KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

16 June 2010

TIPS MEMILIH DURIAN

Semalam aku ke kenduri kahwin di Pekan Nenas , Pontian Johor. Dalam perjalanan melalui jalan Gunung Pulai terdapat banyak gerai yang menjual raja buah iaitu durian. Apa lagi 3 orang anak aku ni memang pantang jumpa buah durian ni pasti nak beli.

Rupanya musim durian sudah pun tiba walaupun durian kahwin (yang D24 dan sewaktu denganya) yang sentiasa ada tanpa mengira musim.

Buah durian mengandungi 100 g salut biji yang mengandungi 67 g air, 28.3 g karbohidrat, 2.5 g lemak, 2.5 g protein, 1.4 g serat; serta memiliki nilai energi sebesar 520 kJ. Durian juga banyak mengandungi vitamin B1, vitamin B2, dan vitamin C; serta kalium, kalsium dan fosfor.

Kegunaan lain buah durian:

1. Buah Durian dapat diolah menjadi berbagai jenis makanan seperti ;dodol, bubur kacang, lempuk dll
2. Di samping buahnya, biji durian juga boleh dimakan dengan di bakar atau di rebus, boleh juga dijadikan kerepek.
3. Kulit durian juga boleh digunakan sebagai alat penghalau nyamuk, boleh di letakkan di sudut ruangan
4. masih banyak lagi manfaatnya, sila share di sini.

Tips memilih durian

1. Perhatikan bahagian kulit durian (jangan sampai ada lubang)
2. Durian yang baik biasanya baunya tercium tajam jika kita menciumnya di kulit durian, Namun perlu hati-hati karena ada beberapa penjual durian yang sengaja menyiramkan air bekas durian di permukaan durian.
3. Cuba pukul kulit durian dengan pisau (berbunyi Bluk, Bluk, Bluk)
4. Perhatikan hujung tangkai durian: apabila hujung tangkai terlihat seperti torehan pisau, bererti kemungkinan besar durian dipetik pada sebelum matang. Juga jika tangkainya sudah kecut berkemungkinan durian tersebut sudah lama gugur.
5. Pilihlah durian yang durinya jarang dan agak besar.

Tip mengelakkan badan panas selepas makan durian.

Letak air di bahagian lekukan durian dan minum.

Tips menghilangkan bau durian di tangan setelah memakannya1. ambil kulit durian, isi dengan air di bagian lekukannya
2. cucilah tangan anda di lekukan tersebut

durian @ isuhangat
Selamat mencuba.

No comments: