KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

23 July 2009

UDANG GERAGAU;MMM SEDAPPP...UWEKKK!!

Sumber

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Kredit kepada : http://www.bluehikari.com/

2 comments:

Anonymous said...

askm

Sy tak heran sgt fsl selipar pekerja tu sbb dah lama tahu/pernah tgk tauke kedai kat depan Central Market kuis dgn kaki je ikan bilis yg dijemur dpn kedai dia. Sebelum masak basuhlah dulu bersih2 + selawat. Awak jgn tak tahu..ada kwn2 buat nasi lemak ikan bilisnya tak basuh pun dgn alasan tak garing! Gile betul! Itu pun dpt tahu sambil sembang2 tanya resipi (setelah berkali-kali dijamu di office).

Tapi bab anjing tu..aduhai Malaysiaku!

Anonymous said...

kalau ada bangsa kafir di malaysia ini camtu ler gayanya terutama cina tahu untung sahaja..... sanggup buat apa saja niaga perempuan, jual belacan rosak, ini bangsa memang sanggup buat apa untuk kaya. dia orang tanah kubur pun kena beli, mati lagilah kena pakai duit. kena tinggal keturunan duit banyak. kenapa zaman british dulu di bawanya masuk bangsa cina ni