KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

18 January 2010

HALAU NYAMUK SAMBIL BERJIMAT

Teknik baru, murah dan mudah. Boleh cuba ni..

1. Untuk mengelakkan nyamuk bertelur di tempat takungan air kita seperti di tangki air, kolam hiasan di halaman rumah dan sebagainya ialah dengan meletakan wang syiling 1 sen di dalamnya. Katanya syarikat penyelidikan di Jepun mengatakan telur nyamuk akan hancur apabila bercampur dengan tembaga.

2. Untuk menghalau nyamuk lebih efisien dan selamat dari semburan penyembur nyamuk di pasaran kerana jika berlebihan menggunakannya boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Lepas ni syarikat Shieldtox, Baygon boleh bungkus lak jangan la saman blog isuhangat ni.

Saya terbaca artikel bahasa inggeris yang mengatakan dengan semburan menggunakan Listerine lebih berkesan menghalau nyamuk. Hmm Syarikat Listerin kena bagi komisyen pada isuhangat kerana promot barang diaorang.

Cubalah! Kalau tak jadi kena demam denggi ke apa jangan marah saya lak. Just berkongsi info.

No comments: