Pemuda ini dilahirkan dari keluarga miskin di New York. Ibunya  terpaksa melahirkannya ditangga pintu sebuah sekolah. Akibatnya dia  lahir yang tidak sempurna, dia menderita kelainan saraf di bahagian  mukaya, sebelah kanan wajahnya menjadi seperti tidak normal.
 Dia juga gagap dan hujung bibirnya selalu tertarik ke bawah. Dia  kerap diejek sebagai watak kartun kucing di Looney Tunes yang kebetulan  mirip dengan namanya.
 Namun begitu , dia mempunyai impian untuk menjadi pelakon terkenal.
 Untuk mengejar mimpinya menjadi pelakon terkenal, pemuda ini  mengikuti audition di mana-mana. Retapi wajahnya yang “seperti cacat  mental” dan gagap, serta lakonannya yang kelihatan kaku, dia selalu  ditolak untuk berlakon walau apa watak pun.
 
Tetapi dia tidak berputus asa walaupun dia di tolak sebanyak 1500 kali,  bahkan jumlah keseluruhan agen filem di New York tidak sebanyak itu. Ini  bermakna, beberapa agen sudah menolaknya berkali-kali.
 Setelah gagal audition dimana-mana, akhirnya dia bernekad.
 Untuk mendapatkan watak pertamanya dia tidak mengalah. Dia datang  kesebuah agensi pada pukul 04.00 petang tetapi agen filem yang didatangi  menolak untuk bertemu dengannya. Keesokan paginya ketika agen tersebut  datang ke pejabat dia mendapati pemuda tersebut tetap menunggu. Dia  menunggu semalaman. 
 Akhirnya agen tersebut tidak tahan dan memberinya peluang. Walaupun  dia hanya muncul selama beberapa minit sebagai pelakon tambahan, ini  sudah merupakan kebanggaan bagi dirinya. Setidaknya memberi nilai tambah  bahawa dia pernah main filem. Dia pikir jalannya akan lebih mudah.
 Tapi ternyata kariernya tidak berganjak. Dia menemui kegagalan demi  kegagalan untuk mendapatkan peranan lain. Dia .Malah dia pernah berlakon  dalam filem semi-porno dengan bayaran yang serendah US$200 untuk 2 hari  shooting. 
 Setelah itu pun kariernya pun tidak bertambah maju.
 Dia tidak mampu membeli alat pemanas bilik ketika suhu sangat sejuk  di New York. Dia terpaksa ke perpustakaan membaca, sekadar untuk  mendapat suhu yang hangat. Dari buku yang dibaca di perpustakaan dia  akhirnya mendapat idea untuk menulis skrip. Dia berjaya menjual satu  skrip berharga US$ 100.
 Hidupnya tidak bertambah baik. Isterinya mula tidak tahan dengan  sikapnya. Isterinya selalu menyuruhnya mencari pekerjaan yang tidak ada  hubugannya dengan lakonan, tapi dia tetap berkeras tidak ingin mengubur  impiannya di dunia lakonan. Hidupnya semakin sukar, dia terpaksa menjual  perhiasan isterinya.
 Pada titik terendah dalam hidupnya dia terpaksa menjual anjing  kesayangan bernama Timmy. Dia berkerja keras selama berbulan-bulan  sehingga dia dia sama sekali tidak punya wang. Timmy sangat rapat  dengannya, seperti sahabat, dengan terpaksa menjual anjingnya hanya  dengan harga US$ 25 untuk boleh menyambung hidupnya, kerana sudah  betul-betul terdesak, sehingga dia tiada wang langsung untuk  makan.  Semasa itu dia menangis.
 Dalam kepayahan itu, dia menonton sebuah pertandingan tinju antara  Mohammad Ali dan Chuck Webner, seorang peninju lemah yang menurut  ramalan orang ramai akan dapat ditumbangkan selama 3 round, ternyata  Webner mempunyai kemantapan dan kekerasan hati. Dia berjaya  menyelesaikan keseluruhan 15 round melawan Ali kerana tidak mahu  menyerah.
 Pemuda itu sangat terinspirasi pada perlawanan tersebut dan muncul  sebuah visi untuk menulis skrip filem mengenai perlawanan itu. Pada  malam hari itu juga dia menulis dan menulis selama 3 hari tanpa  berhenti, hingga skripnya selesai. Dia sangat gembira dengan skrip  tersebut, kerana dalam fikirannya dia tahu bahawa skrip cerita tersebut  akan menjadi sebuah filem yang mengubah hidup dan nasibnya. Tangannya  sampai bergetar semasa memegang skrip itu.
 Kemudian dia mengajukan skripnya kepada produser filem. Namun tidak ada yang memandang serius kepada skrip cerita tersebut.
 Tetapi Dia tidak pernah berhenti berusaha. Dia menawarkan skrip  ceritanya dan ditolak berarus kali kepada semua produser dan studio  filem. Sehingga suatu hari, ada sebuah studio yang berani membeli  skripnya dengan nilai US$20,000 dengan syarat heronya dibitangi oleh  Ryan O’Neal dan Brut Reynolds.
 Dia senang sekali mendapat penawaran itu, akan tetapi tetap ingin  membintangi sendiri filem tersebut. Dia menawarkan diri berlakon.  Pengarah itu menolak. Walaupun sesungguhnya sangat memperlukan wang, dia  berkeras menolak menjual skrip tersebut kecuali jika dia boleh menjadi  bintangnya. Pengarah tersebut terus menaikkan tawarannya $80,000,  $125,000, $250,000 sehingga $325,000, tetapi pemuda berkeras tidak mahu  menjual skripnya kecuali dia menjadi heronya. Dia berjanji akan berlakon  dengan baik.
 Akhirnya produser tersebut setuju dan menjadikan dia hero dalam filem  tersebut, namun hanya dengan bayaran $20,000 untuk skrip cerita dan  ditambah $340 seminggu iaitu upah minima seorang pelakon. Setelah  dipotong kos-kos komisyen agen, dan sewa, dia hanya mendapat pendapatan  bersih $6,000 bukannya $325,000 
 Siapakah pemuda tersebut?
 Ini adalah kisah benar Sylvester Stallone atau nama singkatan “Sly”.
 
 Sly sedar, setelah 1500 kali ditolak, skrip Rocky yang dibuatnya  mungkin satu-satunya pintu gerbang untuk menjadi hero, kerana itu dia  tidak mahu melepaskan watak Rocky kepada orang lain.
 Sekalipun berbudget rendah US$1,000.000 dan dibintangi aktor tidak  terkenal pada masa itu, iaitu Stallone sendiri, filem ini meledak di  pasaran dan menghasilkan wang US$ 200,000,000 atau 200 kali lipat ganda.
 Dari filem Rocky yang dibintanginya dia meraih Academy Award sebagai  pelakon terbaik. Filem tersebut memenangi tiga Oscar untuk filem  terbaik, pengarah terbaik dan skenario filem terbaik.
 Setelah Rocky, kejayaan terus mengiringinya selama beberapa tahun  selepas itu. Dia kembali berjaya menjadi ikon action movie dalam watak  Rambo. Pemuda keturunan itali ini menjadi ikon lelaki macho dalam  filem-filem action di Holywood.
 Dia menjadi pelakon pencetak box office terbesar didunia sepanjang  tahun 1970 hingga 1990. Filem Rocky (Rocky 1-5) dan Rambo (1-4) meraih  hampir US$1 billion, dan menjadikan Stallone seorang bintang filem  internasional termahal. 
 Apa yang dicapainya kini merupakan buah keteguhannya mempertahankan mimpi untuk menjadi bintang filem.
 Seandainya dia merelakan skrip Rocky dibintangi oleh orang lain  mungkin dia mendapat US$325,000 untuk skripnya tapi dia kehilangan  peluang, yang mungkin satu-satunya, untuk menjadi bintang utama.
 Tentang penolakan yang dilaminya, dia berkata 
 “i take rejection as someone blowing a bugle in my ear to wake up and get going, rather than retreat”.
 “saya anggap penolakan seperti orang ditiupkan terompet di telinga untuk membangunkan kita bukan untuk mengundur”.