KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

22 August 2010

Jika anda lahir di tahun 70 an

Jika anda lahir di tahun 70 an dan mungkin juga hujung 60 an.

Dapat melalui email yang bertajuk “Terkenang Zaman Dulu’, terima kasih banyak-banyak kepada yang mengupload gambar-gambar ni. Mana dia dapat tak taulah. gambar-gambar ni yang memang nostalgia, teringat di zaman sekolah rendah dan awal sekolah menengah dahulu. Gambar-gambar ni sungguh bermakna bagi mereka yang menjadi kanak-kanak atau remaja di zaman 70 an dan 80 an terutama untuk kanak-kanak lelaki masa tu.

Sebagai perkongsian juga kepada remaja zaman kini, bagaimana kami ibu dan bapa dulu menjalani kehidupan semasa tu. Zaman tu jangan kan internet, komputer pun tak terbayang lagi. Oh cepat benar masa berubah…kitaorang pun dah semakin tua berumur 30-40 an.

TV zaman dulu, hitam putih. Ada yang modified jadi akuarium.

koleksi gambar dulu-dulu

Ingat tak muka monyet ni? Mesti korang ingat perkataan popular masa tu…’jangan monyet!’

koleksi gambar dulu-dulu

Iklan masyarakat masa tu, kisah dan teladan si monyet yang memakan cili.
koleksi gambar dulu-dulu

Dulu takde VCD,DVD. Yang ada ini ha..yang kitaorang panggil video player.

koleksi gambar dulu-dulu

Ini video tapenya..
koleksi gambar dulu-dulu

Handphone? Kita orang main benda ni jer dulu..
koleksi gambar dulu-dulu

Basikal yang sangat popular zaman dulu sebelum zaman BMX – basikal chopper
koleksi gambar dulu-dulu

Dapur ni yang mak aku guna dulu. Takde dapur gas lagi yang ada dapur minyak tanah.
koleksi gambar dulu-dulu

Zaman tu takde Naruto,Conan dan sebagainya. Kitaorang layan cerita penyiasatan spt Lima Sekawan tulisan Enid Blyton dsb.Ingat Gemuk dan anjingnya ?

koleksi gambar dulu-dulu

Buku Sejarah darjah lima.Sekarang budak sekolah belajar sekolah masa sekolah menengah jer.

koleksi gambar dulu-dulu

Balik sekolah singgah kedai beli tikam-tikam. Zaman tu judi takde pencegahan sangat,kecik-kecik dah belajar main judi. Tak hairanlah ada yang lekat sampai sekarang jadi kaki nombor pulak.

koleksi gambar dulu-dulu

Kasut sekolah yang popular sebab iklan di TV masa tu..kasut Aliph.
koleksi gambar dulu-dulu

Ipod? Masa tu kitaorang main kaset jer… Zaman rock kapak siapa tak ingat Batle Of The Band. Lefthanded, Bloodshed,Ella anda The Boys,SYJ dan Rahim Maarof and Whitesteel. Otai dah diaorang ni sekarang dah bercucu pun ada kecuali Ella …

koleksi gambar dulu-dulu

No comments: