Dari 'Aisyah r.a, "Seorang   wanita bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang cara   mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara   mandi. Beliau bersabda: "Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi   lalu bersucilah." Wanita itu bertanya, "Bagaimana aku bersucinya? Beliau   menjawab: "Bersucilah dengan kapas itu!" Wanita itu berkata lagi,   "Bagaimana caranya aku bersuci?" Beliau bersabda: "Bersucilah dengan   menggunakan kapas itu!" Wanita itu bertanya lagi, "Bagaimana caranya?"   Maka Beliau berkata, "Subhaanallah. Bersucilah kamu!" Lalu aku menarik   wanita itu kearahku, lalu aku katakan, "Kamu bersihkan sisa darahnya   dengan kapas itu." (HR al-Bukhari)
Ramai  yang biasa mendengar atau pernah mendengarnya tetapi tidak pernah tahu  apa dan dari mana asal-usulnya. Itulah kasturi. Apa sahaja haruman,  wangian dan kebaikan akan dikaitkan dengan kasturi. Di atas adalah  antara hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan tentang kasturi.
![]()  | 
| Inilah rupa bentuk kijang yang menghasilkan kasturi. | 
![]()  | 
| Kasturi bila dikeluarkan dari sarungnya | 
![]()  | 
| Ini pula rupa bentuk kasturi yang masih dalam sarungnya | 
Anugerah Kijang Jantan
Kasturi  bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai  kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling  berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.
'BAHAWA  dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya  pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis  riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan  kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.
Sekian  lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan  kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum  dikaitkan dengannya.
Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.
Namun,  sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa  ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga,  buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan  minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun  kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga  bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut,  seperti di leher, badan atas dan juga kepala.
Apabila  tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi  yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah  menjadi hitam dan keras.
Jika  ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan  bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian  beralkohol.
Sejak  ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi  juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai  menjadikan bau haruman lebih tahan lama. Pendek kata, ia merupakan  produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja  menghasilkannya.
Dalam  dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi  iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular  adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya. Bukan  tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus  yang besar saiznya.
Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). 
Dalam  bidang perubatan tradisional  kasturi dipercayai mampu mengembalikan  kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran  darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak  dan meredakan kesakitan.
Oleh  kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis   beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi  perubatan.
Ia  dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya  mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan  bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi  sekali gus mendorong upaya reproduksinya.
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.
Di  India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah  perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema,  demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih  dijalankan tentang dakwaan tersebut.
Kegunaan  paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik  minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat  juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol  jualan. Ia akan menambah nilai harganya. 
Ada  yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang. Kalau  hendak mengulas lebih mendalam tentang itu, saya kurang arif.
Dianjurkan  pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan  mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi  berasal dari haiwan.
Selain  faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan  tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.
"Sama  seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas  atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang,  begitulah juga dengan kasturi.
"Hakikatnya,  ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh  kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat  bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Noh.
Kepelbagaian Minyak Kasturi
Kasturi  bukalah hanya semata-mata digunakan sebagai bahan pewangi tetapi  penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda (  india ) dan barat .Ia nya mampu meredakan penyakit asma, angin medu,  selsema, demam, sakit kepala ,histeria, darah gemuruh , luka luaran ,  pendarahan dalaman dan ulser.
Di  Bangladesh dan Pakistan mengambil isian kasturi untuk dimakan kerana  percaya ia mempunyai khasiat perubatan yang menyembuhkan penyakit luka  dalaman.
Dalam  bidang perubatan tradisional, kasturi dipercayai mampu mengembalikan  kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran  darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak  ,penggunaan sebagai minyak urut dan meredakan kesakitan.
Menjadi  kekeliruan bagi panganut penganut islam dalam pemakaian darah kasturi  kerana telah difahami bahawa darah atau daging yang tertanggal dari  binatang yang masih hidup adalah tidak suci dimakan atau digunakan,  tetapi dalam persoalan darah Kasturi agama Islam membenarkan  penggunaannya dengan beberapa syarat.
Antaranya:
1) Hendaklah darah yang berada di dalam bintil tersebut sudah membeku menjadi ketulan yang keras , ianya tidak bersifat cecair.
2) Jika ketika selagimana bintil kasturi itu diambil tidak terkena najis maka ianya suci digunakan.
3)  Kasturi yang diambil dari Kijang jantan yang telah mati hukumnya najis.
4) Selagimana darah Kasturi tidak dicampuri oleh benda benda yang diharamkan oleh syariat, ianya suci.
Rujukan : Sabilul Muhtadiin Jilid 1 Bab Najis dan menghilangkanya -m/surat 36-37.
KHASIAT MINYAK KASTURI
Memberi kekuatan pada roh:
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda
Nabi SAW:“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
- Menenangkan Jiwa
- Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
- Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
- Menghilangkan debaran jantung
- Menghilangkan Sesak Nafas
- Melegakan Lelah (Asma)
- Menyedarkan orang yang pengsan
- Memperkuatkan organ luaran tubuh
- Memperkuatkan organ dalaman tubuh
- Menghilangkan rasa gementar
- Menghilangkan sejuk tubuh
- Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
- Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
- Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
- Menjernihkan mata putih pada mata
- Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
- Mencegah wabak penyakit
- Menghindarkan dari angin Ahmar
- Menghilangkan sakit kepala
- Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
- Darah gemuruh
- Sesak nafas
- Selsema
- Hysteria
- Menyejukan badan
- Melembutkan kulit
- Urut sakit sendi
- Rawatan luka luar dan dalam
- Sengatan serangga
Meredhakan  Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan  sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Menurut  Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan  jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).






No comments:
Post a Comment