Menjadi isuhangat baru-baru  ini Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad melelong kereta Peugeot 504 yang  dimilikinya pada 1977 untuk tujuan kebajikan,wang hasil lelongan kereta  itu diserahkan kepada projek perumahan Mehr untuk penduduk yang  berpendapatan rendah.
 
 Selepas beliau dipilih menjadi Presiden Iran pada 2005, antara aset  yang diisytiharkannya ialah rumah di kawasan kelas pertengahan berusia  40 tahun di timur Teheran dan kereta Peugeot berwarna putih tersebut.
 Berikut adalah kisah hidup Mahmoud Ahmadinejad
  Mahmoud Ahmadinejad lahir di sebuah kampung pertanian di daerah  Aradan, dekat Garmsar, sekitar 120 kilometer arah tenggara Teheran.
 
Dia merupakan anak keempat dari tujuh beradik, berasal dari keluarga  Syiah. Ia merupakan putera seorang tukang besi. Seseorang yang tidak  terkenal, bukan tokoh ulama, juga bukan tokoh politik di negara Iran.
 Ahmadinejad bertubuh kecil semasa remajanya. Dikenali sebagai peminat  bolasepak dan juga handal bermain bolasepak. Dia juga pintar matematik.  Selain itu Ahmadinejad terkenal kerana memiliki suara yang baik,  seperti semasa membaca Al-Quran dan juga pidato.
 Tidak ada yang menyangka Mahmoud Ahmadinejad boleh dipilih menjadi  Presiden Iran, kerana 6 calon presiden yang lain merupakan tokoh ulama  atau tokoh politik yang mempunyai sumber dana besar. Ahmadinejad  terpilih kerana rakyat menyukai gaya dan sifatnya yang sederhana.
 Datuk Bandar Teheran
 Ahmadinejad terpilih menjadi Datuk Bandar Teheran pada Mei 2003.  Semasa menjadi Datuk Bandar Teheran, ke mana-mana selalu meronda  sendiri, tetap tinggal di rumah teresnya, membersihkan rumahnya sendiri,  suka meronda sendiri setiap sudut kota dan lain-lain. 
 Dalam masa tugasnya, dia membawa banyak perubahan yang dilakukan  datuk bandar-datuk bandar yang sebelumnya iaitu lebih sederhana dan  reformis, dan mementingkan nilai-nilai keagamaan dalam aktiviti-aktiviti  di pusat-pusat kebudayaan.
 Presiden Mohammad Khatami pernah melarangnya menghadiri perjumpaan  Dewan Menteri, suatu hak yang biasa diberikan kepada para Datuk Bandar  Teheran. Perkara ini kerana pada waktu Khatami menuju Universiti  Teheran, Khatami terlibat dalam kemalangan. Khatami mengkritik  Ahmadinejad yang pada masa itu menjadi Datuk Bandar Teheran.
 Ahmadinejad hanya berkata: “Bersyukurlah kerana presiden kita telah  merasakan kehidupan rakyatnya yang sesungguhnya”. Namun Ahmadinejad  tetap tenang menghadapi larangan tersebut.
 Kontroversi Ahmadinejad
 Ahmadinejad semakin popular dengan kenyataannya semasa ceramah dalam  sebuah pertemuan di hadapan para mahasiswa pada 26 Oktober  2005.Kenyataan Ayatollah Khomeini yang menyeru agar Israel “dihapuskan  dari peta dunia” mencetuskan kontroversi. Selain, mengundang kecaman  dari berbagai pemimpin dunia, termasuk Presiden Shimon Peres. Peres  membalas dengan menuntut agar Iran dikeluarkan dari keanggotaan di  Pertubuhan Bangsa-bangsa.
 Kenyataan yang menimbulkan kontroversi ini diulang kembali pada 14  Disember 2005. Semasa itu, ia berkata bahawa Holocaust (peristiwa  pembunuhan beramai-ramai terhadap kaum Yahudi oleh rejim Nazi pada masa  Perang Dunia II) hanyalah sebuah mitos yang digunakan bangsa Eropah  untuk mencipta negara Yahudi di jantung dunia Islam. Ia juga sempat  mengadakan persidangan tentang Holocaust.
 Sementara, kritik dalam negeri mengenai dasar domestik dan luar  negeri terus menjadi isuhangat. Kritik datang dari tokoh ulama besar  Ayatollah Hossein Ali Montazeri. Merujuk retorik Ahmadinejad terhadap  Amerika Syarikat, Montazeri menyatakan bahawa Ahmadinejad perlu  bertindak logik terhadap musuh dan tidak memprovokasi. Bagi Montazeri,  ekstremisme tidak baik untuk rakyat.
 Iran menegaskan bahawa pembangunan teknologi nuklear merupakan hak  yang tidak boleh dinafikan walaupun Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan  resolusi yang menuntut Iran untuk menghentikan program uranium.  Ahmadinejad mendapat kritikan dari kalangan konservatif mahupun reformis  mengenai dasar ekonominya dan cara dia menangani isu nuklear Iran.
 Mahmoud Ahmadinejad berani dan selalu membuat ucapan yang berani  mengkritik Amerika Syarikat, Israel dan sekutunya secara terbuka.
 http://www.isuhangat.net/2010/10/ahmadinejad-bawa-al-quran-dan-injil/
 Hidup Sederhana ala Ahmadinejad
 Sifatnya yang sederhana ini terus terlihat semasa Ahmadinejad  terpilih menjadi Presiden. Karpet-karpet merah Parsi yang mahal  dikeluarkan semua dari istana, menolak kereta limosin dan tetap setia  menggunakan kereta bapanya iaitu Peugeot serta tetap tinggal di rumah  teresnya.
 Selain sifatnya yang sederhana ia dicintai rakyat kerana lebih  mementingkan memperbaiki ekonomi negara berbanding bidang-bidang lain  dan memperjuangkan setiap pendapatan minyak bumi agar jatuh ke meja  makan rakyat Iran.
 “Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh  dengan tanggung jawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran. (Mahmoud  Ahmadinejad) ”
 Ahmadinejad terkenal dengan kesederhanaannya dalam kehidupan  sehari-hari, baik sebagai personal maupun sebagai seorang Presiden Iran.  Dalam sebuah sesi wawancara bersama wartawan TV Fox dari Amerika,  terungkaplah sisi-sisi menakjubkan dari seorang Ahmadinejad,  kehidupannya yang sangat sederhana menjadi sangat membanggakan jika kita  bandingkan dengan kehidupan ahli politik negara kita.
 Mahmoud Ahmadinejad duduk dalam sesi wawancara semasa pertama kali  menduduki pejabat Presiden. Dia menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran  yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran dan  menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.
 Dia mendapati bahawa ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan  menghormati tetamu VIP, lalu ia memerintahkan untuk menutup ruang  tersebut dan meminta pada protokol istana untuk menggantinya dengan  ruangan biasa dengan 2 kerusi kayu, meski sederhana tetap terlihat  impresive.
 Langkah pertamanya adalah ia mengumumkan kekayaan dan hartanya yang  terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan  ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. Akaun banknya  bernilai minimum, dan satu-satunya wang yang masuk adalah wang gaji  bulanannya sebagai pensyarah di sebuah universiti yang hanya bernilai US  $250.
 Mahmoud Ahmadinejad Tidur Di Ruang Tamu rumahnya
 Selama menjadi Presiden Iran, dia tinggal di rumahnya sendiri. Dia  tidak mengambil gajinya sebagai Presiden, alasannya adalah bahawa semua  kesejahteraan adalah milik negara dan ia bertugas untuk menjaganya.
 Presiden ini selalu membawa beg setiap hari yang berisikan sarapan;  roti atau roti keju yang disiapkan isterinya dan memakannya dengan  gembira, ia juga menghentikan kebiasaan penyediaan makanan yang  dikhaskan untuk presiden.
 Selain itu, perkara lain yang beliau ubah adalah polisi kapal terbang  presiden, ia mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat  menjimatkan cukai masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang  dengan pesawat terbang biasa dengan kelas ekonomi.
 Mahmoud Ahmadinejad juga menukar protokol istana sehingga  menteri-menterinya dapat masuk terus ke pejabatnya tanpa sebarang  halangan.Dia juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet  merah, sesi foto atau perkara-perkara seperti itu semasa mengunjungi  berbagai tempat di negaranya.
 Presiden Iran ini juga kerap tidur di ruang tamu rumahnya dengan hanya beralaskan karpet.
 Kehidupan Spiritual Ahmadinejad
 Berbeza dengan perlakuan terhadap menteri-menteri di negara kita,  Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad tidak akan melangkahi makmum lain di  sebuah masjid jika ia datang terlambat. Ia akan duduk di barisan ke  berapa pun yang didapatinya.
 Dalam aktiviti sehariannya sebagai Presiden, ketika suara azan  berkumandang, dia terus sahaja mengerjakan solat di mana-mana ia berada  meskipun hanya beralaskan karpet biasa. Ketika menikahkan puteranya  baru-baru ini, beliau hanya melangsungkan acara yang sangat sederhana  yang seperti majlis perkahwinan kaum pekerja.
 