KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

20 March 2011

Google: Di Belakang Tabir Tempat Bekerja Terbaik Dunia

Google, yang dinobatkan sebagai tempat bekerja yang paling selesa & terbaik ini terbukti menjaga kebajikan pekerjanya ke tahap paling optimum.
Semua ini di’lakukan demi memastikan kualiti kerja & produk Google sentiasa yang terbaik..
Kapsul Penghilang Tekanan Stress yang kedap bunyi & cahaya
Perjalanan dari tingkat ke tingkat bawah lebih cepat & menyeronokkan. Ada juga yang berbentuk terus seperti di Balai Bomba.
Pekerja Google bebas memilih makanan kegemaran mereka dari barisan makanan & minuman istimewa yang dihidangkan setiap hari.
Setiap pekerja mempunyai sekurang-kurangnya 2 keping LCD besar untuk mereka bekerja. Mereka boleh minta lebih jika mereka mahu.
Papan putih whiteboard ada hampir dimana-mana. Idea & inovasi timbul tidak mengira tempat, kata salah seorang pegawai pengurusan Google.
Meja pool, permainan video dan sebagainya juga berada dipelbagai kawasan. Senang untuk pekerja berhibur.
Privasi — Google menyediakan ‘gondola khas’ untuk setiap pekerja berkomunikasi dalam suasana penuh privasi.
Ruang minuman untuk pekerja berehat sementara komputer atau kerusi mereka yang rosak di’perbaiki. Kool eh?
Tukang urut professional tersedia jika sesiapa memerlukan. Bersama ruang urutan yang eksklusif.
Ruang rehat dengan kerusi urut sambil pekerja menikmati pemandangan akuarium yang mendamaikan. Fuh!
Bilik bacaan yang sangat kondusif untuk pembacaan. Ratusan buku tersedia termasuklah yang berkaitan pengaturcaraan.

16 March 2011

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH!!

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat. Apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA’K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA’K

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS

6. SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti

7. AMIN……………hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA……dua harakat, MIN…. 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat….. Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

15 March 2011

Sekolah Yang Termewah Di Dunia

Jangan salah sangka,ini bukan mall, hotel atau tempat sejenisnya di mana orang bersenang-senang, tapi ini adalah bangunan sekolah, tempat orang belajar menimba ilmu. Ørestad College, di Denmark, menjadi satu satunya bangunan sekolah termewah dengan berbagai kemudahan kelas pertama.Sekolah ini direka senyaman mungkin untuk para pelajar dengan begitu diharap mereka boleh menghasilkan prestasi maksimum.

Kalangan akademik Denmark percaya bahwa sinar matahari dapat membangkitkan semangat belajar para pelajar.kerananya, bangunan sekolah direka sedemikian rupa untuk memaksimalkan masuknya sinar matahari sebagai sumber penerangan.Tidak seperti umumnya sekolah lain yang serba berkotak-kotak(blok), maka sekolah ini rekaan bagian dalamnya dibuat serba terbuka, sehingga lantai bagian atas boleh melihat bagian-bagian di bawahnya.

Selain sambungan internet di setiap tempat, setiap pelajar juga mendapat laptop percuma.Juga ada bantal oren dan hijau multi fungsi yang boleh dipakai untuk rehat, belajar, atau tidur untuk melepas penat.Tidak heran design unik sekolah ini berhasil mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui beberapa penghargaan.
PS:/ Anak VVIP Boleh lah masuk sekolah nh

BAHAYA BOTOL PLASTIK




Simbol atau kode itu dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry sejak tahun 1988 di Amerika Serikat dan telah diadaptasi oleh lembaga-lembaga yang mengembangkan sistem kode, seperti ISO (International Organization for Standardization).

Secara umum tanda tersebut berada di dasar, berbentuk segi tiga, di dalam segitiga akan terdapat angka, serta nama jenis plastik di bawah segitiga, dengan contoh dan penjelasan sebagai berikut:

1-PET atau Polyethylene Terephthalate. Biasanya, pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera logo daur ulang dengan angka 1 di tengahnya dan tulisan PETE atau PET di bawah segitiga. Simbol itu biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparent/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lain. Mayoritas bahan plastik PET di dunia untuk serat sintetis (sekitar 60 persen), dalam pertekstilan PET biasa disebut dengan polyester (bahan dasar botol kemasan 30 persen). Botol Jenis PET/PETE ini dicadangkan "hanya untuk sekali pakai".

---> Alasannya, bila terlalu sering dipakai, apalagi digunakan untuk menyimpan air panas, akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut akan meleleh dan mengeluarkan zat karsinogenik yang dapat menyebabkan kanser.* sebab tu ad kes seorang perempuan menghidap kanser payudara, dan setelah di diagnosis oleh doktor, polimer-polimer dari botol minuman ini ada dalam sel kanser tu.*

2-HDPE atau High Density Polyethylene. Umumnya, pada bagian bawah kemasan botol plastik, tertera logo daur ulang dengan angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (high density polyethylene) di bawah segitiga.

--->HDPE biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, kursi lipat, dan lain-lain. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang sesuai untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang disimpan dalam bekas plastik ini.

--->HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras, buram dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Sama seperti PET, HDPE juga dicadangkan hanya untuk sekali pemakaian, kerana tindakbalas antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu.

3- V atau Polyvinyl Chloride. Tertera logo daur ulang (kadang-kadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V yang bererti PVC (polyvinyl chloride). Plastik ini biasanya pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol.

--->PVC mengandung DEHA yang dapat bertindakbalas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik berbahan PVC.T/balas yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dibungkus dengan plastik ini berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain yang tidak mengandung bahan pelembut seperti plastik yang terbuat dari polietilena @ daun pisang.-->boleh dipraktikkan..haha...

4- LDPE atau Low Density Polyethylene. Tertera logo daur ulang dengan angka 4 di tengahnya, serta tulisan LDPE, iaitu plastik cokelat (thermoplastic/dibuat dari minyak bumi). Biasanya LDPE digunakan untuk tempat makanan, plastik , dan botol-botol yang lembek.

--->Sifat mekanisma jenis plastik LDPE adalah kuat, agak tembus cahaya, fleksibel dan permukaan agak berlemak. Pada suhu di bawah 60 darjah celsius sangat tahan terhadap T/balas kimia, perlindungan terhadap wap air, akan tetapi kurang baik bagi gas-gas yang lain seperti oksigen.

--->Barang berbahan LDPE ini sukar diuraikan, tetapi tetap baik untuk tempat makanan kerana sukar berT/balas dengan makanan yang dibungkus dengan bahan ini.

5- PP atau Polypropylene. Tertera logo daur ulang dengan angka 5 di tengahnya, serta tulisan PP adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik, terutama untuk produk yang berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk bayi.

--->Ciri-cirinya berupa botol transparent yang tidak jernih atau berawan. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan T/balas wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi.

--->Carilah dengan kod angka 5, bila membeli barang berbahan plastik untuk menyimpan makanan dan minuman.

6- PS atau Polystyrene. Tertera logo daur ulang dengan angka 6 di tengahnya, serta tulisan PS. Polystyrene ditemui pada tahun 1839 oleh Eduard Simon, seorang apoteker dari Jerman secara tidak sengaja. PS biasa digunakan sebagai bahan tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dan lain-lain.

--->Bahan tersebut harus dihindari, sbb selain berbahaya untuk kesehatan otak, mengganggu hormon estrogen pada wanita yang menyebabkan pada masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Bahan itu juga sukar terurai. Jika diuraikan, PS memerlukan proses yang sangat panjang dan lama.

--->bahan ini dapat dikenali dengan cara dibakar (cara terakhir dan sebaiknya dihindari). Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning-jingga, dan meninggalkan jelaga.

7-OTHER. Tertera logo daur ulang dengan angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER yang merupakan gabungan dari SAN (styrene acrylonitrile), ABS (acrylonitrile butadiene styrene) dan PC (polycarbonate, Nylon).

--->OTHER dapat dijumpai pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, alat-alat rumah tangga, komputer, alat-alat elektronik, dan plastik kemasan.

--->PC dapat ditemukan pada botol susu bayi dan botol minum polikarbonat. PC dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imun.

---> Bisphenol-A dapat berpindah ke dalam minuman atau makanan jika suhunya dinaikkan kerana pemanasan.

--->SAN dan ABS memiliki ketahanan yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan.

Biasanya SAN terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penyaring kopi, dan sikat gigi, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa. SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan.

--->Melihat bahayanya yang terkandung dalam plastik, sudah smpai masa kita harus bertindak bijak dalam penggunaan plastik, khususnya plastik dengan kod 1, 3, 6, dan 7 (khususnya polycarbonate). Kerana kod tersebut memiliki bahan bahaya secara kimia.

--->Maka, jika kita harus menggunakan plastik, akan lebih selamat bila menggunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (kecuali polycarbonate).

Bila tidak ada kod plastik pada bahan plastik tersebut, atau bila type plastik tidak jelas (misalnya pada kode 7, di mana tidak selamanya berupa polycarbonate), cara terbaik yang paling selamat adalah menghubungi pihak berkenaan dan menanyakan mereka tentang type plastik yang digunakan untuk membuat produk tersebut.

-->Cegah penggunaan botol susu bayi berbahan polycarbonate. Cubalah pilih dan gunakan botol susu bayi berbahan kaca, polyethylene, atau polypropylene.

--->Jika penggunaan plastik berbahan polycarbonate tidak dapat dicegah, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas.

-->Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minum. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kode 1) dan HDPE (kode 2), tidak dapat dicegah, gunakanlah hanya sekali pakai dan segera dihabiskan karena T/balas antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu. Bahan alternatif yang dapat digunakan adalah botol stainless steel atau kaca.

--->Cegahlah memanaskan makanan yang dibungkus dalam plastik, khususnya pada microwave oven, yang dapat mengakibatkan zat kimia yang terdapat pada plastik terlepas dan berT/balas dengan makanan lebih cepat. Hal itu dapat terjadi bila bahan plastik digunakan untuk menyimpan makanan berminyak atau berlemak.

--->Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plastik pembungkus, ketika makanan akan dipanaskan di microwave oven.

--->Cubalah untuk menggunakan kemasan berbahan kain untuk membawa sayuran @ makanan dan gunakanlah kemasan berbahan stainless steel atau kaca untuk menyimpan makanan atau minuman.

--->Cegah penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunakanlah alat makan dari bahan stainless steel, kaca, keramik, dan kayu.

DOA SUPAYA SELAMAT DARI DIPERKOSA

Doa yang harus diamalkan oleh para wanita dan ibu bapa. Sebaik-baiknya amalkan doa ini selepas solat fardu dan sunat. InsyaAllah dengan izin yang Maha Esa gejala sebegini dapat dielakkan.
Untuk diri

Maksudnya: “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


Untuk anak perempuan

Maksudnya: “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

PERKOSAAN VISUAL?


Hmm, jumpa lagi dengan isu-isu menarik. Nak cerita apa pulak kali ni ya, emm. Hari ni banyak juga orang hantar email kat Togi, dalam banyak-banyak tu togi tertarik kat satu emel ni. Macam best je nak baca, lepas baca tu Togi termenung panjang memikirkan isi kandungan emel tu.

Mana tak nya, selama ni langsung tak terfikirkan benda ni. Bila fikir balik ada benarnya email ni. Kita selalu pegi pusat beli belah, bila berkenan satu baju tu atau seluar ke kita selalu nak test muat ke tak. Kalau bercuti tido kat hotel ke, kita pun tak terfikir kot perkara ni. Jom baca isi email yang Togi nak kongsi dengan korang semua untuk peringatan kita bersama.

PERKOSAAN VISUAL (Penting untuk wanita)

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Dah saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :


LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah “TEST KUKU JARI”. Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari “PERKOSAAN VISUAL” !

Para wanita : Bagitau kat teman-teman korang yang lain.

Para lelaki: Bagitau kat isteri, anak perempuan, adik perempuan atau tunang korang.

14 March 2011

ROKET KERTAS

Roket kertas adalah permainan yang boleh dianggap wajib kepada semua kanak-kanak. Siapa yang tak pernah main roket kertas adalah sangat rugi haha. Tapi jangan risau kerana kami akan kongsikan koleksi tutorial untuk membuat 12 roket kertas yang sangat cool, laju dan hebat hohoho.

Roket Kertas yang hebat 1

Glider

Roket Kertas yang hebat 2

Glider #2

Roket Kertas yang hebat 3

Silke

Roket Kertas yang hebat 4

Canard

Roket Kertas yang hebat 5

The Delta

Roket Kertas yang hebat 6

The Shuttle

Roket Kertas yang hebat 7

Gomez

Roket Kertas yang hebat 8

Locked

Roket Kertas yang hebat 9

The Hawkeye

Roket Kertas yang hebat 10

The Triplane

Roket Kertas yang hebat 11

The Needle

Roket Kertas yang hebat 12

Little Nicky

Haaa macam mana? teruja tak nak cuba? hahaha kalau nak cuba sila gunakan kertas recycle. Guna kertas soalan SPM dulu pon boleh haha jimatkan kertas sayangi pokok kita :)

Fenomena Supermoon Pada 19 Mac 2011

Bulan penuh.
Lama tak bercerita berkenaan dunia angkasa lepas. Minat tue ader, tapi mengambil masa untuk membaca dan mencari maklumat. Terima kasih kepada blogger Arizz.com kerana membuat status update mengenai fenomena Supermoon ini kat laman facebook beliau. Kalau tak aku pun tak perasan mengenai perkara nie. Kali nie aku dapat terangkan secara terperinci dan tepat. Aku akan terangkan berdasarkan pemahaman aku.

Bulan berada lebih dekat
Buat pengetahun korang, pada 19 Mac 2011 ini, bulan berada lebih dekat dari jarak biasa orbit. Iaitu pada jarak 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer. Oleh kerana jarak yang lebih dekat dan juga masa itu juga bulan adalah bulan penuh, ia dipanggil sebagai "Supermoon". Aku tak berapa pasti berapa besar bulan yang kita boleh nampak semasa tue. Sebab kebanyakan foto kat internet nie bukan boleh percaya. Walaubagaimanapun, bulan yang korang bakal lihat nanti adalah lebih dekat dan besar dari biasa.

Kaitan dengan bencana alam
Sebab berkaitan dengan bencana alamlah yang membuatkan aku tertarik untuk mencari maklumat ekstra. Ada sumber mengatakan kedudukan bulan yang dekat menghasilkan tarikan graviti yang tinggi. Seperti mana kita tahu, tarikan graviti bulan mempengaruhi pasang surut air laut di bumi. Adakah akan terjadi kejadian tsunami pada masa itu? Aku pun tidak pasti. Beberapa bencana alam seperti hujan ribut, gempa bumi diramal akan berlaku pada masa tersebut.

Penafian Ahli Astronomi
Ahli astronomi menafikan bahawa fenomena Supermoon ini tidak akan mempengaruhi mana-mana bencana alam. Jadik, orang ramai tidak perlu risau akan kejadian ini. Dalam kata lain fenomena ini hanyalah bulan penuh yang biasa kita lalui setiap bulan. Pakar- pakar geologi dari USGS juga menyokong fakta sedemikian.

Perlukah bersedia?
Syukur kepada hadrat ilahi kerana negara kita masih selamat dari kejadian bencana alam yang tersangat extrim seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ini. Tsunami yang berlaku di Jepun mengorbankan beribu-ribu manusia. Reaktor nuklear yang bocor baru-baru ini membawa kebimbangan kepada seluruh dunia.

Korang hanya perlu nantikan pengumuman dari badan-badan professional berkaitan untuk memastikan tahap Supermoon ini. Artikel di sini hanyalah sebuah perkongsian hasil dari pembacaan secara umum. Apa yang aku kongsikan bukanlah idea professional.

Tangkap Gambar
Bagi Astrographer, masa ini adalah peluang keemasan untuk mengambil gambar bulan yang ketika itu lebih dekat jaraknya. Harap-harap masa nie langit dalam keadaan cerah dan juga cuaca yanbg amat baik.

07 March 2011

Perodua Kancil



Cuba korang teka kereta apa kat atas tu...nampak macam kereta sport..tengok lampu depan macam Skyline GTR35..kalau tengok plat pendaftaran dah tau ini bukan kereta kat malaysia..

Sebenanya ini ialah sebuah kancil yang ditransformasikan kepada sebuah kereta sport 2 pintu..Ianya sebuah kancil atau Daihatsu Ceria yang ada di Indonesia. Mari tengok proses modifikasinya kat readmore.. :D













HAIWAN BERWAJAH ANEH

1. Hatchetfish

Ikan penghuni jurang ini tubuhnya sangat kecil (spesies terbesar yang dikenal hanya berukuran 12 cm), dan tidak berbahaya, tetapi wajahnya seperti night mare huhuhu.
Hatchetfish adalah bukti bahawa kita tidak perlu gigi tajam atau mata bersinar merah untuk menjadi seram. Ikan ini ditemukan di perairan tropis dan subtropis di seluruh dunia, memakan makhluk-makhluk yang lebih kecil di jurang, seperti copepoda (sejenis Crustaceae).


2. Kelawar Hidung Tabung
Ditemukan di hutan hujan Filipina, kelawar ini terancam kerana memiliki salah satu wajah teraneh di antara mamalia. Telinganya yang gelap ditutupi bintik kuning, mata orennya dan tentunya hidung tabung yang membuat penampilannya mirip kartun. Kelawar ini kebanyakan menggemari buah ara dan buah-buahan lainnya, tetapi terkadang mereka juga memakan serangga.


3. Axolotl
Spesies yang hanya ada di Danau Xochimilco, Meksisko, axolotl (ertinya "monster air" dalam Nahuatl, bahasa Aztec) sebenarnya salah satu jenis salamander. Selain wajahnya yang lucu, mereka juga memiliki rambut merah unik yang merupakan insang yang menyerupai bulu. Spesies salamander ini biasanya mempertahankan kemampuan tubuhnya di seluruh hidupnya (disebut juga neotheny). Sayangnya, amfibia ini terancam kerana diburu di beberapa bagian Mexico untuk dimakan.


4. Aye Aye
Aye aye punya telinga besar seperti kelawar, mata yang kuning dan mirip sekali dengan Gremlins (sebuah film horor komedi di Amerika). Haiwan ini sebenarnya menjadi inspirasi bagi monster yang mirip Gremlin di serial filem Primeval, di mana diceritakan keturunannya menghantui sebuah rumah kosong.Aye aye ditemukan di Madagaskar dan sangat terancam karena perosak habitat dan dibunuh karena orang-orang di negara itu sangat tidak menyukai makhluk tersebut karena dianggap pembawa sial.


5. Monyet Hidung Kemik
Monyet hidung kemik sekilas memiliki hidung yang sama dengan Michael Jackson yang diubahsuai. Lagi-lagi, haiwan ini adalah spesies yang terancam. Hanya ditemukan di China (termasuk Tibet) dan Vietnam. Mereka tinggal di gunung di ketingggian hingga 4000m, bersama beberapa primat dengan lingkungan dingin. Mereka terancam kehilangan habitatnya.


6. Tikus Tanah Hidung Bintang
Tikus ini diberi nama hidung bintang karena bentuk daging pada hidungnya, yang ditutupi reseptor sensorik yang meningkatkan kemampuan sentuhannya, karena sebenarnya penglihatan haiwan ini sangat buruk. Tikus tanah hidung bintang ini tercatat merupakan perenang dan penyelam sekaligus penggali yang hebat.seperti tikus tanah lainnya, haiwan ini memakan cacing tanah dan apapun yang berlendir di tanah. Ditemukan di Kanada dan Amerika Serikat bahagian utara.


7. Tikus Mondok Telanjang
Tikus ini penampilannya tanpa bulu, kulit pucat pink dan memiliki mata hitam yang bercahaya. Tetapi satu hal yang sangat menarik perhatian adalah tonjolan dua giginya yang sangat besar sekali, yang sebenarnya tumbuh melalui bibir. Sehingga tikus ini tidak harus membuka mulut pada saat mengerat jalan di bawah tanah. Gigi ini begitu kuat sehingga tikus mondok telanjang terkenal boleh mengerat konkrit fiuhhhh!

8. Tokek
Tokek adalah salah satu spesies yang sepertinya dibuat oleh kartunis. Haiwan ini mungkin memiliki mata paling aneh di antara haiwan lain, dan ketika membuka mulutnya, hewan ini nampak seperti tersenyum lebar. Meskipun terlihat seperti reptilia paling bahagia (karena senyumannya)haha, sebenarnya mahkluk ini menderita karena terancam kehilangan hutan hujan sebagai rumahnya,ramai cari sebab dapat jadi jutawan kan..tipu je 2..


9. Ikan Kelawar Hidung Merah
Meskipun tidak terlalu terkenal, ikan ini memiliki wajah yang cukup aneh. Bentuknya datar, hidungnya panjang dan runcing dan terlihat seperti terlalu banyak menggunakan lipstik. Keanehan alam ini ditemukan di Galapagos dan memiliki kerabat dekat di perairan Amerika Tengah. Haiwan ini merupakan perenang yang lambat dan lebih memilih menyeret dirinya di dasar laut menggunakan sirip sebagai tangan.