
Ketika  Nabi Muhammad mengimankan solat pada suatu hari, beliau kelihatan  seperti sukar melakukan pergerakan. Ini menimbulkan tanda tanya dan  kerisauan di kalangan sahabat yang menjadi makmum. Mereka tidak dapat  solat dengan khusyuk dan merasa terganggu. Setiap kali Nabi bergerak,  kedengaran bunyi mengerutup seperti sendi-sendinya bergesel antara satu  sama lain. 
“Tidak, Umar” jawab Nabi. “Alhamdulillah, aku sihat dan segar.” Namun Umar tidak berpuas hati dengan jawapan itu. 
“Kalau  sihat, mengapa setiap kali tuan menggerakkan badan, kami dengar  seolah-olah sendi tuan bergesel. Kami yakin bahawa tuan sedang sakit.” 
Tetapi  Nabi Muhammad tetap mengatakan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.  Namun setelah didesak berkali-kali, akhirnya Nabi Muhammad mengangkat  jubahnya. Para sahabat terkejut kerana perutnya begitu kempis dan di  liliti sehelai kain berisi batu kerikil bagi menahan rasa lapar.  Batu-batu itulah yang mengeluarkan bunyi setiap kali Nabi Muhammad  menggerakkan tubuhnya.
“Wahi  Muhammad, adakah apabila tuan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak  dapat menyediakannya?” Umar bertanya lagi dengan suara penuh belas  kasihan kerana khuatir mereka tidak dapat menyempurnakan permintaan  Nabi.
“Tidak sahabatku” jawab Nabi Muhammad. 
“Aku  tahu kamu sanggup lakukan apa saja untukku. Tetapi apakah yang akan ku  jawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban  kepada umatNya?”
Kemudian Nabi menyambung, “Biarlah  kelaparan ini sebagai hadiah daripada Allah buatku agar umatku tiada  yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.”sumber/gambar sebagai hiasan



No comments:
Post a Comment