelenjar yang bengkak dan orang Jawa menggunakannnya untuk mengubati sakit usus. Di kawasan Amerika Tengah terutama di Curacao, akar merunggai di cuci bersih dan cecair dalam akar dihisap dan ia dikatakan boleh menjadi penawar selesema. Di sesetengah negara lain, kulit dan akar yang dihancurkan dijadikan ubat sapu, bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan demam panas dan juga sebagai pelawas buang air besar. Ada juga yang menggunakan akar kering sebagai penawar untuk mengubati penyakit malaria dan penyakit buah pinggang. Orang Puerto Rico memakan daun merunggai sebagai pelawas buang air besar. Di Bahamas, air rebusan bunga merunggai dicampur dengan limau nipis sebelum diminum juga untuk sebagai pelawas buang air besar. Orang Aruba menghancurkan biji merunggai dan menyapukannya pada badan yang ada ketuat untuk menghilangkan ketuat itu. Di Venezuela, air rebusan daun dan biji merunggai boleh diminum sebagai julap dan untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam perut dan usus. Orang Curacao merendam akar yang telah dihancurkan didalam rum dan digunakan sebagai ubat sapu bagi menyembuhkan sakit otot jenis reumatisme.

Buah merunggai juga mempunyai kegunaan dalam istiadat kepercayaan tradisional iaitu bagi menghalau hantu. Jika ada orang yang dirasuki hantu, kepalanya atau badannya disebat dengan merunggai segar untuk menghalau hantu keluar dari badan mangsa dan meninggalkan tempat itu. Biji merunggai didapati mengandungi minyak yang boleh digunakan untuk memasak, membuat sabun dan sebagai minyak pelincir mesin. Ia juga adalah digunakan sebagai minyak asas bagi minyak wangi. Minyak ini sesuai untuk campuran salad dan ia jernih dan tidak berbau. Minyak ini jika terbakar akan mengeluarkan api yang terang dan tidak berasap.

Walau bagaimanapun, kegunaan merunggai sebagai bahan ubatan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Kulit kayu merunggai mengandungi B-sitosterol dan beberapa jenis alkaloid. Daun segar yang dihancurkan dan disapu pada kulit jika berlebihan akan menyebabkan kulit berasa gatal dan di peringkat yang ekstrem boleh melecurkan kulit.

11 January 2012

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab






Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Nuffnang Ads
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Isteri kepada lelaki yang sedang berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya
Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.
Usahlah mengeluh kaum wanita. Sesungguhnya Allah swt sayang padamu.

Perbezaan Jin & Syaitan

Syaitan : Golongan yang langsung tiada kebajikan baginya
buat selama-lamanya dan nama akan bertukar
menjadi MARID dan IFRIT.
Jin : Golongan yang ada Soleh dan ada yang fasiq,
mereka sama dengan golongan manusia, ada yang
baik danada yang jahat, yang mukmin dan ada
yang kafir.


(Surah Al-Jin ayat - 11)
Firman Allah S.W.T.:
"Dan sesungguhnya di antara kami ada golongan yang soleh dan ada pula yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda-beda."

(Surah Al-Jin ayat - 14-15)
FirmanNya:
"Dan sesungguhnya di antara kami ada yang taat dan ada pula yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi nereka Jahanam."



Al Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus

09 January 2012

Wanita Beragama Jamin Kebahagiaan Rumah Tangga

Wanita Beragama Jamin Kebahagiaan Rumah TanggaFIRMAN Allah bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang salih daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur: 32).

Ibnu Kathir menegaskan, ayat itu mengandungi beberapa hukum yang jelas dan suruhan wajib ditaati. Ayat itu perintah supaya mengahwinkan sesiapa dalam kalangan umat Islam yang mampu dan bersedia.

Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu. Mereka mengambil dalil sabda Nabi bermaksud: “Wahai sekalian pemuda, barang siapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar baginya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam al-Qurtubi mentafsirkan perintah berkahwin termasuk dalam bab pengawalan kehormatan diri dan kebaikan maslahah ummah. Dengan kata lain, kahwinkan orang yang tiada pasangan dalam kalangan kamu kerana sesungguhnya ia adalah jalan menjaga kehormatan diri.

Kemudian ayat tadi menerangkan hukum mengenai hamba. Dikatakan juga bahawa makna ayat itu ialah hendaklah keinginan untuk mengahwinkan hamba itu mesti hamba yang baik, maka harus mengahwinkannya.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakan yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah bersabda lagi maksudnya: “Bila anda didatangi oleh orang yang ada agama dan berakhlak baik, maka terimalah jangan dipersiakan nanti kamu ditimpa bencana dan malapetaka.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad).

Allah berfirman maksudnya: “Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

Imam al-Qurtubi mentafsirkan, ayat itu merujuk kepada orang yang merdeka. Maknanya, janganlah kamu halang daripada mengahwinkan mereka dengan sebab kemiskinan si lelaki atau perempuan. Ayat ini adalah janji Allah dengan kekayaan kepada orang berkahwin yang mencari keredaan Allah dan memelihara diri daripada maksiat.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Tiga perkara yang setiap mereka itu adalah hak ke atas Allah menolongnya, iaitu orang yang berjuang pada jalan Allah, orang yang ingin berkahwin yang ingin memelihara kehormatan, dan hamba mukatab yang mahu merdeka.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Nabi Muhammad pernah mengahwinkan seorang perempuan yang datang kepada Baginda menyerahkan dirinya kepada seorang yang tidak berharta melainkan sehelai kain. Tidak lama selepas itu, perempuan tadi menuntut fasakh nikah kerana kemiskinan, kerana ia pernah atau biasa susah.

Adapun yang sering berlaku demikian (fasakh) ialah apabila seorang perempuan yang sebelumnya hidup senang, tiba-tiba hidup susah selepas berkahwin, kerana biasanya rasa lapar membuatkan orang itu tidak boleh bersabar.

An-Naqqaasy berkata, ayat ini menjadi hujah terhadap orang yang berkata: “Sesungguhnya kadi boleh memisahkan antara suami isteri jika suami itu miskin yang menyebabkan dia tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya.”

Ini adalah pendapat yang daif. Ayat ini bukan hukum pada orang yang tidak mampu memberi nafkah, tetapi ia adalah janji akan diberikan kekayaan bagi orang yang berkahwin orang miskin. Adapun orang yang kahwin orang senang, tetapi menjadi susah selepas daripada itu, maka boleh dipisahkan antara kedua-duanya.

Allah berfirman: “Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpah kurnia-Nya.” (Surah An-Nisa: 130)

kredit: feryco.com

03 January 2012

Kisah wanita disebalik Perang Badar

Badar al-Kubra dan wanita – Bahagian I 9 September 2009

Ghazwah Badar al-Kubra adalah satu daripada peristiwa paling penting dalam sejarah Islam. Tentera Islam yang berjumlah 313 orang dianugerahi kemenangan besar, mengalahkan pihak lawan yang berjumlah lebih daripada 1000 orang.

Pertempuran hebat ini berlaku pada hari Jumaat 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah berbetulan Ramadan pertama disyariatkan puasa.

Kitab-kitab sejarah tidak mencatatkan keterlibatan wanita secara langsung dalam peperangan ini. Ahli pasukan yang berangkat bersama Rasulullah s.a.w. dari Madinah pada 8 atau 12 Ramadan tahun ke-2 hijrah semuanya lelaki. Mereka tidak membawa kelengkapan yang secukupkan untuk berperang. Yang ada bersama mereka hanyalah dua ekor kuda kepunyaan Zubayr bin al-‘Awwam dan Miqdad bin al-Aswad, 70 ekor unta yang setiap satunya dikongsi tunggang oleh dua atau tiga orang secara bergilir. Rasulullah s.a.w. berkongsi menaiki seekor unta secara bergilir-gilir dengan Ali bin Abi Talib dan Mirthad bin Abi Mirthad.

Meskipun tidak ada wanita yang terlibat secara langsung dalam pertempuran yang bersejarah ini, namun terdapat beberapa nama wanita yang terkait dengan peristiwa besar ini yang dapat diambil pengajaran mengenai kedudukan wanita dalam ajaran Islam. Antara nama-nama yang tercatat mempunyai kaitan dengan Ghazwah Badar al-Kubra ialah:

i. Atikah binti Abdul Muttalib

Tiga hari sebelum kedatangan Dhamdham bin ‘Amru al-Ghifari yang diutus oleh Abu Sufyan untuk memberi amaran kepada puak Quraisy tentang keberangkatan Muhammad s.a.w. untuk menyekat kafilahnya dan mendapatkan bantuan, Atikah binti Abdul Muttalib telah mengalami satu mimpi yang amat mengerikan; seorang penunggang unta memasuki Makkah sambil melaungkan suara meminta supaya mereka bersiap sedia menghadapi peperangan yang akan berlaku dalam masa tiga hari lagi. Penunggang unta itu memasuki Masjid al-Haram, memanjat Kaabah dan kemudian naik ke atas puncak bukit Abi Qubays. Kemudian di puncak bukit Abi Qubays itu dia mengambil seketul batu lalu dicampakkan ke bawah. Apabila mencecah kaki bukit, batu itu berkecai. Serpihan batu itu memasuki setiap rumah dan kediaman di dalam kota Makkah. Tidak ada sebuah rumah pun yang terkecuali.

Atikah menceritakan mimpi ngerinya itu kepada saudaranya al-‘Abbas bin Abdul Muttalib. Al-‘Abbas yakin bahawa ia merupakan satu mimpi yang benar. Dia meminta supaya Atikah merahsiakan mimpi itu dan jangan menceritakannya kepada sesiapa pun.

Di luar, al-‘Abbas bertemu dengan sahabat karibnya al-Walid bin ’Utbah. Dia menceritakan mimpi Atikah kepada al-Walid dan meminta supaya al-Walid merahsiakannya. Al-Walid pula menceritakannya kepada ayahnya, ’Utbah. Maka tersebarlah berita itu ke seluruh pelosok bumi Makkah. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Abu Jahal, dengan sombongnya dia menolak mimpi itu sambil berkata kepada al-’Abbas: ”Wahai Bani Abdul Muttalib! Adakah tidak cukup lagi lelaki kamu mendakwa menjadi nabi sehingga wanita pula yang mendakwa menjadi nabi? Kita akan lihat selepas tiga hari. Sekiranya benar apa yang kamu dakwa maka ia akan berlaku. Sekiranya tidak, kami akan rekodkan suatu catatan bahawa keluarga kamu adalah keluarga yang paling pendusta!”

Pengajarannya: Wanita sering dituduh sebagai golongan yang tidak pandai menyimpan rahsia. Namun tidak semua rahsia dibocorkan oleh wanita. Dan bukan lelaki sahaja yang berhak mendapat maklumat awal mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan kepentingan umat dan negara.

ii. Zainab binti Muhammad s.a.w.

Antara tawanan perang Badar yang dibawa pulang ke Madinah ialah Abu al-’As bin ar-Rabi’ menantu Rasulullah s.a.w., iaitu suami kepada puteri baginda Zainab binti Muhammad s.a.w. dan anak saudara kepada Khadijah binti Khuwailid r.a.

Abu al-’As yang ditawan oleh Kharrasy bin as-Simah adalah seorang yang terbilang dari segi kedudukan, harta, perniagaan serta terkenal sebagai seorang yang amanah. Dia telah berkahwin dengan Zainab sebelum Nabi diangkat menjadi Rasul atas cadangan Khadijah r.a. dan dipersetujui oleh baginda s.a.w. Setelah baginda diangkat menjadi Rasul, Khadijah dan semua puterinya termasuk Zainab telah beriman kepada apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. daripada Tuhannya. Namun Abu al-’As kekal dalam agama asalnya.

Abu al-’As mendapat tekanan daripada kaum Quraisy yang memusuhi Rasulullah s.a.w. kerana dakwahnya. Mereka mendesak Abu al-’As supaya menceraikan Zainab dan menawarkan mana-mana perempuan Quraisy sebagai ganti. Namun Abu al-’As enggan berbuat demikian. Baginya tiada siapa yang boleh menggantikan tempat Zainab di hatinya.

Apabila Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Zainab tinggal di Makkah bersama Abu al-’As. Mereka tidak dipisahkan meskipun berlainan agama. Hukum Islam belum diturunkan sepenuhnya ketika itu.

Rasulullah s.a.w. membebaskan tawanan-tawanan Badar dengan mengambil tebusan. Zainab mengirimkan kalung yang dihadiahkan bondanya Khadijah r.a. pada hari perkahwinannya untuk menebus suaminya Abu al-’As. Melihat kalung tersebut, hati baginda s.a.w. sangat tersentuh. Rasulullah s.a.w. meminta izin daripada para sahabat r.a. untuk membebaskan Abu al-’As dan memulangkan kembali kalung itu kepada Zainab. Mereka semua bersetuju. Maka Rasulullah s.a.w. membebaskan Abu al-’As dengan syarat dia mengizinkan Zainab berijrah ke Madinah di sisi ayahandanya.

Badar al-Kubra dan wanita – Bahagian II 28 September 2009

Abu al-’As bersetuju dengan syarat Rasulullah s.a.w. Beliau berangkat pulang ke Makkah. Setelah tiba, dia menyuruh Zainab yang ketika itu sedang hamil bersiap sedia untuk berhijrah. Rasulullah s.a.w. mengutus Zaid bin Harithah dan seorang lelaki daripada kalangan al-Ansar supaya menunggu Zainab di Batn Ya’jaj, kemudian mengiringinya hingga ke Madinah.

Ketika sedang membuat persiapan untuk berhijrah, Zainab dikunjungi oleh Hindun binti ’Utbah. Dia bertanya sama ada benar atau tidak Zainab hendak berhijrah. Zainab menafikannya. Namun Hindun tidak percaya, sebaliknya menawarkan pertolongan kepada Zainab sama ada wang atau barang-barang keperluan. Pertolongan yang ditawarkan memang diperlukan oleh Zainab, namun dia menolaknya kerana tidak yakin akan keikhlasan wanita itu. Setelah selesai bersiap, iparnya Kinanah bin al-Rabi’ datang membawa seekor unta untuk dinaiki oleh Zainab. Dengan bersenjatakan panah, Kinanah mengheret unta yang ditunggangi Zainab membawanya keluar dari Makkah pada waktu siang.

Apabila pihak Quraisy mengetahui keberangkatan Zainab dan iparnya, mereka berasa tercabar dan mengejar untuk menghalangnya. Orang yang pertama bertemu dengan Zainab ialah Hubar bin al-Aswad di Dzi Tuwa kemudian diikuti yang lain. Sedar akan dirinya dikejar musuh, Zainab yang berada di dalam sekedup di atas belakang unta terperanjat dan ketakutan sehingga gugur kandungannya. Kinanah melutut di hadapan unta dan menaburkan anak panahnya seraya berkata: ”Demi Allah! Siapa saja antara kalian yang rapat, aku hadiahkannya sebatang panah ini!”

Semua mereka tidak berani berbuat apa-apa sehingga datang Abu Sufyan bersama beberapa orang pembesar Quraisy. Abu Sufyan berkata: ”Wahai jejaka, simpan dulu panahmu! Mari kita berbincang!”

Kinanah meletakkan panahnya. Abu Sufyan menapak dan berhenti di hadapannya lantas berkata: ”Sesungguhnya tindakan kamu ini tidak tepat. Kamu membawa keluar seorang wanita secara terang-terang disaksikan oleh semua orang. Kamu tahu kekalahan dan kecelakaan yang menimpa kami serta apa yang dilakukan oleh Muhammad ke atas kami. Sekiranya kamu bertindak membawa anak perempuannya keluar secara terang-terangan sebegini, ditontoni semua manusia pasti mereka akan menyangka bahawa perkara ini disebabkan ketewasan yang menimpa kami dan ketidak upayaan kami menghalang kamu. Demi umurku, sesungguhnya kami tidak berhajat untuk menghalang wanita ini mendapatkan ayahnya. Bukan untuk itu kami berjuang. Tetapi aku meminta kamu bawalah wanita ini pulang. Apabila suara-suara telah reda, dan orang ramai tahu bahawa kami telah berjaya membawanya pulang, bawalah dia pergi menemui ayahnya secara bersembunyi.”

Kinanah menerima cadangan Abu Sufyan. Beberapa hari kemudian, apabila keadaan telah reda dia membawa Zainab keluar pada waktu malam dan menyerahkannya kepada Zaid yang sedang menunggu di Batn Ya’jaj untuk dihantar ke rumah ayahandanya, Rasulullah s.a.w. Tinggallah Zainab bersama ayahandanya di Madinah, manakala suaminya Abu al-’As menetap di Makkah.

Saat hampir tiba Fathu Makkah, Abu al-’As keluar berniaga di Syam dengan membawa modal dan barang-barangnya sendiri dan modal serta barang yang diamanahkan kepadanya oleh kaum Quraisy. Dalam perjalanan pulang, dia bertembung dengan pasukan tentera Islam. Semua harta dan barang dagangannya tertawan tetapi dia sendiri terlepas. Abu al-’As menyusup masuk ke Madinah waktu tengah malam untuk mendapatkan kembali hartanya. Dia meminta Zainab melindunginya dan Zainab membenarkan dia bermalam di rumahnya.

Menjelang waktu Subuh, Rasulullah s.a.w. keluar untuk bersolat di masjid bersama kaum muslimin. Ketika Rasulullah s.a.w. sedang solat bersama para jamaah, mungkin atas rasa bersalah melindungi seorang musyrik atau tidak mahu Rasulullah s.a.w. dituduh bersubahat, Zainab melaungkan suara dari saf wanita: ”Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku memberi perlindungan kepada Abu al-’As!”

Selesai solat, Rasulullah s.a.w. bertanya para jamaah, adakah mereka mendengar apa yang didengarnya? Mereka juga mendengar apa yang baginda dengar. Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): ”Demi Tuhan yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya aku tidak mengetahui apa-apa sehinggalah aku mendengar suara yang kamu dengar sebentar tadi…” Kemudian baginda bergegas menemui Zainab. Baginda berkata kepadanya: ”Wahai puteriku, muliakanlah tempat tinggalnya tapi jangan biarkan dia mendekatimu. Sesungguhnya dia sekarang tidak halal bagimu.”

Rasulullah s.a.w. memanggil pasukan tentera yang menawan harta Abu al-’As. Baginda berkata kepada mereka (maksudnya): ”Sesungguhnya lelaki ini adalah keluarga kami seperti yang kamu tahu. Kamu telah menawan hartanya. Sekiranya kamu bermurah hati memulangkan hartanya, itulah yang kami sukai. Sekiranya kamu enggan, maka itu adalah pemberian Allah kepada kamu dan kamu lebih berhak ke atasnya.”

Semua mereka bersetuju memulangkan semua harta dan barang Abu al-’As. Abu al-’As membawa pulang ke Makkah semua harta itu dan memulangkan kepada mereka yang telah mengamanahkannya. Dia bertanya kepada kaum Quraisy adakah masih ada lagi harta mereka yang belum dipulangkan? Mereka menjawab, ”Tidak ada” sambil mengucapkan terima kasih atas kejujuran dan kesetiaannya. Lalu beliau mengisytiharkan: Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Demi Allah tiada yang menghalang aku untuk memeluk Islam ketika berada di sisinya di Madinah melainkan aku takut kamu menuduh aku hendak makan harta kamu. Apabila Allah telah mengembalikannya kepada kamu dan aku telah menyelesaikan tanggungjawabku, aku memilih untuk memeluk Islam.

Abu al-’As terus berangkat meninggalkan Makkah menuju ke Madinah. Maka Rasulullah s.a.w. menyatukannya semula dengan isteri kesayangannya, Zainab binti Rasulullah s.a.w.

Pengajaran: Sehebat manapun cinta antara manusia, cinta Allah dan Rasul itulah yang lebih utama.

Badar Al-Kubra dan wanita – Bahagian III (Akhir) 29 September 2009

iii. Ruqayyah binti Muhammad s.a.w.

Ruqayyah adalah puteri kedua selepas Zainab. Ummu Kulthum pula lahir selepas Ruqayyah. Ketika Ruqayyah dan Ummu Kulthum mendekati usia perkawinan, Abu Talib meminang mereka berdua untuk kedua-dua putera Abu Lahab. Ruqayyah berkahwin dengan ‘Utbah, dan Ummu Kulthum berkahwin dengan ‘Utaibah.

Tidak lama setelah perkahwinan itu, Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi rasul. Abu Lahab yang sangat memusuhi Islam memerintahkan kedua-dua anak lelakinya agar menceraikan isteri-isteri mereka. Maka atas perintah bapa, ’Utbah dan ’Utaibah menceraikan isteri mereka, Ruqayyah dan Ummu Kulthum tanpa alasan. Setelah diceraikan oleh ’Utbah, Rasulullah s.a.w. mengahwinkan Ruqayyah dengan Uthman bin Affan r.a.

Ruqayyah mengikuti rombongan yang berhijrah ke Habasyah (Ethiopia) yang dipimpin oleh suaminya, Uthman bin Affan membawa 11 orang lelaki dan empat orang wanita. Kemudian dia berhijrah ke Madinah selepas Rasulullah s.a.w. berhijrah.

Ketika Rasulullah s.a.w. bersiap-siap untuk berangkat menyekat kafilah Abu Sufyan, Ruqayyah jatuh sakit. Rasulullah s.a.w. menyuruh suaminya, Uthman bin Affan dan Usamah bin Zaid agar tetap tinggal di Madinah untuk merawatnya. Namun maut telah menjemput Ruqayyah ketika Rasulullah s.a.w. masih berada di medan Badar.

Usamah bin Zaid melaporkan: ”Kami menerima berita kemenangan Rasulullah s.a.w. dan kaum muslimin dalam peperangan Badar ketika sedang mengebumikan Ruqayyah r.a. Rasulullah s.a.w. mewakilkan aku menjaga Ruqayyah bersama dengan Uthman bin Affan r.a.”

Ketika membahagikan hasil rampasan perang Badar (ghanimah), Rasulullah s.a.w. telah memperuntukkan satu bahagian untuk Uthman. Semasa diberikan bahagiannya itu, Uthman r.a. bertanya: ”Bagaimana dengan pahala saya ya Rasulullah?” Baginda menjawab maksudnya: ”Dan engkau juga mendapat pahala yang sama dengan orang yang pergi berperang.”

Pengajaran: Atas alasan apa sekalipun, suami tidak harus mengabaikan kebajikan isteri.

iv. Ummu al-Fadhl (Lubabah binti Al-Harits)

Abu Rafi’, maula Rasulullah s.a.w. menceritakan: ”Saya adalah seorang hamba kepada al-’Abbas r.a. Cahaya Islam telah menerangi rumahnya ketika mana al-’Abbas memeluk Islam, diikuti Ummu al-Fadhl dan saya. Walau bagaimanapun, al-’Abbas r.a. menyembunyikan keislamannya.

Abu Lahab telah tidak ikut serta dalam peperangan Badar. Apabila mendengar kekalahan kaum musyrikin, kami rasa diri kami mendapat kekuatan dan kemuliaan. Saya seorang lelaki yang lemah. Pekerjaan saya membuat gayung di dalam bilik telaga zamzam.

Ketika saya sedang duduk mengukir gayung, Ummu al-Fadhl duduk bersebelahan dengan saya. Hati kami melonjak gembira menerima berita kemenangan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba muncul Abu Lahab mengheret kakinya dan bertenggek di birai bilik telaga zamzam. Sedang kami duduk, terdengar riuh rendah suara menyebut nama Abu Sufyan bin al-Harith yang baru tiba dari medan perang. Abu Lahab memanggil Abu Sufyan agar menghampirinya seraya berkata: ’Mari ke mari! Demi umurku, pastinya kamu membawa berita yang menggembirakan!’

Abu Sufyan duduk di hadapan Abu Lahab dikerumuni orang ramai yang ingin mendengar perkhabaran yang dibawanya. Dengan termengah-mengah dia menceritakan: ’Sesungguhnya pertempuran itu benar-benar seperti kita menyerahkan bahu-bahu kita kepada mereka. Mereka membunuh kita sesuka hati mereka dan menawan kita semahu-mahunya. Tetapi demi Allah aku tidak menyalahkan puak kita. Sesungguhnya kita bertembung dengan para pahlawan yang berpakaian serba putih menunggang kuda yang berbelang bertebaran antara langit dengan bumi…’

Mendengar apa yang diceritakan oleh Abu Sufyan, saya tidak dapat mengawal diri lalu bingkas bangun mengangkat tali bilik telaga zamzam dan menjerit: ’Demi Allah, itu adalah malaikat!’

Maka dengan spontan Abu Lahab menumbuk mukaku sekuat tenaganya. Aku cuba melawan, namun dia lebih pantas menolakku hingga tersungkur ke bumi dan terus memukulku bertalu-talu.

Ummu al-Fadhl mencapai sebatang tiang lantas memukul Abu Lahab menyebabkan kepalanya luka parah. Dia berkata kepada Abu Lahab: ’Kamu berani menyerang lelaki yang lemah ketika tuannya tiada bersama!’

Abu Lahab mengundur pergi. Tujuh hari selepas itu lukanya semakin bernanah dan membusuk sehingga tiada siapa sanggup menghampirinya sampai dia mati.”

Pengajaran: Wanita yang selalu dikatakan lemah, tidak bermakna iman dan semangatnya juga lemah.

v. Ar-Rabi’ binti An-Nadhar r.a.

Beliau merupakan ibu saudara kepada Anas r.a. Puteranya, Harithah bin Suraqah adalah orang yang pertama syahid daripada kalangan tentera muslimin dalam peperangan Badar al-Kubra. Ar-Rabi’ datang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanya: ”Ya Rasulullah, anda tentu mengetahui bagaimana kedudukan Harithah dalam diri saya. Sekiranya tempatnya di syurga, maka saya akan bersabar dan memohon ganjaran pahala daripada Allah. Sekiranya tempatnya lain daripada syurga, maka anda akan saksikan apa tindakan saya!”. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: ”Adakah syurga itu hanya satu sahaja? Sesungguhnya syurga itu bukan satu, dan sesungguhnya anakmu berada di dalam syurga Firdaus!”

Pengajaran: Ibu sentiasa inginkan kebaikan untuk anaknya. Dan tidak ada pemberian yang lebih berharga daripada syurga, sehingga si ibu sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak supaya pergi berjihad fisabilillah.

Karya Ustazah Maznah Daud dari laman web www.malaysiaharmoni.com

Kisah wanita disebalik Perang Badar ini bukanlah wanita sebarangan tapi kadang-kadang kita tidak pernah kenal namanya seperti Atikah, ibu saudara Rasulullah saw dari sebelah bapa. Saya sekadar menambah ilmu dunia yang cetek dengan mengenali wanita mulia dalam sejarah agama saya sendiri.