
Tiga  tahun lalu, dia pernah terbuai dengan keseronokan duniawi. Bergelar  pengunjung tegar pusat hiburan, meneguk minuman beralkohol serta  menjadikan najis dadah sebagai peneman, penyanyi dan produser yang  berhasil menghipnos pengikut dari seluruh dunia, Maher Zain, 29, secara  terbuka berkongsi kekhilafan dirinya.
Berterus-terang,  tidak pernah terlintas di ruang fikirnya ingin berdampingan dengan  gelaran anak seni. Jejaka kacak berketurunan Lebanon dan dibesarkan di  Sweden itu, sebaliknya punya alasan sendiri untuk tegak berdiri dalam  belantika hiburan lantas mengalunkan kelunakan vokalnya yang dibalut  puji-pujian kepada Sang Pencipta.
Apabila  Allah masih menyayangi kita, Dia akan berikan laluan untuk kita  mendekatiNya. Itulah yang dilalui oleh Maher Zain apabila beliau terasa  dirinya amat kekosongan. Ketika bekerja dengan sebuah syarikat  penerbitan album, RedOne, Maher Zain sering ke masjid dan berjumpa  dengan rakan-rakan baru yang banyak menasihati beliau untuk kembali ke  pangkal jalan. Akhirnya timbul kesedaran dalam diri Maher Zain untuk  kembali mendekatkan diri kepada Allah dan mula berkarya dalam lagu-lagu  bersalut keTuhanan. Menariknya, setiap lagunya mempunyai kisah yang  pernah dialaminya sendiri. Tak mustahillah setiap lagunya kedengaran  seperti ikhlas dinyanyikan dari hati.
Alhamdulillah...



No comments:
Post a Comment