KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

30 December 2009

LUASNYA NERAKA

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu’alaikum Wbrth!!! Sahabat semua…bacalah sampai habis.. sekejap jer.. tak sampai 5 minit..pun!!! Kalau yang pernah terbaca artikel ini – refresh sahaja.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’

Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.’

Lalu nabi s.a.w. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’

Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’

Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’

Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’
Jawab Jibrail:
‘Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’

Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.’

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’

Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.’

Kemudian nabi s.a..w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yg Lalai’)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua……Wallahua’lam.

TANDA TAUBAT DITERIMA ALLAH

Salam sekadar info…

1-bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih beum terhakis.

2- hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh dari mendekati mereka-mereka yang fasik

3- bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira,sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab allah

4-sungguhpun sedikit rezeki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihat banyak,tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah di kerjakannya namun ia tetap merasa sedikit

5-bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah di jamin oleh allah

6-bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya,sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal wasssalam…

29 December 2009

JANGAN IKUT `TABIAT BURUK` AYAH

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’ itulah antara kata-kata terakhir seorang banduan yang menjalani hukuman gantung sampai mati kepada anak-anaknya. Kisah tali gantung yang diceritakan oleh En Samuel, sebagai renungan kita bersama.

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

‘Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,’ jelas Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

‘Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,’ kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

‘Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),’ kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung ‘poie dengan rela’ setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.

‘Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

‘ Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’ antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘ Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- bos saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Dipetik dari tranungkite.net-

28 December 2009

GPS MURAH

Sekarang ni dah trend orang pakai GPS untuk memudahkan perjalanan. Selain dari harganya, GPS yang diletakkan dlm kereta menyumbang kepada kes pecah kereta, Bahaya tu. Kalau GPS di handphone pula nampak kecil sangat pula.

Kini ada cara lama yang berkesan, selain dari murah ia juga selamat di letakkan dalam kereta.

GPS murah

23 December 2009

AMALAN MEMUDAHKAN BERSALIN

Sentiasa membaca surah Maryam jika mampu

2. Sentiasa membaca doa ini :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki

* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

Cara dapat anak lelaki atau perempuan(amalan tradisi masyarakat China)

  1. Jika mahu anak lelaki maka semasa bersetubuh dengan isteri sekiranya dimulakan dengan sébelah kanan maka hendaklah turun di sébelah kiri selepas setubuh atau sekiranya dimulakan dengan sébelah kiri maka hendaklah turun di sébelah kanan selepas setubuh
  2. Jika mahu anak perempuan maka semasa setubuh sekiranya dimulai dengan sébelah kanan maka turun pun sebelah kanan selepas setubuh begitulah sebaliknya

  • Ini hanya sebagai suatu usaha dan ikhtiar. Jangan lupa bertawakkal menyerah diri kepada Allah

Isteri Derhaka


Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!”

Huraian

1. Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.
2. Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)
3. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.
4. Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar).

FACE BOOK PUNCA CERAI

Sumber: Metro

SYDNEY: Bagi kebanyakan pasangan, laman sosial Internet seperti Facebook adalah cara untuk mengekalkan hubungan dengan rakan.

Namun, kesan negatifnya semakin disedari dengan dakwaan terbaru menyatakan laman itu menjadi punca meningkatnya jumlah perceraian.

Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.

“Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.

“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.”

Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka.

Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.

Pada masa sama, syarikat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan perisian yang membolehkan pelanggan mengintip secara elektronik terhadap pasangan mereka. – Agensi

Ingat tu sapa yang kaki FB terutama yang dah kahwin tu jangan nak menggatal. Nama pun dah laman sosial . Ramai member aku dah jadi ketagih dengan permainan Smallville di Facebook.

Pokok pangkalnya ialah iman, tak kira facebook ker, myspace,friendster,yahoo massengger ker, semua boleh jadi. Syaitan ada di sekeliling kita sentiasa untuk menipu cucu Adam tak kira bagaimana cara. Diaorang pun dah canggih juga . Tak pasti tapi aku rasa setiap patah ayat kita di internet mungkin akan di soal nanti. Jadi jadikan internet tempat buat kebajikan bukannya tempat membuat maksiat dan tempat membuang masa sehingga meninggal/melambatkan solat.

Sendrik mau ingat

22 December 2009

BARANGAN PENINGGALAN RASULULLAH

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!

jubah Rasulullah SAW

Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.

Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?

Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?

Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.

Sama-sama peringat.

jubah Rasulullah SAW
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.

jubah Rasulullah SAW
Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Sandal Rasulullah S.A.W

jubah Rasulullah SAW
Cop surat rasmi Rasulullah SAW.

jubah Rasulullah SAW

Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.

jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW

jubah Rasulullah SAW

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.

jubah Rasulullah SAW

Kunci Kaabah di zaman Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

Bendera Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Topi perang Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Busur panah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.

jubah Rasulullah SAW

Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir

jubah Rasulullah SAW
Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius

jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan

jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

jubah Rasulullah SAW
Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW

jubah Rasulullah SAW
Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW

jubah Rasulullah SAW
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

jubah Rasulullah SAW
Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW

Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah …

Kongsikan bersama teman-teman.

21 December 2009

Supaya Anak-Anak Kita Menjadi Insan Berguna.

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar (memperkenankan) doa” (Q.S. Ali’Imran, 3:38)

Setiap ibu bapa pasti ingin menjadikan anaknya anak yang “baik”. Tetapi apakah menyedari bahawa baik buruknya perilaku yang ditampilkan oleh seseorang anak sangat dipengaruhi oleh bagaimana cara orang tua mendidik mereka. Oleh itu persoalan selanjutnya adalah, sudah betulkah cara kedua ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka?

Secara umum ada 4 golongan yang boleh dibahagikan dalam mendidik anak iaitu:

1-Ibu bapa yang memilki kuasa mutlak,

2-Ibu bapa permisif,

3-Ibu bapa yang demokratik

4-Ibu bapa yang mengabaikan.

Keempat golongan ini dibezakan dengan tahap perhatian dan tahap pengawasn yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Siapakah orang tua yang besifat keras terhadap anak-anak mereka ?

Ibu bapa tersebut dikatakan memiliki ciri pengawasan secara keras jika melakukan pengawasan yang tinggi terhadap anak akan tetapi tidak diiringi dengan perhatian sepenuhnya. Orang tua banyak menuntut dan tidak mendengarkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh anak-anak. Contoh Arahan golongan ini seperti: “Apa saja yang saya suruh kamu lakukan, mesti lakukan”

Jika teknik mendisiplinkan anak ini juga disertai dengan hukuman maka kemungkinan anak menjadi lebih agresif , tidak boleh diajak berbincang, takut akan hukuman, tidak memiliki harga diri dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan kawan-kawannya.

Kebanyakan ibu bapa, kerana merasa sayang terhadap anak, cenderung menurut apapun yang anak inginkan. Ibu bapa seperti ini dikatakan orang tua yang permisif. Memang baik jika orang tua boleh memberikan apa yang anak perlukan, Tetapi tentunya mesti ada batasan, agar orang tua tetap boleh mengarahkan anaknya, bukan sebaliknya anak yang mengarahkan orang tua. Ibu bapa kategori ini memberikan kasih sayang yang begitu tinggi kepada anak, tetapi tidak diiringi dengan pengawasan terhadap tingkahlaku anak, jadi kuasa arahan malah berada pada tangan anak. Anak-anak dari ibu bapa yang memiliki ciri pengasuhan seperti ini biasanya menjadikan anaknya yang baik namun tidak bertanggung jawab.

Tip terbaik adalah ketika ibu bapa yang memiliki ciri pengasuhan yang sifatnya demokratik. Ibu bapa seperti ini seimbang dalam memberikan kasih sayang dengan tuntutan/mengawasi terhadap anak. Mereka menerapkan standard akhlak yang harus ditampilkan oleh anak dan meminta anak untuk mematuhinya, disamping itu ibu bapa banyak terlibat dengan aktiviti yang dilakukan anak, memperhatikan keperluan anak, membina hubungan yang baik dengan anak, mahu mendengarkan anak dan menghormati pandangan anak. Hasilnya anak-anak yang diasuh dengan gaya pengasuhan seperti ini, mereka penuh percaya pada diri, terkawal dan dikagumi diantara kawan-kawannya.

Ciri pengasuhan yang terakhir adalah ‘mengabaikan’. Ibu bapa yang memilki ciri-ciri ini, sedikit sekali memberikan pengawan dan kasih sayang terhadap anak-anaknya tetapi jarang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anaknya. Umumnya, anak-anak yang terbentuk dari keluarga seperti ini adalah anak-anak yang menampilkan perilaku antisosial, tidak mempunyai perancangan kehidup masa depan, lebih cepat tertarik dengan tabiat merokok dan meminum-minuman keras.

Bagaimanakah menerapkan gaya pengasuhan demokrati dalam kehidupan sehari-hari?

  • Panggilah anak-anak dengan nama yang baik.
  • Buatlah peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi anak di rumah dan di luar rumah, tetapi dalam membuat aturan ini, libatkan pandanagan anak-anak. Sehingga anak merasa bahawa peraturan tersebut dibuat atas persetujuan bersama.
  • Tanamkan nilai-nilai ibadah sejak kecil, misalnya: setiap kali orang tua akan solat, ajak anak untuk ikut solat juga.
  • Biasakan anak-anak bersikap jujur dan berani. Biasanya kejujuran dan keberanian hanya akan timbul pada diri anak-anak yang telah dibina untuk biasa jujur dan berani. Contohnya: ketika anak-anak merasa tidak ada yang melihatnya ketika dia memecahkan suatu barang, katakanlah kepada anak : “jika kamu jujur, ayah (ibu) akan memaafkanmu”
  • Luangkan waktu untuk berbincang dengan anak mengenai kegiatan mereka seharian. Jadikanlah diri kita sebagai orang tua yang boleh menjadi teman yang sedia mendengarkan apa jua yang mereka ingin diceritakan kepada kita. Jika anak menceritakan sesuatu yang telah dilakukannya dan ternyata ianya salah, maka kita sebagi orang tua jangan memarahi mereka secara langsung, tanyalah duhulu alasan mengapa ia melakukannya. Lalu berikan nasihat kepada mereka, mengenai akibat atau kesan dari perbuatannya terhadap diri mereka sendiri atau terhadap orang lain. Jangan sekali-kali hanya mengatakan “ayah/ibu tidak suka dengan apa yang telah kamu lakukan” tetapi anak-anak kita mesti diberitahu mengapa tindakannya adalah salah.
  • Berikanlah pelukan dan ciuman untuk anak, buatlah anak-anak kita merasai dicintai.
  • Pujilah jika anak berbuat baik jangan hanya memarahi ketika anak berbuat salah.

Mudah-mudahan dengan menerapkan ciri-ciri pengasuhan yang demokrati, Allah SWT jadikan kita sebagai orang tua yang mampu memiliki anak-anak yang baik atau soleh dan solehah. Amin.

10 GOLONGAN TUDAK MENCIUM BAU SYURGA

1. Pembunuh orang kafir mu’ahadah iaitu orang kafir yang mengikat perjanjian keamanan dengan orang ISLAM.

2. Orang mengaibkan atau mensia-siakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH SWT. Contohnya, amanah anak-anak terhadap ibu bapa dan sebaliknya.

3. Orang yang berilmu tetapi ilmunya digunakan semata-mata mencari keuntungan dan kepentingan duniawi

4. Orang yang berangan-angan untuk beramal namun tidak pernah berusaha mengerjakannya.

5. Semua penderhaka sama ada kepada ALLAH SWT, Rasulullah SAW, Ibubapa dan lain-lain.

6. Peminum arak

7. Orang memutuskan silaturrahim.

8. Orang tua yang berzina

9. Orang yang sombong, bermegah dengan hal duniawi.

10. Isteri yang meminta diceraikan tanpa ada suatu kemunasabahan/kesalahan/keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.

20 December 2009

TEROWONG PENYELAMAT PEJUANG PALESTIN

Wahai saudara-saudara seagama… kita hidup bahagia, solat dan kerja dengan senyum tawa.. setiap hari mengejar dunia.. ustaz dan ustazah turut gilakan dunia.. setiap hari membicarakan pangkat dan gaji.. inilah realiti umat Islam yang mengaku Islam tetapi sebenarnya bertuhankan hawa nafsu dan wang ringgit..

Lihatlah umat Islam Palestin … sebenarnya merekalah hamba yang paling Allah cintai.. semua kesengsaraan dan kesedihan yang telah Rasulullah SAW lalui .. mereka tetap merasai.. walaupaun Rasulullah telah meninggalkan kita melebihi seribu tahun yang lalu… Mereka memilki Khandak yang lebih ngeri dari khandak Rasulullah SAW… Semua dunia Islam berpesta untuk rukun haji dan makan daging Qurban tetapi… umat Palestin menadah tangan memohon keampunan dan bantuan dengan penuh perasaan…. dalam terowong misteri dan rahsia ini mereka tunaikan solat… Nyawa mereka seperti telur dihujung tanduk.. Bila-bila masa sahaja mereka akan syahid dalam terowong rahsia ini… Tetapi iman dan keyakinan mereka kepada Allah SWT amatlah segar, setiap saat dan detik zikir membasahi bibir mereka… mereka terpaksa berjuang sendirian dalam dunia yang penuh dengan persahabatan dan laungan selogan agama Islam… tetapi pada hakikatnya mereka sendirian dalam menelan dan menerima hukuman israeil laknatuLLAH sedangkan umat Islam dunia setia pada perjanjian dengan Israeil , perdagangan dan teknologi terus akrab dan lebih setia serta sanggup mempertahankan israeil sehingga ke titisan darah terakhir.. itulah hakikat iman kita kepada Allah.. Kita sebenarnya tidak cinta kepada Allah dan Rasul tetapi kita Cinta kepada Kemewahan dan Nafsu yang lebih lazat dan seronok.

Selamat Berjuang saudara-saudaraku…. Allah tetap bersamamu… Kami iringi Selawat dan Salam setiap waktu… Pertolongan Tuhan Rabbul Izzati pasti kita rindui selaluingatlah Firman Ilahi ” Pertolongan Allah telah hampir tiba “…..







16 December 2009

DI MANAKAH TAHAP SOLAT KITA



Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan
Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan Pertama

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

DOA AKHIR & AWAL TAHUN HIJRIAYYAH

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 H!

Jgn lupa baca Doa akhir tahun lepas Asar, Doa awal tahun lepas Maghrib!

Insya Allah! Semoga diteguhkan iman, dipanjangkan usia dan dirahmati sepanjang masa.AMIN.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini,
Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”







DOA AWAL TAHUN


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Wallahualam..

10 December 2009

PEMUDA PALESTIN DIGILIS YAHUDI BERULANG KALI


Rabu lalu (02/12) TV 2 Israel menayangkan potongan rakaman aksi biadab seorang pemukim Yahudi yang menggilis seorang pemuda Palestin dengan kereta berulang kali, sebelum akhirnya kereta tersebut berhenti tepat di atas pemuda itu. Teriakan kesakitan pemuda Palestin itu membuatkan rakaman itu semakin mengiris hati yang melihatnya. Aksi keji ini terjadi di Hebron, sebelah selatan Tebing Barat, Palestin.

Kejadian ini terjadi di depan mata pihak polis Israel, para aktivis Bintang David Merah yang mengurus ambulan, dan para hadirin lainnya. Laman Infopalestin berbahasa Arab menyiarkan, bahawa salah seorang di antara mereka meneriakkan kalimat dengan bahasa Ibrani yang ertinya, "Gilis dia!" Sedangkan sebahagian yang lain berusaha untuk menjauhkan kamera yang ada untuk menutupi aksi keji ini dari media.

Mahasiswa yang teraniaya tersebut bernama Wasim Usamah Maswadah (21). Ia seorang mahasiswa Universitai Jordan, bidang pengurusan. Polis Israel menuduhnya telah melakukan serangan terhadap dua orang Yahudi di pemukiman Kiryat Arba di Hebron.

Walau status Wasim masih tertuduh, polis Israel telah menembaknya 6 kali; 4 peluru bersarang di perutnya dan 2 lagi di paha kanannya. Setelah itu, pemukim Yahudi yang memiliki hubungan dengan dua orang pemukim Yahudi yang diserang tersebut, menggilis Wasim dengan kereta berulang kali.

Laman Aljazeera.net dan sumber lainnya menginformasikan, bahawa setelah kejadian itu Wasim Usmah dalam keadaan yang sangat kritis dengan luka yang sangat parah. Namun dia masih hidup.

Setelah kejadian itu, Wasim meringkuk di rumah sakit Hadasa Ain Karim, di kota Al-Quds. Ia dijaga ketat oleh tentara penjajah. Sedangkan keluarganya sama sekali tidak diberi izin untuk menjenguk.

Di pihak lain, pemukim yang melindas Wasim hanya diinterogasi sejenak oleh pihak kepolisian, dan kemudian ia dibebaskan. Saat ini pelaku tinggal nyaman bersama keluarga dan anak-anaknya. Sedangkan penjajah Zionis belum mengambil sikap, apakah akan menghakiminya, atau akan memposisikan kes ini sebagai aksi "membela diri."

Kriminalitas Berulang yang Disokong Pemerintah Zionis

Ketua Badan Islam Kristian untuk Menyelamatkan Al-Quds dan Kesucian Syekh Taisir Rajab Al-Tamimi mengecam aksi keji ini. Beliau mengatakan, "Ini adalah kriminal biadab yang jarang terjadi dalam sejarah. Ini tidak mungkin terjadi kebetulan, tapi kekejian demi kekejian itu terjadi secara terencana, sebagai aplikasi setiap kata dari fatwa pendeta Yahudi radikal, yang menyeru untuk membunuh setiap warga Palestin dan orang Arab."

Syekh Taisir juga mengisyaratkan, bahawa telah terjadi lebih dari 600 kali tindak kriminal pembunuhan yang dilakukan pemukim Yahudi terhadap orang-orang Palestin. Kes-kes itu tidak dibawa kemahkamah kecuali 20 kasus pembunuhan. Hukuman terberat yang dijatuhkan kepada para kriminal itu hanya 6 bulan penjara, itupun eksekusinya tidak dilaksanakan!

Peristiwa Lama Berita Baru

Peristiwa keji ini sebenarnya telah terjadi pada 25 Oktober 2009. Namun baru hari Rabu petang lalu ditayangkan di TV 2 Israel. Awalnya, autiroti penjajah Israel melarang penyebaran rakaman video ini.

Koresponden Aljazeera di Al-Quds, Ilyas Kiram, mengatakan, "Ditayangkannya video ini oleh TV 2 Israel boleh jadi kerana dua motif, pertama, adanya persaingan media antara TV 2 dan TV 10 Israel. Kedua, Israel berusaha menciptakan penyeimbangan berita aksi keji memalukan yang terjadi di depan polis dan awak ambulan."

Usaha Menuntut Hak

Kepada koresponden Aljazeera, Ayah dari Wasim yang bernama Usamah mengatakan, bahawa dia tidak akan berhenti untuk menuntut hak anaknya. Ia akan mengajukan kasus ini ke mahkamah manapun dengan cara apapun.

Usamah sempat mengatakan, bahwa ia tidak mampu mengungkapkan apa yang terjadi pada anaknya, tidak diwakili oleh kata biadab dan keji. Ia tidak mampu mengungkapkannya, karena yang terjadi sangatlah menyakitkan. Hingga kini, ia tidak tahu bagaimana keadaan anaknya.

Hari Khamis lalu (03/12) Menteri Informasi Palestin di Gaza mengatakan, "Kejadian ini merupakan jenayah perang baru, yang menambah panjangnya silsilah kejahatan perang dan penjajahan yang dilakukan Israel."

Di hari yang sama, Menteri Kebudayaan Palestin di Gaza meminta seluruh media menginformasikan kejahatan ini, untuk menguak silsilah kebiadaban penjajah Zionis Israel.

PAPAN TANDA LAWAK



Waktu perniagaan apabila pintu dibuka. Itulah masa berniaga huhuhu



Ha ha ha.. bagus ni kalau menceroboh akan didakwah. Semoga bertaubat jangan ceroboh-ceroboh lagik.



Sluar sedap dipakai. Suka hati diaorang jer.



sapa yang nak kereta kena kapak masuk sini!