KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

25 March 2012

Syiling 10 sen boleh jadi RM280

LAWRENCE (kiri) sudah mengumpul mata wang sejak tahun 70-an manakala Dickson pula mula serius menjadi ahli numismalis sepenuh masa selama setahun.
MELIHATKAN ciri fizikal pada sekeping wang syiling 10 sen keluaran tahun 1971, nampak seperti tiada beza dengan syiling-syiling lain. Ia tiada nilai istimewa bagi kebanyakan orang.

Bagaimanapun, bagi Lawrence De Souza, syiling yang masih dalam keadaan baik dan tidak pernah diedarkan itu berharga RM280 dan jika kena pada tawaran, harganya boleh meningkat daripada nilai tersebut.

Cerita Lawrence, sebelum 1971, wang syiling diproses dan ditempa di kilang luar negara yang terletak di Jerman Barat serta dibuat dalam bilangan yang banyak kerana digunakan untuk Semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei.

Pada tahun syiling tersebut dibuat, Singapura telah berpisah dengan Malaysia dan buat pertama kali negara ini mula menempa wang syiling sendiri.

“Tahun itu juga telah berlaku bencana banjir besar di Kuala Lumpur sehingga mesin penempa wang syiling itu ditenggelami air dan rosak. Jadi, pada tahun itu, hanya lebih kurang 32,000 keping wang syiling yang sempat dibuat,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Angka 32,000 itu boleh dianggap terlalu sedikit berbanding tahun-tahun lain dengan pengeluaran wang syiling mencecah beratus-ratus juta keping bagi setiap jenis syiling.

Disebabkan perkara tersebut, syiling 10 sen itu menjadi begitu bernilai sehingga angkanya mencecah ratusan ringgit.

Lawrence merupakan ahli numismatik dan notaphilist yang juga ahli Persatuan Numismatik Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 1968.

Persatuan Numismatik Malaysia ditubuhkan pada tahun 1968 bagi mempromosi hobi mengumpul mata wang kertas, syiling dan syiling peringatan.

Antara kegiatan yang dijalankan adalah menjalankan sesi lelongan dan jualan mata wang selain memberi panduan mengenai kaedah yang betul untuk menjadi seorang pengumpul mata wang (numismalist).

Persatuan tersebut akan menjalankan sebuah acara lelongan wang kertas dan syiling pada pukul 9.30 pagi pada 25 Mac ini di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Bagi acara lelong itu, hanya ahli persatuan dibenarkan untuk menyertainya. Bagaimanapun, untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak menjadi pengumpul mata wang, gerai-gerai jualan wang akan disediakan.

Mengumpul wang kertas dan syiling merupakan satu hobi yang sangat menguntungkan. Namun, pada masa yang sama, seseorang itu perlu mempunyai ilmu supaya tidak ditipu.

Sebagai contoh, jika sekeping wang kertas baharu yang mempunyai nilai kerana susah untuk ditemui boleh jatuh harga lebih 50 peratus sebaik saja ia dilipat.

Wang dicuci

Dalam kes lain, pengumpul mata wang tertipu dengan penjual yang mendakwa wang tersebut masih dalam keadaan asal kerana kononnya tidak pernah diedar, sedangkan penjual itu telah mencuci duit tersebut terlebih dahulu.

“Mengumpul mata wang memerlukan ilmu dan terdapat pelbagai kaedah untuk menilai sekeping wang kertas atau syiling,” katanya yang berumur akhir 50-an.

Terdapat banyak cara untuk mengumpul mata wang dan semestinya setiap kaedah itu memberi nilai yang berlipat kali ganda berbanding nilai asal.

Antara yang bernilai tinggi ialah wang kertas RM1 dengan tandatangan Gabenor Bank Negara terdahulu iaitu Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman. Bilangan not kertas itu terlalu sedikit.

Sementara itu, ada juga pengumpul yang menyimpan mengikut satu set wang berdasarkan urutan nombor siri. Ada pula yang lain akan mengumpul mata wang peringatan dan meneliti perubahan ejaan serta keadaan wang tersebut.

Seorang lagi ahli numismatik, Dickson Niew, 50, berkata, nilai wang juga boleh memberitahu sejarah sesuatu tempat.

Dia memiliki satu set wang timah yang dikeluarkan ketika zaman pemerintahan Kesultanan Johor sekitar abad ke-16. Di Johor, wang timah dikenali sebagai katun yang berbeza dengan wang kupang yang diperbuat daripada emas.

Wang tersebut dijumpai di Tanjung Pinang, Indonesia kerana tempat tersebut pernah menjadi pusat perdagangan dan semua mata wang diterima dalam urus niaga ketika itu.

“Tetapi, bukan semua wang lama mempunyai nilai tinggi. Terdapat sekeping wang syiling China yang berusia 2,000 tahun. Ia tidak mempunyai nilai kerana bilangannya terlalu banyak,” kata Dickson memberi nasihat dalam bidang numistik itu.

05 March 2012

Buah durian tanpa duri


Aha, ini dia buah durian tanpa duri, ia dikenali dengan nama Durian gondol, berasal dari daerah Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Keunikan buah ini terletak pada buahnya yang tidak memiliki duri seperti buah durian lain yang pada umumnya sehingga dapat mempermudah anda untuk mengupas dan memakannya.

Ciri-ciri buah durian tanpa duri aka Durian Gondol.

* Bentuk buahnya sekilas seperti tempurung kelapa, ukurannya sebesar buah melon dengan berat 800-900 gr. Buah matang mengeluarkan aroma khas durian. Ini memang durian, tapi tanpa duri! Rasa buahnya enak dan manis dengan kandungan gula 14 -15 derajat brix.
* Ketebalan isi buah 0,5 cm seperti isi buah durian tempatan pada umumnya dan berwarna kuning terang dengan produktif dapat mencapai 200 ? 400 kg/pohon/tahun. Tanaman ini mampu beradaptasi dengan baik di dataran rendah sampai sedang dengan ketinggian 250 ? 700 dpl.
* Tanaman durian gondol ini merupakan tanaman durian yang mengalami mutasi bentuk oleh alam sehingga duri-duri di seluruh kulitnya tidak ada.



kredit : pelikbinajaib.com