Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yangmengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969″ merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai  oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen,  walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini  disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar  buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat  (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66  kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan  Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi  dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. 
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam  pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan  tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman.  Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak  dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu  perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar  Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum  Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga  mendorong kepada kejadian tersebut.. Pihak pembangkang yang sebahagian  besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang  menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan  yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari  laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak  penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu,  kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari  Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya  kapal Perikatan — the coalition’s logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei  1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13  May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato’  Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan  UMNOakan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969. 
Pembangkang meraikan kemenangan
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (‘menyingkir’) orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (****). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah te
Rumah Menteri Besar Sela
ngor
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’ Harun Id
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu diSetapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bert
indak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombakdan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
 Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari  Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari  orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh,Gurkha dan lain-lain turut  menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu  semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukanRejimen Renjer  dikatakan berbangsa Cina. 
 Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang  lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina  dengan askarRejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah  Menteri Besar Selangor. 
 Askar Melayu 
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan  Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru,  Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih  oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke  kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada  askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana  kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada  yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
 Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih  timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada  rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa  pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh.  Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai  rakaman ini. 
 Panggung Odeon 
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon,  di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan  dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina  keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung  tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu,  pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan  menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam  tersebut.
 Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam  keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu  yang tinggal di Sungai Ramal,Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu  telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan  kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu  Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan  mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta  berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang  menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi  waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu  telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan  tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung. 
 Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang  turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan  berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd  Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit,  Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan  antonio Isasi Isasmendi. 
 Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang  datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan  kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut  melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan. 
 Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak  datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera  Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis  di Balai Polis Kajang dan Cheras. 
 Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan  tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa  yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar  Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.  Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang  terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina. 
 Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan  Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang  pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa  kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di  Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi  amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi  senjata api kepada orang cina. 
 Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah  pergaduhan “politik” Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak  berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana  pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah  “lari” bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum  peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang  harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti  Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya  pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di  negeri tersebut seperti di selatan thai. 
 Persepsi 
Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif  terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan  taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi  negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang  Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin  menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis  China.
 Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on  the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli  Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah  diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru ‘declassified’ di  pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan  tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi  yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh “ascendent state  capitalist class” di UMNO sebagai ‘coup d’etat’ untuk menumbangkan Tunku  Abdul Rahman. 
Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
 Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. 
 Statistik tidak rasmi jumlah kematian: 
Melayu : 86 orang
 Cina : 342 orang 
 Lain-lain : 3 orang 
 Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata  orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori  membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu  itu. 
 Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei 
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
 6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur  memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman.Darurat  diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. 
 Mageran 
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan  pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara  diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang  tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk.  Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut.  Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul  Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
 Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai  tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut  tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun  Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara.  Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan  pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan  tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah  kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah  menyertai BN kecuali DAP dan PAS. 




























