Tak lama kemudian Dato` SS pun sampai untuk mempengerusikan Mesyuarat Program Tilawah peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Julai nanti. Tahun ni giliran Negeri Perak sebagai tuan rumah. Sebagai anak jati Perak aku turut rasa berbangga kerana negeri aku dipilih sebagai tuan rumah. Kalau ada rezeki boleh berjumpa dengan kawan-kawan yang sama-sama belajar kat mesir dulu, maklumlah seluruh Malaysia akan berkampung di Perak nanti.
Habis mesyuarat aku terus balik ke INTIM dan terus telefon cc bertanyakan surat pertukaran aku tu, tapi cc kata tak ada. Sungguh Ajaib!! Ibu pejabat kata dah bagi pada INTIM, INTIM kata belum dapat. Tak berapa lama kemudian, Nor pelajar praktikal poli bawa surat tu bagi kat aku.
Lega sikit rasanya sebab dah dapat surat, walaupun surat tu ada kesilapan sikit pada gred jawatan aku.. so, boleh lah aku berkemas-kemas, buat nota serahan tugas dan sebagainya. kalau takder surat tak berani aku nak berkemas takut tak jadi tukar pulak.
Aku pun terus telefon Cik Wahidah yang akan bertukar dengan aku kat INTIM ni bertanyakan bila dia nak masuk INTIM? Dia nak minta tangguh sebulan sebab nak siapkan kerja-kerja dia di Bhg. Penguatkuasaan. Aku cakap pada dia hari Isnin ni mai lapor diri dulu dan minta pandangan dari Pengetua INTIM. Aku tak kisah nak tukar bila-bila masa pun cuma aku kasihankan kawan2 aku kat INTIM, nanti diorang terpaksa ambil alih kursus aku pulak sedangkan Cik wahidah belum masuk INTIM lagi.
Aku pun akan lapor diri di Bhg. Penyelidikan hari Isnin ni. Kalau ikutkan arahan surat yang diterima pertukaran tu berkuatkuasa 1 April 2009. Apa pun keputusannya hari Isnin ni lah. SELAMAT TINGGAL INTIM... Selama 3 tahun aku bertugas di INTIM, banyak pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui, dan Insya Allah... aku akan kongsi pengalaman tu dengan korang semua suatu hari nanti.
So, rajin-rajinlah korang tengok blog aku ni... dan jangan lupa kalau nak order produk hiraq call jer aku...aku rekemenkan produk QHAWWI KURMA HERBAL ESSENCE (Khasiat pati kurma untuk lelaki) dan HIRAQ KARMILA KURMA HERBAL ESSENCE (Khasiat pati kurma untuk wanita) pasti terangkat punya... hehehe.
No comments:
Post a Comment