
Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini  wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan  jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang  diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan  tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami  sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun  rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk  kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan  tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,  yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain  dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari  suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur  dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan.  Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,  lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa  suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.  Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu.  Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka  menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome  sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia  menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada  dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan  barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan  menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu,  orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan  itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya  tukang sibuk dan komen saja.
---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.



No comments:
Post a Comment