Saya ingin berkongsi satu cerita kepada anda semua. Mungkin kita boleh ambil iktibar dari cerita ni.
Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
13 July 2010
Kisah ketam Melayu dan ketam Cina
12 July 2010
7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi…
Berikut adalah 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua Bumi.
Pertama dari Benua Asia
1. Reed Flute Cave, Guilin, China
Gua bawah tanah yang cantik ini bernama Reed Flute Cave atau sekarang yang dikenali dgn nama Palace of Natural Art ini terletak di kota Guilin, China dengan kedalaman sekitar 750 kaki (240 meter). Jejak pertama ke dalam gua ini kira-kira 1000 tahun lalu saat Dinasti Tang. Pencahayaan buatan telah dibangunkan di sana pd tahun 1962 untuk menarik perhatian, sehingga formasi batu-batuan di gua dsb semakin indah.
Bahagian terbesar dari sistem gua ini adalah Crystal Palace of the Dragon King (Istana Kristal Raja Naga), yang dapat menampung 1000 orang dan pernah digunakan sebagai perlindungan dari serangan udara pada Perang Dunia II.
Kedua dari Benua Australia
2. The Devil’s Marbles, Northern Territory, Australia
Batu ini disebut ‘Karlu Karlu’ dari puak oran asli dan merupakan salah satu tempat keagamaan bagi mereka. The Devil’s Marbles merupakan batu raksasa yang berumur 1.7 juta tahun dengan granite di sekelilingnya dan kerosakan fizikal akibat perubahan cuaca ekstrim selama berjuta-juta tahun. Angin, air, suhu dan sinar matahari, bergabung mengikis dan membelah batuan tersebut.
Seperti yg kita lihat di atas, beberapa Devil’s Marbles memiliki ukuran yg sangat mengejutkan… …
Ketiga dan keempat… dari Benua Amerika
3. Salar de Uyuni, Bolivia, Amerika Selatan
Salar de Uyuni merupakan danau garam kering yang terdapat di 10.000 kaki Pegunungan Andes, Bolivia. Kira-kira ada sekitar 10 juta tan garam. Apa yang paling menarik lagi ialah, setelah hujan dataran garam ini akan berubah menjadi cermin terbesar di dunia…
4. Landscape Arch, Utah, Amerika Utara
Kawasan lindungan Taman Nasional Arches terdapat lengkungan batuan dan pasir alam semulajadi . Dengan ketinggian 290 kaki (sekitar 88 meter) melewati padang pasir kering Utah.
Terpahat secara fantastik sejak ribuan tahun yang lalu oleh hentaman ribut pasir dan hujan.
Kelima.. dari Afrika
5. Eye of the Sahara, Mauritania, Afrika
Dengan bentuk seperti mata yang sangat mengerikan, Eye of Sahara ini mulai pertama kali dilihat saat manusia telah mampu menembus ruang angkasa dan menyaksikan keajaiban dunia ini. Eye of Sahara memiliki luas sekitar 30 mil.
Keenam ada dari Eropah
6. The Gateway To Hell, Námaskarð, Islandia…
Disebut sebagai Gateway To Hell, atau dalam bahasa kita : Gerbang Menuju Neraka
Islandia merupakan salah satu negara yang memiliki gunung yang paling aktif di dunia, sangat aktif dengan nama negaranya Islandia, alias Iceland alias Dataran Es … Yang paling dahsyat, adalah meletusnya gunung berapi pada tahun 1783, menyebabkan satu per empat populasi penduduk Islandia waktu itu maut.
Terakhir… dari Antartika… Kutub Selatan…
7. Ice Towers of Mount Erebus, Antartika
Ratusan menara ais terdiri di Gunung Erebus. Hanya di gunung aktif inilah lahar nan panas bertemu dengan ais nan dingin, dan menciptakan sesuatu yang unik dan alamiah. Menara-menara tersebut memiliki ketinggian sekitar 60 kaki (20 meter).
Menurut mereka pemandangan menara ais di Antartika tersebut sangat indah susah utk diungkapkan dengan kata-kata..
Fakta
*Ada satu alasan utama mengapa ular selalu menjelirkan lidahnya. Ular tidak memiliki telinga, namun memiliki lidah yang sangat sensitif terhadap getaran udara. Dengan menjulurkan lidahnya ular menangkap suara dan bau, dan inilah indera paling utama bagi ular. Bunyi seruling yang dimainkan oleh para pawang ular di India tidak pernah didengar oleh ular. Ular tersebut cuma tertarik pada gerakan seruling yang dimainkan oleh si pawang.

*Tidak ada seekor pun burung penguin yang hidup di Kutub Utara. Belahan bumi bagian Utara bukanlah habitat alami penguin. Keseluruhan 17 jenis spesies penguin tinggal di belahan selatan bumi. Penguin adalah satu-satunya burung yang tidak boleh terbang namun boleh berenang. Penguin sangat cekap berenang. Walau bernafas dengan paru-paru, penguin sering menyelam hingga sepanjang 18 minit, tanpa mengambil udara sekalipun. Selain handal berenang, penguin memiliki keunikan karena memiliki organ khas di sekitar matanya. Dengan organ ini, penguin dapat mengubah air masin menjadi air tawar.
*Nama warna Magenta berasal dari nama sebuah pertempuran antara tentara Perancis melawan tentara Austria di tahun 1859. Pertempuran tersebut berlangsung di sebuah tempat yang bernama “Magenta”. Setelah pertempuran selesai, warna campuran antara merah dan ungu ditiru oleh para ahli kimia Perancis untuk menggambarkan warna darah yang mengering. Dan untuk mengenang pertempuran yang terjadi, warna baru itu diberi nama warna Magenta.

*Pizza adalah bahasa Itali untuk “pie” (kuih). Pada bahagian bawah pizza dibuat dari adunan ragi yang dipanggang menjadi lingkaran seperti roti. Di Itali, orang sudah membuat pizza sejak tahun 1400-an, tapi belum dicampur tomato dan keju sehingga tahun 1889. Pada tahun 1889, seorang pembuat roti bernama Raffaele Esposito membuat pizza untuk Ratu Itali. Ia memutuskan untuk menggunakan bahan-bahan dengan warna seperti bendera negaranya, Itali. Jadi Raffaele menambahkan tomato merah, keju putih, dan lada hijau. Itulah ceritanya kenapa hingga sekarang pizza menyerupai bendera negara Itali.

*Sebelum kedatangan dan penaklukan bangsa Sepanyol di Amerika Selatan, orang Red Indian tidak mengenal besi atau logam lain. Itu sebabnya mereka memiliki emas dalam jumlah yang sangat besar. Mereka tidak hanya menggunakannya sebagai perhiasan, tetapi untuk benda keperluan sehari-hari seperti paku, peralatan makan dan memasak, sikat dsb. Jadi dapat dibayangkan bagaimana ‘gila’nya orang Sepanyol ketika melihat orang Red Indian setiap hari bersikat menggunakan sikat emas.
*Di usia 25 tahun, ia dipecat dari ketentaraan, selain itu ia telah dipermalukan, patah semangat, tanpa harapan, tanpa wang. Kemudian, dia berniat bunuh diri dengan melompat dari sebuah jambatan. Namun sebelum niat tersebut terjadi, seorang teman datang dan memujuknya untuk membatalkan niat tersebut. Si pemuda pun membatalkan bunuh diri, dan memulakan hidup baru. Hanya dalam waktu setahun setelah rancangan membunuh diri itu, ia berjaya mendapat kembali karier tenteranya yang telah hancur, dan berjaya menjadi jenderal termuda dalam Ketentaraan Perancis. Kemenangan besar dapat dicapainya. Kemudian hari dia menaklukkan seluruh daratan Eropah. Ia adalah Napoleon Bonaparte.
*Diperlukan 26 jenis otot wajah untuk tersenyum dan…diperlukan 62 jenis otot wajah untuk masam.
(Source: dr pelbagai forum &wikipedia)
10 Golongan Allah SWT laknat disebabkan arak
Ibn Mas’ud berkata: “Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu:
- Yang memerah
- Yang minta diperah
- Yang minum
- Yang memberi minum
- Yang membawa
- Yang menghantar
- Yang membekal
- Yang menjual
- Yang membeli
- Yang menyimpan
Sedutan dari kitab Tanbihul Ghafilin
07 July 2010
Mengempiskan perut tanpa modal
1.Siapkan straw.
Potong 5 cm.
Ratakan salah satu hujung straw.
Tutup separuh lubang straw dengan selophan tape.
Tarik nafas dalam-dalam, lalu tiup straw dengan kuat selama 5 saat.
Lakukan selama 3 minit sehari.
Yang pentingnya di sini, meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat.
Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.
Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas.
Tak percaya!? Cubalah!
Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut menjadi berlipat kali ganda.
06 July 2010
10 Rahsia Isra’ Dan Mikraj







1-3 Tahun Rasulullah SAW dipulau daripada masyarakat Quraisy Mekah. Rasulullah SAW tidak dapat berniaga, tidak dapat membeli-belah, tidak dapat berbicara dengan masyarakat dan tidak mendapat bekalan makanan.
2-Tiada lagi tempat pergantungan seperti Khadijah dan bapa saudaranya.
3-Tiada lagi mereka yang mempertahankan dan melindungi Rasulullah SAW.
4-Rasulullah SAW dihina dengan pelbagai hinaan.
5-Rasulullah SAW telah merasai bagaikan zaman penghujung hidupnya. Baginda telah menerima penderitaan sehingga tubuh Baginda berdarah kerana terkena batu lontaran kanak-kanak di Taif.
6-Langit terbuka dan Rasulullah SAW telah mendapat tawaran Allah SWT.
7-Rasulullah telah mendapat tawaran Rabbani bukan tawaran yang dipohon oleh Rasulullah SAW tetapi Allah SWT sendiri yang telah membuat tawaran tersebut.
8-Allah SWT melayani kehendak Rasulullah SAW sebagaimana Tuan memenuhi segala permintaan hambaNya.
9-Rasulullah SAW telah menerima penghormatan pada waktu malam, segala keberkatan dari langit kebanyakkannya dianugerahkan pada waktu malam kepada semua nabi-nabi Allah SWT.
10-Penghormatan yang paling suci kerana perjalanan dari satu masjid yang mulia dan suci ke satu masjid yang mulia dan suci serta berkat yang berakhir dengan Baitul Makmur.
Mike Tyson Menangis di Mekah

Mike Tyson (tengah) (arab news)
Bekas juara tinju heavyweight dunia , Mike Tyson menangis ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi di Madinah, Arab Saudi. Tyson juga melakukan umrah di Mekah, pada Julai 2010.
Tyson memijakkan kakinya ke Tanah Suci untuk kali pertama pada Jumat 2 Julai 2010. Mike Tyson yang berusia 44 tahun ini melakukan ibadah di Masjid Al-Nabawi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh online news Saudi Gazette, Tyson menginap di hotel berhampiran Masjid Al-Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya.
Bekas peninju yang kontroversi kerana menggigit telinga semasa pertandingan ini mendapat pengawalan ketat semasa melakukan solat Zuhur. Tyson mengaku mendapat pengalaman spiritual luar biasa selama di Arab Saudi.
“Saya senang punya peminat yang mencintai saya di sini (Arab Saudi). Tapi, saya berharap mereka meninggalkan saya sendiri untuk menikmati saat spiritual di Tanah Suci. Saya menitikkan air mata ketika saya mengetahui bahawa saya berada di salah satu taman surga,” ujar Tyson ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi.
Tyson yang memeluk Islam ketika masih dipenjara pada pertengahan 1990an, kemudian mengganti pakaian dengan mengenakan ihram untuk melakukan umrah di Mekah.Selesai melakukan umrah di Mekah, Mike Tyson nama Islamnya, Malik Abdul Aziz ini merancang akan mengunjungi Jeddah, Abha dan Riyadh.
05 July 2010
9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan
Kita selalu didoktrinkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan henat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.
Inilah penemuan muslim yang luar biasa:
1. Pembedahan
Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.
2. Kopi

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.
3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.
4. Universiti

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.
5. Aljabar

Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.
6. Optik
“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

7. Muzik

Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

8. Berus Gigi
Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.
9. Takal/ Crank

Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.
Sebarkan artikel ini untuk menunjukkan kehebatan Islam, semoga ada dari anak cucu kita berjaya mencipta sesuatu yang baru dan tidak terlalu tunduk dengan momokan orang Barat.






























